17 August 2018

Bukit Cinta, Batu Payung Tawau

Bukit Cinta, Batu Payung Tawau | Tawau memang agak terkenal dengan keindahan Bukit semulajadi yang ada, salah satunya adalah Bukit Cinta. Unni tak pasti kenapa di namakan bukit cinta tapi view dia memang sangat cantik berhadapan dengan laut.

Bukit Cinta, Batu Payung Tawau
Allhamdulilah satu lagi bukit yang berjaya di Tawan. Sebenarnya lama da nak tawan tapi tak tahu la kena tak tertawan-tawan. XPDC kali ni hanya berempat. Naik time petang pulak tu. Caving punya pasal, tak kira masa. Bukan makanan jak orang boleh caving ok.

Bukit Cinta, Batu Payung Tawau


Bukit Cinta, Batu Payung Tawau
Bukit ini terletak di Simpang Jalan Haji Yunus Batu Payung Tawau 17.9km kira-kira 25 minit perjalanan dari Bandar utama Tawau. Bukit ini mempunyai ketinggian 276 meter dari aras laut. Di maklumkan untuk hiking di sini kamu hendaklah meminta izin tuan tanah terlebih dahulu bagi menghormati mereka kerana Stating Ponit adalah di belakang rumah mereka dan pastinya kita akan melalui dan parking kereta di rumah mereka

Starting point kat sini memang payah nak tahu. So menang waiib bawa guide.. Da jumpa starting point naik tanpa guide pun ok. 


Bukit Cinta, Batu Payung Tawau
Permulaan pendakian memang melalui kawasan semak samun, mungkin dalam lebih kurang 200m sahaja. Nampak gambaran kasar memang macam dalam hutan belantara pun ada. Lepas kamu jumpa trail ni jangan risau, da tak perlukan guide lagi, bawa diri pun boleh tapi agak berbahaya la juga.


Bukit Cinta, Batu Payung Tawau
Bukit Cinta, Batu Payung Tawau
Seterusnya kami melalui batu-batu ni, air bukit megalir kat sini. Batu memang agak licin. Bukit ni sebenarnya tak da la tinggi sangat tapi memang patah juga kaki sebab trail dia agak pancak sampai ke puncak. Memang tak jumpa trail yang santai melainkan sampai ke puncak nanti

Lebih kurang dalam 500m juga trail batu ni. Trail kat sini lebih kurang trail Bukit Panchang Tinagat namun kat sini banyak kehadiran pokok-pokok yang berduri lepas tu jalan agak licin. Maka pandai-pandai la guna kemahiran sendiri biar tak jatuh dan terpegang duri. Apapun jatuh tu perkara yang normal, kalau takut jatuh tak payah la hiking. hahahahah


Bukit Cinta, Batu Payung Tawau
Bukit Cinta, Batu Payung Tawau
Kat sini kami kehilangan trail di sebabkan ranting-ranting pokok yang besar jatuh. Memang dekat 10 minit juga kiri kanan cari trail asal. Kat sini la ilmu hutan akan teruji (ayat macam orang power ) di mana kita kena tentukan ala puncak yang ingin di tuju. Sama ada barat ka Timur ka, bila da tahu jadi jalan itu la yang kamu kena reda jak walapun semak samun.

Kami main langgar jak, Allhamdulilah nasib jumpa trail asal. Memangkan kami naik waktu petang, kemungkinan besar akan turun waktu malam. Jadi trail yang hilang tadi harus di tanda dan di ingat kalau tak merasa la abg bomba datang jemput atas ni. hahaha.

Bukit Cinta, Batu Payung Tawau
Puncak sini tak nampak view kerana kehadiran pokok-pokok besar yang unik dan menarik. Unni sempat gambar satu ni jak, banyak lagi yang menarik. Ada yang tergantung di tebing bukit akar sahaja yang membantu untuk terus kukuh berdiri. Akar pun besar-besar.

So untuk menikmati pemandangan indah kena turun sikit kebahagian bawah.

Bukit Cinta, Batu Payung Tawau
Bukit Cinta, Batu Payung Tawau
Tara.. Cantikkan kat sini, tapi gambar view laut kurang memuaskan mungkin faktor kedatangan kami yang agak lewat. Lebih kurang 40 minit juga naik ni. Tu pun langkah yang paling cepat da unni rasa. Kat sini jelas kelihatan pulau Sebatik di mana Pulau tu terbahagia dua bahagian iaitu Malaysia dan Indonesia. Kira sempadan juga la.

Sebenarnya Tuan tanah menasihati kalau nak naik sini kena waktu pagi atau sebelum jam 4. Walaupun ketinggian tidak seberapa, trail hutan kat sini boleh tahan juga memamg tak mustahil boleh sesat.

Lagi satu di nasihatkan kalau ke sini baik off kan handphone. Sebab secara automatik line kamu akan bertukar kepada line Indonesia. Unni pun tak tahu orang sini macam mana. Setakad ni pengalamanguna celcom dan digi untuk pengguna maxis tak sure pulak.

Tip hiking Bukit Cinta


Bukit Cinta, Batu Payung Tawau

1. Pakai kasut yang sesuai
2. Bawa guide
3. Pakai glove
4. Hiking di siang hari
5. Minta izin Tuan Tanah
6. Bawa bekalan air secukupnya

Tu jak yang utama, lepas hiking kat sini kamu boleh menikmati keindahan pantai Batu Payung. Nak datang boleh contacts Unni.

Sekian

10 August 2018

Tip Panduan Ketika Sesat Dalam Hutan

Tip Panduan Ketika Sesat Dalam Hutan | Hari ini unni nak share beberapa tip panduan yang perlu di ikuti ketika sesat dalam hutan.  Sesat dalam hutan mesti kita akan menemuhi jalan buntu kan, cemas dan sebagainya. Jika berada situasi macam nie memang hilang idea apa nak buat.

Tip panduan ketika sesat dalam hutan
Beberapa tip ni perlu di ambil kira kerana sekarang macam-macam boleh terjadi,  malang tak berbau. Mungkin hari ini orang lain yang kena esok-esok kita pula. Maklumlah kita masuk hutan pun, ilmu hutan pun kita kurang kan. Banyak lagi kita tak tahu pasal hutan yang kita tahu ikut guide nak sampai puncak jak. Hahahhaha

Tip Panduan Ketika Sesat Dalam Hutan


Apa pun yang berlaku pada kita dan rakan-rakan di dalam hutan benda yang utama kita perlu lalukan adalah JANGAN CEMAS. Jika sesat dalam hutan langkah-langkah yang patut di ambil. 

1. Berdoa
Apa yang paling utama adalah berdoa kepada Allah SWT. Bergantung sepenuhnya kepadaNya. Doa,  usaha dan tawakal. 

2. Patah Balik
Selalunya bila sesat dalam hutan, bila kita sedar harapan yang paling besar adalah berpatah balik laluan yang kita lalu sehinggga jumpa trail anda semula. Tip ini adalah paling mujarab. Insyaa Allah. 

3. Cari tempat rehat
Jika anda telah menemuhi jalan buntu,  benda pertama yang perlu adalah bertenang dan cari tempah rehat yang selamat dan bersesuaian. Jika anda perlu bermalam pastikan kawasan tempat rehat anda adalah selamat.

4. Tinggalkan Tanda
Jika sesat anda perlu tinggalkan beberapa tanda di trek laluan anda dan tidak pergi jauh dari trek laluan, yang paling sesuai adalah anda berhenti dan tunggu di trek laluan anda ini bagi memudahkan pihak penyelamat mengesan anda.

5. Sumber Air
Jika bekalan air anda kehabisan, anda wajib mencari sumber air seperti sungai,  akar-akar kayu dan lopak air yang besih. Air peting untuk bekalan tenaga.

6. Tentukan arah Barat dan Timur
Jika tiada kompas dan matahari untuk tentukan arah barat dan timur. Anda boleh melihat tumbuhan di mana tumbuhan akan menghalakan pucuknya ke arah matahari terbit iaitu arah timur. Barat dan tinur juga penting dalam menentukan arah kiblat iaitu matahari tenggelam arah barat.

7. Anak sungai
Kebiasanya jika orang sesat di hutan, mereka akan mencari anak sungai,  bukan sahaja sebagai sumber air tetapi satu tip yang paling berguna, anak sungai akan mengalir ke muara dan mesti ada perkampungan di muara. Dan orang-orang kampung kebiasanya akan mengunakan sungai sebagai sumber air utama mereka.

8. Prinsip S.T.O.P
STOP adalah singkatan dari bahasa english yang membawa maksud S-sit down T-think O-observe P-prepare. Jika anda sedar anda telah sesat di dalam hutan, guna prinsip STOP, duduk ( sit down ) tenangkan diri, fikirkan (think) apa yang perlu anda lakukan, perhatikan (observe) keadaan sekeliling dan siapkan (prepare) diri untuk terus bertahan.

Sebenarnya unni bukanlah seorang yang mahir dalam hutan,  masuk hutan pun sekali sekala. Apa yang di kongsikan adalah pengalaman dan perkongsian dari beberapa sahabat lain. Jika ada sebarang kekurangan dan penambahan boleh share di ruang komen.

Moga bermanfaat. 

08 August 2018

Pasir Putih Tapak Perkhemahan Yang Menarik Di Tawau, Sabah

Pasir Putih Tapak Perkhemahan Yang Menarik Di Tawau, Sabah | Allhamdulilah semakin hari semakin kembali mood menulis, lama seru agar minat ni kembali pulang. Lepas ni boleh komitment jenguk blog kawan pulak.  Ok kembali kejalan yang lurus. Mesti ramai yang masih tidak mengetahui bahawa Kampung Pasir Putih memiliki satu tempat yang menarik dan juga sesuai untuk tapak perkhemahan dan juga tempat untuk memancing.

Pasir Putih Tapak Perkhemahan Yang Menarik Di Tawau, Sabah
Bagi peminat outdoor keindahan dan keunikan sesuatu tempat adalah paling utama dalam melakukan sebarang aktiviti seperti perkhemahan. Kawasan ini merupakan salah sstu tempat yang menarik untuk aktiviti perkhemahan. Boleh menikmati matahari terbit dan terbenam di sini. Bayaran untuk masuk kesini juga percuma dan destinasi yang senang di kunjungi.

Tapak Perkhemahan Pasir Putih


Tapak khemahan ini terletak di kampung Pasir Putih 5km kira-kira 15 minit perjalanan dari Bandar utama Tawau. Untuk kesini kamu hanya perlu masuk ke simpang Pasir Putih dan terus sahaja sehingga penghujung. Ada gate, lalu je gate tu sampai hujung.

Pasir Putih Tapak Perkhemahan Yang Menarik Di Tawau, Sabah
Di hujung kampung terdapat satu kawasan lapang namun agak dipenuhi semakin samun tetapi mempunyai laluan kenderaan yang jelas. Turut di kelilingi dengan air laut yang indah..  Sebelah kanan menikmati matahari terbenam dan sebelah kiri menikmati matahari terbit.

Kat sini la Unni dan geng lain selalu menghabiskan masa bersama. Sebulan sekali kami akan camping kat sini, boleh di katakan jadi kewajipan bagi kami berenam. Kami merupakan gerakakn outdoor hanya berenam setiap kali nak atur aktiviti. Bukan tak suka bergaul tapi lebih suka kepada keamanan. Lagipunn malas nak bawa yang otak tak bersatu sikit, camping boleh jadi badmood.Hahahhaaha

Pasir Putih Tapak Perkhemahan Yang Menarik Di Tawau, Sabah
Pasir Putih Tapak Perkhemahan Yang Menarik Di Tawau, Sabah
Suasana pagi yang indah,  Matahari muncul di sebalik Bukit yang ada di hadapan dengan kehadiran bunyi air laut. Allahuakbar memang menenagkan jiwa boleh jadi layan perasaan kot.

Bila malam menjelang, Kawasan ni agak gelap dan sememangnya agak menyeramkan bagi mereka yang pertama kali datang ke sini, sepanjang perjalanan masuk Kedalam dan kawasan tapak perkhemahan tiada mempunyai kemudahan lampu jalan, jadi kalau nak datang seeloknya berkumpulan. Dan di nasihatkan juga datang lebih awal sebelum matahari tengelam.

Pasir Putih Tapak Perkhemahan Yang Menarik Di Tawau, Sabah
Siang pula boleh layan view laut yang sangat indah. Apa yang menarik?? Apa yang kami saksikan adalah air sungai dan laut yang tidak akan bercantum.  Jelas dan nyata Firman Allah SWT dalam surah Ar-Rahman ayat 19-20 Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing.” (Q.S. Ar-Rahman:19-20). Allahuakbar itu la keunikan yang dapat di saksikan di sini. Video Full boleh lihat kat SINI. Tapi tak tahu pulak kalau ada fenome lain. Hihihihi

Pasir Putih Tapak Perkhemahan Yang Menarik Di Tawau, Sabah
Pasir Putih Tapak Perkhemahan Yang Menarik Di Tawau, Sabah
Sebelah petang sambil-sambil pasang kemah boleh layan pemandangan matahari terbenam, sambil-sambil pacak pancing.  Kawasan ini kebiasanya hanya di kenali oleh kaki pancing sahaja. Kami pun kalau camping kat sini, kadang kala memancing dan baru sekali dapat ikan.. Hahahah. Sebab aktiviti kami lebih kepada perkhemahan. Bukan setakad memancing ada juga yang meramat di sini mengunakan jala yang besar.

Pasir Putih Tapak Perkhemahan Yang Menarik Di Tawau, Sabah
Pemandagan malam, kalau hari tak hujan memang indah. Pantulan bulan betul di hadapan kemah kami. Lawa kan. Kebiasanya kami akan bertapak di tempat ni setiap kami bulan penuh, sebab orang yang memacing pun kurang. Kawasan ni agak gelap hanya kehadiran bulan yang meneragi kami. Malam kaminsuka lepak-lepak dekat bahagian batu-batu menghadap laut, nak melalak sampai kesubuh pun tak kesah sebab kawasan memang jauh dengan rumah orang kampung.

Pasir Putih Tapak Perkhemahan Yang Menarik Di Tawau, Sabah
Macam-macam aktiviti boleh buat kat sini,  so aktiviti wajib kami adalah unggul api dan bbq. Yang senangnya kalau tak sini tak payah susah-susah nak bawa arang sebab banyak ranting-ranting kayu yang boleh di pungut kat sini. Kehadiran pokok-pokok besar juga memudahakn untuk kami memasang hammock.

Kamu tidak di galakkan camping kat sini jikalau hujan kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaki,  tambahan pula jalan masuk kedalam akan jadi licin. Dan tidak sesuia untuk kenderan kecil. Bekalan air juga tidak di sediakan disini,jadi kalau mau berhasrat camping kat sini wajin bawa bekalan air secukupnya. Begitu juga dengan kemudahan tandas awam, so pandai-pandai la yer.

Di sebalik keindahan yang ada mesti ada keburukannya, yang lain terpulang dari kita mahu atau tidak. Tapi memang tak rugi bertapak kat sini. Bawa la bekalan makanan dan minumam secukupnya. Begitu juga dengan kelengkapan perkhemahan.

Buat peminat outdoor bolehlah rasai pengalaman sendiri berkhemah kat sini.Sangat menjanjikan keindahan yang menarik. Datang dulu baru tahu.

Sebarang pertanyaan boleh berhububg dengan unni secara langsung. Just follow instagram kat side blog dan DM kat instgram. Insyaa Allah unni akan membalasnya secepat mungkin.

06 August 2018

Penemuan Gunung Ke-4 Tertinggi Di Malaysia, Gunung Kaingaron Tambunan sabah

Penemuan Gunung Ke-4 Tertinggi Di Malaysia, Gunung Kaingaron Tambunan sabah | Negeri Sabah Negeri Di Bawah Bayu amat terkenal dengan keindahan hutan semulajadi yang masih terpelihara sehingga hari ini. Para peminat Gunung, pasti menjadikan sabah sebagai lokasi utama dan wajib untuk mereka kunjugi. Gunung ke-4 teringgi di Malaysia kini di Sandang oleh Gunung Kaingron  yang letak di Tambunan Sabah hasil penemuan april yang lalu.

Penemuan Gunung Ke-4 Tertinggi Di Malaysia, Gunung Kaingron Tambunan sabah
Gunung Tertinggi di Asia Gunung Kinabalu 4,095m, Gunung Kedua tertinggi di Malaysia Gunung Trusmadi 2,642m dan Gunung ketiga tertinggi di Malaysia Gunung Tambuyukon 2,579m juga terletak di Negeri di Bawah Bayu ini. Dengan penenumuan terbaru ini Gunung Kaingaron 2,476m yang menjadikan Gunung Keempat tertinggi di Malaysia juga terletak di Sabah. Seperti yang kita sedia maklum Gunung keempat tertinggi di Malaysia merupakan Gunung Murud dengan ketinggian 2,423m yang terletak di Sarawak Bumi Kenyalang.

Gunung Kaingaron, Tambunan Sabah

Penemuan Gunung Ke-4 Tertinggi Di Malaysia, Gunung Kaingron Tambunan sabah
Gunung Kaingaron terletak di Banjaran Trusmadi kampung Nupakan, Tambunan  25km kira-kira 54 minit perjalanan melalui jalan kaigaran dari Pekan Utama Tambunan dan 105km dari Bandar Utama Kota Kinabalu kira-kira 2 jam 38minit perjalanan. 

Penemuan Gunung Ke-4 Tertinggi Di Malaysia, Gunung Kaingron Tambunan sabah
Penemuan Gunung ini hasil explore masyarakat setempat,  di mana mereka telah menjelajah hutan selama 7 hari 6 malam sehingga bertemu dengan Puncak Sebenar Gunung kaingaron. Gambar di atas merupakan barisan orang yang menemukan Gunung ini. Dan hanya di wakili satu orang wanita sahaja. Beliau merupakan wanita pertama yang sampai ke Gunung Kaingaron. Menurut info yang unni dapat kak tu hanya di panggil dengan gelaran "Kak Long"

Penemuan Gunung Ke-4 Tertinggi Di Malaysia, Gunung Kaingron Tambunan sabah
27 April 2018 sehingga 3 Mei 2018 merupakan tarikh Kesemua mereka menjalankan XPDC membuka trek dan mencari Puncak Sebenar Gunung Kaingaron ini. Mereka membawa segala bekalan dan kelengkapan sendiri.

Berada di dalam hutan selama 7 hari memang sangat mencabar dan bekalan makanan mereka haruslah mecukupi. Berkat usaha mereka semua,  Allhamdulilah perjalanan mereka di permudahkan walaupun telah lebih 10kali bertemu dengan puncak tipu. Akhirnya mereka berjaya sampai ke puncak sebenarnya.

Penemuan Gunung Ke-4 Tertinggi Di Malaysia, Gunung Kaingron Tambunan sabah
Penemuan Gunung Ke-4 Tertinggi Di Malaysia, Gunung Kaingron Tambunan sabah
Para pengemar Gunung Pasti sangat teruja dengan kehadiran Gunung ini. Di mana sepanjang perjalanan ke puncak sangat menjanjikan pemandangan flaura yang sangat indah dan mempersonakan mata yang memandang. Jangan cakap la Unni sendiri rasa tak sabar nak sampai sini. Insyaa Allah dalam list.

Penemuan Gunung Ke-4 Tertinggi Di Malaysia, Gunung Kaingron Tambunan sabah
Bukan sekadar keindahan flaura yang sangat indah. Kehadiran Fauna juga sngat unik dan memukau mata yang memandang. Ia sama seperti Gunung Trusmadi. Kalau di kaji lebih mendalam mesti terdapat seribu satu khazana yang tersembunyi di dalam hutan ni.

Penemuan Gunung Ke-4 Tertinggi Di Malaysia, Gunung Kaingron Tambunan sabah
Allhamdulilah setiap perjalanan mereka di mudahakan lagi-lagi dengan kehadiran Waterpoint ni. Air merupakan sumber utama untuk semua. Bekalana tenaga dan sebagainya, jadi mungkin tak ada masalah untuk orang ramai mendaki Gunung ni. 

Penemuan Gunung Ke-4 Tertinggi Di Malaysia, Gunung Kaingron Tambunan sabah
Penemuan Gunung Ke-4 Tertinggi Di Malaysia, Gunung Kaingron Tambunan sabah
Puncak Gunung Kaingron 2,476m..Berapa Km perjalanan belum dapat di sahkan lagi. Di puncak korang boleh layan view yang sangat indah. Awan kapet, matahari terbit dan Kelihatan mega Gunung Kinabalu. 

Mereka amat berterima kasih kepada semua pihak yang meluluskan dan memberi permit kepada mereka semua untuk ke Gunung ini. Tahniah semua abg-abg otai dan kak Long. Kamu da buka sejarah kat Sini.

Dari info yang unni dapat Gunung ni belum lagi di buka untuk orang ramai, dan kami hanya menunggu masa untuk tiba di sini. Insyaa Allah one day. Moga Pihak yang yang bertanggungjawab luluskan permit dan membenarkan pendaki untuk menawan Gunung ini. 

Sekian info yang unni perolehi.. Semua sumber dari abg legend kita Hamengu Guntar. Moga satu hari unni dapat Tawan Gunung ni. 

Sekian, salam sayang Unni Anje

04 August 2018

Air Terjun Bagahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah

Air Terjun Bagahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah | Lahad Datu memang satu tempat yang amat di kenali oleh sesiapa kerana keindahan alam semulajadi yang kekal terpelihara sehingga hari ini.  Daerah ini. Di tempat ini terdapat puluhan Air Terjun yang wajib kita kunjugi antaranya adalah Air Terjun Begahak yang merupakan antara Air Terjun yang tercantik dan tempat yang menarik di Sabah. Kawasan ini merupakan lawatan kedua unni ke Lahad Datu selepas Air Terjun Taliwas.

Air Terjun Begahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah
Kawasan ini juga di gelar "THE LOST WORLD OF WATERFALL BEGAHAK" kerana keindahan air terjun dan perjalananan untuk kesini agak menarik. Seperti biasa kami geng Tawau menyertai XPDC warga Pencinta Alam Lahad Datu menerokai tempat baru baru sahaja mereka terokai. 

Air Terjun Bagahak Lahad Datu

Air Terjun Begahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah
Air Terjun ini terletak di Ladang Bagahak Lahad Datu 43.3km dari Bandar utama Lahad Datu kira-kira 47 minit perjalanan. Ini hanya kiraan Lahad Datu ke simpang pagar masuk Ladang Begahak.  Segala urusan untuk masuk kesini hendaklah melalui pihak Ladang dan sebelum masuk kenderaan akan diperiksan dan di daftarkan dalam rekod keluar masuk Ladang Begahak.

Air Terjun Begahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah
Untuk sampai ke air terjun kami, hendaklah mengunakan kenderaan pacuan 4x4 kerana keadaan yang kurang stabil dan gerabel. Perjalananan mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih untuk sampai ke starting point air terjun.  Boleh bayangkan tak, duduk belakang hilux dengan keadaan berhabuk, terhantuk-hantuk dan sempit dalam lebih kurang 2 jam lebih. Hahahhaha,  sakit jiwa pun ada juga tapi nasib semua geng, so lucu jak. 

Air Terjun Begahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah
Air Terjun Begahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah
Selepas menempuh perjalanan lebih kurang 2 jam lebih, kami tiba di starting point air terjun (bukan terus sampai ok). Kali ni cabarannya adalah kami perlu hiking lagi untuk bertemu dengan air terjun. Kami berkumpul di sini sehingga semua kenderaan tiba dalam lebih kurang 10 kenderaan pacuan 4 roda yang menempatkan 9-8 penumpang.

Air Terjun Begahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah
Untuk permulaan kami tak mendaki tapi kami perlu menuruni bukit kat sini.  Macam pelik sebenarnya selalu kita mendaki baru menurun.  Ini tak kami perlu menurun dahulu untuk bertemu dengan air terjun. Apa yang bestnya kat sini terdapat dua jenis air terjun yang cantik.

Air Terjun Begahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah
Ini merupakan air terjun yang pertama lebih kurang 20 minit perjalanan kami tiba di sini. Rehat kejap,ambil gambar dan kami akan meneruskan perjalanan untuk tiba di air terjun seterusnya pula.  Kali ni pula kami perlu mendaki dalam lebih kurang 300m untuk bertemu dengan air terjun yang sebenarnya.

Air Terjun Begahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah
Air Terjun Begahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah
Allhamdulilah kejap jak mau sampai sini, kat sini air terjun dia memang cantik walaupun air sungai agak keruh tapi iya selamat untuk mandi manda.. Air terjun ni agak tinggi tak dapat nak ukur berapa ketinggiannya...  Kawasan air terjun ni juga agak luas dan sesuai untuk mereka-mereka yang mau datang berkelah cuma agak bahaya untuk anak-anak kecik. So kena sentiasa awasi anak anda.

Air Terjun Begahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah
Di tengah air terjun ni juga terdapat sebuat terowong atau gua kecil, boleh cuba naik keatas dan bergambar. Pembentukkan alam semulajadi yabg masih tersembunyi dan tidak ramai ya mengenalinya. Mungkin di sebabkan kawasan ini merupakan kawasan laranag orang luar untuk masuk melainkan pekerja ladang. Jadi untuk masuk sini kamu hendaklah menghantar surat kebenarakan kepada pihak ladang dan patuhi setiap peraturan yang mereka tetapkan.

Air Terjun Begahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah
Dalam lebih kurang 2 jam kat air terjun kami pun balik kedestinasi masing-masing. Keadaan hujan renjai-renjai juga tidak mengizinkan kami untuk berada lama di kawasan air terjun untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Untuk masuk kesini kamu hendaklah terus berurusan dengan pihak Ladang kerana permit masuk hanya boleh di luluskan oleh pihak mereka, dan mungkin sedikit bayaran akan di kenakan dan pastikan kamu mrnggunakan kenderaan pacuan 4 roda.

Air Terjun Begahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah
Banyak lagi tempat di Lahad Datu ni wajib kamu terokai seperti Gunung SilamMenara Kayangan dan banyak lagi la semua pemandagan yang memukau mata dan pasti nak datang lagi.

Boleh follow instagram unni kat side blog dan DM untuk sebarang pertayaan. Sekian dan salam sayang dari saya Unni Anje.