Pengalaman Mendaki Gunung Lucia Tawau Part 2 | Hari seterusnya, kali ni kami akan menghabiskan sisa baki perjalanan menuju puncak dalam lebih kurang 2.55KM lagi. Kami bangun seawal jam 5 pagi untuk mempersiapkan diri solat dan masak untuk sarapan pagi. Gunung Lucia ni tak ada lah seperti Gunung-gunung lain yang perlu memulakan pendakian seawal 2-3 pagi untuk menawan puncak.
Kami mempersiapkan diri meneruskan perjalanan ke Puncak dan kemaskan semua barang masing-masng untuk kembali ke Pejabat Taman Bukit Tawau selepas turun dari puncak. Lebih kurang jam 8.00 pagi kamu semua berkumpul di perkarangan Asrama Lucia untuk sedikit taklimat oleh guide. Perjalanan kamii hanya lebih kurang sejam lebih atau lebih.
Menawan Puncak Lucia
Dari 24 para pendaki hanya 20 orang sahaja yang dapat meneruskan perjalanan pagi itu. Demi faktor keselamatan mereka akur untuk tidak meneruskan perjalanan ke puncak tetapi persiapkan diri untuk kembali ke Taman Bukit Tawau. Perjalanan kali ini menjanjikan suasana yang betul- betul menarik dan indah. Tak perlu tergesa-gesa
Di setiap perjalanan dari Taman Bukit Tawau hingga ke puncak papan Tanda macam ni setiap 100m akan di letakkan. G.L menandakan Gunung Lucia dalam jarak 2.0KM lagi. Kami merupakan antara orang yang paling hadapan manakala yang lain masih menghabiskan masa untuk menangkap gambar di tambah dengan cuaca pada pagi ini yang agak meyebelahi pendakian kami.
Kat sini jangan harap kamu berpeluang untuk berehat seketika sebab Pacat kat sini makin banyak pandang bawa jak da macam mee goreng. Hahahahahahahahah. Berhenti 2 minit jak da melekat 5 ekor kat kasut. So kamu rasa?
Serius nak kata pendakian kepuncak betul-betul buat unni nak nagis.. Hahahahahahah, trail tangga sampai ke penghujung ok !!! tangga tu tangga.. Tapi kali ni trail agak luas dan bersih berbanding trail bertangga menuju asrama Lucia. Angin sepoi-sepoi pagi ni betul-betul buat unni teruja dan lupa pasal tangga ni. Yang ada kat otak nak ambil gambar banyak-banyak dan lawa-lawa ( if nak tengok lebih banyak view trail yang indah kat Lucia boleh tengok kat Instagram Unni kat side bar blog ).
Kami banyak menghabiskan masa mengambil gambar, pantang tengok tempat unik sikit sah kompom berhenti, pacat pun pacat la kami redha demi sekeping gambar.
Jangan risau lebih kurang 400M Peak ada pondok rehat dan tandas. Boleh rehat kat sini tapi kami hanya sekadar lalu sahaja. Kat sini hanya di bekalkan air tangka dari hujan. Kat sini agak teruja sikit sebab sepanjang perjalanan di temani embun pagi yang indah.
Perjalanan kat sini agak santai dalam lebih kurang 500M tanpa trail tangga. Boleh la Tarik nafas lega seketika.
Bila jumpa signabout ni, ini merupakan simpang antara Gunung Lucia 320M dan Gunung Magdalena 4.12KM. Tapi di maklumkan Gunung Magdalena tidak di buka kepada orang awam. Padahal teringin pigi Gunung Magdalena ni, Unni da rasa give nak berurusan Tanya pasal Gunung tu. Last dapat jawapan April lalu bahawa Gunung ini tidak akan di buka kepada orang awam. Sekian berita yang cukup menghampakan.
Trail terakhir 300M Ssebelum puncak. Kat sini memang da teruja sangat. Peak da dekat, penat tu tolak tepi dulu sebab unni yakin sampai peak penat menang akan hilang. Dalam lebih kurang 100 anak tangga, lepas tu kena jalan mendatar sedikit dan kamu akan bertemu dengan Puncak yang di nantikan.
Trail sebelum anak tangga ni, trail agak sempit dan kau di nasihatkan untuk fokus dengan keadaan trail dan kurangkan selfie.. Risau kamu lalai sebab jurang agak dalam.
Puncak Lucia 1 240 dari aras laut 13.25KM perjalanan dari Pejabat Taman Bukit Tawau. Kawasan puncak ni hanya kawasan lapang tiada ada apa view pun sebab tu Unni nasihatkan nak kesini tak perlu nak tergesa-gesa lebih baik nikmati view sepanjang perjalanan. Yang ada kat atas adalah signabout dan tiang 3 segi yang menandakan puncak Lucia.
Tepat jam 9.20am unni sampai kat sini.. Allahamdulilah kehadiran kami yang masih sedikit memudahkan kami untuk mengambil gambar. Maklum la bila terlalu ramai, nak ambil gambar pun agak terhad. Kami menghabiskan lebik kurang sejam lebih kat sini sementara menanti semua sampai.
Pergerakan kat sini agak terhad kerana Unni lebih focus kepada pacat. Hahahahahha, Tuhan jak yang tahu macam mana banyak nya pacat kat puncak ni. Sekali melekat kat kasut sampai 9 ekor. Seram juga, walaupun bantuan stoking pacat tapi tak tau la macam boleh merayap kat badan.
Bila semua da sampai, ambil gambar bersama Guide nasihatkan kami untuk kembali ke asrama kerana kali ni kami perlu meneruskan perjalanan lebih kurang 13KM lagi. Lebih kurang jam 11 pagi kami kembali ke asrama.
Perjalanan kembali ke asrama agak cepat berlari sambal berkejar. Hahahahhaha tak tahu apa yang sampuk kami time ni, lebih kurang 40 minit kami tiba di asrama. Seterusnya kami rehatkan diri lebih kurang 10 minit then siapkan diri untuk sambung perjalanan balik ke Pejabat Taman Bukit Tawau. Perjalanan turun memang lebih singkat dari pendakian.
Tip yang diberikan oleh abang-abang otai pastikan ketika turun ke bawa kamu berlari elakkan santai bagi mengelakkan kami kamu krem.
Tepat jam 2.35pm unni tiba di sini. Lepas tu kami rehat seketika dan kembalikan tag nama untuk sijil. Nak gambar sijil tapi entah kat mana . Perjalanan yang cukup memenatkan 26.4km. Time ni memang da penat sangat so gambar memang ke laut. Apa yang Unni tahu adalah bersihkan diri dari segala Pacat. Tak sabar jumpa katil. Hahahahahha
Allhamdulilah pencapaian awal tahun 2018. Menawan satu-satunya Gunung di Tawau. Unni sudah Orang Tawau, orang Sabah bila lagi??
Sebarang pertanyaan atau package untuk ke Gunung Lucia boleh la terus email kat unni di Cik.unianje@Gmail.com. Insyaa Allah segala kesulitan akan di jawab.
Untuk TIP, KEPERLUAN, KELENGKAPAN dan PERSEDIAAN mendaki Gunung Lucia kat SINI dan pengalaman pendakian PART 1 kat SINI.
'' Kerana Allah Kita Bersatu ''
tq kongsi pengalaman.. (sayur bening)
ReplyDelete