30 November 2017

Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia

Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia | Assalamualaikum Semua, tiba masa untuk bersihkan habuk-habuk dan segala kotoran degil di Blog. Lama sungguh tidak menulis sejak-sejak rajin masuk hutan ni kan. Hari ini Unni terpanggil satu Giweway yang agak lama nak join tapi masa tidak mengizinkan.

Lama sangat tak support Blogger ni, maafkan unni bukan tak ingin Join cuma masa begitu cemburu.  Memandangkan Sofinah buat GA Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia, gigih diri untuk join. Sebenarnya ini adalah salah satu cara untuk kita lebih mengenali sesama blogger seluruh Malaysia. Walaupun bukan secara realiti namun ukhuwah tetap ada.

Jum kenal siapa Unni Anje

Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia

Nama sebenar Fitriyani Binti Fendi. Nama Pena Unni Anje. Dunia nyata dan maya di kenali dengan panggil Unni. Unni membawa tagline '' Kayu Manis Semanis Hidup'' nak tahu kenapa baca kat SINI. Unni di lahirkan di Hospital Keningau Sabah. Of Course anak jati sabah. I am Sabahan. 

Unni merupakan anak keempat dalam adik beradik. Kehilangan ayah ketika berumur 21 tahun. Moga ayah di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin Ya Rabbal.

Unni merupakan seorang yang sangat-sangat gilakan warna Pink. All my item Pink !!! Hahahahha, termasuk blog unni. Btw di mana-mana unni sangat di kenali dengan gelaran QUEEN OF TYPO. why?? emmmm susah nak explain..Hahahahaha

Blog unni menceritakan tentang Islam, resepi, aktiviti Unni dan review.

Terjebak dengan dunia blogger pada tahun 2014 selepas tamat pengajian Di ploma Teknologi Makmal Perubatan di sebuah Kolej Swasta Di Sabah. Selepas tamat pengajian Unni tinggal bersama cousin di Kuala Lumpur juga sorang Blogger. Blogger  Nasa Mulia. Mulanya hanya syok sendiri kat blog hanya seorang Follower ( cousin sendiri ). Sesungguhnya syok sendiri tu nikmat. Hahahahaha, tapi bila baca balik macam nak hantuk kepala ni kat dinding pun ada !! Hahahahahaha. Entry pertama Unni ( yang sudah di edit berkali-kali ) Celoteh Diri.

Tahun 2015 Unni mula leburkan diri dalam penulisan ( follower dan dua angkah ) hahahahhahah, tapi masih juga syok sendiri maka semua entry biarlah dalam simpanan. Tambahan pula semua entry tersebut ketika unni masih di Zaman Jahiliyah.. 

2016 maka bermula lah zaman kegemilangan dalam Berblog ( Follower dan tiga angkah ) ketika unni kembali pulang ke Negeri Kesayangan #sabahtanahairku . Unni di tawarkan berkerja seorang '' Admin Accont '' di sebuah syarikat kecil di Tawau, Sabah. So unni mula giatkan diri dalam menulis, kongsi pengalamanan dan perkenalkan Sabah kepada dunia Luar. Tahun ini la Unni rajin blogger. Sangat rajin.

Mula di kenali dalam dunia blogger tahun 2017 unni mula luaskan ilmu blogger ( tak mau syok sendiri ). 22 May 2017 Unni mempunyai Domain Sendiri www.unnianje.blogspot.my kepada www.unnianje.com  baca kat SINI kisah Domain Unni anje. Selepas itu jinakkan diri dalam komuniti. Bermula la kisah Unni berjumpa dengan Sahabat Blogger Sabahan Jun Zie ( berchat kat ig jak, time tu hp dia rosak ). Nyatakan hasrat kumpul blogger Sabahan baca kat SINI. Allahamdulilah rupanya ramai blogger sabahan. 


Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia

Maka wujud lah tagline kami blogger Sabahan '' Di Bawah Bayu Kami Bersatu '' Kalau sudi boleh Follower Blog kami WWW.SABAHANBLOGGER.COM

Seterusnya, Unni join lagi satu Komuniti yang sememangnya banyak membantu Unni dalam Dunia blogger. Allahamdulilah dalam tercari diri sendiri dalam dunia blog Unni dipertemukan dengan #AFBdotmy Auto Feed Blog yang di kendalikan sepenuhnya oleh Mommy Ira . Kalau perasan di head Blog unni mesti ada Auto Feed. #AFBdotmy sentiasa pilihan hati dan moga kita semua terus berjaya dalam dunia blogger.

Setakad ni dua komuniti ni sahaja Unni ada. Ok tentang blogger ini sahaja yang mampu di cerita. So mari kita bercerita tentang dunia realiti Unni. Hihihihi..

Unni merupakan seorang perkerja swasta. Berkerja di Tawau dan menetap di Merotai Tawau. Mungkin ramai da tahu dan mungkin ada yang tak tahu, Unni merupakan seorang Niqabis. muslimah yang meminati aktiviti Outdoor. Namun masih di landasan yang benar.



Dengan satu Pertubuhan yang unni sendiri dirikan '' Muslimah Hikers Tawau ''.  Allahamdulilah dalam bersukan kita berdakwah. Bukan tunjuk hebat tapi kongsi minta. Unni merupakan seorang yang tegar dalam dunia Hiking ( sebab tu malas jenguk blog ) hahahahahaha. 

Minat hiking unni sejajar dengan minat unni kat dapur '' Bukan Sekadar Hikers '' .. Unni suka memasak dan suka mecuba resepi baru lebih-lebih resepi viral tu!! Dapur adalah kekasih hatiku. Oppsss lupa nak bagitau, minat masak sejak berjumpa dengan dengan geng #AFBdotmy semua master Chef.. Terbaikk.

Nak tahu lebih lanjut boleh follow unni

Instagram : Unni_Anje
Twitter : Unni_anje
Facebook : Unni Anje

Ada tiga entry Unni yang mengisahkan cerita  tentang unni 


Salam kenal buat semua penbaca unni. Maafkan unni jika masih belum berkesempatan unni melawat blog kamu semua. Love u alls. salam kenal salam ukhuwah unni anje kayu manis semanis hidupku.

Kalau kamu nak mengenali lebih ramai rakan-rakan blogger dari seluruh malaysia jum sertai kami dalam '' Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia '' bukan hadiah yang dipinta namun ukhuwah silaturahim sesama rakan blogger yang utama. jum rapatkan silaturahim sesama blogger.


support to support


Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia


Untuk menyertai Segmen ini,



24 November 2017

Tips, Keperluan, Kelengkapan Dan Persediaan Mendaki Gunung Trus Madi

Tips, keperluan, kelengkapan dan persediaan mendaki Gunung Trus Madi | Melalui laluan Mannan Sinua Sook Unni kongsikan sedikit pengalaman Unni menawan Gunung kedua tertinggi di Malaysia. Unni ingin kongsikan beberapa tips dan keperluan penting kerana pendakian ini agak jauh mencabar dari Mendaki Gunung Kinabalu.

Baca kat sini pengalaman Unni mendaki Gunung Trus Madi

Tips, keperluan, kelengkapan dan persedian mendaki Gunung Trus Madi



Tips Penting Mendaki Gunung Trud Madi ( G2 )


1. Pakai Adidas Kampung
2.Langkah kecil tapi laju
3. Kurangkan rehat
4. Bawa barang keperluan sahaja
5. Fizikal, mental dan stamina cukup
6. Minum ors ( 1 paket 1 botol mineral kecil )
7. Banyak kan berdoa dan jangan tinggal solat.

Barang Keperluan dan Kelengkapan Wajib


  1. Pakaian Untuk dua Hari ( satu pakai ke base camp 2 satu pakai ke peak )
  2. Sepasang stoking extra
  3. Stoking pacat
  4. Jaket
  5. Glove
  6. Slepping Bag
  7. Slepping Mat
  8. beg Kecil
  9. Alatan Mandian
  10. Tuala kecil
  11. Selipar
  12. Kasut ( adidas kampung )
  13. Botol air
  14. Baju hujan
  15. Headlamp dan handlamp
  16. Tongkat
  17. Makanan
  18. Ubat-ubatan

Tips


  1.  Pakaian hanya bawa sehelai naik ke Base camp 2 sebab sepasang kamu da ready guna. 
  2. Stoking bawa lebih untuk keselesaan dan stoking pacat bagi yang takut pacat.
  3. Jaket hanya di pakai semasa tidur di base camp 2. Jangan pakai jaket semasa mendaki ke puncak. Sejuk hanya permulaan selepas 10 minit perjalanan badan akan mula kepanasan cuaca tidak sama dengan Gunung Kinabalu.
  4. Glove wajib pakai semasa naik puncak dari base camp 2.
  5. Slepping bag adalah barangan wajib kamu bawa kerana keadaan di atas amat sejuk dan teramat sejuk dan slepping mat pilihan sama ada mau bawa atau tidak.
  6. Alatan mandi dan tuala wajib bawa, bawa yang perlu sahaja.
  7. Selipar perlu bawa, guna 1km sebelum anak sungai dan kegunaan di base camp 2
  8. Kasut yang best guna kasut ADIDAS KAMPUNG. Trail Trus Madi sangat sesuai dengan kasut adidas kampung.
  9. Botol air penting dan sangat penting . Bagi jimatkan space baik gunakan Water Blader.
  10. Headlamp penting untuk naik ke peak dan hand lamp di gunakan semasa di base camp 2 sebab kat sana bekalan elektrik tak ada.
  11. Tongkat bagi yang perlu boleh bawa, boleh membantu naik dan turun. Tapi kalau tak ada pun ok.
  12. Makanan ringan yang membekalkan tenaga ( coklat, biskut, kismis ) boleh bawa bekalan lebih macam maggie, ikan sardin, ikan kering. Makan kat atas memang nikmat. Bungkus dalam plastik sahaja. Kat atas boleh masak.
  13. Ubat-ubatan seperti spray, minyak angin dan panadol wajib di bawa. Minuman ORS dan glukosa juga digalakan bagi mengantikan zat mineral yang hilang dari peluh badan masa berpeluh.

Persediaan


  1. Bagi persediaan mendaki Gunung Trus Madi paling utama adalah Mental fizikan dan Stamina.
  2. Rajinkan diri mendaki walaupun bukit rendah sekurang-kurangnya seminggu sekali.
  3. Latih diri mula mengangkat beban sekurang-kurangnya 5kg semasa mendaki.
  4. Rajinkan diri senaman pagi, skepping dan jogging sekurang-kurangnya dua minggu sekali.
Persediaan Mental Fizikal dan Stamina amat penting. Jangan sekali ambil mudah.




21 November 2017

Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 2

Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 2 | Hari seterusnya, kami bangun seawal jam 12 tengah malam untuk meneruskan perjalanan menawan Puncak 1 2 3 dan Menara Gunung Trus Madi. Kali ini la perjalanan kami akan di uji kerana bermulanya cabaran sebenar Trus Madi.

Untuk menawan Gunung Trus Madi, ada tiga benda yang kamu jangan lepaskan untuk sampai di Peak. Pastikan kami sampai sebelum jam 6 Pagi. Pertama Pemandangan matahari terbit, Pemandangan Gunung Kinabalu dan pemandanagn Awan Kapet semuanya kamu boleh nikmati di Menara Gunung Trus Madi.

Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 2
Gunung Trus Madi
Kali ini peerjalanan hanya 2.2km kepuncak pertama, 3.1km kepuncak kedua , 4.2 ke puncak ketiga dan target utama menara Gunung Trus Madi 4.5km. Namun keadaan gelap dan suasana subuh mungkin akan mengambil masa untuk mendaki sejauh 4.5km. Tapi satu kejayaan buat Team Tawau dan Muslimah Hikers Tawau kerana semua berjaya menawan Menara Gunung Trus Madi. Allahamdulilah.

Menawan Puncak Gunung Trus Madi 


Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 2

Seawal jam 12 tengah malam kami mempersiapkan diri dengan hanya menggunakan lampu sulu masing-masing. Kami juga disediakan makanan sebelum memulakan pendakian, makan la ala kadar sahaja cukup untuk alas perut, takut-takut pertengahan nanti ada pula perut meragam.

Untuk naik ke puncak hanya barang keperluan sahaja di benarkan bawa keatas seperti air dan baju hujan. Barang lain tinggalkan sahaja di Base camp 2. Unni juga tak galakan kamu membawa jaket, sebab kat atas tak sejuk sangat cuma angin-angin yang membuai manja, tapi mungkin bergantung kepada individu. Unni bawa tapi langsung tak pakai. Semasa pendakian juga unni tak saran kamu memakai jaket. Sejuk memang sejuk tapi bila start hiking badan terus berpeluh even hiking di subuh hari. Sangat berbeza dengan Gunung Kinabalu.

Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 2

Jam 1.00 pagi kami semua berkumpul, selepas sesi taklimat oleh Guide bertugas kami memulakan bacaan doa sebelum memulakan pendakian. Setiap pendaki juga di bekalkan tag ( rujuk anak panah ) yang bersinar pada keadaan gelap tu yang diletakkan di belakang beg bagi memudahkan guide mengenal pasti para pendaki di dalam keadaan gelap manakala guide pulak tag yang di pakai di badan ( tak tahu apa namanya ). Satu keistimewaan buat team kami kerana penggunaan tag ini baru sahaja di gunapakai.

Pada permualaan pendakian Unni sarankan telefon camaera semua simpan dan target kamu adalah Puncak 1 2 3 dan  Menara. Penjalanan memang agak mencabar namun semasa mendaki cabaran pasti tidak di rasai kerana keadaan jalan yang gelap kamu hanya fokus depan dengan bantuan Headlamp. Langkah kecil tapi laju dan jalan yang lurus cuba curi langkah. Pastikan kaki kamu melangkah yang kecil semasa memanjat akar-akar, jangan ambil langkah yang besar semasa memanjat kerana kamu sedang memaksa muscle kamu berkerja dan boleh menyebabkan kaki kamu sakit.

Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 2

Ini adalah keindahan pertama yang paling hampir dengan base camp 2, namun masa naik kamu tak perasan tunggu la turun balik. Semua gambar naik ke puncak adalah di ambil semasa turun semula ke base camp 2. Maklum lah masa naik kan gelap nak kejar masa so jangan la nak buang masa ambil-ambil gambar lagipun gelap mana nampak apa. Yang penting View kat puncak.

Akar ni meyerupai rupa muka tengkorak, Subahanallah keindahan Trus Madi yang mungkin kita tidak temui di tempat lain berada dalam 4.0km dalam 200m dari camp base 2.

Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 2

Puncak pertama Gunung Trus Madi 2.2km dari puncak pertama ( 2km dari base camp 1 ). Ketibahan kami di sini tepat jam 2.35 pagi. Perjalanan dari base camp 2 ke puncak pertama memang agak mencabar kerana perjalanan hanya mendaki tanpa jalan mendatar. Bantuan tali juga di sediakan namun tidak semua tempat. Hanya bergantung sepenuhnya pada akar-akar pokok.

Semasa pendakian ke puncak kami tidak berhenti untuk berehat, hanya berhenti ketika ingin menambah tenaga ( minum air ). Kat sini Unni sangat galakan kamu makan bekalan coklat yang ada. Pengalaman unni sendiri ketika kaki seperti tak mampu melangkah, ambil coklat Allahamdulilah macam power bank. Hahahahahah

Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 2

Dalam perjalaan puncak pertama ke punya kedua, kamu boleh menhembus nafas lega seketika. Perjalanaan 2.2km sehingga 1.4km ( 800m ) merupakan jalan mendatar. Kat sini la kamu boleh mencuri langkah yang laju. Pastikan tidak terlepas view yang indah di puncak.

Selepas itu dalam 100m kamu mendaki semula seperti dalam gambar. Semasa naik kamu hanya perlu fokus kaki dan tangan kamu, pastikan tempat di pijak selamat dan tidak licin dan tangan berpaut kukuh. Allahamdulilah kawasan sini sangat indah yang kamu boleh nikmati semasa turun dari puncak nak selfie lebam pun ok. Tapi jangan selfie masa ke puncak sudah. Kamu di saran sampai ke puncak selewat-lewatnya jam 6 pagi.

Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 2

Puncak kedua 1.3km dari puncak pertama ( 900m dari puncak pertama ) tepat jam 3.45 pagi kami tiba di sini.  Hanya 1.3m sahaja perjalanan yang perlu kamu tempuhi bila da sampai kesini. Yang pasti nya perjalanan 100m sangat jauh terasa mungkin di sebabkan trail yang agak mencabar. Trail mencabar tapi sangat puas hati dan best.

Jangan contohi perangai kami yang aysik bertanya kepada Guide ''DEKAT KA SUDAH'' pertanyaan ini akan mempegarui perjalanan kamu, ada guide yang bagi semangat iya dekat sudah padalah masih jauh , ada pula guide jauh lagi ni tidak kah semangat makin lemah. Hahahahaha. Adik baju putih tu salah sorang Guide berumur 16 tahun. Yang pastikan semua guide kat sini baik-baik belaka dan sporting. Guide-guide sini juga akan memanggil kamu semua dengan panggilan '' ANTY '' bagi wanita. Nak tahu kenapa?? nanti tanya sendiri hahahahahah.

Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 2

Perjalanan dari puncak ke dua ke puncak ketiga juga kamu akan melalui jalan yang sangat sangat indah, di temani lumut-lumut pokok, pelbagai jenis periuk kera . Macam yang unni ceritakan di Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 1 , macam dalam filem Harry Potter. 

Keadaan jalan agak berlumpur kerana malam sebelum pendakian kami hujan lebat. So tips berjalan kat sini, kamu lalui jalan tepi-tepi sahaja,,. Jangan risau kawasan ini bebas pacat 100%. Jika nampak kawasan yang berlumpur ambil jalan tepi kalau tak rasa la kaki masuk lumpur sehingga paras lutut. Sebab tu unni galakan pemakaian kasut adidas kampung.

Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 2

Allahamdulilah tepat jam 5.45 pagi unni tiba di sini, Sempat juga merasa 3 view di sini Matahari terbit, awan kapet dan View Gunung Kinabalu. Gambar bersama geng Kota Kinabalu Sabah Education Outdoor. Maka berkibarlah banner Muslimah Hikers  Tawau di Puncak Gunung Trus Madi.

12 November 2017 tepat jam 5.45 pagi terciptanya sejarah baru buat diri sendiri kerana berjaya menawan Gunung Kedua Tertinggi di Malaysia. Selepas gagal menikmati Matahari timbul di Gunung Kinabalu, baca kat sini Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu, Allah gantikan dengan Gunung kedua tertinggi di malaysia. Allahuakbar. Satu Nikmat yang Allah masih berikan Allahamdulilah.

4 jam 45 minit 4.2km dalam keadaan gelap. Yeahhhh Allahamdulilah.

Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 2
View Puncak Gunung Trus Madi 2464m dari aras laut menggunakan Drone.
Bila pandang gambar ni unni terasa lucu, time ini la unni sibuk snap pic nama-nama sahabat yang unni yang naik ke puncak, baru unni rasa macam mana azab nya membawa sebuah tanggungjawab dan janji. Keadaan penat mesti di lupakan dan korbankan masa selfie kamu.

Unni menghabiskan lebih kurang 10 minit dengan membawa 52 nama. Ramai sahabat lain bawa nama banyak-banyak tapi tak mampu nak gambar. Hahahahahaha, so make sure tabah kan hati cekalkan jiwa, tunaikan tanggungjawab dan janji sahabat. Kerana nama-nama ini la yang membuat unni sampai kepuncak, harapan dan doa mereka semua. Allahmdulilah.

Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 2
View Gunung Kinabalu Dari Puncak Gunung Trusmadi
Kat puncak 3 ni juga kamu boleh menikmati Gunung Kinabalu dan matahari terbit tapi kalau nak lagi cantik kamu kena merasai di Menara Gunung Trus Madi. Untuk makluman apabila sampai ke puncak ketiga memang agak penat dan sangat-sangat penat. Ramai juga team kami yang tidak meneruskan perjalanan ke menara Gunung Kinabalu kerana malas letih dan ingin kembali secepat mungkin ke base camp.

Apabila tiba di puncak ketiga ni kamu boleh simpan bag-bag kamu di sini dan teruskan perjalanan ke menara. Paksa la diri anda walaupun penat ke menara kerana pengalaman ini mungkin hanya sekali kita rasai. Pemandangan kat menara juga di janjikan sangat-sangat cantik. Dan tanamkan tekad TARGET utama kamu adalah Menara Gunung Trus Madi.

Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 2

Untuk ke menara Gunung Trus Madi kamu haruslah berjalan 300m lagi dari puncak ketiga. Kat sini laluan dia paling cantik dan sangat cantik. 

Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 2

Menara Gunung Trus Madi mengunakan Drone. Untuk naik kesini hanya di had 6 orang sahaja. Masa bergantung kepada kamu semua, pandai-pandai la berganti-ganti masa dengan kawan-kawan lain. Bertimbang rasa dan hormat menghormati. Hahahahahahah.

Pemandangan yang paling terindah dan tercantik.

Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 2
Matahari terbit dari Menara Gunung Trus Madi

Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 2
Awan Kapet dari Menara Gunung Trus Madi

Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 2
Gunung Kinabalu dari Menara Gunung Trus Madi
Selepas menghabiskan lebih kurang 20 minit di kawasan menara kami kembali kepuncak untuk ambil gambar sepuasnya dan berehat seketika. Dalam lebih kurang jam 7.00 pagi kami meneruskan perjalanan kembali ke base camp 2. 

Semasa kembali ke base camp 2 di sini lah kami banyak membuang masa. Hahahahahaha. Dan perkara yang paling tidak di sangka-sangka akan berlaku di sini, bila melihat jalan kembali seperti tidak percaya bahawa ini laluan yang kita lalui pagi tadi. Keadaan jurang akar yang tinggi. Allahuakbar Tuhan saja yang tahu. Yang nak balik tu berfikir 100x. Ada hikmah kenapa pendakian di mulakan di subuh hari. 

Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 2
Base camp 2 Gunung Trus Madi Via Sinua
Dalam lebih kurang jam 12.00 tengah hari kami ditiba di sini base camp 2. Ingat jangan tiru aksi kami ahahahha. Ikutkan lebih kurang jam 10 atau jam 11 kamu sepatutnya tiba di sini. Mungkin kami banyak membuang masa semasa perjalanan balik, tapi masa kamu yang punya. Hahahahahaha. Bekalan makan tengahari juga akan di sediakan dan unni saran kan kamu habiskan makan di sini.

Selepas makan dan kemas semua barang-barang, kami pun memulakan perjalanan kembali ke base camp pertama. Di nasihatkan sebelum jam 6 petang kami harus berada di base camp 1. Semasa kembali ke bas camp 1 keadaan agak berbeza kerana hujan lebat. Perjalanan pertama turun semula adalah keadaan yang sangat mencabar dalam 600m perlahan kan langkah, kerana akar sangat licin.

Selepas 600m perjalanan, baru la perjalanan mula kembali santai dan berjalan dalam 400m kamu akan kembali ke lembah ''PACAT'' dalam keadaan hujan maka pacat pun menanti mangsa. Hahahahahaha. Tip yang unni dapat semasa mendaki Gunung Kinabalu try Guna pakai kat sini iaitu berlari semasa turun. Lajukan langkah semampu boleh. Yes i got it. Unni berlari dalam keadaan hujan. Tip ini di ini bagi mengelakkan kaki sakit, semakin perlahan langkah kaki akan semakin lemah dan mempercepatkan kaki sakit ( lupa unni istilah apa ).

Lagi satu langkah yang laju elakkan kan pacat. hahahahahahaha. Allahamdulilah 100% bebas serangan pacat. Banyak pun hanya melekat kat baju hujan sahaja. Lari perlahan-lahan sahaja, pastikan kami peka dengan tempat berpijak. Allahamdulilah tip ini rasanya berjaya sebab selepas pendakian Gunung Trus Madi kaki ok tanpa rasa sakit.

Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 2

Cabaran terakhir jikalau hujan. Air sungai mulanya yang jernih kini banjir. kat sini kami habiskan lebih kurang 20minit menunggu bantuan untuk menyeberagi sungai. Pengalaman pertama berjalan di sungai dalam keadaan banjir kuat. Pegang tali pun tetap di bawa arus yang yang deras. Perasaan tu Tuhan jak tahu macam mana.

Dengan bantuan 3 orang Guide kami dapat menyeberagi banjir. Allahamdulilah segalanya di permudahkan kami nak merasai pengalaman macam ni berdoa la semasa turun hujan. Tepat jam 4.56 petang kami tiba di base camp 1. 4 jam 56 minit 8km 7kg. Beban berkurang 2kg sebab unni tak bawa air. Memang tak minum air langsung sepanjang ke base camp 1.

Di base camp 1 kamu boleh la mempersiapkan diri mandi dan sebagainya sebelum kembali ke markas masing-masing. Makan dan minum tidak sudah disediakan tapi ada sebuah kantin di base camp 1 untuk kamu makan malam. Tepat jam 9 malam kami kembali ke Tawau. Sampai Tawau tepat jam 5.45pagi , siap-siap dan terus masuk kerja. Hahahahahahah.

Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 2

Allahamdulilah kejayaan buat tahun 2017. Sijil ini hanya layak di miliki jika kamu berjaya menawan sekurang-kurangnya puncak pertama Gunung Trus Madi. Hadiah kejayaan yang di bawa bersama sebuah kenangan dan 101 cerita yang indah.

Allamadulilah dengan Izin Allah sebagai anak jati Negeri Dibawah Bayu berjaya menawan puncak Gunung Kedua Tertinggi di Malaysia. Unni sudah anda bila lagi?? 

Dapatkan TIP, KEPERLUAN, KELENGKAPAN dan PERSEDIAAN mendaki Gunung Trus Madi  kat SINI dan pengalaman pendakian PART 1 kat SINI.

'' Kerana Allah Kita Bersatu ''


17 November 2017

Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 1

Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 1 | Allahamdulilah kali ini Unni mengagahkan diri menawan lagi Gunung Di Sabah. 10-12hb November 2017 dengan berbekalkan Mental Stamina dan Fizikal yang berkurang, namun dengan Izin Allah SWT unni bersama sahabat lain berjaya menawan puncak.

Gunung Trus Madi juga di gelar G2 kerana merupakan gunung kedua tertinggi di Malaysia yang mempunyai ketinggian 2,642 meter dari aras laut. Gunung ini terletak di Banjaran Crocker tidak jauh dari Gunung Kinabalu. Ia terletak di dalam daerah Tambunan Sabah. Gunung Trus Madi antara gunung yang mempunyai keunikan tersendiri selepas Gunung Kinabalu. Gunung Trus Madi mempunyai tiga puncak dan satu menara.

Gunung ini juga terletak di dalam kawasan hutan tebal seluar 180 ribu lebih hektar. Gunung ini mempunyai bentuk yang memberi cabaran kepada para pendaki berbanding Gunung Kinabalu. Untuk mendaki gunung ini, para pendaki boleh menggunakan tiga laluan untuk sampai ke puncak iaitu melalui tiga laluan iaitu laluan Kaingaran Tambunan sejauh 4.9 km, laluan Mastan Apin-apin Keningau sejauh 4.3 km dan laluan  Mannan Sinua Sook sejauh 12.6 km.

Gunung Trus Madi Via Sinua Base Camp 1


Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 1

Team kami di sertai seramai 25 Orang yang terdiri daripada beberapa Buah Negeri. Orang Terengganu, orang Kedah dan pastinya majoriti adalah anak jati Sabah. Pembayaran juga adalah sekata tidak seperti Gunung Kinabalu di mana bayaran orang Non-Sabahan lebih mahal dari Sabahan. Kami memilih lalui yang paling jauh iaitu laluan Mannan Sinua Sook kerana mempunyai seribu satu keindahan berbanding laluan lain.

Berbekalkan 3 hari dua malam tanpa sebarang Line telefon, memang sangat-sangat mendispin kan diri. Oleh kerana perjalanan Tawau ke Sook mengambil masa lebih kurang 8 jam, kami memulakan perjalanaan ke Sook awal pagi pada 10hb Novemver 2017.

Hari Pertama kami tiba di base camp 1 .. Allahmdulilah sempat tiba di sini sebelum gelap, sempat la ambil gambar sebab kalau balik memang korang tak berkesempatan nak bergambar kat sini. Masing-masing da penat.. Ini adalah sign Board masuk ke base camp 1.

Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 1

Ini lah keadaan base camp 1, tidur dalam kelambu. So lelaki perempun memang bercampur, so pandai-pandai la bawa diri. Lagipun tempat tidur ada penghalang juga sorang satu. Kat sini juga tidak mempunyai bekalan elektrik. Cuma berharap kena generator sahaja.Itu pun hidup selepas magrib dan mati sebelum jam 12 tengah malam. Ada satu plug sahaja untuk charger Hp, so pandai-pandai la bawa diri.

Kat sini pengunaan hp hanya untuk bergambar disebakan line telefon memang tiada. Dan cas hp juga dapat dijimatkan. Di Base camp 1 juga peralatan memasak semua lengkap di sediakan , pingan mangkuk gelas semua ada. Cuaca kat sini memang sangat-sangat sejuk macam Ranau pun ada. Sampai jak persiapakan diri kemas barang untuk di bawa naik esok ke Base Camp 2.

Baca Selanjutanya Base Camp 1 Gunung Trus Madi Via Sinua

Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 1

Hari kedua seawal jam 5 subuh kami bangun mepersiapkan diri dan pastikan semua kelengkapan di bawa naik. Selepas sesi taklimat oleh yang bertugas kami memulakan pendakian seawal jam 9.00 pagi yang di iringi 6 orang guide. Trip kali ini di atur sepenuhnya oleh sifu kami abang Jenal yang berbaju oren kedua dari kanan.

Perjalanan 8KM  Base camp 1 ke base Camp 2. Angkut barang masing-masing, perkhimatan potter juga disediakan dengan bayaran RM6/kg minimun 10kg hanya untuk naik sahaja. Untuk permualaan pendakian kami semua hanya memakai selipar dalam lebih kurang 1km dari base camp 1 kerana perlu menyeberagi sungai.

Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 1

Allhamdulilah perjalanan kami hari kedua untuk ke base camp 2 dipermudahan kerana cuaca elok. Pacat pun kurang. Hahahahaha, kat sini cabarannya hanya pacat. Sungai ini merupakan starting point  11.6km ke puncak , ke Base Camp 2 sejauh 8KM dan 4.2KM dari Puncak. Selepas menyeberagi anak sungai ini, baru la kami masing-masing memakai kasut. Sebelum tiba di sini kami juga akan melalui sebuah jambatan gantung.

Untuk sampai ke Base Camp 2, bekalalan air kena la cukup hanya dua perhentian sahaja untuk menambah air sepanjang perjalanan ke base camp 2 iaitu 9KM dan 5.7KM, kiraan ini adalah kiraan ke puncak.

Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 1

Cek Point pertama kami berhenti rehat, isi bekalan air, sini adalah kawasan sungai. Ambil je air sungai ni. Jangan risau air sungai bersih dan di jamin halal. Air dari Gunung. Selamat di minum. Jalan dari anak sungai ke sini santai sahaja macam jungle tracking. Namun dengan beban barang mungkin menghad kan langkah yang laju.

Kami juga di nasihati langkah perlahan-lahan kerana tidak perlu mengejar masa untuk sampai ke Base Camp 2. So nikmati perjalanan yang indah.


Perjalanan 8.7KM, keadaan trail sini pun sama jungle tracking, hanya nikmati perjalanan. Jangan terlalu laju kejar puncak nanti kamu yang rugi dan jangan pula terlalu selfie nanti kamu ketinggalan jauh. Berpada-pada orang bilang.

Sign board juga tidak semua kamu akan jumpa, hanya di paku di pokok-pokok. Kena Alert kadang-kadang sign board depan mata pun tak perasan. Bagi seorang blogger macam unni, unni pastinya alert dengan semua keadaan sekitar untuk di masukkan kedalam cerita blog tersayang ni. Biasalah blogger mesti banyak ambil gambarr even gambar sendiri tak ada janji model ada. Hahahahahah.

Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 1

Seterusnya berhenti berehat di sini dalam 7KM ke puncak, ada yang makan bekalan yang di sediakan. Setiap pendaki akan di bekalan makanan tengah hari dan bawa sendiri. Tapi Unni hanya minum air dan teruskan perjalanan. Manakalah mereka yang lain ada yang makan dan ambil tenaga.

Pastikan sampah sarap kamu angkut semua yer. Sebab kat sini memang bersih tanpa sebutir pun sampah sarap. Pelihara la keindahan hutan bersama.

Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 1

Dalam 6km , kamu akan melalui jalan-jalan yang dipenuhi bambo. Kat sini kawasan trail sangat nyata dan tak mungkin kamu akan tersesat. Unni bersama sorang sahabat time ni hanya berdua di hadapan dan seorang guide manakala sahabat lain berhenti di berehat.

Kami mengambil langkah perlahan tapi laju dan kurangkan rehat. Nasihat Unni if kamu naik ke base camp 2 pastikan rehat yang kurang, makin rehat kamu akan rasa makin penat dan malas.

Kawasan ini juga la merupakan berhimpun nya dracula kecil iaitu cik Pacat !!! Menanti mangsa untuk di sengat. Hahahahaha, Allahamdulilah rezeki unni naik dan turun Gunung Trus Madi tanpa sebarang gigitan pacat. Unni amalkan semua tip elak serangan pacat.

Baca kat sini Tip Mengelak Gigitan Pacat.

Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 1

Ini adalah adik Mila, alwys bersama dia dari awal sampai akhir. Hanya Kami berdua sahaja membawa nama Muslimah Hikers Tawau menawan Puncak Gunung Kedua Tertinggi di Malaysia. Cek Point kedua untuk isi bekalan air iaitu 5.7km. Air Gunung !!! Memang sangat megegarkan, hanya bertiga tiba di sini unni , Mila dan Guide. Kami menghabiskan lebih kurang 20 minit kat sini kerana menanti kawan-kawan yang lain tiba dan makan belakan sambil menikmati keindahan dan kesejukan air Gunung. Minum pun memang sedap.

Unni saran kan bekalan makanan kamu makan kat sini, sebab ada bekalan air, nak mandi pun boleh. Take your time. Tak perlu kejar masa untuk sampai ke Base camp kedua.

Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 1

Perkara paling mengembirakan di sini adalah berakhirnya lembah pacat !! hahahahahaha, ini adalah laluan masuk kedalam lembah akar, di mana tanah yang di pijak dahan semua bergantung dengan akar.

Jatuh cinta dan sangat merindukan trail ini, di sini juga unni nasihatkan kamu kalau boleh simpan la tongkat hiking tu, sebab kebanyakkan aktiviti memanjat, bila pegang tongkat akan rasa satu beban, Yes Unni da merasainya. Tapi bergantung kepada individu juga.

Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 1

4.8KM hanya 600M lagi untuk sampai ke base camp 2, tapi 600m dia, hahahahahah mau menagis juga baru sampai. perjalanan sangat mencabar da rasa tak sampai-sampai. Yang pasti perjalanan 600m ke base camp 2 walaupun mecabar tapi memberikan kamu keindahan yang kamu takkan jumpa kat tempat lain.

kami menghabiskan lebih kurang 1 jam di lembah ni, hahahahhaha.. selfie berabis sementara cuaca elok lagipun tak perlu kejar masa. serius kat sini memang cantik terasa macam dalam filem Harry Potter pun ada. Tak percaya?? datang la sendiri.

Pelbagai spesis tumbuhan binatang pun kamu boleh temui di sini. Namun perjalanan ke Peak lagi indah. Di sini hanya 30/100 keindahan.

Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 1

Taraaa wakil dari negeri seberang, Pantai Timur Terengganu Darul Iman kak Siti Aminah. Di 4.3km rasanya yang ni laluan biasa memang tak nampak, sebab kat bahagian atas. Ini pun sebab guide yang tunjukkan so kalau nak jumpa batu ni kena maklumkan kat guide. Tapi guide kami baik sangat baik hati semua keindahan dia akan tunjukkan siap ambilkan gambar untuk kami.

Batu ni panggil Batu Transfomer kerana bentuknya seakan-akan menyerupai bentuk muka transfomer. Perhati baik-baik dapat la bayang rupanya tu.

Gunung Trus Madi Via Sinua Base Camp 2


Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 1

Base camp 2, keadaan sama sahaja seperti base camp 1 cumanya di sini lagsung tak ada bekalan elektrik. Allahamdulilah tepat jam 11.53 Pagi unni dan mila ( sebelah unni ) tiba di base camp 2 dan di susuli sahabat-sahabat yang lain. Walaupun mengabiskan lebih 1 jam selfie-selfie kehadiran kami tetap awal di sini.

Satu kejayaan buat diri sendiri dan rekod terbaru untuk diri sendiri. Hanya 3 jam 53 minit untuk 8KM dengan beban 9kg, macam tak percaya pun ada. Rahsiannya?? hanya follow ajaran sifu kami Abang Jenal. Langkah perlahan tapi laju dan kurangkan rehat. Allahamdulilah berjaya.

Satu lagi, tiba jak unni kat sini, melangkah masuk ke camp hujan pun turun dengan lebatnya.. Allahamdulilah hujan tu rahmat dan unni terselamat dalam pendakian hujan lebat tapi sahabat lain, sampai dengan kebasahan.

So benda yang utama bila sampai sini adalah makan bagi yang belum menghabiskan bekalan makanan tengahhari tadi, bersihkan diri, kalau mampu mandi, mandi kamu mesti mandi tapi air dia 1000 kali sejuk dari di rumah maklumlah air Gunung kan. Tapi kalau tak mandi memang rugi. Kemas barang untuk di bawa naik peak esok. Hanya barang keperluan seperti air dan headlamp sahaja perlu di bawa. Barang-barang lain tinggalkan di base camp.

Kalau nak mandi tu kena beratur la sebab tandas hanya 2 kat sini. Sapa sampai dulu tu kena la masuk dulu so tidak la beratur panjang nanti. Selepas persiapkan diri, solat jamak, untuk makluman kat sini tidak di sediakan tempat untuk solat, namun islam itu mudah ambil la cara yang paling mudah. Kami solat secara duduk di tempat tidur masing-masing. Wajib bawa kompas untuk penunjuk arah kiblat.

Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 1

Usai solat kami semua rehatkan diri dan tidur. Namun kami dikejutkan semula oleh abang Jenal. Tidak di galakan tidur takut malam nanti kamu tak boleh tidur sebab malam perlukan rehat yang cukup. Untuk bangun subuh teruskan perjalanan ke Peak 1 2 3 dan tower Gunung Trus Madi.

Dalam sekitar jam 3 petang kami semua berkumpul dan di berikan sedikit taklimat untuk subuh nanti dan sedikit tips biar semua mampu menawan peak. Hanya 4.2km sahaja lagi untuk sampai ke peak 3. Selepas taklimat kami menikmati makanan malam yang di awalkan.

Masakan paling win, ayam kari by kak carol. sedap pedas dan nyaman dengan cuaca sejuk, Allahamdulilah nikmat yang Allah masih berikan. Dengan view indah lagi bertambah kenikmatan. Boleh la kamu selfie berabis kat sini, but make sure save bateri untuk esok sebab kat sini tak ada tempat charger ok. view kat puncak paling penting.

Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 1

Perkara paling tak boleh lari adalah kenangan bersama. Wefie itu wajib. Kat sini memang sangat sejuk tambah-tambah lagi hujan. View kat sini pun boleh tahan cantiknya. Kamu di galakan bawa bekalan makanan tambahan sendiri juga, minuman package. Selepas sibuk selfie di sini kami sambung di dalam camp, menikmati air panas lepas sampai isyak.

Seribu satu kita bersama sehingga tak mampu di kongsi, pasti lembaran tak mencukupi. Hahahahahaha, yang pasti riuk rendah sehinggah menganggu orang lain. wkwkwkwkw. so kamu jangan tiru aksi ini. Kalau boleh usai time solat tu terus rehatkan diri sebab kamu kena bangun seawal jam 12.00 pagi untuk meneruskan perjalanan ke Peak.

Keadaan malam di base camp 2 memang gelap gelita, tapi agak selesa la sebab tidur di camp bukan atas kemah. Sejuk dia jangan cakap la memang sejuk sangat dan sangat. Pastikan kamu tidur awal dan save energy untuk subuh nanti.

Sekian untuk hari ini, nantikan entry seterusnya kemuncak Unni dan sahabat lain dengan seribu cabaran menawan puncak Trus Madi.

Pengalaman Mendaki Gunung Trus Madi Via Sinua Part 1