14 June 2017

Kerang Masak Pedas Masakan Paling Mudah

Kerang Masak Pedas Masakan Paling Mudah | Indahnya bila duduk kat kampung kan, semua benda nak mesti ada. Lagi-lagi ada mak sebagai panduan tak payah lagi unni sibuk nak goggle masakan. Hahahahaha. Di sebabkan malas sangat so Unni bagi resepi masakan paling mudah nak buat. Kerang Masak Pedas.

Bagi yang alergik macam unni ni kena la berpada-pada makan. Aroma kesedapannya tu buat unni lupa akan alergik yang ada.. So alang-alang dah makan, makan la sampai puas. Alergik lepas makan baru fikir. Hahahahahaha. Jum Follow resepi mudah Unni ni.

Kerang Masak Pedas Masakan Paling Mudah
Kerang Masak Pedas

Kerang Masak Pedas 

Bahan-bahan

1. Kerang 1 kg
2. Cili Api ikut kepedasan - di kisar
3. Bawang merah 2 ulas - di kisar
4. Bawang Putih 2 ulas - kisar
5. Bawang Besar 1 biji - di potong bulat
6. Lada Merah 1 biji - di potong-potong
7. Air Asam Jawa
8. Sedikit gula
9. Sedikit garam.
10. Sedikit Minyak

Cara Membuatnya

1. Kerang di bersihkan dan di rebus sehingga kulit kerang terbuka kemudian toskan sehingga airnya betul-betul kering.

2. Cili api, bawang merah, bawang putih di tumbuk ( kalau nak kisar pun boleh juga tapi pastikkan tak hancur sangat )

3. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak kemudian masukkan bahan-bahan yang di tumbuk sehingga garing dan naik bau.

4. Masukkan sedikit  gula dan sebatikan sehingga keluar minyak dan kering.

5. Bila da naik minyak, masukkan kerang yang telah di tos sehingga kering tadi dan sebatikan

6. Kemudian, masukkan air asam jawa dan sedikit garam dan gaul sehingga sebati dan masak

7. Akhir sekali masukkan bawang besar yang di potong bulat dan lada merah yang dipotong-potong dan sebatikan

8. Jika rasa da sebati, boleh angkat untuk di hidangkan. Kerang memang da sedia masak ketika di rebus awal-awal tadi so time nak masak pedas tak ambil masa yang lama.

9. Siap untuk di hidangkan.

Kerang tu dari kamu je nak buka kulit dia ke atau tak. Tapi Unni lagi suka dengan kulit-kulit kerang nampak sikit kita masak kerang.. Hihihihihi, selalu nya kalau buka kulit unni suka buat Sambal Kerang. Rasa dia lagi meletop!! Nanti unni share resepi tu plak.

Selamat Mencuba

9 comments:

  1. Lagi best kalau siap keluarkan isinya... Hihi... Nak kena beli kerang hujung minggu ni... Thanks for sharing..

    ReplyDelete
  2. Unni kalau nak lagi sedap kan..tumbuk bawang ngan cili tu dan jugak serai...next time try eh..kalau akak sure x jadi lauk...leka meratah jer la...lama dah x buat ni...

    ReplyDelete
  3. sedap nya kerang ni unni...besok nak masak la...tq unni resepinya

    ReplyDelete
  4. mmg suka kerang tapi part nk kopek tu..mmg rasa malas pun ada..hehe

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaa. nak try laaa nnti. tq uniii. <3

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^