18 July 2018

Tips, Keperluan, Kelengkapan Dan Persediaan Mendaki Gunung Lucia Tawau

Tips, Keperluan, Kelengkapan Dan Persediaan Mendaki Gunung Lucia Tawau | Menerusi pengalaman mendaki Gunung Lucia awal tahun 2018, unni ingin kongsikan sedikit tip dan keperluan dan persediaan mendaki Gunung Lucia. Gunung ni merupakan  antara gunung yang di sediakan pelbagai kemudahan.

Baca kat sini pengalaman Unni mendaki Gunung Lucia

Tips, Keperluan, Kelengkapan Dan Persediaan Mendaki Gunung Lucia Tawau


Tip Penting Mendaki Gunung Lucia

  1. Kasut yang bersesuai
  2. Langka kecil tapi laju
  3. Bawa barang keperluan sahaja
  4. Air minum dan makanan yang mencukupi
  5. Banyak kan berdoa dan tak tinggal solat

Barang Keperluan Dan Kelengkapan Wajib

  1. Pakaian 1 pasang sahaja.
  2. Stoking Pacat dan stoking extra
  3. Glove
  4. Jaket
  5. Alatan Mandi
  6. Tuala
  7. Selipar
  8. Kasut
  9. Botol minuman
  10. Baju Hujan
  11. Headlamp dan handlamp
  12. tongkat
  13. ubat-ubatan
  14. Makanan
  15. kelengkapan solat.
  16. Stove dan Cookware

Tips

  1. Pakaian bawa satu pasang sahaja di pakai lepas sampai ke asrama lucia then pakai tidur dan terus ke peak, Kalau rajin boleh jak bawa lebih tapi ambil space kat dalam beg.
  2. Stoking wajib la bawa lebih kot-kot hujan, nak jemur memang x keing la.. Stoking pacat WAJIB bagi mengelakkan serangan pacat.
  3. Glove boleh bawa or tak tapi make sure bawa la demi keselamatan.
  4. Jaket ni dari kamu jak sebab sebenarnya cuaca kat atas tak da sejuk lebih kurang cuaca kat rumah jak tu. Lagipun kat asrama ada juga selimut di sediakan.
  5. Alatan mandi dan tuala wajib la bawa kan tak nak mandi. Tapi bawa alatan mandi yang perlu sahaja ok.
  6. Selipar kamu guna semasa di asrama, tak kan kehulur hilir nak pakai kasut.hihihihi.
  7. Kasut yang paling best adalah Adidas kampong sebab apa, trail kat Gunung ni trail yang berlicak so Adidas kampung yang paling sesuai basah pun senang lap-lap jak da kering kalau kasut lain memang tak kering, so jadi la kita geng pakai kasut basah.
  8. Botol minuman adalah kelengkapan yang paling wajib, bekalan harus mencukupi sebab tak ada bahagian top up air sampai asrama kena masak air sendiri. Nak jimat space guna water bladder.
  9. Baju hujan wajib ada keadaan cuaca kita tak boleh ramal.
  10. Tongkat bagi yang perlu boleh bawa boleh membantu naik turun tapi tak bawa pun ok.
  11. Headlamp dan handlamp wajib di bawa sebab kat asrama tak di sediakan bekalan elektrik. Semua bergantung dengan cahaya masing-masing. Lain la kalau mata kamu tu lutsinar boleh menembusi gelap so tak payah la bawa.. Hahahaha
  12. Makanan adalah sendirian berhad, melainkan kamu naik kesini dengan package makan minum di sediakan so tak payah pening-pening. Tapi bawa la makanan sampingan maggie, makanan ringan untuk alas perut.
  13. ubat-ubatan seperti spray, minyak angin dan Panadol wajib di bawa. Minuman ORS dan glukosa juga digalakan bagi mengantikan zat mineral yang hilang dari peluh badan masa berpeluh
  14. Stove dan cookware bagi yang suka makan-makan minum air panas baik bawa sendiri.. Boleh masak kat bilik sahaja ( asal jaga keselamatan ) memang tak gigih la nak kedapur !!

Persediaan

  1. Bagi persediaan mendaki Gunung Lucia paling utama adalah rehat yang mencukupi sebelum pendakian. Stamina mental juga penting tapi yang santai saja.
  2. Latih diri mula mengangkat beban sekurang-kurangnya 5kg semasa mendaki.
  3. Nak senang boleh la latihan naik turun tangga.
  4. Rajinkan diri senaman pagi, skepping dan jogging sekurang-kurangnya dua minggu sekali.
Pesediaan Stamina Mental dan Fizikal walaupun sekadar ala kadar tetapi harus di utamakan juga.

Selamat mendaki !!!

2 comments:

  1. mesti suka pink ni banyak barang2 kaler pink.. hehehe =D

    ReplyDelete
  2. serba pink brgan unni ni...byk juga brg kena bawa.. mmg berat

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^