Seorang gadis yang berasal dari Somalia, Halima Aden 19 tahun telah berjaya mencuri perhatian orang ramai setelah tampil dengan imej bertudung dan mengayakan Burkini ( baju renang Muslimah ). Dengan penampilan itu Aden telah mendapat tepukan dan sorakan gemuruh dari para penonton.
Tindakan Aden tidak dapat sebarang batahan dari pihak juri, Pertandingan ini disertai oleh 44 ratu cantik lain.
Sebelum ini, Aden pernah memberi kenyataan penyertaan dalam pertandingan Ratu Cantik itu bukanlah untuk menimbulkan kontrovesi ataupun menghina wanita Islam seluruh Dunia, tetapi mahu mengangkat martabat wanita Islam dan Somalia yang kecantikan itu tidak terletak kepada yang terdedah dan seksi.
“Saya mahu menjadi diri saya sendiri. Bila ada banyak wanita di negeri ini memakai hijab, kita sepatutnya nampak itu semua ( termasuk pentas pertandingan ini ),” Katanya, dipetik dari portal Star Tribune.
Menurut seorang pengarah pertandingan Miss Minnessota '' ADEN TELAH MENCIPTA SEJARAH PADA MALAM ITU ,''
Menurut Laporan The Huffington Post, Aden telah berjaya ke separuh akhir Miss Minnessota namun tidak berjaya mara ke Pusingan akhir.
Aden merupakan anak kelahiran Somania namun telah berpindah ke Amerika Syarikat sejak kecil lagi.
Dua perkataan yang menyebabkan entry ini tersiar.
“Kebanyakan orang gagal melihat kecantikan kamu hanya kerana kamu menutupi rambut dan tubuh. Saya terpaksa bekerja keras untuk membuktikan wanita berhijab juga mempunyai bakat, kemahiran dan kepintaran sama seperti gadis lain,”.
“Saya sering mendengar penjelasan peserta ratu cantik yang jika kamu mahu diterima dan kelihatan cantik ialah dengan mengubah diri kamu. Itu tidak betul sama sekali!”
Keyataannya dalam Star Tribune.
Walaupun Aden tidak mengayakan cara berhijab dengan betul tetapi kenyataan Aden amat mendalam, niat dan usaha. Bagaimana dengan kita sendiri Umat Islam, mampu kah kita pertahanan kan Martabat Islam dan diri sendiri dengan berhijab?? Namun masih ramai lagi Bergelar Islam, tapi tidak berhijab / berhijab dengan cara yang betul. Wallahualam.