
Allahamdullilah bertemu kembali penghulu segala hari, hari di mana hari yang bakal berakhir segalanya ( Qiamat ). Ahad lalu masih di pilih oleh Allah menghadirkan diri ke Ilmu Allah, Subahanallah, Allahmdulilah yang tidak terhingga di hati ini, ini adalah usrah purple pertama Unni, sebelum ni mau datang ada jak halangan ( Usrah Purple di adakah sebulan/ dua bulan sekali )
Usrah purple anjuran Nisa Tawau kali ini bertajuk " MELEBUR TAKBUR "⛏⛏ bertempat di Highway Tawau. Macam biasa Usrah dalam bulatan, walaupun ditemani matahari yang panas tapi api neraka lagi panas. Dalam usrah ni mengupas tentang SOMBONG, maybe Next entry Unni share pasal Sombong ni, sampaikan apa yang tahu. Kalau nk tahu apa itu Nisa Tawau boleh klik SINI.
Kali ini Usrah Kami disampaikan Oleh kak berbaju hijau tu kak Sadiqah. Rugi betul kalau sia-sia ilmu macam ni, selagi mampu, melangkah la walaupun terpaksa, kerana terpaksa itu adalah permulaan kepada perubahan 😉 dan bila da dapat hidayah, Masya'Allah hanya airmata menjadi saksi.
Selepas habis Usrah kami ada lagi satu Program!! Buat Proops Nisa..
So kami pun diagikan kertas warna dan lidi sorang-sorang.
Bila orang tak kretif terjebak dengan SENI, hanya mampu berhuhuhuhu dan meniru idea, Yes tiru idea Samsiah!! Hahahahaha
Nampak cara yang sama, warna berlainan !! macam Trivago bilik yang sama harga yang berlainan!! Hahahahah.
Dan hasilnya!! Hahahahah
dan hasil mereka dan mereka.
Ditemani air laut, panas letak tepi janji dapat snap gambar!!
Barisan Akak-akak yang comel-comel.
Wefie tak berapa nak jadi maklum lah time ni jam 12 tengah hari,
Geng Fisabilillah adik-adik dalam exam SPM&STPM masih meluangkan masa menghadirkan diri ke Usrah, Masya'Allah.. Bila di tanya apa yang menyebabkan adik terdetik hati datang usrah padahal tengah sibuk jawab paper SPM&STPM, jawapan dia DEEP jika kita bantu Ilmu Allah, Allah akan bantu ke. Dan kami pun... Subahanallah..
Berusaha la mencari Ilmu kerana Ilmu tak pernah habis, ilmu yang dicari perlu la dengan merasakan kepenatan agar ia terus sampai ke hati.. Wallahualam






































