31 October 2016

Bajet 2017 ~ Diskaun Bayaran pinjaman PTPTN

Assalamualaikum dan happy Monday..

Emmm kalau dengar diskaun mesti semua suka termasuklah Unni. Sapa yang tak nak diskaun kan. Sapa tengok bajet 2017?? serius kata Unni tak follow pun pasal bajet2 ni..

But hari ini, dapat info dari rakan blogger diskaun PTPTN dalam bajet 2017!!! Apa lagi laju jak tangan ni tanya Cik Google kita.. Ingatkan PTPTN di mahsuhkan rupanya diskaun tapi bersyukur la..
Pembentangan Bajet 2017 yang telah diumumkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 21 Oktober 2016 (Jumaat) turut memberikan insentif berkaitan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). 

Diskaun PTPTN bayaran balik dari 22 Oktober 2016- Disember 2017


Pemberian diskaun 15% dan 10% ini adalah layak diterima oleh peminjam berkuatkuasa mulai 22 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2017

Bagi urusan penyelesaian keseluruhan hutang dan penyelesaian 50% daripada hutang, peminjam perlu membuat semakan baki hutang melalui Penyata Online di portal rasmi www.ptptn.gov.my atau menghubungi talian Careline 03 - 2193 3000. 

Bagi peminjam yang ingin membuat bayaran balik melalui potongan gaji, perlu berunding melalui Careline dan melengkapkan Borang Permohonan Potongan Gaji yang terdapat di portal rasmi PTPTN. 

Bagi peminjam yang ingin membuat bayaran balik melalui direct debit, borang tersebut boleh diperolehi di semua kaunter PTPTN mulai 1 November 2016.

SEKIAN

Salam Sayang

Unni Anje


♥ ♥ ♥ Happy Monday ♥ ♥ ♥



Selamat berlunch semua.. 

Happy monday. Dengar jak isnin mesti ramai yang mengeluhkan,apa lagi student2..Maklumlah monday bluess.. Isnin jak mesti keja macam gunung sampai nak lunch pun tak sempat, apalagi kalau berurusan kat mana2 tempat bank ka,JPN ka, Hospital ka mesti sesak kan.

Dulu Unni asal isnin jak mesti mengeluh siap update kat media sosial..Serabut kepala kalau isnin ni da la assigment timbun2, Class full dan selalu tak dapat tempat kat Library [ cerita zaman study] Tapi itu dulu la, diriku yang dulu bukakan la sekarang, cewah!! macam lagu pulak.

Tapi sekarang isnin merupakan hari kegemaran Unni, siap Puasa Sunnat kalau berkesempatan. Alhmdulilah, Tahu tak apa special kat hari isnin??

Isnin merupakan hari kelahiran Idola kita bagi umat islam Nabi Muhhamad SAW.. Unni pun dapat tau selepas dengar Usrah Ramadhan 2012.

RINGKASAN BIODATA BAGINDA.

  • Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
  • Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan  20 April 571 Masehi (dikenali sebagai   Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
  • Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
  • Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
  • Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
  • Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa   Rasulullah SAW).
  • Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
  • Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah.  Suaminya bernama Abu Kabsyah).
Sumber lain : http://www.islam2u.net

Wallahualam..

Salam Sayang

Unni Anje

Drama Melayu Patahnya Sebelah sayap VS Drama Korea Secret


Salam Subuh.!!

Kali ni, Unni habiskan masa cuti ni dengan melayan drama '' Patahnya Sebelah Sayap '' sebab Unni duduk sorang2 kat rumah so memang tak da Tv dan memang tak minat tengk Tv pun. Oleh kerana drama ni tengah viral di mana2 laman social, dikatakan sama dengan drama korea. So Unni nak juga la buat kajian sendiri ...

Drama Korea yang di katakana tu bertajuk '' Secret '' tapi ada sumber lain mengatakan ''Secret Love,'' drama pada rahun 2013. Ha drama ni da penah tengok dulu, maklum la 2013 tu zaman Unni study lagi,memang gila korea!! tak silap drama ni Unni tengok time pratikal, hujung2 tahun gtu. Lagi2 staff pat Unni pratikal pun gila korea so jumpa la.

Patutnya cerita ni semalam da abis tengok, oleh kerana Unni giat jalankan proses baikpulih blog disebabkan gambar blog error. So tangguhkan dulu Movie. Alhmdulillah subuh ni Berjaya juga Habiskan.

Back to story asal Patah Sebelah Sayap VS secret. Plot penceritaan dan tema sama jak Unni tengok, just perubahan sedikit dari segi perwatakan.. Boleh kata satu versi korea satu versi melayu cuma asalnya memang Versi Korea la.. So viral tu memang sah..

Btw korea ka, melayu ka yang penting semua penonton enjoy dan menghayati watak.. Kalau korang nak tau layan la dua2 drama ni baru boleh buat perbandingan sendri..

Watch Online / Download Free

Selamat menonton

Salam Sayang

Unni Anje






30 October 2016

Gambar Blog Error !!

Assalamualaikum..

Hai.. !!

Tetiba kesedihan melanda. Semua gambar2 blog error tak dapat buka!! Bila masuk blog Unni korang tak dapat tengok gambar tapai tengok macam ni jak.. Hanya post2 hari ni jak Ok..

Awalnya Unni pelik kenapa semua gambar jadi macam ni, ingat line tak ok. Unni siap restrt wifi, matikan laptop seketika. Tapi hasilnya sama juga..

Rupanya kebodohan diri sendiri !!!! hahahahha.. apa la Unni ni. Semalam Unni sakan BW so Unni nak cari padam gambar blog yang tak guna da, so dia suruh masuk laman ni picasa.

Nampak tak Photo from Blogger?? boleh pulak Unni delet album, patutnya kena pilih mana tak guna da.. hahahahha. Sabar jak la

So jalan penyelesaiannya, Unni kena Update semula Blog?? Nasib entry tak banyak.. Maafkan Unni jika entry terUpdate semula..

Salam Sayang

Unni Anje

Hadiah Birthday Giveaway by KasihkuAmani

Morning..!!

Jeng !! jeng !! jeng !! di pagi mulia ni Unni dapat berita baik buat semua yang join GA kak sha... Seperti kat Banner kak sha kata nak 4 pemenang but now kak sha nak 7 pemenang, so kak sha da tambah 3 hadiah lagi..

Bukan novel seram kak sha tu je misteri tapi kak sha pun ada Pemenang Misteri, kununnya entry dia berjaya memikat hati kak sha?? But Who?? Unni pun tak tahu [ ingin tahu juga sapa sebab nak terjah blog dia]. Then kak sha kata kalau ada lagi entry yang menarik hati kak sha, kak sha nk tambah hadiah.. Bestnya kan!!

So sapa2 yang belum join meh join ramai-ramai kita support GA ni sempena birthday kak sha dan suami tercinta. Tak susah pun, Semudah ABC, sesedap kicap ABC!!


Koleksi Hadiah Birthday GA buat masa ini





P/S : Jatuh cinta pulak Novel terakhir tu,' Kejap ada kejap tak ada.' Moga sentiasa murah rezeki kak sha dan suami.. 

Salam Sayang

Unni Anje

Novel Giveway By Arrien Amani

Assalamualaikum :)
Arrien Amani kembali lagi dengan Giveaway terbaru! novel giveaway. Mencari hanya 3 orang pemenang bertuah, Pemenang top referrel akan mendapat 2 buah novel, manakala 2 orang pemenan lagi akan dipilih random dan akan mendapat 1 novel seorang, Semua pemenang boleh memilih novel kesukaannya. Jom ramai-ramai memeriahkan giveaway ini ^^ Click banner to JOIN ^_-

29 October 2016

Birthday Giveaway by KasihkuAmani

Assalamualaikum

Jum reramai join " Birthday Giveaway by KasihkuAmani.'' Unni sedang jalankan projek Blogwalking ni di pagi Deepavali ni. Jum pulak GA ni.

Jangan tunggu lama-lama, nanti di makan masa.. Bukan susah nak join. Semudah ABC, sedap kicap ABC.

http://kasihkuamani.blogspot.my/2016/10/birthday-giveaway-by-kasihkuamani.html

Klik banner jak kalau mau join. Mudah jak kan.. Klik, follow then buat entry..!!! 

Dalam kesempatan ni Unni nak ucapakan ribuan terima kasih kat Kak sha [ Gelaran KasihkuAmani melalu pembacaan dan blogwaking ] kerana sudi buat GA ni.. Moga sentiasa bahagia dan murah rezeki di samping Suami Untill Jannah dan akhir sekali Selamat Ulang Tahun buat kak sha dan suami kelak....

Kenapa Unni nak join??

Unni sebenarnya tak tahu nak tulis apa kat blog, then masa banyak terluang, so join GA, sekmen da jadi hobi pulak [padahal bru 3 kali join]. Kita support org tak mustahil orang support kita kan yang penting ikhlas.. Lagipun bukan susah, Semudah ABC Sesedap kicap ABC...


Tarikh Giveway : 01 October 2016 sehinnga 30 November 2016
Pengumuman pemenang : 01 Disember 2016
Tempoh tuntut hadiah : 01 Disember 2016 hingga 07 Disember 2016

Hadiah Untuk Pemenang
Sebuah Novel X 4 orang pemenang
(Hadiah akan ditambah bergantung pada penyertaan)

Salam Sayang

Unni Anje

Happy Diwali 2016

Morning..!!

Selamat hari Diwali buat kawan-kawan yang merayakan dan selamat bercuti alls.. Dalam hidup ni tak penah lagi pi rumah terbuka deepavali ni, tak pun pi rumah kawan-kawan beragama hindu. Ada juga la 2 3 orang kawan. Kat Sabah ni susah sangat nak jumpa orang-orang India. Kalau ada pun mesti India muslim.

Kat Sabah ni jarang sanagt nak dengar or nak jumpa Open House Deepavali. So tengok dari laman sosial jak la.. Apapun perayaan setiap bangsa dan agama itu harus diraikan..

Happy Diwali ❤ ♡ ♥ 

Salam Sayang

Unni Anje

28 October 2016

Facebook Update ~ Tulisan berwarna dan backgroud menarik


Selamat malam blogger..

Kalau tak silap hari ni facebook da update. Then boleh tukar background dan font berwarna. Makin canggih da Facebook ni, zaman Unni mula-mula main facebook ni, Just boleh letak gambar kecil jak kat tepi kiri. sekarang macam2 ada.. Timeline la, stiker la, hari ini pulak font dan background.. Makin kaya da Mark Zuckerberg.

Ok back to story, nanti keluar macam ni  bila anda pergi ruang post korang,bagi sapa-sapa yang belum ada maybe korang kena update facebook then kalau da update tak da juga so telefon tu yang kena update..hihihihi. Sebab Update ni hanya pengguna Mobile.

Tapi boleh kata Fb Unni tu da penuh sarang labah2.. Ini pun dapat tau dr member opis, laju2 buka Fb.. Tapi malangnya tak da colour pink k!!!! Tercari font warna pink, background pink.. memang tak ada la... Hijau pun jadi la..Sabar jak la!!!Bertambah sarang la Fb jawabnya..

Ok jum tidur... Sekian.

Salam Sayang

Unni Anje

Pencarian Bloglist November by Aisyah Nyais

Assalamualaikum

Morning menjelang tengahari.. Salam jumaat all.. Mana tau rezeki jumaat hari ni.. Walaupun tak penah lagi dapat tag.. maklumlah kita kan newbes kubis.

Hari ni last day!!!! Jum join pencarian Bloglist November Aisyah Nyais.


Syaratnya semudah ABC
  • Follow Blog Aisyah Nyais
  • Letak Banner dalam blog korang
  • Tinggalkan link entry korang buat dalam ruangan komen Aisyah Nyais
  • Wajib tag 3 orang rakan anda.

Macam tu jak.. mudahkan macam baca ABC.. 

~ 3 rakan Unni

Salam Sayang

Unni Anje

Tukar Template Baru- Free Download

Morning..

Pagi ni buat entry dengan templet baru. Mencabar la juga ada yang lari seting mujur ada sifu Reen. Alhmdulilah satu persatu masalah dia selesaikan. Seharian buat templet ni semalam. Siap kena belajar HTML. Nak seribu daya tak nak seribu dalil kan.

Selalu kalau buat blog walking jeles jak tengok blog korang yang comel-comel, penah juga tepikir nak beli templete tapi malas la. Lepas la tengok Reen update entry pasal Cara untuk dapatkan template blogspot percuma. Unie Follow kat situ jak. Tak pandai nak ajar sebab Unie pun dalam proses pembelajaran lagi.

Alhmdulilah semalam sebelum terlena depan Laptop Unie Berjaya selesaikan masalah hasil bantuan sifu. So pagi terus up post. Semangat ni!!

Ok selamat tinggal design Template lama.. Dulu memang serabut sikit nak baca. Bila buka Url https://unnianje.blogspot.my kena scroll banyak2.


Selamat datang template baru. Nampak template baru ni lagi kemas dan teratur. Sedap jak mata memandang, yang penting ciri-ciri Pink masih dikekalkan kan.. Da rasa macam nak up post jak tanpa henti.

P/S : Tapi x lawan template korang yang lagi cantik.. Btw Thanks my sifu Reenri..

Salam Sayang

Unni Anje

25 October 2016

Segmen Ucing Nak Bloglist


http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/10/segmen-ucing-nak-bloglist.html

Segmen Ucing Nak Bloglist.

Hi Blogger.Melihat Banyak Blogger yang membuat Segmen Bloglist pada kali ini jadi Ucing pun nak buat Segmen ini juga.Segmen ini adalah mudah Semua yang Join Segmen ini akan Saya masukkan dalam Bloglist Blog Ucing.

Syarat syarat nya adalah mudah.:

1) Masukkan " http://ucingkadayan.blogspot.com " dalam Bloglist Anda dengan Nama Ucing Kadayan.
2) Buat Tajuk Post " Segmen Ucing Nak Bloglist "
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan dalam box dan Paste ke dalam Ruangan Html dan Publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen Disini.

Itu Je...mudah kan (^_^) Tag Rakan Anda .Segmen Tamat 28-10-2016.

24 October 2016

Untuk Kita PENDOSA Harapan selalu ada by Hilal Asyraf

Assalamualaikum

Alhmdulilah pencarian dari hujung Ogos lalu, akhirnya Unie bertemu jodoh dengan buku ni, Karya Hilal Asyraf. Happy sangat pagi ni. Lama Unie cari. Ronda kedai buku kat Tawau ni semua da habis stok.

Mungkin Allah nak tolong Unie kot, ada satu malam tu ada satu sis ni add Unie kat Fb [Hamziela Mansur], then Unie pun accpet, bile stalker Fb dia, dia penjual buku-buku agama. Terus Pm then dia bagi no whatapps.

Unie Sent pic buku ni, Alhmduliah ada stok. Walaupun cas postage tak kisah la janji dapat buku ni. Buku ini Unie jatuh cinta selepas menghadiri satu seminar Ogos lalu Program Nisa Tawau. Ada sis tu bagi ceramah melalui buku ni.

Sinopsis

Untuk Kita Pendosa Harapan Selalu Ada.

DOSA ITU UJIAN

Untuk kita para pendosa, terbuka ruang, seluas-luasnya ruangan. Kemudian, ingatlah kita kepada pesan Tuhan dalam ayat berturutan :

'' Dan kembalikah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat serta berserah bulat-bulat kepada-Nya, sebelum kamu didatagi azab. Ini kerana sesudah itu kamu tidak diberikan pertolongan.''

[ Surah Az-Zumar, Ayat 54 ]

Dosa adalah ujian. Mahu pulang ataupun terus dilalaikan.
Buat yang mahu pulang ke pangkuan Tuhan, Buku ini adalah permulaan

Wallahualam.. Sekian

Review Buku 

Buku ini mengisahkan tentang kita semua, tentang pendosa. Setiap baiti-bait kata yang diselitkan pasti diselit dengan Hadis Rasulullah SAW dan Firman Allah SWT. Allahu menbaca memang membuat hati tersentuh dan terrasa.

Buku yang mempunyai 229 muka surat dengan 43 Tajuk yang sangat menyentu hati. Mengetuk pintu hati kita untuk terus bertaubat dan mengigati mati.

Kalau rasa inginkan hijrah tapi kata susah sangat nak istiqamah so WAJIB la baca buku ni.

Dalam surah Az-Zumar Ayat 53 :

'' Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas kepada diri sendiri. Jangalah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang''.

Sekian.

Salam Sayang : Unni Anje

22 October 2016

Tips, keperluan, kelengkapan dan persedian mendaki Gunung Kinabalu

Tips, keperluan, kelengkapan dan persedian mendaki Gunung KinabaluMelalui pengalaman Unie mendaki baru-baru ini, Unie nak share tips penting dalam pendakian then apa yang perlu di bawa.

Boleh baca pengalaman unni mendaki Gunung Kinabalu di sini

Tips, keperluan, kelengkapan dan persedian mendaki Gunung Kinabalu 



Tips, keperluan, kelengkapan dan persedian mendaki Gunung Kinabalu



Keperluan ( wajib )
  1. Baju sejuk ( Digunakan semasa naik kepuncak )
  2. Baju hujan ( digunakan bila hujan )
  3. Sarung Tangan kalis air ( Digunakan semasa naik ke puncak )
  4. Sarung Tangan biasa ( jika perlu )
  5. Sepasang Pakaian ( diguna semasadi Laban rata )
  6. Stoking ( persedian jika stoking basah basah )
  7. Topeng muka / kain ( jika perlu - tak pakai pun ok )
  8. Kelengkapan solat ( bagi yang solat )
  9. Tuala kecil ( jika berpeluh )
Tips
  1. Baju sejuk korang tu, jangan terlalu tebal macam nak pi korea cukup yang tebal biasa-biasa jak sebab nanti membeban kan beg korang nak naik. Sebab bawa 2 kilo pun kalau da naik da macam 10kg.
  2. Pakaian tu cukup sepasang, pakai tidur then pagi-pagi guna tu je bila nak naik puncak. Sebab jam 2.30Am da kena start naik puncak.
  3. Kelengkapan solat tak perlu bawa sejadah bagai. Islam tu mudah, yang penting tutup aurat.
Kelengkapan
  1. Head Lamp ( digunakan time subuh naik ke puncak )
  2. Tongkat ( jika perlu )
  3. Beg Sandang
  4. Botol air
  5. Penutup beg kalis air ( jika hujan )
  6. Lim Balm
  7. Berus gigi,ubat gigi,sabun
  8. Kamera
  9. Cover telefon kalis air ( seperti dalam gambar )
  10. Power Bank
  11. Beg plastic ( simpan pakain kotor/ kotor )
  12. Beg Pinggang ( simpan makanan, telefon dll )
Tips
  1. Tongkat sebenarnya bagi yang perlu tapi jika anda yakin mampu rasanya tak perlukan tongkat, sebab nanti jadi satu beban. Tak payah susah-susah nak beli kat sana boleh sewa RM10.00.
  2. Botol air tak perlu nak bawa besar-besar sebab setiap pondok perhentian bekalan air disedikan.
  3. Rasanya cukup la bawa ubat gigi,berus gigi then sabun kecil. Tak perlu bawa kelengkapan mandi sebab di jamin bila kat atas korang memang tak mampu mandi sebab sejuk tahap dewa.
  4. Cover hp tu wajib la beli rasanya sebab kalau hujan, jangan harap kamera tu boleh pakai. Hahahaha, Then power bank cukup bawa satu je. Kat Laban rata plug banyak. Jangan beban beg anda bawa power bank banyak-banyak.
  5. Kalau tak jumpa penutup beg kalis air, guna jak plastic sampah cover. Unie guna plastic sampah je, sebab time kitorang medaki hujan lebat. Beg kalis air pun tetap basah kat dalam.
  6. Beg pinggang rasanya kalau perlu bawa la, tp kalau beg sandang muat, sumbat je dalam tu semua. Bawa satu beg kecil pun ok, tuk pakai ke puncak.
Ubat-Ubatan
  1. Yoko-yoko
  2. Spray kejang
  3. Pain killer
  4. Minyak Angin
  5. Ubat yang berkaitan ( bawa je apa yang anda rasa perlu )
Makanan
  1. Coklat
  2. Kismis/kurma
  3. Biskut
Tips
  1. Jangan terlalu bawa banyak makanan, dijamin tak habis hanya bebankan beg korang jak. Ala kadar sebab kat Laban Rata, makanan sedap-sedap lagi. Hanya hanya sebagai alas perut then menambah enegy.
Persediaan kecegasan

Kalau bab ni memang Unie tak tau nak share apa. Sebab Unie memang tak traning sangat, jogging pun 2 kali je Unie pernah buat. Unie hanya buat work Up the skipping tiap pagi tu pun kadang-kadang.,. Tu je la. Then Unie hadiri kelas aerobik itu pun tak silap 3/4 kali je Unie datang.

Ini workout yang Unie buat kat umah, sehari buat 3 jenis pagi then petang lepas.

Then lepas workout Unie skkiping 100x, kalau tak boleh jogging, ganti dengan skiping jak.

Kalau boleh kamu rajin-rajin pigi membukit. Yang rendah-rendah pun ok.

Tips / Peringatan
  1. Traning tu penting, kalau tak korang boleh je sampai puncak macam Unie tapi nanti baru korang tau azab nya macam mana. Macam yang pegalaman Unie cerita tu.
  2. Then kalau kurang traning, arr lepas ppendakian korang akan dapat hadiah special, baru ko tahu erti penyesalan.
Ni dia hadiah special. Bila stamina xda ada ini la akibatnya. Sakit dia Tuhan je tahu, sampai nak melangkah satu anak tangga pun tak mampu. Jangan ambil mudah tau.

Tips, keperluan, kelengkapan dan persedian mendaki Gunung Kinabalu

Salam Sayang 

Unni Anje