Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

18 November 2016

7 DAYS, 1 WEEK BLOG CHALLENGE ~ Day 5 - A Review Book

Hampir terlupa tentang ni!! Aysik sibuk mengodam koding, maklum la Blog Under Maintenance. Ok hari ni da masuk day 5. Opsss Salam penghulu segala hari all. Day 5 A Review Book. Buku da banyak baca tapi nak review tu payah, tapi dalam Day 2 review movie ramai bagi pendapat tentang review. Thanks yerr !!! So dari apa yang kamu-kamu ckp review dari kita kan, so mari nak Review satu buku ni memang terbaik lah

A Review Book

Rasulullah is my Doctor !! Unni rasa kamu patut menghadiakan buku ni tuk diri sendri, serius wajib!! Rasanya pasal buku ni Unni penah update beberapa bulan lalu, tapi entry tu TERDELETE !! so sad. 

Rasulullah is my Doctor by Jerry D. Gray

Sinopsis

Sesungguhnya thibbun Nabawi ( perubatan cara nabi ) adalah rawatan bagi mengubat dan mencegah penyakit yang sudah terbukti keberkesanannya. Rasulullah SAW berpesan dalam hadith yang derekodkan oleh Imam Bukhari 

'' sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit, kecuali DIA juga menurunkan ubatnya.''

Ilmu perubatan Rasulullah SAW ini merupakan satu cara pencegahan dan penyembuhan penyakit secara pratikal sejajar dengan amalan Rasulullah SAW. Baginda bukan sahaj memberikan resepi perubatan secara spiritual, malah fizikal juga. Justeru itu, ilmu perubatan ini masih relevan bagi masyarakat moden, memandangkan tidak semua penyakit dapat disembuhkan dengan ilmu perubatan sains moden.

Buku ini sungguh luar biasa. Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, kaedah ini digunakan bagi mengubat beberapa penyakit yang dialami dan berjaya disembuhkan. Semoga perkongsian ini dapat menjadi pengajaran dan inspirasi kepada pengamal medik dan masyarakat awam khususnya umat Islam. Ini membuktikan apa yang tertulis dalam Al-Quran dan Hadith adalah benar dan sempurna.

Review


Dalam kandungan buku ni mempunyai 3 kandungan dan 8 bab di mana semua mengulas tentang kesihatan dengan menggunakan Al-Quran dan Hadith sebagai panduan. 

Bahagian 1 : Kedoktoran Rasulullah mengunakan kaedah seperti doa wuduk dan sebagainya. Susah tul nak mulakan ni, tapi yang pasti semua menggunakan keadah tradisional seperti bekam, Mengupas tentang tradisi Ruqyah dan ayat-ayat Ruqyah yang mempunyai rahsia yang mampu menyembuhkan kita dari pelbagai penyakit dan mengupas tentang Habbatusauda ( Biji Jintan Hitam ). Kamu tahu ka?? habbatusauda memiliki kemampuan menyembuhkan semua penyakit kecuali mati. Habbatusauda herba  ajaib yang mengandugi pelbagai khasiat perubatan.



Bahagian 2 : Manfaat ramuan semula jadi. Dalam topik ni mngupas tentang kebaikan tumbuhan semulajadi yang mempunyai pelbagai khasiat yang mampu mngubaiti pelbagai penyakit dan teknik panduan tajamkan mata tanpa perlu memakai cermin mata.



Bahagian 3 : Mengupas tentang perubatan moden, ubat-ubatan dan vasin yang berisiko tinggi untuk kita.


Kalau nak lagi detail miliki sendiri harga Pun mampu milik SM: RM 25.00  dan SS : RM 28.00. Tu jak Unni mampu review pasal buku ni.

Sekian

Salam Sayang



7 DAYS, 1 WEEK BLOG CHALLENGE 
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |

Geng Blogger lain yang join SINI

13 November 2016

Suami Bukan Malaikat, Isteri Bukan Bidadari


Hai kamu ..

Allamdulilah Berjaya juga Unni habiskan pembacaan walapun mengambil masa berminggu-minggu!! Power x? ni kira ok la belum sebulan da abis baca sebuku, kalau dulu dua bulan belum tentu habis sebuku.. Maklumlah sedang berjinak-jinak menjadi ulat buku.

Sebenarnya buku ni bukan la list buku yang Unni nak, terbeli sebab buku ni limited. Tapi sungguh tak menyesal beli. Buku paling sesuai tuk orang-orang yang baru nak mendirikan rumah tangga.. Nanti entry seterusnya Unni review pasal buku ni yer.

Sinopsis

SUAMI BUKAN MALAIKAT, ISTERI BUKAN BIDADARI merupakan sebuah buku yang sarat dengan inspirasi tentang ilmu berumah tangga khususnya buat anak-anak muda yang baru melangkah ke alam perkahwinan. Perkahwinan itu bukan hanya atas dasar cinta semata-mata. Namun bagi memastikan keharmonian itu terus kekal berpanjangan, cinta itu perlu hadir bersama dengan tanggunjawab. Itulah tema yang penulis ketengahkan dalam buku ini. Tanggungjawab untuk menjaga hubungan sebelum perkahwinan, tanggungjawab untuk bersungguh-sungguh bersedia sebelum berumahtangga, tanggungjawab untuk bersabar dalam alam rumahtangga dan tanggungjawab untuk mendidik anak dengan ilmu yang benar. 

Sekian

Salam Sayang : Unni Anje



24 October 2016

Untuk Kita PENDOSA Harapan selalu ada by Hilal Asyraf

Assalamualaikum

Alhmdulilah pencarian dari hujung Ogos lalu, akhirnya Unie bertemu jodoh dengan buku ni, Karya Hilal Asyraf. Happy sangat pagi ni. Lama Unie cari. Ronda kedai buku kat Tawau ni semua da habis stok.

Mungkin Allah nak tolong Unie kot, ada satu malam tu ada satu sis ni add Unie kat Fb [Hamziela Mansur], then Unie pun accpet, bile stalker Fb dia, dia penjual buku-buku agama. Terus Pm then dia bagi no whatapps.

Unie Sent pic buku ni, Alhmduliah ada stok. Walaupun cas postage tak kisah la janji dapat buku ni. Buku ini Unie jatuh cinta selepas menghadiri satu seminar Ogos lalu Program Nisa Tawau. Ada sis tu bagi ceramah melalui buku ni.

Sinopsis

Untuk Kita Pendosa Harapan Selalu Ada.

DOSA ITU UJIAN

Untuk kita para pendosa, terbuka ruang, seluas-luasnya ruangan. Kemudian, ingatlah kita kepada pesan Tuhan dalam ayat berturutan :

'' Dan kembalikah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat serta berserah bulat-bulat kepada-Nya, sebelum kamu didatagi azab. Ini kerana sesudah itu kamu tidak diberikan pertolongan.''

[ Surah Az-Zumar, Ayat 54 ]

Dosa adalah ujian. Mahu pulang ataupun terus dilalaikan.
Buat yang mahu pulang ke pangkuan Tuhan, Buku ini adalah permulaan

Wallahualam.. Sekian

Review Buku 

Buku ini mengisahkan tentang kita semua, tentang pendosa. Setiap baiti-bait kata yang diselitkan pasti diselit dengan Hadis Rasulullah SAW dan Firman Allah SWT. Allahu menbaca memang membuat hati tersentuh dan terrasa.

Buku yang mempunyai 229 muka surat dengan 43 Tajuk yang sangat menyentu hati. Mengetuk pintu hati kita untuk terus bertaubat dan mengigati mati.

Kalau rasa inginkan hijrah tapi kata susah sangat nak istiqamah so WAJIB la baca buku ni.

Dalam surah Az-Zumar Ayat 53 :

'' Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas kepada diri sendiri. Jangalah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang''.

Sekian.

Salam Sayang : Unni Anje