30 November 2016

CABARAN 30 HARI BLOGGING #30 Kenapa Saya Suka Tulis BLOG


CABARAN 30 HARI BLOGGING
Allahamdulillah, akhirnya Berjaya juga habiskan cabaran dengan jayanya!!! Cepatnya masa berlalu dengan habisnya cabaran terakhir ni maka berakhir la juga NOVEMBER 2016, menghitung detik tibanya DISCEMBER 2016 bulan terakhir tahun 2016. So hari ini merupakan cabaran #30 Kenapa Saya Suka Tulis BLOG ???

Kenapa Saya Suka Tulis BLOG

CABARAN 30 HARI BLOGGING

Kenapa Saya Suka Tulis BLOG ??? kerana semuanya disini, sebuah SIMPLE diari, Unni seorang yang suka menulis, bercerita dan berkongsi. Apa pun Unni suka share walaupun benda yang umum. Dengan penulisan kita dapat luahan apa yang kita rasa kan.

Unni suka share pengalaman Unni dengan orang lain, keindahan Negeri Di Bawah Bayu. So jalan yang simple untuk share apa kita rasa dengan BLOG !! sebab tak semua orang nak dengar kita bercerita kan. Disebabkan berkerja yang terlalu banyak masa lapang so BLOG la jawapannya. Tinggal bersorangan so BLOG la jawapannya.

CABARAN 30 HARI BLOGGING #30 Kenapa Saya Suka Tulis BLOG

Kenapa BLOG ?? kerana nak jadikan kenangan di masa tua, bagaiman masa muda Unni dulu. Kenangan buat orang-orang yang mengenali Unni, bakal anak-anak Unni. Unni nak mereka tahu bagaiman kehidupan Unni ketika ini.

Satu lagi kenapa Unni suka tulis BLOG kerana Blog agak berbeza dengan laman social lain seperti Facebook. Memang beza la, BLOG kita boleh design cita rasa sendiri. Nak tulis apa kita nak tulis, letak apa kita nak letak. Bak kata pepatah SUKA HATI !!

Unni ucapkan terima kasih buat semua READERS dan FOLLOWER Unni yang sentiasa bagi support dan tunjuk ajar kat Unni. Banyak lagi kena belajar dalam blog ni. Maka hari ini 30 NOVEMBER 2013 maka tamat la CABARAN 30 HARI BLOGGING.

Boleh Klik untuk ikuti CABARAN 30 HARI BLOGGING Unni
👇👇
Cabaran  #1 #2 #3 #4 #5 #6 #7 #8 #9 #10 #11 #12 #13 #14 #15 #16 #17 #18 #19 #20 #21 #22 #23 #24 #25 #26 #27 #28 #29 #30

- TAMAT -

Jelajah Borneo Sabah Part 2 ( A Day To Remember 23 - 26 Sep 2016 )

Jelajah Borneo Sabah Part 2 ( A Day To Remember 23 - 26 Sep 2016 ) | Selepas habis kan Jelajah Borneo Sabah Part 1 so baru Unni settle kan Jelajah Borneo Sabah Part 2  ni pulak!! Padahal da Up part 2 ni dulu, sabar jak la. Dalam Part 2 misi kami adalah Menawan Puncak Kinabalu. ( Aki Nabalu )

Maaf jikalau entry TER Up kembali!!! huhuhuhu, entry terpaksa di simpan ke dalam draf semula kerana masalah ternikal. kenapa?? boleh baca SINI. Boleh plak lepas tu masalah baru muncul kat SINI .

Detail yang memerlukan tempahan Jelajah Borneo Sabah

Kereta Sewa Kota Kinabalu - 019-8509825, En.Azam
Naik Gunung Kinabalu - 018 - 8727388 , En.Luis
Homestay JResidence  - 012-8696969 , Custemer Service ( paling berdekatan dengan kinabalu Park )
Ceaser' Place - 088 - 888434, Custemer service.

Seperti kebiasan, Starting point kitorang kat Airport Kota Kinabalu ( KKIA ), Unni dari Tawau menanti kedatangan rakan-rakan dari Semenanjung Malaysia Kak Muli,abg Nasa, Zai dan Aiman. Manakala rakan lain berjumpa kat Ranau.

Ketibaan kak muli bersama husband ( abg Nasa ) sekitar jam 12.00PM, sampai je settle kereta sewa ( then tunggu kedatangan Aiman dan Zai pulak, Tak silap merka sampai jam 2.00PM.

Tarikh pendakian kami adalah 23-24 September, then lepas pendakian 25-26 September 2016  tu kami melawat sekitar kawasan-kawasan Kundasang, Ranau.

22 Sep 2016 merupakan tarikh pertemuan kami semua.. Kami telah menyewa sebuah Homestay yang paling berhampiran dengan Kinabalu Park. Rumah yang agak luas 3 bilik, ruang tamu dan dapur serta kelengkapan.

http://unnianje.blogspot.com/2016/11/jelajah-borneo-sabah-part-2-day-to-Remember.html
Home stay JResidence

Ceaser' Place. Klik SINI

Hati- hati jadi Monyet. Huhuhuu [ Pekan Ranau ]

http://unnianje.blogspot.com/2016/11/jelajah-borneo-sabah-part-2-day-to-Remember.html
Malam tu kami dinner kat Puteri Nabalu kat Pekan Ranau.  Semua tak sabar menantikan hari esok.

A Day To Remember Day
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 |
Jelajah Borneo Sabah Part 1

Ceaser's Place Kundasang, Ranau

﷽‎


Assalamualaikum,

Ceaser's Place Kundasang, Ranau merupakan tempat kami Cekin baru-baru ini dalam Travel jelajah Borneo Sabah Part 2 ~ A Day To Remember ( Aki Nabalu ) hujung september lalu. Kami memilih tempat ini kerana view Gunung Kinabalu yang cantik dan murah.

Kaunter pendaftaran, tapi kami memang da boking awal-awal, call jak No tu sebab kebiasaanya tempat ni selalu full lagi-lagi musim cuti sekolah.

Kami telah menempah dua homestay ( kiri dan kanan gambar ) tanpa dapur. Satu homestay dua bilik ( setiap bilik ada bilik mandi ) dan ruang tamu. Satu homestay RM250 so total RM500.

Bilik sebuah katil King tapi boleh muat 3 orang.

Bilik air disetiap bilik. Wajib ada water heater sebab kalau tak ada memang tak boleh mandi! Cuaca sini memang sejuk tahap dewa. Sebab tu kipas or aircond tak disediakan.

Ruang Tamu yang di lengkapi kerusi, meja dan Tv.

Kat side Ruang Tamu ( rujuk anak panah ) ada sebuah meja kecil yang diletakkan gelas dan kettle. Gambar ni jak jumpa.

VIEW DARI HOMESTAY KAMI

Jelas kan view Gunung Kinabalu, kena awal pagi. Kalau tak nampak awan jak la.

Macam ni, awan da mula menutupi Gunung Kinabalu.

Sebuah meja diluar, kat sini boleh buat BBQ.

Awal pagi, semua muka baru bangun.

View Ceaser's Place 

View dari parking kereta Ceaser's Place.

Ruang parking yang luas.


Bilik ini hanya RM80 satu malam, sebuah bilik dan bilik air ( 2 katil single ).

View homestay yang lain di Ceaser's Place Kundasang, Ranau

Kalau datang kundasang Ranau boleh la Cekin kat sini MURAH, SELESA dan CANTIK. Penginapan kami selama dua malam, so malam tu kami buat BBQ kat sini, peralatan BBQ semua pihak homestay sediakan minta jak kat reception, nak basuh kain pun boleh. Nanti Unni update BBQ kat sini.

Di nasihatkan kalau datang sini make sure pakaian tu biar tebal sikit, lagi-lagi yang tak biasa keadaan sejuk.


Wordless Wednesday #5

sabah tea ranau



Bicara Pagi #8 ~ Rugi

BICARA PAGI
ASSALAMUALAIKUM
Sibuk BERNIAGA tapi tak sempat baca Al-Quran, Rugi!

Sibuk BERKERJA tapi tak sempat baca Al-Quran, Rugi!

Sibuk BELAJAR tapi tak sempat baca Al-Quran, Rugi!

Sibuk BERPOLITIK, tapi tak sempat baca Al-Quran, Rugi!

TAHU  BACA Al-Quran tapi tak sempat baca Al-Quran, Rugi!

TAK PANDAI baca Al-Quran tapi tak nak belajar baca Al-Quran, Rugi!

Rugi! Rugi! Rugi!

Rugi sekali, Rugi Dunia dan Akhirat!
UNNI ANJE

29 November 2016

CABARAN 30 HARI BLOGGING #29 Parents



CABARAN 30 HARI BLOGGING #29 Parents
Hari ini merupakan second last cabaran 30 hari blogging, so maknanya da masuk cabaran #29 !! Tak sangka dapat juga tempuhi cabaran ni. Hari ke 29 cabaran #29 iaitu parents!! nak sembang pasal parents senang jak kan, sapa tak kenal mak bapak sendiri kan!!

Parents

parents
Ini adalah Mak Unni. Puan Caya Binti Hj Palimari berumur 45 tahun. Mak adalah orang paling baik kat dunia. Mak adalah ibu dan juga sahabat Unni. Gambar ini diambil masa Unni konvo boleh baca kat SINI. Mak macam Unni merupakan anak keempat tapi mak anak bongsu dari empat adik beradik sorang abang dan dua orang kakak. Tak banyak Unni nak cerita pasal mak sebab setiap manusia pasti ada mak, so mesti faham. Lagi-lagi yang da ada anak mesti tahu macam mana perasaan jadi mak!! MAK ADALAH SYURGA KITA, SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU.

Jika solat sepanjang hayat, amal ibadat tak penah tinggal tapi di saat kita mengores hati Ibu syurga bukan milik kita. Wallahualam..

CABARAN 30 HARI BLOGGING #29 Parents
Ini merupakan kali pertama Unni sambut birthday mak boleh baca kat SINI. Selama ni Unni duduk berasingan dengan Mak so memang tak sempat nak meraihkan hari jadi. Sekarang pun berasingan tapi still boleh Ulang alik.

Ayah ??? seperti dalam cabaran #1 kat SINI, Unni ada nyatakan Unni ni sorang anak yatim, ayah Unni da 4 tahun meninggalkan kami semua. Tapi kasih ayah sampai ke syurga. Hanya doa mampu membantu, moga ayah ditempatkan di kalangan orang- orang yang beriman.

CABARAN 30 HARI BLOGGING #29 Parents

Cabaran  #1 #2 #3 #4 #5 #6 #7 #8 #9 #10 #11 #12 #13 #14 #15 #16 #17 #18 #19 #20 #21 #22 #23 #24 #25 #26 #27 #28 #29 #30

Imej Berhijab Dalam Pertandingan Ratu Cantik AS

Imej Berhijab Dalam Pertandingan Ratu Cantik US

Seorang gadis yang berasal dari Somalia, Halima Aden 19 tahun telah berjaya mencuri perhatian orang ramai setelah tampil dengan imej bertudung dan mengayakan  Burkini ( baju renang Muslimah ). Dengan penampilan itu Aden telah mendapat tepukan dan sorakan gemuruh dari para penonton.

Imej Berhijab Dalam Pertandingan Ratu Cantik US
Tindakan Aden tidak dapat sebarang batahan dari pihak juri, Pertandingan ini disertai oleh 44 ratu cantik lain.

Sebelum ini, Aden pernah memberi kenyataan penyertaan dalam pertandingan Ratu Cantik itu bukanlah untuk menimbulkan kontrovesi ataupun menghina wanita Islam seluruh Dunia, tetapi mahu mengangkat martabat wanita Islam dan Somalia yang kecantikan itu tidak terletak kepada yang terdedah dan seksi. 

Imej Berhijab Dalam Pertandingan Ratu Cantik US
“Saya mahu menjadi diri saya sendiri. Bila ada banyak wanita di negeri ini memakai hijab, kita sepatutnya nampak itu semua ( termasuk pentas pertandingan ini ),” Katanya, dipetik dari portal Star Tribune.

Menurut seorang pengarah pertandingan Miss Minnessota '' ADEN TELAH MENCIPTA SEJARAH PADA MALAM ITU ,''

Menurut Laporan The Huffington Post, Aden telah berjaya ke separuh akhir Miss Minnessota namun tidak berjaya mara ke Pusingan akhir.

Imej Berhijab Dalam Pertandingan Ratu Cantik US
Aden merupakan anak kelahiran Somania namun telah berpindah ke Amerika Syarikat sejak kecil lagi.

Dua perkataan yang menyebabkan entry ini tersiar.

Kebanyakan orang gagal melihat kecantikan kamu hanya kerana kamu menutupi rambut dan tubuh. Saya terpaksa bekerja keras untuk membuktikan wanita berhijab juga mempunyai bakat, kemahiran dan kepintaran sama seperti gadis lain,”.

Saya sering mendengar penjelasan peserta ratu cantik yang jika kamu mahu diterima dan kelihatan cantik ialah dengan mengubah diri kamu. Itu tidak betul sama sekali!”

Keyataannya dalam  Star Tribune.

Walaupun Aden tidak mengayakan cara berhijab dengan betul tetapi kenyataan Aden amat mendalam, niat dan usaha. Bagaimana dengan kita sendiri Umat Islam, mampu kah kita pertahanan kan Martabat Islam dan diri sendiri dengan berhijab?? Namun masih ramai lagi Bergelar Islam, tapi tidak berhijab / berhijab dengan cara yang betul. Wallahualam.


Imej Berhijab Dalam Pertandingan Ratu Cantik US

Imej Berhijab Dalam Pertandingan Ratu Cantik US
Imej Berhijab Dalam Pertandingan Ratu Cantik US

Cara Masukkan Gambar dan Video Facebook, Instgram dan Twitter Ke Blog



Cara Masukkan Gambar dan Video Facebook, Instgram dan Twitter Ke Blog

Unni nak share toturial cara-cara nak masukkan gambar atau video post kamu di laman sosial seperti Fb, Ig dan Twitter di masukkan di dalam blog menggunakan SnapWidget. Macam Unni memilih meletakkan Instgram Scrolling, Kat bawah blog, boleh scroll.
Cara Masukkan Gambar dan Video Facebook, Instgram dan Twitter Ke Blog
Macam Ni

Langkah 1 : Sing Up SnapWidget

  • Sign Up ke SnapWidget klik SINI.
  • Klik GET STARTER TODAY
  • Then SIGN IN WITH FACEBOOK
Cara Masukkan Gambar dan Video Facebook, Instgram dan Twitter Ke Blog
Cara Masukkan Gambar dan Video Facebook, Instgram dan Twitter Ke Blog



Langkah 2 : Pilih Widget

  • Pilih akaun ( Fb, Ig or Twitter )
  • Pilih Widget ( Grid, Slodeshow, Scrolling, Board ) - 
  • Klik EDIT WIDGET

Cara Masukkan Gambar dan Video Facebook, Instgram dan Twitter Ke Blog


Langkah 3 : Edit Widget

  • Edit basic setting mengikut saiz blog kamu
  • PREVIEW dulu
  • Kalau da Ok UPDATE WIDGET
  • Copy KOD.


Cara Masukkan Gambar dan Video Facebook, Instgram dan Twitter Ke Blog
Cara Masukkan Gambar dan Video Facebook, Instgram dan Twitter Ke Blog

Langkah 4 : Masukkan kedalam Blog

  • Dashboard >> Layout >> Add Gadget >> HTML/JAVAScript
  • Save !!
  • View Blog

Note : Kamu boleh pilih nak letak kat mana kamu nak sama ada side blog, bawa atau atas, Ikut kesesuai blog masing-masing.

Selamat Mencuba dan berjaya 😍😍😍

Cara Masukkan Gambar dan Video Facebook, Instgram dan Twitter Ke Blog