Showing posts with label Istiqamah hingga kemenangan. Show all posts
Showing posts with label Istiqamah hingga kemenangan. Show all posts

30 December 2016

ISTIQAMAH

﷽‎

                               
Assalamualaikum

Adakah kita ISTIQAMAH dalam hidup ini??Kita selalu mendengar kata ISTIQOMAH,

Apakah itu Istiqomah ?

Istiqomah adalah berpendirian yang teguh di atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan yang terbaik dan tidak berubah dan berpaling walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Dalam surah Hud ayat 112 Allah SWT berfirman:

"Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan". (Q.S Hud :112 ).

Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman dalam Surah Fussilat, ayat 30 :

"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): 

"Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu". (Q.S Fushshilat 30)

Dalam hadith, Rasulullah SAW bersabda: Abu amr, (ada yang menyebutnya Abu Amrah) Sufyan bin Abdillah ra. Berkata kepada Rasulullah,

 "Wahai Rasulullah, katakana kepadaku perkataan tentang islam yang tidak akan aku tanyakan kepada selain engkau!" Beliau bersabda, 'Katakanlah, 'Amantu Billah (Aku beriman kepada Allah), kemudian istiqamahlah". (HR. Imam Muslim)

Dari Aisyah r.aha. bertanya kepada Nabi : Manakah amal yang paling dicintai Allah? Beliau bersabda :

''Yang dilakukan secara terus menerus meskipun sedikit dan lakukanlah amal-amal itu, sekadar kalian sanggup melakukannya''. (HR. Bukhari)
PELIHARA lah 10 perkara ini. Moga kita adalah hamba-hamba yang terus Istiqamah

1. Menjaga lisan agar tidak mengatakan keburukan kepada orang lain.

Firman Allah SWT dalam surah Al-hujarat ayat 12

''Janganlah sebahagian kamu menggunjing (mengatakan buruk) kepada yang lain''.

2. Menghindari prasangka buruk

Firman Allah SWT  dalam surah Al-hujarat ayat12

''Hindarilah umumnya prasangka buruk terhadap sesama umat Islam, sebab prasangka buruk termasuk / di antara perbuatan dosa".

3. Menghindarkan diri daripada menghina/mencela orang lain.

Firman Allah SWT dalam surah Al-hujarat ayat 11
 
''Janganlah suatu kaum menghina kaum lainnya, boleh jadi yang dihina itu lebih baik daripada yang menghina''.

4. Membatasi pandangan mata/memejamkan pandangan mata dari hal-hal yang dilarang.

Firman Allah SWT dalam surah  An-Nur ayat 30

''serukanlah kepada orang-orang yang mukmin lelaki supaya merendahkan matanya dari melihat yang terlarang''.

5. Bercakap yang benar.

Firman Allah SWT dalam surah  Al-An’am ayat 152

''Dan apabila kamu berkata, maka berlaku adillah/benar''.

6. Menginfaqkan harta fisabilillah/membelanjakan hartanya pada keperluan agama.

Firman Allah SWT dalam surah AlBaqarah ayat 267

"Belanjakanlah yang baik-baik dari harta yang diusahakan olehmu.”

7. Tidak bersikap berlebih-lebihan.

Firman Allah SWT  dalam surah QS. Al-Isra’ : 26

"Janganlah kamu berlaku terlalu boros''.

8. Tidak suka menunjuk-nunjuk dan membanggakan diri.

Firman Allah SWT dalam surah QS.Qashash ayat 83

''Itulah kampung akhirat, Kami jadikan buat orang-orang yang tidak menuntut keluhuran di bumi/di dunia, dan tidak pula berbuat binasa. Akibat yang baik bagi orang-orang bertakwa''.

9. Menjaga solat 5 waktu dengan baik.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 238

''Peliharalah semua solat dan solat yang pilihan/Ashar. Tegakkanlah semata kerana Allah dan mematuhiNya.''

10. Istiqmah pada ajaran Ahlus-Sunnah wal-jama’ah.

Firman Allah SWT dalam surahAl-An’am ayat 153

''Bahwasanya inilah jalanKu yang lurus, untuk itu turutilah jalanKu itu, dan janganlah kalian turuti jalan-jalan lainnya, nanti kamu berantakan/berpisah-pisah dari jalanNya''.

Istiqamah hingga kemenangan.

Wallahualam.. 

Moga bermanfaat



31 October 2016

♥ ♥ ♥ Happy Monday ♥ ♥ ♥



Selamat berlunch semua.. 

Happy monday. Dengar jak isnin mesti ramai yang mengeluhkan,apa lagi student2..Maklumlah monday bluess.. Isnin jak mesti keja macam gunung sampai nak lunch pun tak sempat, apalagi kalau berurusan kat mana2 tempat bank ka,JPN ka, Hospital ka mesti sesak kan.

Dulu Unni asal isnin jak mesti mengeluh siap update kat media sosial..Serabut kepala kalau isnin ni da la assigment timbun2, Class full dan selalu tak dapat tempat kat Library [ cerita zaman study] Tapi itu dulu la, diriku yang dulu bukakan la sekarang, cewah!! macam lagu pulak.

Tapi sekarang isnin merupakan hari kegemaran Unni, siap Puasa Sunnat kalau berkesempatan. Alhmdulilah, Tahu tak apa special kat hari isnin??

Isnin merupakan hari kelahiran Idola kita bagi umat islam Nabi Muhhamad SAW.. Unni pun dapat tau selepas dengar Usrah Ramadhan 2012.

RINGKASAN BIODATA BAGINDA.

  • Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
  • Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan  20 April 571 Masehi (dikenali sebagai   Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
  • Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
  • Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
  • Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
  • Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa   Rasulullah SAW).
  • Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
  • Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah.  Suaminya bernama Abu Kabsyah).
Sumber lain : http://www.islam2u.net

Wallahualam..

Salam Sayang

Unni Anje

10 September 2016

Program World #QuranHour sambil berpuasa Hari Arafah

MARI KITA SOKONG DAN SAMBUT WORLD QURAN HOUR SAMBIL BERPUASA HARI ARAFAH.

Program World #QuranHour 2016 


Assalamualaikum,

'' WORLD #QURANHOUR '' Merupakan sebuah program satu jam bersama Al-Quran yang berlansung pada 9 Zulhijjah 1437H bersama 11 September 2016 ( Ahad ) di detik 9.00 - 10.00 pagi. Pada tarikh ini, seluruh umat islam didunia akan beriktiqaf membaca Al-Quran selama 1 jam.. Hentikan segala aktiviti lain. Ambik wuduk dan dampigi la Quran selama 1 jam..

Aktiviti yang patut dilakukan selama 1 jam..

1. Baca Al-Quran
atau
2. Baca terjemahan atau tafsiran ( bagi yang tak pandai membaca Al-Quran / berhadas )
atau
3. Berbincang atau belajar tentang Al-Quran dengan yang mahir.
atau
4. Apa sahaja yang boleh kita menafaatkan apabila berdampingan dengan Al-Quran.

Dalam setahun kita ada 8760 jam. Hanya 1 jam yang kita perlu untuk memberikan sokongan kepada kempen ini World #QuranHour ..

*Dampingi la Quran*
*Kasihi la Quran*
*Hayati lah Quran*
*Jadikan Quran Panduan*

Mana yamg dah lama tinggalkan *JADIKANLAH* ini sebagai suatu *PERMULAAN*..

Jum gegarkan *SELURUH DUNIA DENGAN BACAAN AL-QURAN*

Jom Puasa Hari Afarah.


Puasa Sunat Hari Afarah atau juga dikenali Hari Wukuf boleh dilakukan oleh umat Islam di Malaysia.. Tarikh yang sama dengan program World #QuranHour 9 Zulhijjah 1437H bersamaan 11 September 2016 ( Ahad ). Yang dikhusus kan kepada mereka yang tidak mengerjakan Ibadat Haji.

Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan secara rasmi bahawa 1 Zulhijjah bagi negaranya telah di tetapkan pada 3 September 2016 Masihi ( Sabtu ), Maka hari Arafah yang dikenali Hari Wukuf merupakan kemuncak ibadat Haji, Pada 11 September 2016 Masihi ( Ahad ) bersamaan 9 Zulhijjah 1437H.

Jom kita sama-sama hidupkan program ini sambil berpuasa, jangan jadikan tak pandai membaca Quran sebagai alasan kerana terjemaan ada. Jangan malu dalam menuntut ilmu Allah.. WALLAHU..

Salam Sayang Unni Anje

Wassalam

07 September 2016

Susprise Buat Mak

Selamat Ulang Tahun Mak


Assalamualaikum,

Allahmdulilah hari ini, mak masih diberikan kesihatan dan rezeki yang baik.  07 September 2016 genap la mak Unie ( Caya H Palimari ) ke 45 tahun.. Mak adalah kekuatan kami semua, tanpa mak sapa la kitakan. TERIMA KASIH MAK  untuk kehidupan ini.. Moga mak panjang umur, diberikan kesihatan yang baik, selamat dunia akhirat dan sentiasa dimurahkan rezeki.. Moga semua doa mak di makbulkan.. AMIN YA RABBAL.. Kasih ibu tiada tandingan, walaupun ayah sudah menghadap Ilahi, mak juga adalah ayah bagi Unie.. My Hero is my Mom. Bersyukurlah kepada yang masih mempunyai kedua orang tua.. Hargai selagi berkesempatan dan Al-Fatihah buat arwah ayah. Moga ditempatkan bersama-sama orang beriman.. AMIN YA RABBAL.

Hanya kami berlima termasuk mak. Hanya ini yang termampu, tetapi tidak standing dengan pergorbanan mak.. Jangan Tanya mana gambar mak, susprise kan so mesti la dengan baju dasternya ( baju batik ) jak. Hihiihi.. WE LOVE YOU MOM.. Moga mak sentiasa bersama kami hingga ke Jannah dan maafkan anak-anakmu ini atas segalanya..


Mak umpama lilin yang sentiasa menyinari kegelapan.. seburuk mana anak-anaknya mak tetap menjadi pendorong dan kekuatan buat anak-anak. Tapi ingat lama kelamaan ia akan cair oleh api, begitu juga dengan mak lama kelamaan akan pergi jua.. Sama ada kita atau ibu.. hanya menunggu masa.. Rahsia Allah.. Hargai selagi mampu, sayangi selagi masih ada dan doakan selagi nyawa dikandung badan.. Ibuku Kekuatanku..

Salam Sayang Unni Anje

Wassalam.

01 September 2016

Program Kraf Tangan 2016 by Nisa Tawau


Assalamualaikum,

Alhmdulilah dengan izin Allah SWT inilah calon-calon yang terpilih oleh Allah untuk menghadirkan diri menimba ilmu Allah..

Satu lagi program anjuran Nisa Tawau yang telah di jalankan dengan jayanya.. Terima kasih dan syabas buat para Ajk Program dan juga sahabat-sahabat yang hadir. Nisa merupakan satu gerakan Khas untuk Para wanita contohnya macam usrah ( mungkin anda lebih tahu ). Ilmu takkan pernah habis dan tuntut la ia selagi kita masih mampu.

Hujung minggu yang lalu, Alhmdulilah Unie dan sorang Sahabat Sam ( Bukan nama sebenar ) Berjaya hadirkan diri walaupun sibuk berkerja. Ilmu Allah sapa ndak mau kan. Dengan semangat yang berkobar-kobar pagi-pagi lagi da terpacak kat depan KD Sri Tawau. Get pun ndak buka lagi bah... jgn ckp get orang lain pun belum ada, semangat tau bukan senang orang yang berkerja macam kami dapat curi masa macam ni...  Tapi sebenarnya dari diri sendiri sama ada mahu atau tidak...

Alhmdulilah nikmat kesabaran, muncul la sorang demi sorang then in the geng.. WOW bisik dalam hati.. Lepas tu sorang adik comel tu pun ambik pendaftaran then bahagi kan kumpulan.. Yang kejam dia pisahkan Unie dan Sam. Padahal Sam je Unie kenal begitu jgk disebaliknya.. Hahahahaha ( jgn marah adik ) Biasa la bah perempuan mana mau lepas dari kawan kalau ada tu gam gajah kasi lakat jak biar ndak terlepas.. Sebenarnya ada motif, sebab dia nk luaskan silaturahim...

Selepas pendaftaran, majlis pun dimulakan. Mula-mula mesti la bacaan doakan. aktiviti kami  pagi tu ada 3 slot yang Unie ingat la sebab aturcara x dpt so just ckp apa yang Unie lalui..Slot 1 tentang ZIKIR. Slot 2 tentang 'Untuk kita pendosa harapan selalu ada'' dan Sot 3 Kraf Tangan.


Dari duduk berkumpulan then kami semua duduk dalam satu bentuk bulatan bagi memulakan Slot 1 dan slot 2.


SLOT 1

Di Sampaikan oleh : Sis Jue ( Maaf andai silap nama )
Tajuk : Zikir

Slot 1 sis ni mengupas bagaimana kita bersyukur dengan nikmat Allah??  Bagaimana kita berzikir setiap hari kepada Allah?? bukan di nilai dari segi angka tetapi keikhlasan hati..... Ilmu tu simpan ketat-ketat.. In sha Allah satu saat Kita pulak jadi penyampai. Amin..

SLOT 2

Di Sampaikan oleh : Sis Marawiah
Tajuk : Untuk kita pendosa harapan selalu ada

Slot 2 ni mengupas tentang hati.. pernahkah anda merasakan hati kosong?? bagaimana hidupkan hati.. Subahanallah.. Tajuk ni agak menyentuh hati Unie.. Sis ni sampai melalui sebuah buku bacaan beliau .. Unie da cuba cari buku tu tapi gagal.. In sha Allah ada jodoh kita jumpa ya BUKU..

ALHAMDULILAH
Setelah selesai Slot 1 & 2.. Kami pun berehat sebentar dengan sarapan pagi. Baik-baik belaka AJK ni suda aturkan program yang bermanfaat lepas tu di kasi makan lagi...


AlHAMDULILAH rezeki Allah.. Unie x sure jam brpa setiap slot sebab spnjg program memang x jenguk jam langsung.. sibuk ambik gambar...

Slot 3

Tajuk : sesi kraf tangan

Demo kraf Tangan

Inilah wajah-wajah manis yang berkongsi ilmu bersama kami semua.. satu demi satu soalan pasti dijawab dengan baik... Alhmdulilah semua yang di kongsi dapat dipelajari.. Da la manis-manis kreatif pulak tu.. Terima Kasih ilmunya ...

Hasilnya yang meraka buat..

Tak semua dapat tunjuk sebab gambar tak jumpa..hahahaha.. MAAFKAN SAYA

Sesi Kraf Tangan

Sesi buat kraf tangan bersama ahli kumpulan.. Unie dilantik kunun jadi ketua kumpulan sebab paling tua, btw sapa ketua sapa bukan, x penting yang penting semangat berpasukan.. Selepas tunaikan barang2 yang ahli perlukan masing-masing ambil tugas masing tanpa dibagi-bagi tugas.. sweetnya adik2 ni bisik dalam hati...

tengok tu busy nya mereka...


ahli kumpulan lain x kurang sibuknya..


Idea dorang kaw-kaw.. Bak kata pepatah teacher ajar step 1 dorang da sampai step 5.. memang terbaik... Maaf Unie Just bnyak gambar ahli kumpalan sendiri...

Hasilnya..



Hasil Kraf Tangan ahli Kumpulan Unie

Hasil Kraf Tangan Semua kumpulan
Hasil Kraf Tangan Unie n adik ( pic dibawah duduk sebelah Unie)

Sebelum tu Unie perkenalkan ahli kumpulan Unie.. Kumpulan 2 kunun.. Semua ni ada lah adik-adik.. Nak perkenalkan satu-satu.. Better xpayah cukup la tgk kami yang comel-comel. Salam Ukwah semua dan terima Kasih buat ahli kumpulan. Talian silaturahim terjalin lagi hari ini dan selamanya... Kami buat group wasap tau.. hahahah...The Best group semua idea mantap2.. otak mereka masih berkembang sementara otak Unie hampir tertutup.. Jiwa muda begitu la... Begitu juga buah ahli kumpulan yang lain dan para AJK program... In sha Allah ada jodoh kita jumpa lagi...

Salam Sayang Unni Anje

Wassalam

10 September 2015

AidilFitri Di Perantauan 2015

Pengalaman Pertama ku Berkerja Di AidilFitri


Assalamaualaikum,

Kisah setahun yang lalu, Aidilfitri bersama Puffy Buffy. Wajah ceria di Aidilfitri. Semua anak perantau Unie dan Sida ( Tudung biru )  asal Sabah then Ariel dan Faez dari Johor (Ariel depan, Faiz belakang ). Hanya kawan-kawan pengubat duka  ketika berjauhan dengan family. Namun kegembiraan tetap terpancar. Kerja itu tanggungjawab, so Unie tak mengeluh pun. Semat di dada '' WHY NOT '', orang boleh kita tak boleh.

Ini la Sida, BESTFRIEND duniat akhirat, perkenalan sejak di bangku sekolah sampai la alam pekerjaan. Alhmdulilah kami tetapi ceria. Bagi kami yang berkerja raya atau tak sama jak. Tapi perayaan tu tetap kami raihkan. Dengan kecanggihan di zaman moden semua dihujung jari, Suara mak pengubat rindu di Aidilfitri.

Pagi Raya.....


Alhmdulilah, walaupun berkerja di Aidilfitri, Pagi raya tu Unie masih bersama-sama dengan family. Pagi raya ni abg hantar Unie balik hostel. Mujur kerja di shift petang boleh juga luang masa seketika bersama meraka..

Bersama mereka, senyuman yang bermakna buat kami.. Kalau tahun lalu beraya kat umah kak Muli, tahun ni beraya kat umah abg pulak. Abg, ipar dan adik. Seperti cerita raya 2014 just kak muli dan abg Adda jak tak ada, tak sempat nak pigi, ruginya tak dapat rasakan masakan kak muli tahun ni sebab ada tanggungjawab yang perlu dilaksanankan..

Seperti biasa Danyel yang sombong nak ajak selfie. Danyel nak hantar auntie balik hostel....

Almdulilah 2 tahun beraya di negeri orang, pengalaman demi pengalaman mendewasakan kita. Kehidupan ini sebenarnya hanya la permulaan, dan banyak lagi yang bakal kita tempuh tuk di hari esok. Yang pasti mati tu tetap ada.. Kerana hari ini sangat bermakna buatku. 1 Syawal 1436H bersamaan 17 Julai 2015  merupakan '' PERINGKAT PERTAMA HIJAHKU ''.

Salam Sayang Unni Anje

Wassalam