01 August 2018

Bukit Tisop Gua Madai, Kunak

Bukit Tisop Gua Madai, Kunak | misi mencari mood menulis yang entah hilang ke mana, hari ini Allhamdulilah ku gagahkan tangan untuk berkongsi pengalaman mendaki lagi. Hampir 7 bulan entry ni tertunggak tanpa sebab. Kali ini Unni ingin kongsi kan pengalaman mendaki Bukit Tisop Gua Madai yang terletak di Kunak Sabah.

3HB Dicember 2017 Allhamdulilah Bukit ni merupakan salah satu bukit idaman yang berjaya unni tawan kerana trail nya mengitu mencabar. Satu lagi misi akhir tahun selepas Gunung Silam. Walaupun penat Gunung masih tak hilang, kami gagahkan diri juga ke sini.

Bukit Tisop Gua Madai, Kunak

Bukit Tisop Gua Madai, Kunak


Bukit Tisop Gua Madai terletak di Madai Kunak 16km dari Pekan Utama Kunak kira-kira 21 minit perjalanan dan 89.2km dari Bandar Utama Tawau kira-kira 1 jam 25 minit perjalanan. Bukit Tisop ini terletak betul-betul bersebelahan dengan Gua Madai yang di penuhi dengan sarang Burung Layang-layang. 

Kawasan pendakian ini merupakan kawasan tanah persedirian yang di kawal sepenuhnya oleh orang kampung sini iaitu Kaum ida'an yang di gelar pewaris. Segala hasil sarang burung adalah hak mereka SDN BHD tanpa campur tangan dari orang luar termasuk Kerajaan Malaysia.


Bukit Tisop Gua Madai, Kunak
Dengan penyertaan seramai lebih 70 peserta gabungan Tawau, Kunak dan Lahad Datu dengan bantuan 10 orang Guide, kami memulakan pendakian agak lewat di sebabkan factor cuaca pagi itu yang kurang mengizinkan. Kabus tebal mengiringi kami. Nampak tak gambar puncak tajam kat belakang yang di selimuti kabus, itu la puncak Bukit Tisop yang bakal kami tawan.

Lebih kurang jam 10 pagi kami pun memulakan pendakiaan walaupun keadaan masih hujan renjai-renjai. Hanya letak sepenuh perlindungan dengan Allah SWT.

Bukit Tisop Gua Madai, Kunak
Sebelum memulakan pendakian, kami melalui rumah-rumah orang kampung Ida'an. Segala urusan untuk hiking kat sini mestilah melalui orang kampung aka Pewaris kerana hanya mereka sahaja yang boleh membenarkan atau bagi permit untuk naik ke atas.

kelebihan bagi pihak kami kerana mengenali salah soraang pewaris di kampung ini yang memudahkan segala urusan kami di sini. Permit juga di kelurkan dan senarai nama akan di hantar ke Balai Polis untuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Segala urusan kami telah di urus oleh Pihak Kelab Belia Kunak NT Advance kerana salah sorang STAFF mereka merupakan pewaris.

Bukit Tisop Gua Madai, Kunak
Bukit Tisop Gua Madai, Kunak
Pada permulaan pendakian kami melalui satu anak sungai dan seterusnya berjalan dalam 800m perjalanan melalui kawasan hutan dan kemudian barulah cabaran sebenarnya bermula, di mana pendakiaan dengan hanya dengan batu-batu sehingga puncak, keadaan yang agak curam seperti dalam gambar. Kat sini hanya sorang satu demi sorang memanjat so kalua kat belakang kena la beratur menunggu. Kat atas dan bawah ada guide yang besiap sedia untuk membantu.

Dan di maklumkan kat kawasan ini tidak di sedikan tali untuk berpaut, memang sepenuh bergantung dengan kaki tangan dan tenagaa kami.

Bukit Tisop Gua Madai, Kunak
Dengan ketinggian yang tidak di ketahui, tapi rasanya ini lebih tinggi dari Bukit Akar Tawau . Allhamdulilah kehadiran hujan di pagi hari memberikan kami pemandangan yang begitu indah indah. Perjalanan yang tidak mengecewakan. Untuk pengetahuan semua, untuk naik kesini pendaki di nasihatkan membawa payung lipat kerana kawasan puncak adalah kawasan lapang dan tidak mempunyai tempat berteduh melainkan Menara Trig.

Bayangkan la kamu mendaki batu-batu dalam keadaan panas terik, memang boleh jatuh pitam, namun keadaan mendung sungguh membuat kami bersyukur walaupun ada sesetengah keadaan batu yang agak licin. 

Bukit Tisop Gua Madai, Kunak
Kat sini terlalu bnanyak batu-batu besar dan side puncak, ia amat menjanjikan gambar yang indah dan terbaik untuk semua tambah-tambah lagi dengan keadaan cuaca yang berkabus.  Cabaran hiking kat sini adalah kehadiran batu-batu tajam yang menumpang iaitu keadaan batu-batu yang tidak kukuh, pijak jak terus terjatuh ke bawah. 

Kalau sebelum ni hiking dalam hutan pijak tanah, akar rumput jsuh bebeza dengan tempat ni, pijak  batu-batu pun cuma kat Gunung Kinabalu, tapi tu batu di memang kekal tak ada pun anak-anak batu macam kat kawasan ni. Silap sikit dan tak berhati-hati memang agak berbahya untuk diri sendri dan orang di belakang kita. Dengan keadaan trail yang curam. So kamu wajib datang la sendiri dan rasa pengalaman sendiri.

Bukit Tisop Gua Madai, Kunak
Bukit Tisop Gua Madai, Kunak
Destinasi yang wajib untuk di singgah. Kawasan ni di namakan batu dinding kerana kehadiran batu yang besar seakan-akan berbentuk dinding. Kawasan ini juga merupakan separuh perjalanan sampai ke puncak. Cabaran kat sini pun hebat juga kerana kawasan ni terbelah dan untuk kesebelah kami tepaksa melangkah dengan penuh berhati-hati ( tak ada kayu jambatan di sediakan ). Kira macam kamu menyeberang longkang lebih longkang la, tapi ni tak boleh jatuh.. 

walaupun trail naik kepuncak agak curam, namun yang yang mempunyai maslaah ketinggian Gayat, Berjaya sampai kepuncak !! Semua usaha dan kesungguhan. Nak tip hilangkan takut ketinggian baca kat SINI.

Bukit Tisop Gua Madai, Kunak
Nampak tak kabus tu menemani kami sampai ke puncak. Kawasan ini merupakan kawasan yang paling the best  kalua nak ambil gambar ada dua side puncak tapi tak Nampak sangat sebab kabus dan kawasan merupakan batu terakhir yang kami daki sebelum bertemu dengan puncak. sementara keadaan peak masih dipenuhi pendakia lain kami menghabiskan masa kat sini dari hujung ke hujung. 

Batu kat sini makin menakutkan salah pijak sikit terus gol masuk jurang !! Pendakian kami juga turut di sertai oleh beberapa anggota Polis. Tapi jangan sangka pihak polis ada boleh rasa selamat sebab polis pun pulak Surrender tau!! hhahahahahah.

Bukit Tisop Gua Madai, Kunak
Allhamdulilah lebih kurang jam 12 tengah hari sampai kat sini, lebih kurang dua jam lebih tapi sebenarnya perjalanan untuk ampai ke atas tak da la sampai sejam, selfie punya pasal kan. Tak payah mention la sapa yang unni guide 10 langkah 100 gambar, tabah jak aku membebel kat belakang Selfie mengalahkan orang perempuan.. Tapi memang jeles la tengok gambar dorang tu, di nasihatkan kalau naik sini jangan layan tu penat tapi layan la bergambar sebab rugi bukan selalu dapat ke sini.

Keadaan peak agak lapang dan sempit,tidak dapat menampung 70 pendaki pada pagin tu so kena guna sistem ganti-ganti , sapa sampai dulu bergambarr dalam 10 minute dan terus turun kebawah. oleh kerana kami adalah pendaki yang terakhir dan dapat guide pun sporting, memang kami selfie sampai koma.. Kelebihan orang yang terakhir. Hahahahahaha

Bukit Tisop Gua Madai, Kunak
Untuk naik kesini mudah jak yang penting kamu sentiasa berhati-hati dan follow setiap taklimat yang guide sampaikan. Walaupun kamu da tawan GUNUNG EVERST sekalipun cabaran kat sibni jauh berbeza, lain tempat lain peraturnnya. Unni kongsikan beberapa tips untuk yang berhasrat datang ke sini.

Tip Mendaki Bukit Tisop Gua Madai


1. Wajib pakai kasut ( adidas kampung )
2. Pakai glove
3. Bawa air secukupnya
4. Bawa paying lipat.
5. Dilarang membunag sampah 
6. sila berurusan dengan pihak pewaris

Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan unni Cik.unnianje@gmail.com atau Follow ig kat side blog then Dm kat Instagram. Selamat Mendaki, Sekian.




3 comments:

  1. those yang suka aktiviti macam ni memang 1 kepuasan =)

    ReplyDelete
  2. bila la kak liez dpt peluang g hiking macam unni ni?seronok dan nak sihat bila hiking peluh cepat keluar

    ReplyDelete

  3. Thank you because you have been willing to share information with us. Pictaram is an online instagram tool where you can analyze your accounts instantly with its own developed algorithm. With this tool you can instantly see your own profile strength and interaction rates. This tool is completely free.

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^