09 September 2014

AidilFitri Di Perantauan 2014

Aidilfitri Pertama ku Di Negeri Orang


Assalamualaikum,

Kisah kami 2 tahun yang lalu, anak-anak perantau Sabah berhijrah ke Tanah Melayu ( Semenanjung Malaysia ) demi menjadi rezeki. Nun jauh bersama Orang tua. Tahun ini raya kat umah kak Muli, Unie tetap bersyukur walaupun negeri orang kami tetap berkumpul bersama-sama. Kazen, abg, ipar, adik dan anak buah. Wajah-wajah ceria di pagi raya, Tahun ini Unie berumur 23 tahun dan merupakan tahun pertama raya diperantauan. Alhmdulilah semua itu mengajar erti kehidupan sebenar dan berdikari.

Ini la santapan kami di pagi raya, dengan kehebatan masakan kazen Unie kak mulia. Makanan Tradisonal  wajib ada walaupun di negeri orang . Serderhana itu lebih baik.

Ini la cerita kami si anak perantau..Sambutan kami tiada la mewah-mewah, hanya sekadar yang termampu, yang penting projek makan di dahulukan.. Alhmdulilah pengalaman itu mengajar Unie erti kehidupan bukan semata-mata bergantung dengan orang lain. Bak kata pepatah susah-susah hidup kita ada lagi yang lebih susah. So syukur selalu...

Selfie bersama anak buah ( Danyel ) dan adik ( Wan ).. Danyel ni sombong sikit nak ajak selfie time ni umur setahun lebih.
Abang sulung with Wife[kak ayu]  and son [Daniey]

Time ini Unie masih pengganggur terhormat setelah 6 bulan menamatkan pegajian Diploma kat Kota Kinabalu. Ingin mencuba nasib di negeri orang, alhmdulilah seminggu jak lepas raya Unie pun dapat kerja. Tak tau nak pigi mana beraya, bila abg dan adik da balik umah masing-masing. Kazen ( abg adda ) pun ajak jalan-jalan tinguk KLCC.

KLCC time raya macam ni memang semua yang datang bukan orang Semenanjung. Kebanyakan dari Indonesia, Bangladesh dan orang-sabah juga. Dari logat bulih tau bah asal mana..hihihihihi... Ini lah yang dikatakan berziarah ke KLCC bukan kerumah orang.. Btw Unie Happy, pegalaman ini mungkin tiada kat orang lain.

Ini la abg Adda, kazen belah ayah macam kak Muli Juga. Rasanya walapun kazen satu kali raya ini merupakan pertemuan pertama kami. Faktor jarak. Alhmdulilah jodoh Allah menemukan Unie dengan Saudara jauh. Kita hanya mampu merancang,dan Allah la yang menentukan. Apapun yang berlaku semua itu ada hikmah di sebaliknya.. Begini la kisah Unie raya pertama diperantaun. Setiap hari itu bermakna buat ku,,, Nantikan kisah 2015 pulak....

Salam Sayang Unni Anje

Wassalam

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^