Showing posts with label Ilmu Allah. Show all posts
Showing posts with label Ilmu Allah. Show all posts

22 February 2017

Bulatan gembira di Taman Raudhah

Bulatan gembira di Taman-Taman Raudhah

Bulatan gembira di Taman-Taman Raudhah
Assalamualaikum,
Hai kamu semua, Unni harap semua dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dalam jagaan Allah SWT. Allahamdulilah sekarang telah di beri kelapangan untuk Unni kembali bergiat dalam menulis blog. Namun masih x berkesempatan nak BW beberapa blog.

Bulatan gembira di Taman Raudhah adalah penyebab utama Unni tak aktif dalam berblog. Hihihihi..

Bulatan gembira di Taman-Taman Raudhah

Mesti ramai da tahu kan apa yang dimaksudkan dengan bulatan gembira Di Taman Raudhah??

Bulatan Gembira merujuk kepada kita berkumpul dalam satu kelelompok dengan orang-orang yang membuat kita rasa gembira, bahagia dan sewaktu dengannya.

Taman Raudhah merujuk kepada Taman-taman syurga yang membawa maksud majlis-majlis ilmu agama.

Dengan erti kata mudah USRAH

Allahmdulilah Bandar yang Unni diami Bandar Tawau penuh dengan Taman Raudhah setiap minggu dengan pelbagai anjuran. Salah satu nikmat yang Allah beri

Naqibah Unni pernah berkata :

'' Sesungguhnya hanya orang-orang terpilih oleh Allah sahaja dapat menhadirkan diri dalam majlis ilmu, maka jadikan la diri sebagai orang yang terpilih ''.

Perkongsian sedikit Taman-taman Raudhah kat Bandar Tawau

Bulatan gembira di Taman-Taman Raudhah
Futsall Batu 2 Jalan Apas Tawau
Bulatan gembira di Taman-Taman Raudhah
Masjid Al-Kauthar Tawau
Bulatan gembira di Taman-Taman Raudhah
Masjid Al-Kauthar Tawau
Bulatan gembira di Taman-Taman Raudhah
Koptiam Tawau
Bulatan gembira di Taman-Taman Raudhah
Highway Tawau
Bulatan gembira di Taman-Taman Raudhah
Taman Awam Muhibah Tawau
Bulatan gembira di Taman-Taman Raudhah
Masjid Perbandaran Tawau ( Masjid Hijau )
Bulatan gembira di Taman-Taman Raudhah
Masjid Al-Kauthar Tawau
Bulatan gembira di Taman-Taman Raudhah
Tanjung Batu Payung Tawau
Majlis Ilmu bukan sahaja boleh dilakukan dalam masjid tapi dimana-mana yang penting senang di datangi oleh sesiapa pun.

Dalam majlis ilmu 1001 Ilmu yang kita perolehi. Bukan Sekadar ilmu akhirat tetapi ilmu dunia yang bakal membantu kita di hari akhirat kelak.. In Shaa Allah dengan Izin Allah..

Dari Jabir Abd RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :

'' Mohonlah kepada Allah ilmu yang bermanfaat dan berlindunglah kepada Nya dari ilmu yang tidak bermanfaat  '' - HR Ibnu Majah 

Ilmu itu di datangi bukan mendatangi😍

Bagaimana nak mendatangi ilmu?? Cari la sahabat yang selalu mencari ilmu. Unni tertarik dengan cerita ni.

Seseorang bertanya : '' Kepada siapa kami ingin bergaul, wahai syeikh ?''

Sufyan Ats Sauri menjawab

'' Dengan orang-orang yang sentiasa mengigatkanmu untuk berzikir kepada Allah, dengan orang-orang yang membantumy gemar beramal untuk akhirat dan dengan orang-orang yang akan menambah ilmumu ketika kamu berbicara kepadanya ''.

Wallahualam

Moga bermanfaat.
Coretan Hati

19 January 2017

15 Balasan Kepada Orang Yang Meringankan Solat Fardu

15 Balasan Kepada Orang Yang Meringankan Solat Fardu
Assalamualaikum,

Sedikit perkongsian kepada semua berkenaan orang-orang yang meringankan solat fardu.

Apa itu solat fardu??

Solat merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan keatas orang Islam sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu dengan menurut rukun solat yang ditentukan.

1. Subuh 2 rakaat
2. Zohor 4 rakaat
3. Asar 4 rakaat
4. Magrib 3 rakaat
5. Isyak 4 rakaat

Firman Allah SWT.

'' Dan mereka yang tetap memelihara solatnya; Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi syurga firdaus; mereka kekal di dalamnya''. (Al-Mu'minun 9,10,11)
Solat merupakan Rukun Islam yang petama. Tiang agama dan Penhulu segala amal. Bgaimana pulak orang yang suka meringgankan solat? Iaitu orang-orang yang sibuk dengan uruan dunia sehingga mengabaikan solat.

15 Seksaan dan balasan dari Allah kepada orang-orang yang meringankan solat iaitu

1. 6 balasan di dunia
2. 3 balasan ketika di cabut nyawa
3. 3 balasan di kubur
4. 3 balasan di akhirat

6 Balasan Di Dunia

❤  Di cabut kerberkatan diri ( tiada kebaikan )
❤ Terhapus wajah orang soleh dari wajahnya.
❤ Segala amalan baik tidak mendapat ganjaran.
❤ Doa tidak di angkat ke langit ( tidak dimakbulkan )
❤ Tiada saham baginya bila orang-orang mukmin berdoa untuk seluruh umat islam.
❤ Keluar roh tanpa aman ( mati dalam keadaan tidak selamat )

3 Balasan ketika di cabut nyawa

❤ Mati dalam keadaan hina.
❤ Mati dalam keadaan lapar.
❤ Mati dalam keadaan dahaga.

3 Balasan di kubur

❤ Di sempitkan kubur sehingga tulang rusuk bersilang.
❤ Dinyalakan api dalam kubur ( dipanggang siang dan malam )
❤ Di belit oleh ular yang berapi dan berkuku besar.

3 Balasan di akhirat

❤ Malaikat akan membawa sebuah rantai ( saiz 70 Hasta ) akan di belenggu ketekuknya,dimasukkan dari mulutnya dan dikelurkan dari duburnya. ( satu gelung rantai itu jatuh ke bumi maka satu bumi tebakar )
❤ Allah tidak akan melihatnya.
❤ Tidak di ampunkan dosa-dosanya dan akan di azab yang sangat pedih.

'' Sesungguhnya orang pertama yang dihitamkan wajahnya pada hari Qiamat adalah orang-orang meninggalkan solat.''

Dalam neraka Jahanam terdapat satu Lembah yang di gelar lembah Lamlam yang didalamnya didiami oleh ular-ular yang lebarnya seperti belakang seekor unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Maka di dalam lembah ini lah orang-orang yang suka meringgankan / meninggalkan sembayang akan di siksa.

Wallahualam.

Moga bermanfaat.

Coretan Hati

06 January 2017

Bicara Pagi #26 ~ 7 Tanda Allah Sayang

Bicara Pagi #26 ~ 7 Tanda Allah Sayang

Assalamualaikum,

Tahukah kita sesuatu yang Allah turunkan adalah tanda sayangnya Allah terhadap kita semua.. Segala yang berlaku pasti ada ada hikmat. Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang ( Ar Rahim )

“Sungguh Allah lebih penyayang terhadap hamba-hamba-Nya daripada seorang ibu terhadap anak bayinya” [HR Bukhari dan Muslim]

“Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (QS Az Zumar: 53)

7 tanda Allah sayang

1. Diberikan kesedihan kerana dengan kesedihan itu kita sering menyebut namaNya

2. Diberikakn kesakitan kerana denagan kesakitan itu kita sentiasa memohon kesembuhan dariNya Bahkan Allah menarik dosa-dosa kecik.

3. Diberikan kehinaan kerana Allah mahu kita memohon kemulian dariNya

4. Diberikan kemiskinan kerana Allah mahu kita meminta padaNya

5. Diberikan penderitaan kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat denganNya

6. Diberikan kesusahan dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha

7. Diberikan kehilangan dengan kehilangan itu kita meminta yang terbaik dariNya

Oleh itu jangan teralu banyak ketawa. jangan terlalu banyak bersuka ria kerana Allah akan jauh dari kita.. Sesungguhnya ujian itu berlaku kerana dua perkara sama ada hidaya ataupun kifarah..Jangan pernah mengeluh dengan perjalanan hidup dan bersyukur setiap nikmat yang kita rasai..

Wallahualam.. moga bermanfaat untuk semua..

Sekian

Coretan Hati

05 January 2017

Bicara Pagi #25 ~ 7 Golongan Yang Di Naugi Di Hari Qiamat


Assalamualaikum,

Tahu kah kita golongan-golongan yang di naungi hari hari Qiamat nanti?? Ada 7 golongan ketika di Dunia mereka sering amalkan dengan redha ALLAH iaitu :

1. Pemimpin yang adil atau Imam

2. Orang yang sentiasa beribadat

3. Seseorang yang sentiasa terpaut pada Masjid.

4. Dua orang saling mencintai kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Seorang lelaki yang di ajak berzina dengan seorang wanita lalu menolaknya kerana takut akan kepada Allah

6. Orang-orang yang bersedekah dalam diam

7. Orang-orang yang berzikir di waktu sunyi dan menangis kerana Allah

[ Hr Bukhari dan Muslim]

Waallahualam.. Moga bermanfaat untuk semua...

Coretan Hati

30 December 2016

ISTIQAMAH

﷽‎

                               
Assalamualaikum

Adakah kita ISTIQAMAH dalam hidup ini??Kita selalu mendengar kata ISTIQOMAH,

Apakah itu Istiqomah ?

Istiqomah adalah berpendirian yang teguh di atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan yang terbaik dan tidak berubah dan berpaling walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Dalam surah Hud ayat 112 Allah SWT berfirman:

"Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan". (Q.S Hud :112 ).

Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman dalam Surah Fussilat, ayat 30 :

"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): 

"Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu". (Q.S Fushshilat 30)

Dalam hadith, Rasulullah SAW bersabda: Abu amr, (ada yang menyebutnya Abu Amrah) Sufyan bin Abdillah ra. Berkata kepada Rasulullah,

 "Wahai Rasulullah, katakana kepadaku perkataan tentang islam yang tidak akan aku tanyakan kepada selain engkau!" Beliau bersabda, 'Katakanlah, 'Amantu Billah (Aku beriman kepada Allah), kemudian istiqamahlah". (HR. Imam Muslim)

Dari Aisyah r.aha. bertanya kepada Nabi : Manakah amal yang paling dicintai Allah? Beliau bersabda :

''Yang dilakukan secara terus menerus meskipun sedikit dan lakukanlah amal-amal itu, sekadar kalian sanggup melakukannya''. (HR. Bukhari)
PELIHARA lah 10 perkara ini. Moga kita adalah hamba-hamba yang terus Istiqamah

1. Menjaga lisan agar tidak mengatakan keburukan kepada orang lain.

Firman Allah SWT dalam surah Al-hujarat ayat 12

''Janganlah sebahagian kamu menggunjing (mengatakan buruk) kepada yang lain''.

2. Menghindari prasangka buruk

Firman Allah SWT  dalam surah Al-hujarat ayat12

''Hindarilah umumnya prasangka buruk terhadap sesama umat Islam, sebab prasangka buruk termasuk / di antara perbuatan dosa".

3. Menghindarkan diri daripada menghina/mencela orang lain.

Firman Allah SWT dalam surah Al-hujarat ayat 11
 
''Janganlah suatu kaum menghina kaum lainnya, boleh jadi yang dihina itu lebih baik daripada yang menghina''.

4. Membatasi pandangan mata/memejamkan pandangan mata dari hal-hal yang dilarang.

Firman Allah SWT dalam surah  An-Nur ayat 30

''serukanlah kepada orang-orang yang mukmin lelaki supaya merendahkan matanya dari melihat yang terlarang''.

5. Bercakap yang benar.

Firman Allah SWT dalam surah  Al-An’am ayat 152

''Dan apabila kamu berkata, maka berlaku adillah/benar''.

6. Menginfaqkan harta fisabilillah/membelanjakan hartanya pada keperluan agama.

Firman Allah SWT dalam surah AlBaqarah ayat 267

"Belanjakanlah yang baik-baik dari harta yang diusahakan olehmu.”

7. Tidak bersikap berlebih-lebihan.

Firman Allah SWT  dalam surah QS. Al-Isra’ : 26

"Janganlah kamu berlaku terlalu boros''.

8. Tidak suka menunjuk-nunjuk dan membanggakan diri.

Firman Allah SWT dalam surah QS.Qashash ayat 83

''Itulah kampung akhirat, Kami jadikan buat orang-orang yang tidak menuntut keluhuran di bumi/di dunia, dan tidak pula berbuat binasa. Akibat yang baik bagi orang-orang bertakwa''.

9. Menjaga solat 5 waktu dengan baik.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 238

''Peliharalah semua solat dan solat yang pilihan/Ashar. Tegakkanlah semata kerana Allah dan mematuhiNya.''

10. Istiqmah pada ajaran Ahlus-Sunnah wal-jama’ah.

Firman Allah SWT dalam surahAl-An’am ayat 153

''Bahwasanya inilah jalanKu yang lurus, untuk itu turutilah jalanKu itu, dan janganlah kalian turuti jalan-jalan lainnya, nanti kamu berantakan/berpisah-pisah dari jalanNya''.

Istiqamah hingga kemenangan.

Wallahualam.. 

Moga bermanfaat



17 December 2016

Bicara Pagi #20 : 6 Kehebatan Dhuha

Bicara Pagi #20 ~ Sedekah

Bicara Pagi #20 ~ Sedekah

Assalamualaikum,

Tahukan kamu akan kehebatan Dhuha?? Dhuha bukan hanya kunci rezeki tapi Dhuha adalah....

1. Sedekah. Rasulullah SAW bersabda :

“ Setiap tulang sendi menjelang pagi memerlukan Sedekah. Untuk itu, Setiap Tasbih adalah sedekah, setiap Tahmid adalah sedekah dan setiap Takbir adalah sedekah, menyeru makruf dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Semua perbuatan itu adalah sama nilainya dengan dua rakaat solat sunat Dhuha.” - Riwayat Abu Dzar.

2. Kunci Rezeki. Allah SWT akan memberi nya rezeki yang cukup.

“Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, nescaya Aku (Allah) akan mencukupimu di akhir harimu.” - HR Abu Darda

3. Diampunkan dosa, seperti Firman Allah SWT :

“Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nercaya akan dimpuni dosa-dosanya walaupunsebanyak buih lautan.” - HR Tarmidzi.
4. Golongan Orang-orang yang bertaubat. Dalam Firman Allah SWT:

“Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah SWT.”

“Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”

- HR Hakim

5. Orang-orang yang istiqamah dengan dhuha, Allah telah menjanjikan masuk  ke syurga melalui pintu khas yang di sediakan oleh Allah SWT. dalam Firman Allah SWT

“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru,

“Di manakah org-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.”

- HR At-Thabrani

6. Sesiapa yang melakukan Dhuha 2 rakaat maka tercatat sebagai ahli ibadat dan orang-orang yang taat.

“Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai.

Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah.

Barangsiapa yg mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu.

Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah swt tulis dia sebagai orang yang taat.

Barangsiapa yang mengerjakannya duabelas rakaat, maka Allah akan membangun kan sebuah rumah di syurga untuknya.”

 - HR At-Thabrani

unni anje

28 November 2016

Pendaftaran Kem Nafaz Di Madarash Darul Hidayah


http://unnianje.blogspot.com/2016/11/pendaftaran-kem-nafaz-di-madarash-darul.html
Happy Monday Alls, hari Unni nak share cerita semalam bersamaan 27 Safar 1438H bersamaan 27 November 2016 ( Ahad ). Masukan adik ke program cuti sekolah. Pendaftaran Kem Nafaz. Apa itu kem Nafaz Unni ada share kat SINI.

http://unnianje.blogspot.com/2016/11/pendaftaran-kem-nafaz-di-madarash-darul.html
Mohd Fairuz , umur 14 tahun, moga urusan dipermudahkan. Pendaftaran dibuka bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang, Unni datang jam 11.00 pagi, agar memudahkan urusan dia. Nak kemas loker dan katil.

http://unnianje.blogspot.com/2016/11/pendaftaran-kem-nafaz-di-madarash-darul.html
Tentarif Program sepanjang berada di Kem Nafaz. 

Hari ini adalah proses pendaftaran, pemerikasaan barang-barang larangan, pemeriksaan bacaan Al-Quran dan Pembahagian Kumpulan. Selepas Isyak baru la sesi Taklimat buat adik-adik yang menyertai dan sesi Ta'aruf ( sesi perkenalkan diri )

http://unnianje.blogspot.com/2016/11/pendaftaran-kem-nafaz-di-madarash-darul.html
Unni sampai da ada Ibubapa yang daftar anak-anak mereka. Ramai juga yang hadir, Kaunter jualan turut dibuka.

http://unnianje.blogspot.com/2016/11/pendaftaran-kem-nafaz-di-madarash-darul.html
Proses pendaftaran, bayaran yuran dan mengisi borang maklumat Ibubapa/ penjaga.

http://unnianje.blogspot.com/2016/11/pendaftaran-kem-nafaz-di-madarash-darul.html
Yuran pendaftaran, sebenarnya RM300 tapi boleh pulak Unni tak cukup Cash, nasib semua dihujung jari!! RM100 transfer jak ke akaun Madarash. Hahahahaha

http://unnianje.blogspot.com/2016/11/pendaftaran-kem-nafaz-di-madarash-darul.html
Usai pendaftaran, wajib cek barang-barang. Kaunter pemeriksaan barang-barang. Barang larang Handphone dan maggie tak boleh bawa.hahahah, Nasib Unni just bekalkan adik biskut itu pun di suruh kurang kan.

http://unnianje.blogspot.com/2016/11/pendaftaran-kem-nafaz-di-madarash-darul.html
Hanya barangan yang tersenarai sahaja dibenarkan. Unni dapat 2 minggu sebelum program oleh salah sorang Urusetia

http://unnianje.blogspot.com/2016/11/pendaftaran-kem-nafaz-di-madarash-darul.html
Pemeriksaan Bacaan Al-Quran.

http://unnianje.blogspot.com/2016/11/pendaftaran-kem-nafaz-di-madarash-darul.html
Tempat ini dalam peroses naik taraf . lepas semua pemeriksaan habis, dorang dibagi dorm ( bilik ) masing-masing. Naik dorm bawa diri jak, barang-barang semua AJK program yang angkat kan, baik sungguh AJK sini.

http://unnianje.blogspot.com/2016/11/pendaftaran-kem-nafaz-di-madarash-darul.html
Bekalan yang di sediakan oleh pihak Madarash

Kawasan sekitar Madarash

http://unnianje.blogspot.com/2016/11/pendaftaran-kem-nafaz-di-madarash-darul.html
http://unnianje.blogspot.com/2016/11/pendaftaran-kem-nafaz-di-madarash-darul.html
 Kawasan Tempat Rehat

http://unnianje.blogspot.com/2016/11/pendaftaran-kem-nafaz-di-madarash-darul.html
Dorm Muslimin

http://unnianje.blogspot.com/2016/11/pendaftaran-kem-nafaz-di-madarash-darul.html
Dorm Muslimat

Suasana best juga sempat di kelilingi pokok-pokok tapi memang jauh la masuk ke sini, Unni pun pertama kali datang. Tempat ni masih dalam proses naik taraf dan masih menanti sumbangan dari pihak-pihak yang sudi hulurkan sumbangan. Moga adik-adik kat sini mendapat ilmu dan manfaat kan ilmu tersebut.

Sapa-sapa yang sudi boleh la beri sumbangan kat Madarash Darul Hidayah.

http://unnianje.blogspot.com/2016/11/pendaftaran-kem-nafaz-di-madarash-darul.html

Walaupun berada dalam satu tempat tapi muslimin dan muslimat memang membuat program di tempat berasingan. kaum muslimin mengunakan surau manakala kaum muslimat menggunakan dewan.

Ibubapa/ penjaga akan sentiasa tahu aktiviti anak-anak mereka sebab satu group whatapps untuk para ibubapa dan setiap aktiviti harian gambar-gambar mereka melaksanakan aktiviti Urusetia sentiasa update.
http://unnianje.blogspot.com/2016/11/pendaftaran-kem-nafaz-di-madarash-darul.html

25 November 2016

Usrah Purple ~ Melebur Takbur


http://unnianje.blogspot.com/2016/11/usrah-purple-melebut-takbur.html

http://unnianje.blogspot.com/2016/11/usrah-purple-melebut-takbur.html
Allahamdullilah bertemu kembali penghulu segala hari, hari di mana hari yang bakal berakhir segalanya ( Qiamat ). Ahad lalu masih di pilih oleh Allah menghadirkan diri ke Ilmu Allah, Subahanallah, Allahmdulilah yang tidak terhingga di hati ini, ini adalah usrah purple pertama Unni, sebelum ni mau datang ada jak halangan ( Usrah Purple di adakah sebulan/ dua bulan sekali ) 

http://unnianje.blogspot.com/2016/11/usrah-purple-melebut-takbur.html
Usrah purple anjuran Nisa Tawau kali ini bertajuk  " MELEBUR TAKBUR "⛏⛏ bertempat di Highway Tawau. Macam biasa Usrah dalam bulatan, walaupun ditemani matahari yang panas tapi api neraka lagi panas. Dalam usrah ni mengupas tentang SOMBONG, maybe Next entry Unni share pasal Sombong ni, sampaikan apa yang tahu. Kalau nk tahu apa itu Nisa Tawau boleh klik SINI.

http://unnianje.blogspot.com/2016/11/usrah-purple-melebut-takbur.html
Kali ini Usrah Kami disampaikan Oleh kak berbaju hijau tu kak Sadiqah. Rugi betul kalau sia-sia ilmu macam ni, selagi mampu, melangkah la walaupun terpaksa, kerana terpaksa itu adalah permulaan kepada perubahan 😉 dan bila da dapat hidayah, Masya'Allah hanya airmata menjadi saksi.

Selepas habis Usrah kami ada lagi satu Program!! Buat Proops Nisa..

http://unnianje.blogspot.com/2016/11/usrah-purple-melebut-takbur.html
So kami pun diagikan kertas warna dan lidi sorang-sorang.

http://unnianje.blogspot.com/2016/11/usrah-purple-melebut-takbur.html
http://unnianje.blogspot.com/2016/11/usrah-purple-melebut-takbur.html
Bila orang tak kretif terjebak dengan SENI, hanya mampu berhuhuhuhu dan meniru idea, Yes tiru idea Samsiah!! Hahahahaha

http://unnianje.blogspot.com/2016/11/usrah-purple-melebut-takbur.html
Nampak cara yang sama, warna berlainan !! macam Trivago bilik yang sama harga yang berlainan!! Hahahahah.

http://unnianje.blogspot.com/2016/11/usrah-purple-melebut-takbur.html
Dan hasilnya!! Hahahahah

http://unnianje.blogspot.com/2016/11/usrah-purple-melebut-takbur.html
http://unnianje.blogspot.com/2016/11/usrah-purple-melebut-takbur.html
dan hasil mereka dan mereka.

http://unnianje.blogspot.com/2016/11/usrah-purple-melebut-takbur.html
Ditemani air laut, panas letak tepi janji dapat snap gambar!!

http://unnianje.blogspot.com/2016/11/usrah-purple-melebut-takbur.html
Barisan Akak-akak yang comel-comel.


http://unnianje.blogspot.com/2016/11/usrah-purple-melebut-takbur.html
Wefie tak berapa nak jadi maklum lah time ni jam 12 tengah hari, 

http://unnianje.blogspot.com/2016/11/usrah-purple-melebut-takbur.html
Geng Fisabilillah adik-adik dalam exam SPM&STPM masih meluangkan masa menghadirkan diri ke Usrah, Masya'Allah.. Bila di tanya apa yang menyebabkan adik terdetik hati datang usrah padahal tengah sibuk jawab paper SPM&STPM, jawapan dia DEEP jika kita bantu Ilmu Allah, Allah akan bantu ke. Dan kami pun... Subahanallah..

Berusaha la mencari Ilmu kerana Ilmu tak pernah habis, ilmu yang dicari perlu la dengan merasakan kepenatan agar ia terus sampai ke hati.. Wallahualam


http://unnianje.blogspot.com/2016/11/usrah-purple-melebut-takbur.html