24 October 2016

Untuk Kita PENDOSA Harapan selalu ada by Hilal Asyraf

Assalamualaikum

Alhmdulilah pencarian dari hujung Ogos lalu, akhirnya Unie bertemu jodoh dengan buku ni, Karya Hilal Asyraf. Happy sangat pagi ni. Lama Unie cari. Ronda kedai buku kat Tawau ni semua da habis stok.

Mungkin Allah nak tolong Unie kot, ada satu malam tu ada satu sis ni add Unie kat Fb [Hamziela Mansur], then Unie pun accpet, bile stalker Fb dia, dia penjual buku-buku agama. Terus Pm then dia bagi no whatapps.

Unie Sent pic buku ni, Alhmduliah ada stok. Walaupun cas postage tak kisah la janji dapat buku ni. Buku ini Unie jatuh cinta selepas menghadiri satu seminar Ogos lalu Program Nisa Tawau. Ada sis tu bagi ceramah melalui buku ni.

Sinopsis

Untuk Kita Pendosa Harapan Selalu Ada.

DOSA ITU UJIAN

Untuk kita para pendosa, terbuka ruang, seluas-luasnya ruangan. Kemudian, ingatlah kita kepada pesan Tuhan dalam ayat berturutan :

'' Dan kembalikah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat serta berserah bulat-bulat kepada-Nya, sebelum kamu didatagi azab. Ini kerana sesudah itu kamu tidak diberikan pertolongan.''

[ Surah Az-Zumar, Ayat 54 ]

Dosa adalah ujian. Mahu pulang ataupun terus dilalaikan.
Buat yang mahu pulang ke pangkuan Tuhan, Buku ini adalah permulaan

Wallahualam.. Sekian

Review Buku 

Buku ini mengisahkan tentang kita semua, tentang pendosa. Setiap baiti-bait kata yang diselitkan pasti diselit dengan Hadis Rasulullah SAW dan Firman Allah SWT. Allahu menbaca memang membuat hati tersentuh dan terrasa.

Buku yang mempunyai 229 muka surat dengan 43 Tajuk yang sangat menyentu hati. Mengetuk pintu hati kita untuk terus bertaubat dan mengigati mati.

Kalau rasa inginkan hijrah tapi kata susah sangat nak istiqamah so WAJIB la baca buku ni.

Dalam surah Az-Zumar Ayat 53 :

'' Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas kepada diri sendiri. Jangalah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang''.

Sekian.

Salam Sayang : Unni Anje

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^