27 July 2017

Bukit Sim-sim Sandakan ~ Elopura Recreation Park

Bukit Sim-sim Sandakan ~ Elopura Recreation Park | Assalamualaikum, kedatangan Unni ke bumi Sandakan memberi peluang unni untuk hiking Bukit Sim-sim di Elopura Recreation Park kampung Sim-sim. Di mana Elopura merupakan nama asal Sandakan sebelum bertukar nama kepada Sandakan. So tak hairan la kalau kami datang Sandakan banyak tempat dan kedai nama Elopura.

Bukit Sim-sim Sandakan ~ Elopura Recreation Park
Puncak Bukit Sim-sim
Elopura Recreation Park merupakan tempat rekreasi namun lebih dikenali sebagai bukit Sim-sim kerana puncaknya berada betul-betul di perkampung Sim-sim. Memang jelas satu kawasan Sim-sim jelas kelihatan.

Bukit Sim-sim Sandakan ~ Elopura Recreation Park

Elopura Recreation Park terletak di Taman Astana Height 5.1KM kira-kira 8 minit dari pusat Bandar Sandakan. Dimana starting point pendakian adalah di sini ( masuk kawasan perumahan ). Kami datang sini naik teksi jam RM10.00 kalau guna Grab murah sikit RM7.00 ( sebab time balik tu naik Grab ) kalau korang jumpa signboard ni so ini starting point.

Bukit Sim-sim Sandakan ~ Elopura Recreation Park

Kami memulakan perjalanan agak lewat, tak silap time ni da masuk jam 11. Tu panas terik, tetapi kawasan hutan dan pokok-pokok so panas tu tak ada la terasa sangat. Nak hiking sini memang best orang yang pertama kali datang pun tak risau sesat sebab sepanjang perjalanan memang ada trail. Macam kami mana tahu jalan.

Bukit Sim-sim Sandakan ~ Elopura Recreation Park

Time kat sini arrr panas tu baru terasa sangat!! ambik kau nak sangat hiking tengga hari terik.. btw laluan ni memang lawa, walapaun panas tapi tenang jak. Masa kami naik semua orang da mula turun kebawah.Letih rugi naik maklumlah da dekat sebulan tak hiking lagi-lagi baru jak lepas menunaikan ibadah puasa maka makin berat la badan nak di bawa naik.

Bukit Sim-sim Sandakan ~ Elopura Recreation Park

Ruginya duduk Sandakan kalau tak pernah hiking sini..Hihihihih serius lawa sangat kat sini view dia. Kalau datang petang-petang lagi best kot sebab dapat menikmati matahari nak hilang, Allahmdulilah tak sia-sia paksa kaki melangkah, time kat sini separuh perjalanan da. sikit lagi nak sampai.

Bukit Sim-sim Sandakan ~ Elopura Recreation Park

Destinasi rehat pertama!!! arrr kat sini daa mula kelihatan perkampungan Sim-sim kira separa puncak da. So kami berehat kat sini dalam 30 minit !! Hahahahaha lamakan maklumlah kat kat sini azan zohor pun berkumadang. Kat pondok ni bucu masjid betul kat bawa kami. Sepanjang perjalanan kat pondok ni semua laluan santai jak, ada jurang pun jauh dari trial. So memang perjalanan yang santai.

Bukit Sim-sim Sandakan ~ Elopura Recreation Park

Maka setelah puas berehat kami pun meneruskan perjalanan mencari puncak, dan bermula la rintangan, hahahahaha.. Ya sini la ''abang teksi tu pesan hati-hati ada jurang tu kat atas'' Allahmdulilah tali kat tepi memang membantu, kalau datang time hujan mesti licin, time ni panas terik so jalan so ok, tapi takut juga nak pegang camera atau handphone kena fokus dengan laluan.

Bukit Sim-sim Sandakan ~ Elopura Recreation Park

Dan setelah itu terpandang tangga ini terus terimbau kenangan Hiking Gunung Kinabalu .. Hahhahahaha 'sakitnya tuh di sini' . Tengok muka adik tu, pengsan jak tidak di buatnya!!! Be positif bagi semangat dan teruskan melangkah demi langkah.

Bukit Sim-sim Sandakan ~ Elopura Recreation Park

Allahamdulilah naik sini terus terpegun.. Allahuakbar cantiknya view dia, tapi ni belum sampai puncak lagi, sikit lagi nak sampai. Nampak tak pulau tu, tu la yang di panggil ''Pulau Berhala'' unni pun baru je tahu time bila tanya kat cousin. Indahkan perkampungan atas air pun jelas kelihtaan dari sini. So sampai yang duduk area dekat-dekat tu boleh la singgah.

Bukit Sim-sim Sandakan ~ Elopura Recreation Park

Berjalan lagi dalam 15 minit maka terjumpa pondok kedua untuk berehat, so singgah sini kejap. rehatkan kaki yang lengguh. Kalau da jumpa pondok ni tu bermakna puncak tu depan je lagi.

Bukit Sim-sim Sandakan ~ Elopura Recreation Park
Bukit Sim-sim Sandakan ~ Elopura Recreation Park

Allahuakbar, Subahanallah, Allahamdulilah tempat yang ingin dituju telah di temui. Ini la puncak Bukit Sim-sim. Sekolah, pasar perkampung, Pulau dan sebagainya semua Nampak dari tempat ni. Lagi menariknya perkampungan air kat kampong Sim-sim ni memang bersih boleh Nampak dari atas. Time. Bergambar dalam keadaan panas terik memang x mengizinkan kami untuk berlama-lama di sini.

If kamu nak dating baik dating waktu petang-petang, mesti ramai tu yang naik kat atas lagi view dia lagi cantik. Bagi pengemar hiking boleh la mencuba bukit Sim-sim Sandakan ni. Kalau ikut codinat ketinggian 1100KM Jak.


7 comments:

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^