17 August 2018

Bukit Cinta, Batu Payung Tawau

Bukit Cinta, Batu Payung Tawau | Tawau memang agak terkenal dengan keindahan Bukit semulajadi yang ada, salah satunya adalah Bukit Cinta. Unni tak pasti kenapa di namakan bukit cinta tapi view dia memang sangat cantik berhadapan dengan laut.

Bukit Cinta, Batu Payung Tawau
Allhamdulilah satu lagi bukit yang berjaya di Tawan. Sebenarnya lama da nak tawan tapi tak tahu la kena tak tertawan-tawan. XPDC kali ni hanya berempat. Naik time petang pulak tu. Caving punya pasal, tak kira masa. Bukan makanan jak orang boleh caving ok.

Bukit Cinta, Batu Payung Tawau


Bukit Cinta, Batu Payung Tawau
Bukit ini terletak di Simpang Jalan Haji Yunus Batu Payung Tawau 17.9km kira-kira 25 minit perjalanan dari Bandar utama Tawau. Bukit ini mempunyai ketinggian 276 meter dari aras laut. Di maklumkan untuk hiking di sini kamu hendaklah meminta izin tuan tanah terlebih dahulu bagi menghormati mereka kerana Stating Ponit adalah di belakang rumah mereka dan pastinya kita akan melalui dan parking kereta di rumah mereka

Starting point kat sini memang payah nak tahu. So menang waiib bawa guide.. Da jumpa starting point naik tanpa guide pun ok. 


Bukit Cinta, Batu Payung Tawau
Permulaan pendakian memang melalui kawasan semak samun, mungkin dalam lebih kurang 200m sahaja. Nampak gambaran kasar memang macam dalam hutan belantara pun ada. Lepas kamu jumpa trail ni jangan risau, da tak perlukan guide lagi, bawa diri pun boleh tapi agak berbahaya la juga.


Bukit Cinta, Batu Payung Tawau
Bukit Cinta, Batu Payung Tawau
Seterusnya kami melalui batu-batu ni, air bukit megalir kat sini. Batu memang agak licin. Bukit ni sebenarnya tak da la tinggi sangat tapi memang patah juga kaki sebab trail dia agak pancak sampai ke puncak. Memang tak jumpa trail yang santai melainkan sampai ke puncak nanti

Lebih kurang dalam 500m juga trail batu ni. Trail kat sini lebih kurang trail Bukit Panchang Tinagat namun kat sini banyak kehadiran pokok-pokok yang berduri lepas tu jalan agak licin. Maka pandai-pandai la guna kemahiran sendiri biar tak jatuh dan terpegang duri. Apapun jatuh tu perkara yang normal, kalau takut jatuh tak payah la hiking. hahahahah


Bukit Cinta, Batu Payung Tawau
Bukit Cinta, Batu Payung Tawau
Kat sini kami kehilangan trail di sebabkan ranting-ranting pokok yang besar jatuh. Memang dekat 10 minit juga kiri kanan cari trail asal. Kat sini la ilmu hutan akan teruji (ayat macam orang power ) di mana kita kena tentukan ala puncak yang ingin di tuju. Sama ada barat ka Timur ka, bila da tahu jadi jalan itu la yang kamu kena reda jak walapun semak samun.

Kami main langgar jak, Allhamdulilah nasib jumpa trail asal. Memangkan kami naik waktu petang, kemungkinan besar akan turun waktu malam. Jadi trail yang hilang tadi harus di tanda dan di ingat kalau tak merasa la abg bomba datang jemput atas ni. hahaha.

Bukit Cinta, Batu Payung Tawau
Puncak sini tak nampak view kerana kehadiran pokok-pokok besar yang unik dan menarik. Unni sempat gambar satu ni jak, banyak lagi yang menarik. Ada yang tergantung di tebing bukit akar sahaja yang membantu untuk terus kukuh berdiri. Akar pun besar-besar.

So untuk menikmati pemandangan indah kena turun sikit kebahagian bawah.

Bukit Cinta, Batu Payung Tawau
Bukit Cinta, Batu Payung Tawau
Tara.. Cantikkan kat sini, tapi gambar view laut kurang memuaskan mungkin faktor kedatangan kami yang agak lewat. Lebih kurang 40 minit juga naik ni. Tu pun langkah yang paling cepat da unni rasa. Kat sini jelas kelihatan pulau Sebatik di mana Pulau tu terbahagia dua bahagian iaitu Malaysia dan Indonesia. Kira sempadan juga la.

Sebenarnya Tuan tanah menasihati kalau nak naik sini kena waktu pagi atau sebelum jam 4. Walaupun ketinggian tidak seberapa, trail hutan kat sini boleh tahan juga memamg tak mustahil boleh sesat.

Lagi satu di nasihatkan kalau ke sini baik off kan handphone. Sebab secara automatik line kamu akan bertukar kepada line Indonesia. Unni pun tak tahu orang sini macam mana. Setakad ni pengalamanguna celcom dan digi untuk pengguna maxis tak sure pulak.

Tip hiking Bukit Cinta


Bukit Cinta, Batu Payung Tawau

1. Pakai kasut yang sesuai
2. Bawa guide
3. Pakai glove
4. Hiking di siang hari
5. Minta izin Tuan Tanah
6. Bawa bekalan air secukupnya

Tu jak yang utama, lepas hiking kat sini kamu boleh menikmati keindahan pantai Batu Payung. Nak datang boleh contacts Unni.

Sekian

7 comments:

  1. teringin nak try hiking sekali..hihi

    ReplyDelete
  2. Seronoknya hiking.. klau la kak liez fit mmg dah rancak hiking sana sini mcm Unni..

    ReplyDelete
  3. kakak ndak pernah lagi pigi sini walaupun sentiasa lalu lalang kawasan sini, bila jauh ni baru rasa ruginya ndak datang sini

    ReplyDelete
  4. Bestnyaa tengok orang hiking, teringn juga..tapi takde geng huhuhu...

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^