Showing posts with label Muslimah Sejati. Show all posts
Showing posts with label Muslimah Sejati. Show all posts

04 September 2017

Aku Dan Rindu


Aku dan Rindu

Saat rindu datang kepadaku,
aku lemah dan tersungkur,
menanti sesuatu yang tak pasti,
hati bertanya ada apa dengan rindu.

Jika ditanya tentang rindu,
menipu andai hatiku menidakkan,
namamu sentiasa meniti di bibir saat doa dilafazkan.

Pertemuan demi pertemuan Allah aturkan,
Walaupun tak pernah bersua denganmu.

Luahan demi luahan kau tuturkan,
Di sebalik semua itu,
aku sedar bisikan cinta buat aku terbuai.
bisikan cinta buat kita terbuai dengan maksiat.

Sungguh aku rindu,
namun hanya terungkap dalam doa,
bukan ego tapi,
aku lebih mencintai Allah.

Sungguh rindu ini,
membuat aku sedar,
sedar dari lamunan,
cinta manusia hanya sementara.

Manusia tidak selamanya bersama kita,
suatu saat mungkin dipisahkan,
dengan suasana atau sebuah kematian.

Namun cinta Pencipta Kekal Hakiki,
Allah sentiasa bersama,
ingatlah andai tiada bahu bersandar
ingatlah masih ada sajadah untuk  bersujud.

Ku kutip setiap hirisan ujian,
untuk di jadikan semangat.

Semangat baru hanya kerana Allah
ku hiasi jiwa dengan Kalam Allah,
ayat-ayat cinta Allah.

Membuka helaian warkah itu,
untuk tatapan mata dan hatiku,
yang mempunyai segunung semangat dari sang Pencipta.

Baca dan bedah isinya,
Lazimi zikir dan istighfar untuk bersihkan hati,
Pasti ketenangan, kebahagaiaan dan kekuatan akan dirasai.

Kini tiada yang kurindu melainkan bertemu denganMu Ya Allah,
Izikan kami ke syurgaMu Ya Allah.

Hanya inginkan Redha Mu Ya Allah,
sesungguhnya rindu ini hanya milikMu..

Part :  | 1 | 2 | 3 | 5 | 6 7 |

Kisah Tentang Aku

03 August 2017

Aku Pendosa Tanpa Noktah

Aku Pendosa Tanpa Noktah

Aku Pendosa Tanpa Noktah

     
Diri ini,
tidaklah sebaik yang
engkau ungkapkan,
tidak jua seburuk yang
engkau fikirkan.

Aku hanya seorang pendosa
yang sedang bermujahadah,
yang sedang ingikan Allah di hati,
yang sedang mengejar redha Allah.

Aku malu,
saat aku di anggap baik,
saat aku di anggap soleha,
saat aku di anggap suci.

Sungguh aku malu,
saat aku sebar dakwah,
saat aku buat amal kebaikkan,
orang-orang memuji aku setinggi langit.

Hakikatnya,
aku hanya insan sederhana,
aku hanya seorang pendosa,
seorang pendosa tanpa noktah,
hanya Allah sahaja menutup aibku.

Allahu sungguh aku malu Ya Allah

Aku hanya pendosa,
yang sedang berhijrah,
yang sedang bermusafir,
yang sedang mengejar hidayah,

Maka,
tegurlah aku bukan menghukum
sayangilah aku bukan menfitnah
maafkanlah aku bukan membenci
mudahkanlah aku bukan menyusahkan

Bantulah aku,
kerana aku masih lemah
kerana aku masih terleka
kerana aku masih jauh

Aku pendosa tanpa noktah,
dulu kini dan selamanya,
namun aku ingin kesyurga

Part :  | 1 | 2 | 3 | 5 | 6 |

Kisah Tentang Aku

16 May 2017

Selamat Hari Guru 2017

﷽‎ 

 
Assamualaikum,

Saban tahun pasti datang kemeriahan hari guru. 16 Mei merupakan hari buat semua Warga Pendidik bukan sekadar guru-guru di sekolah, ustazah-ustazah, ustaz-ustaz tetapi Ibubapa dan Keluarga kita juga merupakan warga pendidik kepada kita semua sejak dari kandungan lagi dan Sahabat kita yang tak pernah leka membimbing kita kearah kebaikan dan berkongsi ilmu. Meraka semua adalah Guru kita

Guru,
engkau la pendidik,
engkau la pembimbing,
engkau la penyelamat.

Tanpamu,
aku tidak di sini,
aku tidak berjaya,
aku tidak kenal erti dunia,

Jasamu, Ilmumu,
tak bisa di bayar dengan wang ringgit,
tak bisa di bayar dengan ucapan,
tak bisa di bayar dengan senyuman,

Namun,
wang ringgit bukan pintamu
ucapan memadai buatmu,
senyuman cukup bermakna buatmu,

Keranamu,
aku kenal sang Pencipta
aku kenal Rasulullah SAW,
aku kenal islam.

Terima Kasih Guru..

Aku,
tak mampu memberikan mu segulung Ijazah,
tak mampu membina kerjaya yang baik,
tak mampu memberi mu hadiah

Namun aku hanya sedang berusaha menjadi MUSLIMAH yang sebenarnya atas didikan mu..

Kerana mu Guru,
Kerana dirimu sungguh berharga,
Tanpa mu siapa AKU.

Nukilan Unni Anje
 

13 May 2017

Pesanan Buat Wanita

﷽‎


Assalamualaikum,

Wanita adalah sebaik-baik ciptaan. Wanita adalah hiasan dunia, sebaik-baik hiasan adalah wanita Solehah

1. Perempuan tak bertudung tak semestinya jahat tetapi Rasulullah SAW sudah pesan tak bertudung akan TERSIKSA DI AKHIRAT.

2. Perempuan jika ada boyfriend yang tak solat, elok tinggalkan dia. Kahwinlah dengan lelaki soleh yang membimbing ke jannah, bukan ke jahannam.

3. Isteri yang terbaik adalah isteri yang meminta maaf segala dosa dari suaminya setiap hari sebelum tidur.

4. Haram bagi seseorang isteri menaruh perasaan terhadap ajnabi (lelaki lain) selain suaminya.

5. Wanita solehah tidak akan memalukan diri sendiri dan jaga batasan wanita.

6. Wanita yang menutup aurat itu belum tentu dijamin syurga tapi sekurangnya dia berusaha untuk menjadi ahli syurga.

7. Wanita yang menutup aurat dengan sempurna ibarat pelangi yang cantik, indah mata memandang tetapi tidak boleh disentuh.

8. Isteri solehah sentiasa berhias cantik untuk suaminya. Dialah bidadari suaminya di dunia dan permaisuri agung di Jannah.

9. Perempuan yang bertudung tetapi berbuat maksiat jangan dikeji dia bertudung tetapi tegurlah perbuatan maksiatnya.

10. Perempuan yang bersalaman dengan suaminya akan gugur 20 dosa sebanyak mana jari dia dan suaminya ada.

11. Perempuan yang menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yang munasabah, maka haramlah ia mencium bau syurga.

12. Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.

13. Wanita yang cantik akan membuka mata lelaki. Wanita yang baik akan membuka hati lelaki.

14. Perempuan yang garang sebelum kahwin adalah perempuan yang paling manja selepas kahwin.

15. Wanita yang solehah lebih mahal nilainya dari lelaki yang soleh sebab wanita yang solehah sukar ditemui.

16. Gunakanlah kecantikan hanya untuk suami.

Moga bermanfaat

02 May 2017

Hati Adalah Raja

﷽‎

 
Assalamualaikum,


Orang yang beriman akan melihat dosanya umpama gunung yang menghempap, manakala ahli maksiat pula melihat dosa itu umpama lalat yang hinggap pada hidung. Allahu.. Bagaimana pula dengan kita?? bagaimana pandangan kita terhadap dosa sendiri?? Tanya hati kita..
Hati adalah kunci segalanya dan raja kepada anggotan badan. 

Sabda Rasulullah SAW : 

 Dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila daging itu baik, baiklah seluruh jasad. Apabila daging itu buruk, buruklah seluruh jasad. Daging itu adalah hati
Hr Bukhari dan Muslim. 

Hakikatnya kita semua tidak sedar. Apa yang kita tahu bahawa dosa itu berbeza-beza dan berlainan mengikut kesalahan yang kita lakukan.

Sabda Rasulullah SAW lagi : 

Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan sesuatu dosa, terbentuklah bintik hitam pada hatinya. Apabila dia bertaubat lalu berhenti melalukan dosa dan beristifar, dia bersih daripada bintik hitam itu. Apabila dia tetap melakukan dosa, semakin banyak bertambah titik hitam itu pada hatinya, sehingga tertutupnya seluruh hatinya. Itu adalah karat yang disebut oleh Allah SWT dalam surah Al-Mutoffifin, ayat 14 yang bermaksud 'sebenarnya apa yang mereka lakukan, mengaratkan dan menutup hati mereka sendiri
[Hr Bukhari dan Muslim]

Hati yang gelap menjadikan jiwa kita semakin terpadam. Hubungan kita dengan Allah telah terputus. Lalu bila hubungan dengan Allah terputus? kita lebih gemar melakukan maksiat tanpa rasa bersalah. Bila kita beriman kita tidak akan melakukan dosa.

Pesanan Rasulullah SAW :

“ Tidak mencuri seorang pencuri sekiranya ketika dia mencuri, dia beriman. Tidak berzina seorang penzina, sekirannya ketika dia berzina dia beriman. Tidak meminum arak seorang peminum arak, sekiranya ketika dia meminum arak, dia beriman
[Hr Bukhari dan Muslim]

Dosa dan keimanan ada dua dunia yang berbeza dan tidak mungkin boleh bersatu dalam satu masa. Hati yang gelap pula sudah pasti memadamkan keimanan. Namun keimanan mampu menjernihkan hati yang gelap.

Setiap dosa yang kita lakukan pasti akan masuk kedalam ''AKAUN BANK'' yang sama. Ibarat virus mejalar dan memusnakan, memadamkan pahala-pahala dan , menggelapkan jiwa. Sekiranya kita tidak menghalangnya, tidak dicuci dan dibersihkan bukan sahaja ia merosakkan hati tetapi juga sikap, akhlak dan peribadi kita sendiri.

Setiap amalan kita diterjemahkan oleh hati. Baik hati baiklah amalah kita. Bila kita menjadi malas beribadah, pastinya kita merasa jauh dari Allah SWT. Mula merasa kecewa, putus asa, marah dan penat melakukan kebaikan. Sebab apa?? SEBAB dosa sudah tutup kita daripada mengigati Allah.


Wallah'ualam

Moga bermanfaat.

20 April 2017

7 Jenis Aurat Wanita

﷽‎

7 Jenis Aurat Wanita
  
Assalamualaikum,

Allamdulilah hari ini Unni di beri kesempatan untuk  akan berkongsi satu ilmu yang tak seberapa berkenanan 7 JENIS AURAT  WANITA.

Apa yang kita faham tentang Aurat??

Aurat diambil dari perkataan Arab iaitu ''AURAH'' yang bermaksud keaiban manakala dalam istilah pulu bermaksud bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.

Namun dalam islam, ada golongan-golongan yang tentu kita dibenarkan membuka aurat.

Dalam Surah Al-Ahzab ayat 59, Allah berfirman :

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani."

Allah juga menegaskan dalam Surah Al-Ahzab ayat 33, dengan berfirman-Nya :

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)."


Dengan ayat ini kita sendiri maklum bahawa hukum menutup aurat adalah wajib seperti mana kita melakukan Solat 5 Waktu, Puasa di Bulan Ramadhan dan Berzakat.

7 Jenis Aurat Wanita

1. Aurat di hadapan suami.
2. Aurat di hadapan wanita Islam.
3. Aurat di hadapan wanita bukan Islam.
4. Aurat di hadapan mahram.
5. Aurat di hadapan ajnabi.
6. Aurat di hadapan kanak-kanak.
7. Aurat wanita tua

Aurat dihadapan suami

Aurat di hadapan suami adalah tiada. Dengan kata lain,tiada batas aurat seseorang wanita di hadapan suaminya. Suami boleh melihat dan menyentuh seluruh tubuh isterinya tanpa pengecualian. Begitu juga sebaliknya.

Aurat diantara wanita islam

Di antara pusat dengan lutut. Maka tidak berdosa mendedahkan anggota dari lutut ke bawah dan dari pusat ke atas. Namun demikian, lebih baik dan lebih sopan jika ditutup melepasi dada.

Aurat di hadapan wanita bukan islam

Majoriti ulama-ulama - aurat wanita Islam di hadapan wanita bukan Islam ialah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.

Sebahagian pengikut mazhab syafi'i - Anggota tubuh wanita Islam yang lazimnya terdedah sesama wanita sewaktu melakukan kerja-kerja dirumah adalah bukan aurat ketika bergaul dengan wanita bukan Islam. Anggota tubuh itu ialah kepala, leher, tengkuk, tangan hingga ke paras siku dan kaki hingga ke paras lutut.

Mazhab maliki - aurat wanita Islam dengan wanita bukan Islam adalah sama dengan aurat wanita sesama Islam iaitu anggota diantara pusat hingga lutut.

Pendapat sebahagian pengikut mazhab syafi'i - mengambil kiraan 'uruf setempat, iaitu wanita Islam tidak dapat tidak akan bergaul dengan masyarakat wanita bukan Islam. Kadar anggota yang didedahkan itu tidak dapat menjatuhkan maruah seseorang wanita Islam apabila dia bergaul dengan wanita bukan Islam.

Aurat dihadapan mahram

Mahram ialah lelaki yang haram berkahwin dengan wanita berkenaan.

Mahram terbahagi kepada dua iaitu:-
  • Mahram kekal - mahram berkahwin selama-lamanya.
  • Mahram sementara (mahram berkahwin buat sementara waktu shj kerana sebab-sebab tertentu. Apabila sebab tertentu sudah tiada,maka halallah berkahwin dengannya.
Mahram kekal terdiri daripada:-
° Golongan yang haram dengan nasab, iaitu bapa, datuk, abang, adik, anak, cucu, cicit, anak saudara, bapa saudara dan seterusnya.
° Golongan yang haram dengan sebab susuan. Golongan ini sama dengan golongan yang haram dengan sebab nasab.
° Golongan yang haram dengan sebab perkahwinan atau persemendaan. Mereka terdiri daripada bapa mentua, menantu, anak tiri dan bapa tiri.

Batasan aurat antara wanita Islam dengan mahram kekal adalah di antara anggota pusat hingga lutut, dengan syarat aman daripada fitnah. Namun demikian, mengikut 'uruf dan budaya setempat, lebih baik dan lebih sopan wanita memelihara dan menutup anggota selain antara pusat hingga lutut seperti dada,belakang dan betis.

Mahram sementara terdiri daripada abang ipar, adik ipar, suami kepada ibu saudara dan suami kepada anak saudara. Batasan aurat wanita di hadapan mahram sementara adalah sama dengan batasan aurat di hadapan ajnabi iaitu seluruh tubuh kecuali muka dan ke dua tapak tangan.

Aurat di hadapan ajnabi

Tiada khilaf di kalangan ulama' semua mazhab, wanita wajib menutup auratnya di hadapan lelaki ajnabi, iaitu lelaki yang halal berkahwin dengannya.

Aurat di hadapan kanak-kanak

Maksud kanak-kanak iaitu seorang belum mengerti dan memahami hal-hal yang berkaitan aurat wanita.

Aurat wanita Islam dengan kanak-kanak lelaki ada 3 keadaan iaitu :-
  • Di hadapan kanak-kanak lelaki yang belum mumaiyiz, tiada anggota dikira aurat yang wajib ditutup.
  • Di hadapan kanak-kanak lelaki yang mumaiyiz yang belum ada syahwat dan belum mengerti tentang syahwat, anggota yang wajib ditutup adalah antara pusat hingga lutut.
  • Di hadapan kanak-kanak lelaki mumaiyiz yang ada syahwat, aurat wanita yang wajib ditutup adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan.
Aurat wanita tua

Wanita tua ialah wanita yang tidak lagi mempunyai keinginan berkahwin atau tiada lagi rangsangan syahwat. Wanita yang masih ada keinginan berkahwin atau masih ada rangsangan syahwat belum dikira wanita tua.

Pada dasarnya, aurat wanita tua adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Namun mereka diberi kelonggaran dengan dibolehkan mendedahkan kepala dan membuka pakaian luar yang kalau dibuka tidak menampakkan aurat dengan syarat tidak bertabarruj.

Waalahualam

In Shaa Allah moga bermanfaat.

11 April 2017

Aku Bukan Ustazah

﷽‎

Part 4 : Kisah Tentang Aku

Jangan kau sangka,
labunhnya tudung ini,
tanda alimnya aku.

Jangan kau sangka,
tetutupnya muka ini,
tanda sucinya aku.

Jangan kau sangka,
indahnya bicara ini,
tanda baiknya aku.

Aku bukan insan sempurna
bukan sebaik yang disangka,
bukan semulia bagai ulama,
bukan tak pernah bercinta,
bukan jua ingin ke neraka.

Aku juga sepertimu,
masih tercari-cari,
segenap cahaya untuk
menerangi sepanjang perjalananku.

Aku bukan ustazah

walaupun,
aku tutup aurat dengan sempurna,
aku jaga batas pergaulan,
aku ikut sunnah Rasulullah,
aku jalankan kewajipan muslimah,
aku jaga iman di dada.

Namun,
aku malu dengan tasbihnya langit yang luas,
aku malu dengan zikirnya laut,
aku malu dengan ketaatan fajar.

Kerana,
tasbihku, zikirku dan ketaatanku
pada Allah yang Maha Esa
hanya setitis air yang penuh dengan dosa

Andai aku melakukan kesalahan,
bantuhlah aku, tegurlah aku,
tapi jangan hina aku,
kerana aku bukanlah ustazah.

Aku sedang berusaha,
bukan berusaha menjadi
lebih baik dari org lain,
tetapi berusaha menjadi
lebih baik dari diriku yang dahulu.

Aku bukan ustazah,
bukan jua ingin menjadi ustazah,
aku hanya seorang pendosa,
pendosa tanpa noktah
yang ingin mencari redha Allah.

Part :  | 1 | 2 | 3 | 5 | 6 7 |

Kisah Tentang Aku






23 March 2017

Aku Menjadi Niqabis

﷽‎ 

Part 3 : Kisah Tentang Aku

Dulu,
aku hanya seorang gadis,
aku hanya seorang wanita,
aku hanya seorang perempuan.

Seorang gadis,
yang hanyut dengan
dunia sementara.

Seorang wanita,
yang leka dengan
cinta manusia.

Seorang perempuan,
yang lupa dengan
kewujudan Allah.

Namun,
hati ini kosong,
hati ini sedih,
hati ini kecewa,
kerana hidup tanpa Allah.

kini,
aku mencari Allah,
aku ingin menjadi muslimah,
muslimah yang patut akan syariat Allah.

Tudung labuh,
aku  melabuhkan tudung,
tanda aku seorang muslimah,
tanda aku takut akan azab Allah.

Namun,
aku masih lemah,
lemah dengan dunia,
lemah dengan godaan,
lemah dengan nafsu.

Menjadi niqabis,
aku memilih berniqab,
tanda aku tak ingin menjadi lemah,
tanda aku ingin mendidik akhlak.

Menjadi niqabis,
agar aku tahu erti kesabaran,
agar aku tahu erti ketabahan,
agar aku tahu erti pejuangan.

Menjadi niqabis,
mengajar aku erti malu,
mengajar aku erti tawaduk,
mengajar aku erti riak,
mengajar aku erti hebatnya seorang muslimah.

Aku seorang niqabis,
yang ingin menghidupkan Sunnah,
yang ingin menjadi muslimah sejati,
yang ingin menjadi bidadari di Syurga Allah.

Dengan Izin Allah,
Istiqamah hingga kemenangan..

Part :  | 1 | 2 | 3 | 5 | 6 7 |

Kisah Tentang Aku




20 March 2017

Terima kasih Wahai Kekasih



Part 2 : Kisah Tentang Aku


Dulu,
kaulah orang pertama dalam hidupku,
kaulah orang pertama yang lebih ku jaga daripada diriku,
kaulah orang pertama yang selalu ku hubungi melebihi ibuku,

Dulu,
kaulah orang yang selalu memberi perhatian kepadaku,
kaulah orang yang selalu menjagaku,
kaulah selalu memberi senyuman kepadaku,
kaulah orang yang menemami setiap jalanku,

Itu dulu,
ku mengharap kasih darimu,
ku mengharap cinta darimu,
ku mengharap rindu darimu,

Sekarang tiada lagi,
ku lepaskan kau pergi
ku perbaiki masa depanku,

Sekarang,
Lihatlah wanita ini,
wanita yang dulu kau khianati,
wanita yang dulu kau berikan kata-kata indah,

Kini,
kerana kaulah aku belajar bagaimana ikhlas melepaskan,
kerana kaulah aku belajar bagaimana sabar menerima pengkhianatan.
kerana kaulah aku belajar erti kecewa,

Kini,
sayang tidak lagi bererti,
berharap tidak akan lagi,
kecewa cukup sekali,
dan jodoh hanya urusan Sang Ilahi,
menanti dan perbaiki diri itu jauh lebih bererti,
lelaki yang baik buat masa depan nanti tetap akan datang dengan cara yang diredhai.

Terima kasih,
atas pertemuan itu,
atas pengkhiatan itu,
kerana itu yang membuat siapa aku hari ini.

Terima Kasih Atas Pertemuan itu Wahai Insan Allah

Part :  | 1 | 2 | 3 | 5 | 6 7 |

Kisah Tentang Aku




16 March 2017

Tips Nak Mula Bertudung Labuh

Tips Nak Mula Bertudung Labuh | Allamdulilah, masih diberi kesempatan untuk bernafas hari ini, hari ini Unni terdetik hati nak share tip-tip macam mana Unni mula bertudung labuh. Baca kat SINI kisah Aku dan Tudung Labuh. Moga Allah masih memberi kita hidaya untuk menutup aurat dengan sempuran.

Tips Nak Mula Bertudung Labuh

Nak bertudung labuh ni kena la slow-slow bukan senang tau nak berubah secara terus, hijarah itu perlu step by step!! Mulakan hijarahmu dengan Niat yang betul, kerana ALLAH SWT.

Tip Nak mula bertudung labuh


1. Niat dan minat. Bila kat hati kamu suka tengok orang bertudung labuh itu adalah salah satu hidayah yang Allah turunkan kat kamu. Maka kejar la hidayah itu.

2. Bila niat dan minat da kuat. Benda pertama nak buat adalah DELETE semua gambar-gambar yang mendedahkan aurat di laman sosial.

3. Mula labuhkan pakaian then tudung yang sedia ada tu ubah la fesyen dia jadi labuh sikit ( tutup bahagian dada ). So orang sekeliling pun tak da aneh tiba-tiba nampak kita berubah terus. Slow-slow.

4. Mula la sarungkan stoking dan pakaian handsock. Sebab kaki tu kan aurat.

5. Sambil-sambil tu mula la beli tudung labuh peringkat-peringkat. Bidang 50, 55, 60.

6. Paling penting adalah istiqmah yang berterusan tanpa putus asa. Abaikan orang nak cakap apa sebab kita nak cari redha Allah SWT bukan redha manusia. Kuat dan tabah. Sentiasa ingat akan azab Allah SWT.

7. Jangan pandang lagi tudung-tudung lama, sorokan sedekah orang buat la apa yang patut. Walaupun harga beratusan. Harga mahal tapi kalau tak ikut syariat kan rugi. Rugi duit dan rugi dosa.

8. Bila da slow-slow, kita sendiri dan orang akan terbiasa dengan perubahan kita, so tak da lah yang nk judge kita kan!!

Itu je senang kan.. Ini lah Unni buat time mula-mula nak mengunakan tudung labuh.. Hidayah Allah SWT tu mahal tau. Sebab tu kita perlu kejar bukan kita tunggu.

Allahamdulilah dalam bertudung labuh sekali gus akan mendidik akhlak kita menjadi lebih baik sebab apa? sebab pakaian yang kita guna, melambangkan suci nya agama kita. Takkan pakai tudung labuh nak maki-maki orang kan ( kalau ada pun, no komen ).

Perkongsian bersama ini la pic pertama Unni labuhkan tudung, Tudung sedia ada bidang 45 jadikan ia labuh macam ni.

Dalam surah An-Nur ayat 31 :

''Hendalah mereka ( perempuan ) melabuhkan kain tudung hingga menutui dada-dada mereka''

Sekian.

Moga Bermanfaat.

Coretan Hati

         

15 March 2017

Apa Perbezaan Purdah dan Niqab?

﷽‎ 
Apa Perbezaan Purdah dan Niqab?

Assalamualaikum,

Tahukah anda akan apa yang di maksudkan Purdah dan Niqab?? Ia merupakan salah satu Sunnah kepada gologan wanita iaitu pakaian Anaknda Rasulullah SWT iaitu Fatimah Az-Zahra.

Soalan yang sering kali Unni di tanya ''Akak apa beza purdah dan niqab ni??''

Ramai yang mengatakan bahawa :

Purdah : Hanya mata dan dahi sahaja dilihat
Niqab : Hanya mata sahaja di lihat.

Sebelum Unni berhijah memakai purdah dulu, Unni pun ingat inilah perbezaan antara niqab dan purdah tapi satu nampk mata jak, satu lagi nampak dahi dan mata rupanya SALAH!!

Sebenarnya Purdah dan Niqab adalah benda yang sama, yang beza cumalah dari segi bahasa Purdah adalah bahasa melayu manakalah Niqab bahasa Arab.

So bila orang pakai yang nampak mata dan dahi itu dipanggil half purdah / half niqab manakala yang nampak mata je dipanggil full purdah/ full niqab.
Apa Perbezaan Purdah dan Niqab?

So jangan binggung-binggung lagi yang!! Dua benda ni sama je, kalau indonesia panggil cadar.

Maklumat tambahan.

Adalah lagi satu yang di panggil Burqa. Burqa adalah semua bahagian muka ditutup namun ada satu lapisan yang agak nipis di bahagian mata pada burqa tersebut.

Apa Perbezaan Purdah dan Niqab?
Burqa
Moga bermanfaat.

Coretan


14 March 2017

Tiga Jenis Kawan Menurut Imam Al-Ghazali

﷽‎ 

Assalamualaikum,

Bersahabat la kamu dengan sahabat yang membawa mu dekat dengan Allah SWT. Pesan Iman Al- Ghazali, dalam kehidupan ini kita akan memiliki tiga jenis kawan iaitu :

Kawan yang pertama

Kawan yang ada ilmu, bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu & nasihat agama kepada kita. Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi.

Kawan yang kedua

Dia tak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu & nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia.

Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu & nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah SWT.

Kawan yang ketiga

Dia tak ada ilmu, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu & nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam bagi alasan iaitu seperti dia tak suka ilmu yang disampaikan.. Dia rejek ilmu dan nasihat yang kita bagi.

Imam Al- Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manfaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita terikut cara & tingkahlaku dia yang boleh membawa kita kepada kehancuran..

Maka bersahabatlah Ukhuwah Fillah bersabahat kerana Allah membawa dan mengajak dekat dengan Allah, bersama-sama berjuang mencari Redha Allah.

Moga bermanfaat

Coretan

13 March 2017

Andai Aku Jatuh Cinta

 ﷽‎

Part 6 : Kisah Tentang Aku


Ya Allah
andai aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada
seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin,
andai aku jatuh cinta, jagalah cintaku
padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Rahman,
andai aku jatuh cinta, izinkanlah aku
menyentuh hati seseorang yang hatinya terpaut pada-Mu,
agar aku tidak jatuh dalam jurang cinta manusia.

Ya Rabbana,
andai aku jatuh cinta, jagalah hatiku
padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati,
andai aku rindu, rindukanlah aku pada
seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Rahim,
andai aku rindu, jagalah rinduku padanya agar
tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Quddus,
andai aku menikmati cinta hamba-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Qahhaar,
andai aku jatuh cinta pada hamba-Mu,
jangan biarkan aku hanyut dan terjatuh
dalam godaan syaitan.

Ya Kabiir,
andai Engkau halalkan aku merindui hamba-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Aliim,
Engkau mengetahui bahwa hati ini telah
berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah sentiasa taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.

Ya Hafizh,
Kukuhkanla ikatan bersama-Mu.
Kekalkanlah cinta kepada-Mu.
Tunjukkan jalan-jalannya kebenaran-Mu.

Ya Karim,
Penuhilah hati ini
dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar,
lapangkanlah dada ini
dengan limpahan keimanan kepada-Mu
dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.

Ya Syahiid,
andai aku jatuh cinta,
berikanlah Redha-Mu kepadaku,
agar aku bisa membawa cinta ini
sampai ke syurga-Mu.

Amin Amin Ya Rabbal..

Part :  | 1 | 2 | 3 | 5 | 6 7 |
Kisah Tentang Aku

08 March 2017

Selamat Hari Wanita Sedunia 2017



Assalamualaikum,

Wanita adalah sebaik-baik ciptaan Oleh Allah SWT. Allah SWT telah menurunkan Al-Qur'an dan di dalamnya ada surah  bernama WANITA An-Nisaa' surah ke 4, dan surah terpanjang ke 4 dalam Al-Qur'an, ada 176 ayat setelah Al-Baqarah 286 ayat ; Al-ARaaf 206 ayat dan Ali Imran 200 ayat.

WANITA diberikan keistimewaan dan kemulian yang sangat tinggi dalam islam.. Wanita la bidadari di syurga dan wanita la juga perhiasan dunia.

WANITA adalah orang pertama kali yang tinggal di Masjidil Haram ( Siti Hajar isteri Nabi Ibrahim AS ). WANITA adalah orang Pertama yang beriman ( memeluk islam ) kepada Rasulullah SAW ( Siti Khadijah RA ). WANITA adalah orang pertama yang syahid di jalan ALLAH SWT ( Syahidah Sumayyah' ibunya Ammar Bin Yasir )

Bahawa Surga itu terletak dibawah kaki Ibu (Wanita) "Al-Jannatu Tahtaa aqdaamil Ummahaat''   "Surga itu berada dibawah telapak kaki Ibu".

Kerana dirimu sungguh berharga.. Dalam kesempatan ini Unni ucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua.. Moga kita akan menjadi WANITA bidadari di syurga.

Coretan Hati

26 February 2017

Aku Dan Tudung Labuh


Part 1 : Kisah Tentang Aku

Aku Dan Tudung Labuh



Dulu,
Sebelum bertudung labuh,
aku juga seperti kamu,
yang dulunya hanya gadis tak hiraukan aurat.

Dimana,
tudung SINGKAT menjadi pilihan,
memperlihatkan lengan tanpa rasa malu,
auratku tak penah ku hiraukan,
maruah wanita ku tolak ketepi.

Sampai satu saat,
Allah mengujiku kerana,
Allah cinta padaku,
Allah rindu padaku.

Menghadirkan sebuah cinta dunia,
aku hanyut dengan cinta manusia,
aku leka dengan dunia,
aku lupa akan kehadiran Allah.

Sampai satu saat,
Allah menarik cinta itu,
Allah perlihatkan kekuasaaNya.

Ya Allah,
sungguh aku takut,
sungguh aku lemah,
sungguh aku hina.

Kerana,
cinta akan pujian manusia,
cinta akan dunia sementara,
cinta akan benda yang tak pasti.

Aku berfikir,
Allah sayang padaku,
Rasulullah berjuang demi wanita,
senhingga wanita di jadikan perhiasan dunia,
menjadika wanita bidadari di syurga.

Tapi,
apa balasan yang ku balas pada sang Pencipta?
apa tanda aku berterima kasih pada Rasulullah?
sedangkan syurga yang ku dambakan.

Allahu .. KEJAM nya aku Ya Allah!!

Disitulah bermulanya HIJRAHku,
tudung labuh menjadi pilihan ku,
handsock dan stoking ku sarungkan,
majlis ilmu ku dekati,
bukan pengukur kehebatan diriku.

Aku cuma,
ingin melindungi auratku dari mata sang ajnabi,
ingin menjaga maruah aku dan keluarga,
ingin menjalakan kewajiban agama yang ku cintai.

Aku tak mahu,
ayah dan abangku menjadi mangsa bahan api neraka,
hanya kerana AURATku.

Ya Allah,
betapa peritnya hidup tanpa Mu Ya Allah,
betapa peritnya melupakan kebodohan dahulu,
betapa peritnya ingin menutup aib sendiri.

Namun keperitan itu,
mengajar aku erti ISLAM sebenar,
mengajar aku menjadi wanita muslimah,
mengajar aku menjadi wanita hiasan dunia,
mengajar aku menjadi bidadari di syurga

Wahai wanita akhir zaman,
cukuplah menjadi pujaan lelaki,
sedangkan akhirnya dimiliki oleh sang SUAMI.

Wahai wanita hiasan dunia,
tidakkah kau sedar dirimu sungguh berharga?
dipandang ajnabi kau terlihat indah,
jagalah auratmu agar terpelihara,
mencerminkan dirimu wanita muslimah.

Wahai wanita bidadari syurga,
tidakkah kau tahu maruahmu itu cermin agama?
janganlah kau murah sehingga tergadai segala maruah,
nanti kau sendri yang merana tak sudah.

Pelihara maruahmu untuk diberi pada yang layak,
yang akan memimpinmu ke syurga Alllah.

Part :  | 1 | 2 | 3 | 5 | 6 | 7 |

Kisah Tentang Aku