Showing posts with label Anak perantau. Show all posts
Showing posts with label Anak perantau. Show all posts

10 September 2015

AidilFitri Di Perantauan 2015

Pengalaman Pertama ku Berkerja Di AidilFitri


Assalamaualaikum,

Kisah setahun yang lalu, Aidilfitri bersama Puffy Buffy. Wajah ceria di Aidilfitri. Semua anak perantau Unie dan Sida ( Tudung biru )  asal Sabah then Ariel dan Faez dari Johor (Ariel depan, Faiz belakang ). Hanya kawan-kawan pengubat duka  ketika berjauhan dengan family. Namun kegembiraan tetap terpancar. Kerja itu tanggungjawab, so Unie tak mengeluh pun. Semat di dada '' WHY NOT '', orang boleh kita tak boleh.

Ini la Sida, BESTFRIEND duniat akhirat, perkenalan sejak di bangku sekolah sampai la alam pekerjaan. Alhmdulilah kami tetapi ceria. Bagi kami yang berkerja raya atau tak sama jak. Tapi perayaan tu tetap kami raihkan. Dengan kecanggihan di zaman moden semua dihujung jari, Suara mak pengubat rindu di Aidilfitri.

Pagi Raya.....


Alhmdulilah, walaupun berkerja di Aidilfitri, Pagi raya tu Unie masih bersama-sama dengan family. Pagi raya ni abg hantar Unie balik hostel. Mujur kerja di shift petang boleh juga luang masa seketika bersama meraka..

Bersama mereka, senyuman yang bermakna buat kami.. Kalau tahun lalu beraya kat umah kak Muli, tahun ni beraya kat umah abg pulak. Abg, ipar dan adik. Seperti cerita raya 2014 just kak muli dan abg Adda jak tak ada, tak sempat nak pigi, ruginya tak dapat rasakan masakan kak muli tahun ni sebab ada tanggungjawab yang perlu dilaksanankan..

Seperti biasa Danyel yang sombong nak ajak selfie. Danyel nak hantar auntie balik hostel....

Almdulilah 2 tahun beraya di negeri orang, pengalaman demi pengalaman mendewasakan kita. Kehidupan ini sebenarnya hanya la permulaan, dan banyak lagi yang bakal kita tempuh tuk di hari esok. Yang pasti mati tu tetap ada.. Kerana hari ini sangat bermakna buatku. 1 Syawal 1436H bersamaan 17 Julai 2015  merupakan '' PERINGKAT PERTAMA HIJAHKU ''.

Salam Sayang Unni Anje

Wassalam

09 September 2014

AidilFitri Di Perantauan 2014

Aidilfitri Pertama ku Di Negeri Orang


Assalamualaikum,

Kisah kami 2 tahun yang lalu, anak-anak perantau Sabah berhijrah ke Tanah Melayu ( Semenanjung Malaysia ) demi menjadi rezeki. Nun jauh bersama Orang tua. Tahun ini raya kat umah kak Muli, Unie tetap bersyukur walaupun negeri orang kami tetap berkumpul bersama-sama. Kazen, abg, ipar, adik dan anak buah. Wajah-wajah ceria di pagi raya, Tahun ini Unie berumur 23 tahun dan merupakan tahun pertama raya diperantauan. Alhmdulilah semua itu mengajar erti kehidupan sebenar dan berdikari.

Ini la santapan kami di pagi raya, dengan kehebatan masakan kazen Unie kak mulia. Makanan Tradisonal  wajib ada walaupun di negeri orang . Serderhana itu lebih baik.

Ini la cerita kami si anak perantau..Sambutan kami tiada la mewah-mewah, hanya sekadar yang termampu, yang penting projek makan di dahulukan.. Alhmdulilah pengalaman itu mengajar Unie erti kehidupan bukan semata-mata bergantung dengan orang lain. Bak kata pepatah susah-susah hidup kita ada lagi yang lebih susah. So syukur selalu...

Selfie bersama anak buah ( Danyel ) dan adik ( Wan ).. Danyel ni sombong sikit nak ajak selfie time ni umur setahun lebih.
Abang sulung with Wife[kak ayu]  and son [Daniey]

Time ini Unie masih pengganggur terhormat setelah 6 bulan menamatkan pegajian Diploma kat Kota Kinabalu. Ingin mencuba nasib di negeri orang, alhmdulilah seminggu jak lepas raya Unie pun dapat kerja. Tak tau nak pigi mana beraya, bila abg dan adik da balik umah masing-masing. Kazen ( abg adda ) pun ajak jalan-jalan tinguk KLCC.

KLCC time raya macam ni memang semua yang datang bukan orang Semenanjung. Kebanyakan dari Indonesia, Bangladesh dan orang-sabah juga. Dari logat bulih tau bah asal mana..hihihihihi... Ini lah yang dikatakan berziarah ke KLCC bukan kerumah orang.. Btw Unie Happy, pegalaman ini mungkin tiada kat orang lain.

Ini la abg Adda, kazen belah ayah macam kak Muli Juga. Rasanya walapun kazen satu kali raya ini merupakan pertemuan pertama kami. Faktor jarak. Alhmdulilah jodoh Allah menemukan Unie dengan Saudara jauh. Kita hanya mampu merancang,dan Allah la yang menentukan. Apapun yang berlaku semua itu ada hikmah di sebaliknya.. Begini la kisah Unie raya pertama diperantaun. Setiap hari itu bermakna buat ku,,, Nantikan kisah 2015 pulak....

Salam Sayang Unni Anje

Wassalam