08 August 2018

Pasir Putih Tapak Perkhemahan Yang Menarik Di Tawau, Sabah

Pasir Putih Tapak Perkhemahan Yang Menarik Di Tawau, Sabah | Allhamdulilah semakin hari semakin kembali mood menulis, lama seru agar minat ni kembali pulang. Lepas ni boleh komitment jenguk blog kawan pulak.  Ok kembali kejalan yang lurus. Mesti ramai yang masih tidak mengetahui bahawa Kampung Pasir Putih memiliki satu tempat yang menarik dan juga sesuai untuk tapak perkhemahan dan juga tempat untuk memancing.

Pasir Putih Tapak Perkhemahan Yang Menarik Di Tawau, Sabah
Bagi peminat outdoor keindahan dan keunikan sesuatu tempat adalah paling utama dalam melakukan sebarang aktiviti seperti perkhemahan. Kawasan ini merupakan salah sstu tempat yang menarik untuk aktiviti perkhemahan. Boleh menikmati matahari terbit dan terbenam di sini. Bayaran untuk masuk kesini juga percuma dan destinasi yang senang di kunjungi.

Tapak Perkhemahan Pasir Putih


Tapak khemahan ini terletak di kampung Pasir Putih 5km kira-kira 15 minit perjalanan dari Bandar utama Tawau. Untuk kesini kamu hanya perlu masuk ke simpang Pasir Putih dan terus sahaja sehingga penghujung. Ada gate, lalu je gate tu sampai hujung.

Pasir Putih Tapak Perkhemahan Yang Menarik Di Tawau, Sabah
Di hujung kampung terdapat satu kawasan lapang namun agak dipenuhi semakin samun tetapi mempunyai laluan kenderaan yang jelas. Turut di kelilingi dengan air laut yang indah..  Sebelah kanan menikmati matahari terbenam dan sebelah kiri menikmati matahari terbit.

Kat sini la Unni dan geng lain selalu menghabiskan masa bersama. Sebulan sekali kami akan camping kat sini, boleh di katakan jadi kewajipan bagi kami berenam. Kami merupakan gerakakn outdoor hanya berenam setiap kali nak atur aktiviti. Bukan tak suka bergaul tapi lebih suka kepada keamanan. Lagipunn malas nak bawa yang otak tak bersatu sikit, camping boleh jadi badmood.Hahahhaaha

Pasir Putih Tapak Perkhemahan Yang Menarik Di Tawau, Sabah
Pasir Putih Tapak Perkhemahan Yang Menarik Di Tawau, Sabah
Suasana pagi yang indah,  Matahari muncul di sebalik Bukit yang ada di hadapan dengan kehadiran bunyi air laut. Allahuakbar memang menenagkan jiwa boleh jadi layan perasaan kot.

Bila malam menjelang, Kawasan ni agak gelap dan sememangnya agak menyeramkan bagi mereka yang pertama kali datang ke sini, sepanjang perjalanan masuk Kedalam dan kawasan tapak perkhemahan tiada mempunyai kemudahan lampu jalan, jadi kalau nak datang seeloknya berkumpulan. Dan di nasihatkan juga datang lebih awal sebelum matahari tengelam.

Pasir Putih Tapak Perkhemahan Yang Menarik Di Tawau, Sabah
Siang pula boleh layan view laut yang sangat indah. Apa yang menarik?? Apa yang kami saksikan adalah air sungai dan laut yang tidak akan bercantum.  Jelas dan nyata Firman Allah SWT dalam surah Ar-Rahman ayat 19-20 Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing.” (Q.S. Ar-Rahman:19-20). Allahuakbar itu la keunikan yang dapat di saksikan di sini. Video Full boleh lihat kat SINI. Tapi tak tahu pulak kalau ada fenome lain. Hihihihi

Pasir Putih Tapak Perkhemahan Yang Menarik Di Tawau, Sabah
Pasir Putih Tapak Perkhemahan Yang Menarik Di Tawau, Sabah
Sebelah petang sambil-sambil pasang kemah boleh layan pemandangan matahari terbenam, sambil-sambil pacak pancing.  Kawasan ini kebiasanya hanya di kenali oleh kaki pancing sahaja. Kami pun kalau camping kat sini, kadang kala memancing dan baru sekali dapat ikan.. Hahahah. Sebab aktiviti kami lebih kepada perkhemahan. Bukan setakad memancing ada juga yang meramat di sini mengunakan jala yang besar.

Pasir Putih Tapak Perkhemahan Yang Menarik Di Tawau, Sabah
Pemandagan malam, kalau hari tak hujan memang indah. Pantulan bulan betul di hadapan kemah kami. Lawa kan. Kebiasanya kami akan bertapak di tempat ni setiap kami bulan penuh, sebab orang yang memacing pun kurang. Kawasan ni agak gelap hanya kehadiran bulan yang meneragi kami. Malam kaminsuka lepak-lepak dekat bahagian batu-batu menghadap laut, nak melalak sampai kesubuh pun tak kesah sebab kawasan memang jauh dengan rumah orang kampung.

Pasir Putih Tapak Perkhemahan Yang Menarik Di Tawau, Sabah
Macam-macam aktiviti boleh buat kat sini,  so aktiviti wajib kami adalah unggul api dan bbq. Yang senangnya kalau tak sini tak payah susah-susah nak bawa arang sebab banyak ranting-ranting kayu yang boleh di pungut kat sini. Kehadiran pokok-pokok besar juga memudahakn untuk kami memasang hammock.

Kamu tidak di galakkan camping kat sini jikalau hujan kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaki,  tambahan pula jalan masuk kedalam akan jadi licin. Dan tidak sesuia untuk kenderan kecil. Bekalan air juga tidak di sediakan disini,jadi kalau mau berhasrat camping kat sini wajin bawa bekalan air secukupnya. Begitu juga dengan kemudahan tandas awam, so pandai-pandai la yer.

Di sebalik keindahan yang ada mesti ada keburukannya, yang lain terpulang dari kita mahu atau tidak. Tapi memang tak rugi bertapak kat sini. Bawa la bekalan makanan dan minumam secukupnya. Begitu juga dengan kelengkapan perkhemahan.

Buat peminat outdoor bolehlah rasai pengalaman sendiri berkhemah kat sini.Sangat menjanjikan keindahan yang menarik. Datang dulu baru tahu.

Sebarang pertanyaan boleh berhububg dengan unni secara langsung. Just follow instagram kat side blog dan DM kat instgram. Insyaa Allah unni akan membalasnya secepat mungkin.

5 comments:

  1. wahhh. best aktiviti camni..
    ejulz follow sini #383.. harap sudi follow blog ejulz jugak :)

    ReplyDelete
  2. Masha Allah, cantik betul pemandangan di sana.. =) kalau ada rezeki akak ke sana, akak nak Unni bawak akak jalan-jalan... hihihi

    ReplyDelete
  3. Bestnye la dapat berxpdc camni.. Merata unni pergi kan..

    ReplyDelete
  4. Allahu.. Cantik dan indah ciptaan ilahi...

    ReplyDelete
  5. Keep up the considerable work, its elusive great ones. I have added to my top picks. Much thanks to You. Enjoy the power to create and control people in a virtual world where there are no rules with The Sims 4 – On Xbox One, PS4 and PC sims 4 news.

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^