30 June 2017

Hukum Membuat Kuih Dan Biskut Berbentuk Haiwan

Hukum Membuat Kuih Dan Biskut Berbentuk Haiwan | Assalamualaikum, Allahmdulilah seluruh umat islam telah berjaya menjalani Rukun Islam yang ketiga berpuasa di bulan Ramadhan dengan izin Allah dan tiba la syawal Bulan kemenangan selepas sebulan berpuasa. Dalam beraya sakan tetiba keluar cerita pasal kuih ulat bulu ni dan baru la dapat tahu Hukum Membuat Kuih Dan Biskut Berbentuk Haiwan.

Tahun ini Biskut raya Ulat Bulu telah menjadi viral kerana rupanya yang betul-betul nampak seperti real. Sebenarnya perancangan memang nak buat Biskuit Ulat Bulu untuk raya Tahun ini. Unni siap update kat laman sosial Facebook baca kat SINI. Namun keadaan kesihatan tak mengizinkan so terpaksa buat bisukut lain ( bahan semua da beli ). Rupanya ada hikmah di sebaliknya.

Kisah beraya rumah kawan telah memberi Unni satu ilmu yang unni agak ketinggalan, banyak lagi perlu belajar, sungguh rendah ilmu agama dalam diri ini. Di rumah sahabat dia hidangakan pelbagai jenis biskut raya termasuk Biskut Ulat Bulu namun bentuknya tidak la menyerupai ulat bulu warna je sama.

Hukum Membuat Kuih Dan Biskut Berbentuk Haiwan

Hukum Membuat Kuih Dan Biskut Berbentuk Haiwan

Unni ajukan soalan kepada sahabat '' Kenapa tak letak cips buat mata ulat bulu ini?''

Sorang Sahabat menjawab '' Kita tidak boleh buat makanan yang menyerupai bentuk binatang, sama ada buat atau pun membelinya.''

Namun ada pendapat yang berbeza dalam hukum membuat kuih dan biskut berbentuk haiwan ini.


Hukum Haram Taswir.

Tidak diperbolehkan membentuk kuih dan biskut  yang lainnya dalam bentuk gambar makhluk bernyawa. Berdasarkan Hadits, ia menunjukkan bahawa Hukumnya adalah “HARAM TASWIR ” (menggambar makhluk bernyawa).

Sabda Rasulullah SAW

“Setiap pembuat gambar tempatnya di neraka. Kelak Allah akan membuatkan untuknya gambar yang pernah ia buat (semasa di dunia) lalu gambar itu menyiksa dirinya di neraka Jahannam.” (HR. Muslim No. 2110)

Dari Abdullah bin Mas’ud RA beliau berkata, '' Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, ''

“Sesungguhnya manusia yang paling keras siksaannya disisi Allah kelak dihari kiamat adalah pembuat gambar.” (HR. Bukhari 5950 dan Muslim 2109)

“Yang menjadi haram taswir kerana TASWIR adalah menggambar makhluk yang memiliki nyawa seperti berupa patung, gambar di dinding, gambar yang dilukiskan di kain, kertas. Baik (diproduksi) secara massal pada pabrik tekstil atau dilukis dengan kuas, pulpen ataupun dengan bantuan peralatan modern. Termasuk larangan menggambar makhluk bernyawa sesuai dengan bentuk aslinya atau hanya hasil imajinasi semata, kecil ataupun besar, dibuat cantik atau dibuat jelek. Termasuk di dalam larangan, seseorang membuat garis-garis membentuk sebuah kerangka tulang. 

Kesimpulannya,

semua pengharaman ini kerana mengambarkan makluk yang memiliki nyawa seperti gambar-gambar imiginasi yang telah di anggap orang-orang yang hidup semasa zaman Fi'raun dan para pemimpin pasukan perang salib serta bala tenteranya. (Fatawa Al Lajnah Ad Daimah 1/696).

Para Ulama telah menegaskan bahawa haram membuat gambar makluk bernyawa termasukkan Kuih , biskut, kek dan sejenisnya. Dengan demikian diharamkan membuat kuih dengan bentuk menyerupai makhluk bernyawa dan dilarang memperjual belikannya.”


Hukum Dibolehkan

Namun ada pendapat yang mengatakan ia di bolehkan kerana bersifat tidak kekal. Jum layan pendapat Ulama pendakwah terkenal negara Malaysia iaitu Ustaz Azhar Idrus.


Hukum Syubhat

Hukum Syubat adalah ketidakjelasan atau kesamaran, sehingga tidak bisa diketahui halal haramnya sesuatu secara jelas. Syubhat terhadap sesuatu bisa muncul baik karena ketidakjelasan status hukumnya, atau ketidakjelasan sifat atau faktanya. Jika ada keraguan dan was-was tentangnya ia boleh jatuh kepada hukum Syubhat. 

Dari An Nu’man bin Basyir RA, berkata pernah mendengar  Rasulullah SAW bersabda

“Sesungguhnya yang halal itu jelas, sebagaimana yang haram pun jelas. Di antara keduanya terdapat perkara syubhat -yang masih samar- yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Barangsiapa yang menghindarkan diri dari perkara syubhat, maka ia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Barangsiapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka ia bisa terjatuh pada perkara haram. Sebagaimana ada pengembala yang menggembalakan ternaknya di sekitar tanah larangan yang hampir menjerumuskannya. Ketahuilah, setiap raja memiliki tanah larangan dan tanah larangan Allah di bumi ini adalah perkara-perkara yang diharamkan-Nya.” (HR. Bukhari no. 2051 dan Muslim no. 1599)

Secara kesimpulannya, Lebih baik di tinggalkan dan mengambil langkah selamat daripada terlibat dengan dosa larangan daripada Allah kerana ia nya samar-samar dan tidak jelas.

Moga bermanfaat

Wallahualam.

19 June 2017

I'm 26 Years Old Today

Assalamualaikum, Allahamdulilah subahanaallah Allahuakbar dengan izin Allah SWT I'm 26 Years Old Today. Antara nikmat Allah yang tak pernah putus diberikan umur yang panjang.. Masih di berikan rezeki yang halal, keluarga yang bahagia dan kesihatan yang baik. 26 YEARS OLD jatuh pada 24 Ramadhan ( malam ganjil ) 10 ramadhan terakhir.

I'm 26 Years Old Today

Allahamdulilah Masuk tahun ketiga hari kelahiran jatuh pada bulan Ramadhan. 2015 ( 2 Ramadhan 1436H bersamaan jumaat pertama di bulan ramadhan tahun itu ), 2016 ( 14 Ramadhan 1437H bersamaan hari sabtu ) dan 2017 ( 24 Ramadhan 1348H bersamaan Isnin malam ganjil 10 ramadhan terakhir ). Allahuakbar bertapa indahnya bulan kelahiran pada bulan ramadhan bulan yang penuh keberkatan. Dan ikut pengiraan Unni tahun ini adalah tahun terakhir bulan kelahiran pada bulan Ramadhan dan tahun hadapan akan jatuh pada bulan syawal ( In shaa Allah jika di panjangkan umur ). Ramadhan has gone..

Hari ini genap la 26 TAHUN dan telah melangkah ke Zaman baru iaitu Zaman Dewasa dan selamat tinggal zaman remaja Allahamdulilah. Zaman fikir tentang masa hadapan dan sila berhenti enjoy Unni!!! hahahahahah..

Azam unni sebelum melangkah 27 Tahun adalah memiliki Kereta sendiri ( tak larat da nk tumpang-tumpang ) hahahahahah dan sebelum melangkah umur 30 unni nak menjadi penghafaz Al-Quran  In shaa Allah doakan Unni menjadi orang-orang yang terpilih menghafaz KALAM Allah SWT.


Hantaran kek dari Mak Unni... maka jadi la FULL NAME !!! Hahahahah.. Sweet kan mak kita.. Tak dapat berbuka bersama kerana jarak tidak mengizinkan..

Terima kasih semua yang wish Unni.. Terima kasih atas doa kamu semua.. Amin amin ya rabbal. Sesungguhnya doa-doa kamu semua cukup bermakna. Iya LA ramai sangat wish moga jodoh di percepaTkan.. Kot-kot tahun ni tahun terakhir Birthday Girl dengan status SINGLE kan.. Cia cia cia. BTW masih jauh nak pikir tentang jodoh belum puas bahagian IBU yang tersayang.

10 RAMADHAN TERAKHIR perbanyakkan beribadah moga kita bertemu Lailatur Qadar.

Terima kasih semua yang mendoakan Unni!! Love u alls 💕💕

Salam akhir Ramadhan dan salam Aidilfitri.

Salam Sayang

17 June 2017

Toturial Simpan Gambar dan Video Intagram Ke Galeri Telefon

Toturial Simpan Gambar dan Video Intagram Ke Galeri Telefon | Adakah kamu ingin mengimpan gambar atau video yang telah di post di instagram tapi tidak tahu caranya bagaimana???Hari ini unni dapat ilmu baru  bagaimanA untuk kita Simpan Gambar atau video di instagram ke geleri telefon kita sendiri


Seperti yang kita tahu bahawa intagram merupakan satu aplikasi untuk memuat turun gambar dan video sahaja, namun kita tidak dapat mengambil gambar atau video yang telah di muat turun samaada sendiri atau hak orang lain. Hal demikian kerana Hak Cipta dari instagram tidak membenarkan pengguna mereka memuat turun ke telefon atau komputer mereka.

Instagram satu applikasi yang sangat ketat mengenai dasar hak cipta. Ramai pengguna  memuat turun gambar dari akaun lain dan kemudian muat naik ke akaun mereka sendiri yang bukan cara yang betul untuk melakukannya, dan Instagram mengikutinya. Itulah sebabnya Instagram tidak membenarkan pengguna mereka untuk memuat turun atau menyimpan gambar ke galeri telefon kita.

Toturial Simpan Gambar dan Video Intagram Ke Galeri Telefon Mengunakan Andorid

Pastikan Memori telefon kamu mencukupi untuk INSTALL APLIKASI.

1. Install App INSTASAVE di play store.

Toturial Simpan Gambar dan Video Intagram Ke Galeri Telefon


 2. Lepas tu open instagram, cari gambar yang kamu ingin download then klik tepi kanan dan SALIN URL PERKONGSIAN atau englishnya COPY URL SHARE.

3. Periksa galeri telefon kamu.

4. Siap ( gambar siap di download ke galeri kamu )

Toturial Simpan Gambar dan Video Intagram Ke Galeri Telefon Mengunakan IPhone IOS

Bagi pengguna IOS caranya agak berbeza dan tidak semudah penguna android

1. Install App INSTASAVE di app store.

Toturial Simpan Gambar dan Video Intagram Ke Galeri Telefon


 2. Lepas tu  masuk ke app instagram, cari gambar yang kamu ingin download then klik tepi kanan dan SALIN URL PERKONGSIAN atau englishnya COPY URL SHARE.

Toturial Simpan Gambar dan Video Intagram Ke Galeri Telefon

3. Then masuk semula ke app INSTASAVE setelah Copy URL gambar tadi. Paste link tadi dan kemudian preview.

Toturial Simpan Gambar dan Video Intagram Ke Galeri Telefon

4. Kemudian klik SAVE !!! nak REPOST pun boleh juga.. 

5. Periksa galeri telefon kamu.

6. Siap ( gambar siap di download ke galeri kamu )

Mudahkan nak save !!! lepas ni kalau nak save video ceramah ka, resepi ka dan save kata-kata hikmah dah boleh tanpa perlu screenshort.. Btw jangan salah gunakan tau.

Selamat mencuba.



16 June 2017

Resepi Roti Gulung Sosej Cheese

Resepi Roti Gulung Sosej Cheese | Hidangan yang santai untuk minum petang dan sarapan pagi. Sesuai juga di hidangkan semasa berbuka puasa. Unni ni memang hantu cheese so apa jak makanan berasakan cheese memang licin jadinya.

Resepi Roti Gulung Sosej Cheese ni mudah jak, hanya mengunakan 6 bahan utama siaplah macam ni, Cheese dia memang meleleh, first dapat resepi ni petang tu juga unni buat, resepi ni unni dapat dari Facebook tahun lalu rasanya. 
Resepi Roti Gulung Sosej Cheese
Roti Gulung Sosej Cheese 

Resepi Roti Gulung Sosej Cheese

Bahan-bahan

1. Sosej
2. Roti Gardenia
3. Cheese keping
4. Telur
5. Serbuk roti
6. Minyak

Cara membuatnya

1. Sosej di rebus terlebih dahulu sehingga masak, tos kan dan sejuk.
2. Roti gardenia di golek menggunakan penyelek ( guna apa-apa pun boleh ) biar roti tu mampat dan tak serap minyak sangat time goreng.
3. Letak 1 keping cheese di atas roti kemudian letakkan satu sosej yang telah direbus tadi.
4. Gulung cheese, sosej dan roti bersama-sama..
5. Celupakan gulung tadi di bersama telur ( telur pukul sampai kembang dulu )
6. Golekkan gulungan roti yang telah di celup telur tadi diatas serbuk roti.
7. Panaskan kuali dan goreng.
8. Pastikan api tidak terlalu kuat agar sebuk roti tidak hangus.
9. potong roti ikut suka dan lihat la cheese meleleh
10. Siap untuk di hidangkan.

Resepi Roti Gulung Sosej Cheese
Edit by Google Picture

Kamu follow je step pic kat atas ni.. Tak sempat nak snap cara-cara nak buat so pinjam gambar google jak yer..

Info penting

1. Roti pastikan gardenia nak guna roti cheese garden pun boleh. Pastikan tak guna roti yang biasa-biasa sebab kualiti tak sama, Unni penah cuba guna roti biasa selain gardenia dan cheese garden time goreng tu roti hancur. Maka hatiku pun turut hancur.. cia cia cia
2. Pengunaan cheese pun sama juga. Unni selalu guna jenama chesdale penah guna cheese keping lain jadi sama jgk tapi cheese tak meleleh macam jenama Chesdale
3. Serbuk roti boleh di ganti dengan biskut cracker ( 4 segi ) yang dihancurkan.

Selamat Mencuba

Giveaway Raya by Mrs Pip

Assalamualaikum kamu da join ke Giveaway Raya by Mrs Pip?? unni baru nak join, memandangkan unni dan join so kamu pun mesti la join kan!! Hihihihihi, rugi tau x join kak pip mesti bagi hadiah lumayan gitu. Lepas sambut kemendekaan selepas berpuasa sebulan dapat pula hadiah dari rakan blogger !! best kan itu pun kalau menang la.. So lets support to support.
Giveaway Raya by Mrs Pip


syarat-syarat Giveaway Raya by Mrs Pip ni sangat mudah

1. Buat tajuk "Giveaway Raya by Mrs Pip" dan letakkan banner di entry tersebut, dan backlink-kan semula

2. Follow blog Mrs Pip

3. Follow Google+ Mrs Pip

4. Kongsikan (secara ringkas) pengalaman terindah di Bulan Puasa yang anda pernah lalui

contoh #1: Pengalaman terindah di bulan puasa saya ialah berbuka puasa bersama Perdana Menteri ...

contoh #2: Pengalaman terindah di bulan puasa yang pernah saya lalui ialah berjaya mengerjakan umrah di tanah suci Mekah ...

5. dah siap buat entry? jangan lupa letakkan link entry anda di kotak komen di SINI

Pengalaman Bulan Ramadhan yang paling indah

Bila tengok syarat ke empat tu terus hati teringin sangat nak join.. Nak juga sharing pengalaman Puasa yang paling indah dan terindah, kak pip tak buat ringkas boleh tak?? hihihihi nak bebel panjang-panjang.

Pengalaman puasa Unni yang paling indah tu banyak, tapi yang paling terindah satu je. Iaitu pada Ramadhan 1435H bersamaan ramadhan pada tahun 2014. Allahamdulilah pada ramadhan ini adalah ramadhan yang cukup bermakna buat Unni dan yang menjadikan diri unni pada hari ini.

Pada bulan puasa tahun 2014, di mana Unni mendapat hidayah berhijrah mengunakan tudung labuh ( menutup aurat dengan sempurna ). Kalau rajin boleh baca Aku dan tudung Labuh dan Tip Mula Nak Bertudung Labuh. Pengalaman ini adalah yang paling bermakna dan terindah buat Unni, in sha Allah moga ia membantu unni di alam mashar kelak dengan izin Allah.

Ramadhan pada tahun 2014 juga banyak mengajar unni erti menjadi seorang muslimah yang sebenarnya bukan hanya islam semata-mata tetapi islam dengan cara islam. Allahmdulilah mungkin berkat 10 ramadhan terakhir. Allahuakbar mana mungkin unni boleh lupa kenangan terindah ini.

Ramadhan kali ini juga merupakan ramadhan kali pertama unni puasa, raya tanpa MAK. So baru la unni sedar kenapa ayat '' semua yang berlaku pasti ada hikmah '' di sebalik kesedihan Allah hadirkan kegembiraan dan ketengaan. Time ni unni keja kat Kuala Lumpur sebelum pindah balik ke Sabah tahun 2016.

Start tahun itu la unni hidup BERTUHAN  ( ALLAH SWT ) yang selama ini unni sedar tak pernah menjalankan hidup sebagai Hamba. Share pengalaman bukan bermaksud nak riak tapi ini lah pengalaman yang paling manis dan indah dalam bulan ramadhan Unni.

Pesanan ringkas dari Unni kita hidup bukan nak jadi lebih baik dari orang lain tapi berusaha menjadi lebih baik dari yang dulu. Maka kejar la hidayah bukan menunggu hidayah datang.

Itu je nak share....Salam 10 malam ramadhan terakhir.

Wallahualam.

So pengalaman kamu macam mana pulak??? nnti unni BW semua ya...




15 June 2017

Malam Lailatul Qadar

Malam Lailatur Qadar | Lailatur Qadar atau malam Al-Qadar adalah satu malam yang hanya berlaku pada bulan ramadhan di mana pada malam tersebut ayat Al-Quran telah diturunkan.

Malam Lailatul Qadar


Apa itu Malam Lailatur Qadar

Malam Lailatur Qadar merupakan satu malam di bulan ramadhan pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadanyang tidak diketahui dengan tepat tarikhnya, namun dikhususkan 10 malam terakhir terutama pada salah satu malam ganjil ( malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29 ). Waktunya dikira apabila masuk waktu maghrib sehingga terbit fajar.

Merupakan malam yang penuh berkat dan  lebih baik dari seribu bulan juga telah di jelaskan dalam Surah Al-Qadr Ayat 97

Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
A002
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
A003
Malam Lailatul QadarMalam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

A004
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

A005
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Sesiapa yang beramal pada malam tersebut sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan, jika mendapatnya selama 10 tahun bersamaan beribadat lebih 833 tahun, jika mendapatnya selama 20 tahun bersamaan lebih 1,666 tahun, jika mendapatnya selama 30 tahun mendapatnya bersamaan 2,500 tahun. Allahuakbar.

Berbahagialah orang yang tidak pernah meninggalkan solat isyak berjemaah dan solat tarawih kerana orang yang solat isyak berjamaah dan solat tarawih termasuk dari kalangan orang mendapat Lailatur Qadar.

Satu Kaedah Mengetahui Malam Lailatur Qadar

Kata Imam Ghazali

Merujuk kepada awal ramadhan jika awal Ramadhan jatuh pada hari

Ahad dan Rabu : Malam Lailaitur Qadar pada malam ke-29 Ramadhan
Isnin : Malam Lailaitur Qadar pada malam ke-21 Ramadhan
Jumaat dan selasa : Malam Lailaitur Qadar pada malam ke-27 Ramadhan
Khamis : Malam Lailaitur Qadar pada malam ke-25 Ramadhan
Sabtu : Malam Lailaitur Qadar pada malam ke-23 Ramadhan

Tetapi kaedah ini bukanlah sesuatu yang muktamad, mungkin ia bertepatan dengannya dan mungkin juga tidak, mungkin juga ia berlaku pada malam yang genap, kerana bagi negara kita ia malam yang genap tetapi bagi negara yang puasa lewat atau awal satu hari, ia adalah malam yang ganjil, jadi carilah dengan tekun pada 10 malam yang terakhir tesebut.

Sejarah Ringkas Malam Lailatul Qadar 

Apabila sahabat-sahabat Rasulullah SAW mengkagumi ibadah seorang umat Bani Israil yang beribadah selama 1,000 bulan, dengan beribadah pada malam hari dan berjihad pada siangnya, lalu Allah SWT telah menurunkan Surah al-Qadr yang menyatakan malam al-Qadar baik daripada 1,000 bulan. Ia adalah rahmat dan kurniaan Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW.

Tanda-tanda Malam Lailatur Qadar

1. Matahari akan terbit pada pagi dengan keadaan jernih, teduh seolah-olah tanpa sinar. Dari Abi bin Ka'ab, Rasulullah SAW bersabda :'' Subuh hari malam Lailatur Qadar itu matahari terbit tanpa sinar, seolah-olah mirip dengan bejana hingga matahari itu naik''. [ HR Muslim ]

2. Udara dan angin sekitar terasa tenang. Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda : “Lailatul qadar adalah malam yang penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan

3. Manusia akan merasakan satu ketenangan dan keseronokan beribadah yang diturunkan oleh Malaikat, yang berbeza dengan hari-hari lain.

4. Sesetengah individu akan mendapat mimpi sebagaimana sebahagian sahabat dulu.

5. Diriwayatkan dalam satu hadis Imam al-Bukhari, pernah berlaku malam Qadar pada malam yang hujan. Oleh itu jangan abaikan malam yang hujan kerana menyangka ia bukan malam Qadar. Hujan adalah rahmat dari Allah Taala.


Malaikat turun berduyun-duyun sehingga melebih jumlah batu-batu kerikil di muka bumi ini, mereka memberi salam dan aminkan doa mereka yang sedang beribadah, samada solat, berdoa atau berzikir (perempuan yang sedang uzur, haid atau nifas, juga boleh berdoa dan berzikir walaupun tidak boleh solat).

Allahukabar malam yang penuh keberkatan dan ganjaran. Moga kita bersama-sama mengejar ganjaran di 10 malam terakhir ramadhan dan moga kita menjadi orang-orang yang terpilih.

Wallahualam

Moga bermanfaat

14 June 2017

Kerang Masak Pedas Masakan Paling Mudah

Kerang Masak Pedas Masakan Paling Mudah | Indahnya bila duduk kat kampung kan, semua benda nak mesti ada. Lagi-lagi ada mak sebagai panduan tak payah lagi unni sibuk nak goggle masakan. Hahahahaha. Di sebabkan malas sangat so Unni bagi resepi masakan paling mudah nak buat. Kerang Masak Pedas.

Bagi yang alergik macam unni ni kena la berpada-pada makan. Aroma kesedapannya tu buat unni lupa akan alergik yang ada.. So alang-alang dah makan, makan la sampai puas. Alergik lepas makan baru fikir. Hahahahahaha. Jum Follow resepi mudah Unni ni.

Kerang Masak Pedas Masakan Paling Mudah
Kerang Masak Pedas

Kerang Masak Pedas 

Bahan-bahan

1. Kerang 1 kg
2. Cili Api ikut kepedasan - di kisar
3. Bawang merah 2 ulas - di kisar
4. Bawang Putih 2 ulas - kisar
5. Bawang Besar 1 biji - di potong bulat
6. Lada Merah 1 biji - di potong-potong
7. Air Asam Jawa
8. Sedikit gula
9. Sedikit garam.
10. Sedikit Minyak

Cara Membuatnya

1. Kerang di bersihkan dan di rebus sehingga kulit kerang terbuka kemudian toskan sehingga airnya betul-betul kering.

2. Cili api, bawang merah, bawang putih di tumbuk ( kalau nak kisar pun boleh juga tapi pastikkan tak hancur sangat )

3. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak kemudian masukkan bahan-bahan yang di tumbuk sehingga garing dan naik bau.

4. Masukkan sedikit  gula dan sebatikan sehingga keluar minyak dan kering.

5. Bila da naik minyak, masukkan kerang yang telah di tos sehingga kering tadi dan sebatikan

6. Kemudian, masukkan air asam jawa dan sedikit garam dan gaul sehingga sebati dan masak

7. Akhir sekali masukkan bawang besar yang di potong bulat dan lada merah yang dipotong-potong dan sebatikan

8. Jika rasa da sebati, boleh angkat untuk di hidangkan. Kerang memang da sedia masak ketika di rebus awal-awal tadi so time nak masak pedas tak ambil masa yang lama.

9. Siap untuk di hidangkan.

Kerang tu dari kamu je nak buka kulit dia ke atau tak. Tapi Unni lagi suka dengan kulit-kulit kerang nampak sikit kita masak kerang.. Hihihihihi, selalu nya kalau buka kulit unni suka buat Sambal Kerang. Rasa dia lagi meletop!! Nanti unni share resepi tu plak.

Selamat Mencuba

13 June 2017

Resepi Bosou Makanan Tradisi Orang Kadazan Dusun

Resepi Bosou Makanan Tradisi Orang Kadazan Dusun | Bosou juga dikenali sebagai jeruk ikan sungai atau tonsom. Bosou merupakan makanan tradisi orang Kadazan Dusun di sabah. Ia juga sama seperti pekasam ikan namun cara membuatnya berbeza.

Menurut sejarah Bosou terhasil kerana pada zaman dahulu tiada peti ais kelengkapan yang canggih seperti hari ini. Jika hasil tangkapan ikan banyak, mereka akan memprosesnya membuat jeruk dengan bahan tambahan garam dan pangi ( buah kepayang ). Dimana Bosou boleh tahan sehingga 6 bulan atau 1 tahun.

Bosou di proses menggunakan ikan sungai namun hasil tangkapan sungai lain juga boleh digunakan seperti udang.

Resepi Bosou Makanan Tradisi Orang Kadazan Dusun
Bosou


Resepi Bosou

Bahan-bahan

  1. Ikan Sungai
  2. Rebung muda - di potong-potong
  3. Tuhau - potong-potong
  4. Halia - potong mancis
  5. Lada Putih
  6. Sedikit Pangi
  7. Nasi 
  8. Sedikit garam
  9. Balang

Cara membuatnya

  1. Ikan sungai yang masih mentah di potong sederhana, kalau boleh baik buang tulangnya.
  2. Ikan yang telah di buang tulangnya, rebung muda, halia, nasi, tuhau dan lada putih di campur kesemuanya sekali dan da masukkan kedalam balang. Gaul sehingga sebati.
  3. Pengunaan bahan adalah bergantung kepada kehendak masing-masing seperti halia. tuhau, nasi dan rebung muda. Agak-agak agar tidak telalu sikit dan banyak.
  4. Masuk sedikit garam dan panji dan gaul sehingga sebati.
  5. Tutup balang tersebut.
  6. Simpan selama 2 minggu ( jeruk )
  7. Selepas dua minggu siap untuk di hidangkan.
Nota Tambahan

  1. Pastikan semua bahan yang di gunakan di cuci terlebih dahulu. Ikan dan rebung di tos betul-betul sehingga air tiada.
  2. Nasi sejukkan dahulu dan jangan bagi masak sangat.
  3. Lada putih boleh di tukar cili api. Masukkan terus tanpa potong-potong.
  4. Ikan sungai ikut suka.
Selamat mencuba


12 June 2017

Apa itu Nuzul Quran?

Apa itu Nuzul Quran ? |  Nuzul Quran merupakan Peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Rasulullah SAW dan berterusan secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun sehingga menjadi lengkap kitab Al-Quran yang ada pada hari ini. peristiwa ini berlaku pada Malam jumaat bersamaan malam 17 Ramadhan ( 6 ogos 610M ) ketika Rasulullah SAW berusia 41 tahun, peristiwa ini berlaku ketika Rasulullah sedang beribadat di Gua Hira.


Apa itu Nuzul Quran?

Nuzul membawa maksud turun  atau berpindah, di mana berpindah dari atas ke bawah.Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Firman Allah dalam Surah Al-Alaq (96): Ayat 1-5



ٱقْرَØ£ْ بِٱسْÙ…ِ رَبِّÙƒَ ٱلَّØ°ِÙ‰ Ø®َÙ„َÙ‚َ ﴿Ù¡﴾ Ø®َÙ„َÙ‚َ ٱلْØ¥ِنسَÙ€ٰÙ†َ Ù…ِÙ†ْ عَÙ„َÙ‚ٍ ﴿Ù¢﴾ ٱقْرَØ£ْ ÙˆَرَبُّÙƒَ ٱلْØ£َÙƒْرَÙ…ُ ﴿Ù£﴾ ٱلَّØ°ِÙ‰ عَÙ„َّÙ…َ بِٱلْÙ‚َÙ„َÙ…ِ ﴿Ù¤﴾ عَÙ„َّÙ…َ ٱلْØ¥ِنسَÙ€ٰÙ†َ Ù…َا Ù„َÙ…ْ ÙŠَعْÙ„َÙ…ْ ﴿Ù¥

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, – (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, – (4) Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5)”

Al-Quran merupakan mukjizat terbesar Rasulullah SAW yang memberi makna kepada seluruh umat islam. Quran di turun oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW untuk di sampaikan kepada seluruh manusia namun masih ada yang menolaknya.

Al-Quran adalah HUDA ( petunjuk ) dan FURQAN ( pembeza ). Huda membawa makna Al-Quranlah yang seharusanya menjadi panduan dan memimpin kehidupan manusia kerana Al-Quran itu jelas, mana yang benar dan tidak, mana yang wajib dan sebaliknya. Furqan pula membawa makna piawai yang menentukan mana yang haq dan mana yang batil. Oleh kerana itu, ‘al-haq’ (kebenaran) adalah apa saja yang dinyatakan benar oleh Al-Quran dan ‘al-bathil’ (kepalsuan) adalah apa saja yang dinyatakan sesuatu yang tidak benar oleh Al-Quran.

Peristiwa ini bukan hanya sekadar memperingati turunnya Al-Quran tapi adalah untuk kita semua tahu dan menghayati isi Al-Quran itu sendiri. Moga kita menjadikan Quran itu sebagai Huda dalam hidup kita sendiri.

Wallahualam.

Moga bermanfaat.
2062


09 June 2017

Resepi Ayam Masak Kunyit Masakan Paling Mudah

Resepi Ayam Masak Kunyit Masakan Paling Mudah | Allahamdulilah mood masak ni makin menjadi, lagi bila tengok stok semua ada, macam nak masak semua jak. Nasib la duduk sorang kalau masak banyak pun sapa nak habiskan. Ni pun masak sejenis, separuh bagi kat jiran sebelah. So hari ini kita buat masakan paling mudah, main campak-campak jak maka terhasil la ayam masak kunyit.

Masakkan Unni semua memang berasakan cili api, kalau tak da cili api selera makan memang down sikit, wajib ada pedas dalam masakan. Jum follow resepi campak-campak Unni nie.

Resepi Ayam Masak Kunyit Masakan Paling Mudah
Ayam Masak Kunyit 


Resepi Ayam Masak Kunyit

Bahan-bahan


  1. Ayam 1/2 kg - di potong dadu
  2. Sebuk Kunyit
  3. Bawang putih  2 ulas - di tumbuk
  4. Bawang Merah 2 ulas - di tumbuk
  5. Cili api ikut kepedasan - di tumbuk
  6. Lada Besar - di potong-potong
  7. Kacang panjang 2-3 batang - di potong-potong
  8. Sedikt garam
Cara membuatnya


  1.  Ayam di perap bersama-sama kunyit dan sedikit garam.
  2. Bawang putih, bawang merah dan cili api di tumbuk sampai lumat.
  3. Bawang besar, kacang panjang dan lada besar di potong-potong ( ikut suka )
  4. Panaskan kuali dan tumis bahan-bahan yang di tumbuk tadi sampai naik bau.
  5. Masukkan ayam yang di perap  tadi, gaul sehingga ayam masak.
  6. Masukkan kacang panjang dan gaul seketika.
  7. Kemudian masukkan bawang besar dan lada besar, gaul sehingga sebati.
  8. Siap untuk dihidangkan.

Nota Tambahan

* Ayam tu boleh juga di goreng dahulu.
* Unni letak garam secukupnya semasa perap ayam so time masak tak perlu letak garam atau perasa tambahan sudah.
* Cili api ikut suka nak letak atau tak.

Selamat mencuba

08 June 2017

Resepi Ikan Masak Asam Jawa Masakan Paling Mudah

Resepi Ikan Masak Asam Jawa Masakan Paling Mudah | Semalam jiran Unni pi memancing, Allahmdulilah lumayan juga hasil dia, dapat la juga Unni rezeki 3 ekor ikan sungai ni. Mancing kat sungai jak. Kalau kat sabah ikan ni panggil Ikan Talapia tak sure pula panggilan kat tempat kamu. Masakan paling mudah di sediakan main campak-campak je.

Memandangkan rezeki yang tak di sangka-sangka, so kita masak jak bahan yang sedia ada, nak masak belada tapi kemarin da buat Ikan Masak Belada. Umah unni tak ada peti ais so memang kena masak malam tu juga. Hasilnya jadi la Ikan Masak asam jawa. Itu jak bahan yang ada.. Senudah ABC!!


Resepi Ikan Masak Asam Jawa Masakan Paling Mudah
 Ikan Masak Asam Jawa 


Resepi Ikan Masak Asam Jawa

Bahan-bahan

1. 3 ekor ikan
2. Air asam jawa
3. Cili api
4. Bawang Merah - 2 ulas
5. Bawang Putih - 3 ulas
6. Bawang Besar 1 biji
7. Lada besar - 2 biji 
8. Kunyit
9. Sedikit garam

Cara Membuatnya

1. Ikan di siang dan di cuci sebersihnya, kemudian letak sedikit kunyit dan asam jawa gaul bersama-sama ikan dan perap seketika.
2. Sementara perap ikan, panaskan kuali dan naikkan minyak. Bila minyak da mendidih goreng ikan tersebut. Ketepikan seketika
3. Lada merah, cili api, bawang besar dan bawang merah 1 ulas di potong-potong manakala 1 ulas di tumbuk bersama-sama bawang putih
4. Panaskan kuali, tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi dan masak sehingga naik bau kemudiaan masukkan bahan-bahan yang di potong-potong tadi.
5. Bila da naik bau masukkan air asam jawa secukupnya, ikut cita rasa masing-masing, gaul sehingga mendidih dan masukkan garam secukupnya.
6. Kemudian masukkan ikan yang telah di goreng tadi. Gaul sehingga mendidih dan rata.
7. Siap untuk di hidangkan.

Nota Tambahan

*Ikan bergantung dengan kamu, nak guna ikan apa pun boleh jak.
*Bawang besar dan lada besar tak guna pun boleh, ikut la.
*Step 6 tu kalau kamu suka kuah boleh la masukkan ikan kejap je, tapi kalau suka yang pekat-pekat masak sampai kuah kering, biar pekat.

Selamat Memcuba

07 June 2017

Resepi Ayam Masak Butter

Resepi Ayam Butter | atau bahasa englishnya Chicken Butter merupakan menu pilihan berbuka puasa. Tekak terasa nak makan sesuatu yang sedap-sedap so teringat resepi ayam masak butter ni!!! Masakan ni memang sedap dan selalu buat masa raya. So sedap, pedaskan sikit lagi sedap!!! Jangan heran unni ni memang hantu lada. So semua masakkan mesti yang pedas-pedas. Tak lapar pun boleh jadi lapar dibuatnya.

Memandangkan stok ayam banyak sangat kiriman dari mak kat kampung. Maklumlah Unni memang fail sikit bab-bab membeli bahan basah ni, so bila hujung minggu kalau tak balik kampung mak akan kirim kan kat rumah unni. Sweet kan mak kita..Hihihihih. Jum follow resepi unni yang paling mudah.

Resepi Ayam Masak Butter
Resepi Ayam Masak Butter

Resepi Ayam Masak Butter

Bahan -bahan

1. Ayam 1/2 kg
2. Butter
3. Susu Cair
4. Daun kari - 10 helai
5. Bawang putih* 3 ulas
6. Cili api* ikut kepedasan
7. Telur 2 biji
8. Tepung ayam goreng
9. Sedikit epung jagung

bahan bertanda * di cincang

Cara membuatnya

1. Ayam di goreng terlebih dahulu. Telur di pukul secukupnya celup ayam dan salut dengan tepung ayam goreng.
2. Panaskan kuali dan naikkan minyak, bila mendidih goreng ayam sehingga garing kemudian ketepikan dahulu.
3. Panaskan kuali kemudian masukkan butter dengan api yang perlahan gaul butter sehingga cair kemudian bila masukkan bawang putih dan cili api yang telah di cincang. Tumis sehingga kemerahan.
4. Kemudian bila bahan sudah kemerahan masukkan daun kari sehingga naik bau.
5. Masukkan susu cair dan gaul sehingga rata dan kemudian masukkan sedikit tepung jagung ( tepung jagung di cair terlebih dahulu sebelum dimasukkan kedalam kuali ), kemudian gaul sehingga semua bahan sebati dan mendidih.
6. Apabila bahan sudah mendidih, masukkan ayam yang telah di goreng tadi dan gaul sehingga sebati.
7. Siap untuk di hidangkan.

Nota Tambahan 

*Resepi ayam masak butter ini juga turut di sediakan dalam bentuk Udang dan sotong!! Kalau nak guna sotong atau udang pun boleh lagi sedap kot guna makanan laut.
* Butter dan susu cair bergantung dengan kamu, agak jak, kalau suka ada kuah-kuah lebihkan kalau suka pekat kurangkan. Macam unni lagi suka pekat then unni memang kurangkan butter dan susu cair.
* Ayam goreng bergantung dengan kamu nak stail macam mana, unni suka cara paling mudah..

Selamat Mencuba


Resepi Ikan Masak Belada

Resepi Ikan Masak Belada | Hari ini unni ingin kongsikan resepi ikan masak belada. Bagi peminat makanan pedas boleh la follow resepi unni ni kan. Ikan masak belada juga di gelar Ikan Masak Mandar bagi orang-orang bugis. Penyedian memang sangat senang dan ringkas. Unni memang suka masakan ni, tapi kena rajin beli ikan.

Masakan Semudah ABC masakan ni tanpa perlu mengoreng ikan terlebih dahulu. Haaa sebelum ni kena goreng ikan terlebih dahulu kan tapi kali ini unni share resepi yang lain sikit. Rasa dia pun memang meletop, super meletop.

Resepi Ikan Masak Belada
Resepi Ikan Masak Belada

Resepi Ikan Masak Belada

Bahan-bahan

1. Ikan 4 ekor
2. Cili Api ikut kepedasan
3. Lada besar - 4 biji
4. Bawang Putih - 3 ulas
5. Bawang Merah -3 ulas
6. Kemiri ( buah keras ) - 1 biji
7. Sedikit lada putih
8. Air asam jawa
9. Sedikit gula
10. Sedikit garam
11. Sedikit minyak
12. Sedikit air.
13. Bawang besar - 1 biji

Cara Membuatnya

1. Ikan di siang dan di cuci sebersihnya. Tos ikan.
2. Cili api, 3 biji lada besar, ladang putih, bawang merah, bawang putih dan kemiri di tumbuk selumatnya ( kalau mahu blande pun boleh ). Manakalah 1 biji bawang merah dan lada besar di hiris-hiris.
3. Panas kan kuali dan naikkan sedikit minyak kemudian tumis semua bahan-bahan yang telah di tumbuk tadi sehingga naik bau.
4. Kemudian masukan air asam jawa dan air, gaul sehingga rata dan mendidih.
5. Bila dah mendidih masukkan ikan yang telah di tos tadi. Gaul dan biarkan seketika ( periuk di tutup ).
6. Masukkan bawang besar dan lada besar yang telah di hiris-hiris tadi kemudian gaul perlahan-lahan.
6. Pastikan kuah tidak kering sentiasa gaul perlahan-perlahan sehingga ikan masak dan kuah menjadi kering.
7. Siap untuk dihidangkan.

Nota Tambahan.

* Hirisan bawang besar dan lada besar boleh juga tidak digunakan, unni tak guna sebab tak ada stok. Guna je bahan-bahan yang ready stok yang penting lada wajib ada.
* Gaul ikan perlahan-perlahan agar ikan tidak hancur semasa di masak.
* Kalau nak guna ikan goreng pun boleh.

Selamat mencuba

SGshop “Jom Shopping!” Contest

Assalamualaikum,  SGshop “Jom Shopping!” Contest by Ayue Idris dengan tajaan SGshop Malaysia. Kamu yang belun join jum la meriakan, kot-kot rezeki kita kan. In shaa Allah.. Bagi kamu yang masih tidak mengenali SGshop tu apa , meh unni terangakn apa itu SGshop!!

Apa itu SGshop Malaysia??

SGshop Malaysia juga dikenali sebagai Taobao Malaysia. Mereka merupakan Taobao Agent Malaysia yang berpusat di Singapore yang kini telah membuka cawangan mereka di Malaysia pada tahun 2015. Bila sebut pasal Taobao, pasti ramai yang kenal laman web borong barangan China yang murah-murah hinggakan anda sukar nak percaya. Dengan RM100, pasti banyak barang yang boleh dibeli.

Susah nak faham laman web Taobao? SGshop Malaysia boleh membantu anda. Register akaun anda secara percuma dan tengok barang apa yang menarik perhatian anda. Da faham kan, jum Follow syarat penyertaan !! mudah jak.


 SGshop “Jom Shopping!” Contest

Cara penyertaan

1) Buat satu entry bertajuk : SGshop “Jom Shopping!” Contest
2) Pastikan banner contest ada di dalam entry contest anda
3) Jawap 2 soalan berikut:

Q1: Apakah servis yang SGshop tawarkan?
Q2: Senaraikan 3 item yang anda mahu beli di platform SGshop Malaysia (Letakkan sekali gambar dan link item) dan berikan sebab kenapa anda nak beli item tersebut.

4) Komen di blogpost INI link entry anda
5) Share entry anda di Facebook wall anda dengan hashtag #AyueIdrisXSGshopMalaysia


Q1: Apakah servis yang SGshop tawarkan?

SGshop Malaysia adalah sebuah agent Taobao yang berpusat di Singapura dan ada cawangan di Johor, Malaysia. Merupakan sebuah laman web e-commerce yang menyediakan servies yang berkualiti dan barang murah untuk para pengguna. Servise penghantar express untuk pengguna menerima pembelian mereka turut menjamin keselamatan tempahan. Di samping itu, SGshop turut  bekerjasama dengan banyak bank untuk memastikan proses pembayaran adalah selamat dan cekap.


Q2: Senaraikan 3 item yang anda mahu beli di platform SGshop Malaysia?

Memandangakan unni merupakan seorang yang aktif aktiviti outdoor ( hiking, camping ) so memasti la unni suka barang-barang outdoor. Yang semestinya SGshop menawarkan harga yang sangat murah dan barang yang cantik. Bila kata RM500 terus WOW!! so semestinya unni inginkan barangan sangat berpatutan dengan harga yang murah. Mesti sampai tahap tak tahu nak beli apa dengan RM500 tu tapi ada 3 benda yang Unni nak sangat miliki dari SGshop yang murah ni.

Item 1 : [8900] The Top Selling Camel Outdoor Camping Tent 3-4 Automatic Double 2 Tents Set

klik SINI
Bagi pengemar hiker macam Unni, Khemah adalah satu keperluan yang wajib dimiliki. Namun pelbagai jenis khemas kini berada di pasaran dengan pelbagai jenama dan kualiti. Btw Unni nak sangat khemah macam ni sebab stuktur yang kukuh, kalis hujan dan tidak meyerap udara so bila cuaca panas boleh berlindungi dalam khema ni. Harga kat SGshop memang super Power murah sangat, serendah RM159.00 yang mana harga pasaran pada masa kini mencerah RM200 +++

Item 2 : Lining Simple Leisure Long Warm Hooded Jacket AYMH111-3

Klik SINI

Jacket adalah salah satu pakaian yang wajib ada. Terutama bagi para hiking, memandangkan hujung tahun ini unni bakal menawan sekali lagi gunung Kinabalu so wajib la mempunyai. Jaket ini sangat murah dengan harga hanya RM84.72 . Yang paling best jaket ini menepati pakaian MUSLIMAH panjang hingga kelutut. sesuai dengan cara pemakaian yang unni biasa kenakan. dan Warna semestinya menjadi pilihan Unni.

Item 3 : Outdoor Shoes Hiking Shoes For Men And Women Section Hiking Shoes Slip Low Travel Light And Breathable

Klik SINI
Dan item yang ketiga mesti la kasut !!!! Paling wajib barangan hikers adalah kasut. yang paling penting pemilihan kasut yang sesuai dan selesa. Kaki tak sakit bila pakai dan tapak yang bersesuaian. Unni nak sangat kasut hiking ni, kualiti dia memang best, warna pun paling best. Dengan hanya RM 131.25 boleh di miliki.

Puas hati kan dengan SHshop dapat beli barang yang kita idamkan .. In Shaa jika da rezeki kita kan.. Semua barang Unni ni hanya bernilai RM 374.97 sahaja. So jimat.. Ada balance lagi tu so boleh guna balance tu shoping raya!! Hihihihii kalau da rezeki Unni la kan, never mind kalau rezeki kita tak kemana, bak kata pepatah Rezeki tak pernah salah alamat. In shaa Allah.. kamu jangan lepaskan peluang join GA ni tau!!! Username SGshop Unnianje.

Sekian.

06 June 2017

SGShop Malaysia || GIVEAWAY RM 1000 SHOPPING CREDIT BY WANI SUKARNO

Assalamualaikum, SGShop Malaysia || GIVEAWAY RM 1000 SHOPPING CREDIT BY WANI SUKARNO. Allahamdulilah berpelung menyertai GA by Wani Sukarno dengan kerjasama SGshop. Kamu semua jun join sekali.

Sebelum tu mari unni terangkan sedikit tentang SGshop ni. SGshop Malaysia adalah sebuah agent Taobao yang berpusat di Singapura dan ada cawangan di Johor, Malaysia. Apabila sebut Taobao pasti anda bayangkan barang-barang yang murah. 



SYARAT - SYARAT PENYERTAAN

1. mesti seorang blogger yang aktif
2. follow blog INI dan Google + INI
3. follow fan page BLOG WANI SUKARNO  
4. follow Facebook SGshop Malaysia dan Instagram @SGshop Malaysia
5. jawab satu soalan "Nyatakan barang yang PALING anda ingin beli dengan shopping credit RM100?
6. copy banner di atas dan tulis tajuk entry "SGShop Malaysia || GIVEAWAY RM 1000 SHOPPING CREDIT BY WANI SUKARNO''. dan backlink kan entri anda di ruangan entri INI
7. pemilihan pemenang berdasarkan kepada jawapan yang paling "MELETOP"
8. 10 x RM 100  shopping credit akan diberikan kepada setiap pemenang

Barang yang ingin di beli jika memenagi shopping credit RM100

In Shaa Allah kalau ia rezeki unni mesti la nak shoping online dengan RM100 kan. Kalau cakap shoping online mesti la unni minta barang-barang Outdoor. Memandangkan unni ni sorang HIKERS gitu.. Hikers la sangat kan. Semesting SGshop memiliki setiap barangan yang unni nak dengan harga yang murah sangat-sangat. 

Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By Lokmanamirul
Outdoor Summer Hiking Shoes Ladies Lightweight Breathable Shoes Sports Climbing Hiking Shoes Travel Shoes Slip
RM 54.86

Kasut ini memang murah sangat harga pasaran unni penah jumpa RM70 ++. Warna pun memang memenuhi cita rasa. Ringan, bagi peminat hiker wajib memiliki sepasang kasut macam ni.

Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By Lokmanamirul
Mountain Guest Adult Indoor And Outdoor Camping Sleeping Bag Single Portable Cotton Anti Kick By The Four Seasons Winter Travel Bag
RM 26.39

Sleeping bag pulak salah satu barangan wajib para hiker. Mudah di gunakan ringga dan jimat ruang. Harga di memang super power!!!! Waktu sejuk pun tak terasa sangat.
Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By Lokmanamirul
The Imperial Summer Special Thin Slip Dew Refers To Men And Women Riding Half Finger Outdoor Climbing Sunscreen Riding Fitness Sports Gloves
RM 15.14

Glove ini salah satu perlindungan diri semasa melakukan aktiviti outdoor so wajib ada.

Dengan RM100 untuk dapat 3 barang outdoor yang harga pasaran sebenar yang jauh lebih mahal.. So memang jimat shopping SGshop ni.3 barang outdoor yang unni pilih hanya bernilai RM 96.39 sahaja. Username SGshop Unnianje

Jum shoping SGshop!!!!


.......................................TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 28 MEI - 11 JUN 2017......................................