20 March 2017

Terima kasih Wahai Kekasih



Part 2 : Kisah Tentang Aku


Dulu,
kaulah orang pertama dalam hidupku,
kaulah orang pertama yang lebih ku jaga daripada diriku,
kaulah orang pertama yang selalu ku hubungi melebihi ibuku,

Dulu,
kaulah orang yang selalu memberi perhatian kepadaku,
kaulah orang yang selalu menjagaku,
kaulah selalu memberi senyuman kepadaku,
kaulah orang yang menemami setiap jalanku,

Itu dulu,
ku mengharap kasih darimu,
ku mengharap cinta darimu,
ku mengharap rindu darimu,

Sekarang tiada lagi,
ku lepaskan kau pergi
ku perbaiki masa depanku,

Sekarang,
Lihatlah wanita ini,
wanita yang dulu kau khianati,
wanita yang dulu kau berikan kata-kata indah,

Kini,
kerana kaulah aku belajar bagaimana ikhlas melepaskan,
kerana kaulah aku belajar bagaimana sabar menerima pengkhianatan.
kerana kaulah aku belajar erti kecewa,

Kini,
sayang tidak lagi bererti,
berharap tidak akan lagi,
kecewa cukup sekali,
dan jodoh hanya urusan Sang Ilahi,
menanti dan perbaiki diri itu jauh lebih bererti,
lelaki yang baik buat masa depan nanti tetap akan datang dengan cara yang diredhai.

Terima kasih,
atas pertemuan itu,
atas pengkhiatan itu,
kerana itu yang membuat siapa aku hari ini.

Terima Kasih Atas Pertemuan itu Wahai Insan Allah

Part :  | 1 | 2 | 3 | 5 | 6 7 |

Kisah Tentang Aku




30 comments:

  1. Replies
    1. kesedihan la y mbuat kita terus kuat melangkah

      Delete
  2. sepertinya bagaikan akk pernah mengalaminya..setiap bait kata..akk pernah menulisnya..bersabarlah syg..wanita yg baik hanya utk dia yang baik..jgn.kecewa..setiap pertemuan itu ada asbab dr Allah ..dan kerana pertemuan itu kdg2 mendekatkan kita dengan Allah....;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak.. Allamdulilah dengan izin Allah.. terima kasih kak irda

      Delete
  3. .....dan jodoh hanya urusan Sang Ilahi......

    ReplyDelete
  4. Pasti ada hikmahnya. Have faith in Him =)

    ReplyDelete
  5. semoga bertemu jodoh yang terbaek (psst memang sengaja kasi gantung tue review supaya kamu baca..itu bukannovel cinta biasa tue...haha)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah..thks mv.. wkwkwkwkw unni jarang baca novel :'(

      Delete
  6. Alhamdulillah.. dengan pengkhianatan itu juga mengajar erti kekuatan. Sabar ya unni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahamdulilah berkat kesabaran dan penghianatan..thks cik tie

      Delete
  7. jangan sedih2 ya Unni..setiap pertemuan ada pengakhiran, yang patah akan tumbuh dan yg hilang InshaaAllah akan berganti..

    ReplyDelete
  8. insyaAllah Allah tahu yang terbaik :)

    ReplyDelete
  9. Mek pun cam tu jugak. Tapi mcm unnie ckp, klau tk kerana allah aturkan prtemuan dia dn kita, mcm mane kita nk thu prasaan sakit dikhianati. Sesungguhnya tiada ape yg perlu dikesal. Cuma perlu berhati hati di masa hadapan ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan mek... Allahmdulilah, Allah hadiahkn penghianatan tanda rindukn UmatNya.. Thanks mek

      Delete
  10. Akk pun alami apa yg unni rasa ni. Hanya bersangka baik dengan segala ketetapan Dia. Smga akk pun akk kuat mcm unni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah kak.. moga terus istiqamah.. teruskan melangkah kehadapan kak renex jgn sesekali bpatah balik .. terus melangkah kehadapan wlpun terpaksa merangkah hingga kegarisan penamat

      Delete
  11. Akk pun alami apa yg unni rasa ni. Hanya bersangka baik dengan segala ketetapan Dia. Smga akk pun akk kuat mcm unni.

    ReplyDelete
  12. terima kasih julie.. begitu jgk dgn kamu

    ReplyDelete
  13. Pengalaman adalah guru yang paling bagus UA. Kita banyak belajar dpd pwngalaman.
    Manusia mana yg tak pernah melalui pengalaman pahit.

    ReplyDelete
  14. sesuatu yg sedih ye Unni.
    alhamdulillah, ia ubah Unni kpd yg skang.
    Allah uji sesape yg layak di uji.
    hikmah ujian tu sungguh besar. Unni hari ini :)

    ReplyDelete
  15. Dari sini mama tau unni ni tabah Dan mature orangnya. Insya Allah Akan jumpa yg lebih baik

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^