Showing posts with label saya. Show all posts
Showing posts with label saya. Show all posts

30 November 2017

Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia

Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia | Assalamualaikum Semua, tiba masa untuk bersihkan habuk-habuk dan segala kotoran degil di Blog. Lama sungguh tidak menulis sejak-sejak rajin masuk hutan ni kan. Hari ini Unni terpanggil satu Giweway yang agak lama nak join tapi masa tidak mengizinkan.

Lama sangat tak support Blogger ni, maafkan unni bukan tak ingin Join cuma masa begitu cemburu.  Memandangkan Sofinah buat GA Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia, gigih diri untuk join. Sebenarnya ini adalah salah satu cara untuk kita lebih mengenali sesama blogger seluruh Malaysia. Walaupun bukan secara realiti namun ukhuwah tetap ada.

Jum kenal siapa Unni Anje

Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia

Nama sebenar Fitriyani Binti Fendi. Nama Pena Unni Anje. Dunia nyata dan maya di kenali dengan panggil Unni. Unni membawa tagline '' Kayu Manis Semanis Hidup'' nak tahu kenapa baca kat SINI. Unni di lahirkan di Hospital Keningau Sabah. Of Course anak jati sabah. I am Sabahan. 

Unni merupakan anak keempat dalam adik beradik. Kehilangan ayah ketika berumur 21 tahun. Moga ayah di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin Ya Rabbal.

Unni merupakan seorang yang sangat-sangat gilakan warna Pink. All my item Pink !!! Hahahahha, termasuk blog unni. Btw di mana-mana unni sangat di kenali dengan gelaran QUEEN OF TYPO. why?? emmmm susah nak explain..Hahahahaha

Blog unni menceritakan tentang Islam, resepi, aktiviti Unni dan review.

Terjebak dengan dunia blogger pada tahun 2014 selepas tamat pengajian Di ploma Teknologi Makmal Perubatan di sebuah Kolej Swasta Di Sabah. Selepas tamat pengajian Unni tinggal bersama cousin di Kuala Lumpur juga sorang Blogger. Blogger  Nasa Mulia. Mulanya hanya syok sendiri kat blog hanya seorang Follower ( cousin sendiri ). Sesungguhnya syok sendiri tu nikmat. Hahahahaha, tapi bila baca balik macam nak hantuk kepala ni kat dinding pun ada !! Hahahahahaha. Entry pertama Unni ( yang sudah di edit berkali-kali ) Celoteh Diri.

Tahun 2015 Unni mula leburkan diri dalam penulisan ( follower dan dua angkah ) hahahahhahah, tapi masih juga syok sendiri maka semua entry biarlah dalam simpanan. Tambahan pula semua entry tersebut ketika unni masih di Zaman Jahiliyah.. 

2016 maka bermula lah zaman kegemilangan dalam Berblog ( Follower dan tiga angkah ) ketika unni kembali pulang ke Negeri Kesayangan #sabahtanahairku . Unni di tawarkan berkerja seorang '' Admin Accont '' di sebuah syarikat kecil di Tawau, Sabah. So unni mula giatkan diri dalam menulis, kongsi pengalamanan dan perkenalkan Sabah kepada dunia Luar. Tahun ini la Unni rajin blogger. Sangat rajin.

Mula di kenali dalam dunia blogger tahun 2017 unni mula luaskan ilmu blogger ( tak mau syok sendiri ). 22 May 2017 Unni mempunyai Domain Sendiri www.unnianje.blogspot.my kepada www.unnianje.com  baca kat SINI kisah Domain Unni anje. Selepas itu jinakkan diri dalam komuniti. Bermula la kisah Unni berjumpa dengan Sahabat Blogger Sabahan Jun Zie ( berchat kat ig jak, time tu hp dia rosak ). Nyatakan hasrat kumpul blogger Sabahan baca kat SINI. Allahamdulilah rupanya ramai blogger sabahan. 


Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia

Maka wujud lah tagline kami blogger Sabahan '' Di Bawah Bayu Kami Bersatu '' Kalau sudi boleh Follower Blog kami WWW.SABAHANBLOGGER.COM

Seterusnya, Unni join lagi satu Komuniti yang sememangnya banyak membantu Unni dalam Dunia blogger. Allahamdulilah dalam tercari diri sendiri dalam dunia blog Unni dipertemukan dengan #AFBdotmy Auto Feed Blog yang di kendalikan sepenuhnya oleh Mommy Ira . Kalau perasan di head Blog unni mesti ada Auto Feed. #AFBdotmy sentiasa pilihan hati dan moga kita semua terus berjaya dalam dunia blogger.

Setakad ni dua komuniti ni sahaja Unni ada. Ok tentang blogger ini sahaja yang mampu di cerita. So mari kita bercerita tentang dunia realiti Unni. Hihihihi..

Unni merupakan seorang perkerja swasta. Berkerja di Tawau dan menetap di Merotai Tawau. Mungkin ramai da tahu dan mungkin ada yang tak tahu, Unni merupakan seorang Niqabis. muslimah yang meminati aktiviti Outdoor. Namun masih di landasan yang benar.



Dengan satu Pertubuhan yang unni sendiri dirikan '' Muslimah Hikers Tawau ''.  Allahamdulilah dalam bersukan kita berdakwah. Bukan tunjuk hebat tapi kongsi minta. Unni merupakan seorang yang tegar dalam dunia Hiking ( sebab tu malas jenguk blog ) hahahahahaha. 

Minat hiking unni sejajar dengan minat unni kat dapur '' Bukan Sekadar Hikers '' .. Unni suka memasak dan suka mecuba resepi baru lebih-lebih resepi viral tu!! Dapur adalah kekasih hatiku. Oppsss lupa nak bagitau, minat masak sejak berjumpa dengan dengan geng #AFBdotmy semua master Chef.. Terbaikk.

Nak tahu lebih lanjut boleh follow unni

Instagram : Unni_Anje
Twitter : Unni_anje
Facebook : Unni Anje

Ada tiga entry Unni yang mengisahkan cerita  tentang unni 


Salam kenal buat semua penbaca unni. Maafkan unni jika masih belum berkesempatan unni melawat blog kamu semua. Love u alls. salam kenal salam ukhuwah unni anje kayu manis semanis hidupku.

Kalau kamu nak mengenali lebih ramai rakan-rakan blogger dari seluruh malaysia jum sertai kami dalam '' Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia '' bukan hadiah yang dipinta namun ukhuwah silaturahim sesama rakan blogger yang utama. jum rapatkan silaturahim sesama blogger.


support to support


Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia


Untuk menyertai Segmen ini,



04 September 2017

Aku Dan Rindu

﷽

Aku dan Rindu

Saat rindu datang kepadaku,
aku lemah dan tersungkur,
menanti sesuatu yang tak pasti,
hati bertanya ada apa dengan rindu.

Jika ditanya tentang rindu,
menipu andai hatiku menidakkan,
namamu sentiasa meniti di bibir saat doa dilafazkan.

Pertemuan demi pertemuan Allah aturkan,
Walaupun tak pernah bersua denganmu.

Luahan demi luahan kau tuturkan,
Di sebalik semua itu,
aku sedar bisikan cinta buat aku terbuai.
bisikan cinta buat kita terbuai dengan maksiat.

Sungguh aku rindu,
namun hanya terungkap dalam doa,
bukan ego tapi,
aku lebih mencintai Allah.

Sungguh rindu ini,
membuat aku sedar,
sedar dari lamunan,
cinta manusia hanya sementara.

Manusia tidak selamanya bersama kita,
suatu saat mungkin dipisahkan,
dengan suasana atau sebuah kematian.

Namun cinta Pencipta Kekal Hakiki,
Allah sentiasa bersama,
ingatlah andai tiada bahu bersandar
ingatlah masih ada sajadah untuk  bersujud.

Ku kutip setiap hirisan ujian,
untuk di jadikan semangat.

Semangat baru hanya kerana Allah
ku hiasi jiwa dengan Kalam Allah,
ayat-ayat cinta Allah.

Membuka helaian warkah itu,
untuk tatapan mata dan hatiku,
yang mempunyai segunung semangat dari sang Pencipta.

Baca dan bedah isinya,
Lazimi zikir dan istighfar untuk bersihkan hati,
Pasti ketenangan, kebahagaiaan dan kekuatan akan dirasai.

Kini tiada yang kurindu melainkan bertemu denganMu Ya Allah,
Izikan kami ke syurgaMu Ya Allah.

Hanya inginkan Redha Mu Ya Allah,
sesungguhnya rindu ini hanya milikMu..

Part :  | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |

Kisah Tentang Aku

19 June 2017

I'm 26 Years Old Today

Assalamualaikum, Allahamdulilah subahanaallah Allahuakbar dengan izin Allah SWT I'm 26 Years Old Today. Antara nikmat Allah yang tak pernah putus diberikan umur yang panjang.. Masih di berikan rezeki yang halal, keluarga yang bahagia dan kesihatan yang baik. 26 YEARS OLD jatuh pada 24 Ramadhan ( malam ganjil ) 10 ramadhan terakhir.

I'm 26 Years Old Today

Allahamdulilah Masuk tahun ketiga hari kelahiran jatuh pada bulan Ramadhan. 2015 ( 2 Ramadhan 1436H bersamaan jumaat pertama di bulan ramadhan tahun itu ), 2016 ( 14 Ramadhan 1437H bersamaan hari sabtu ) dan 2017 ( 24 Ramadhan 1348H bersamaan Isnin malam ganjil 10 ramadhan terakhir ). Allahuakbar bertapa indahnya bulan kelahiran pada bulan ramadhan bulan yang penuh keberkatan. Dan ikut pengiraan Unni tahun ini adalah tahun terakhir bulan kelahiran pada bulan Ramadhan dan tahun hadapan akan jatuh pada bulan syawal ( In shaa Allah jika di panjangkan umur ). Ramadhan has gone..

Hari ini genap la 26 TAHUN dan telah melangkah ke Zaman baru iaitu Zaman Dewasa dan selamat tinggal zaman remaja Allahamdulilah. Zaman fikir tentang masa hadapan dan sila berhenti enjoy Unni!!! hahahahahah..

Azam unni sebelum melangkah 27 Tahun adalah memiliki Kereta sendiri ( tak larat da nk tumpang-tumpang ) hahahahahah dan sebelum melangkah umur 30 unni nak menjadi penghafaz Al-Quran  In shaa Allah doakan Unni menjadi orang-orang yang terpilih menghafaz KALAM Allah SWT.


Hantaran kek dari Mak Unni... maka jadi la FULL NAME !!! Hahahahah.. Sweet kan mak kita.. Tak dapat berbuka bersama kerana jarak tidak mengizinkan..

Terima kasih semua yang wish Unni.. Terima kasih atas doa kamu semua.. Amin amin ya rabbal. Sesungguhnya doa-doa kamu semua cukup bermakna. Iya LA ramai sangat wish moga jodoh di percepaTkan.. Kot-kot tahun ni tahun terakhir Birthday Girl dengan status SINGLE kan.. Cia cia cia. BTW masih jauh nak pikir tentang jodoh belum puas bahagian IBU yang tersayang.

10 RAMADHAN TERAKHIR perbanyakkan beribadah moga kita bertemu Lailatur Qadar.

Terima kasih semua yang mendoakan Unni!! Love u alls 💕💕

Salam akhir Ramadhan dan salam Aidilfitri.

Salam Sayang

24 May 2017

Al~kisah wujudnya Domain Unni Anje

﷽‎ 


Assalamualaikum,

22 May 2017 tercetus la domain Unni Anje Dot Com buat kali pertama sejak bergelar Blogger since 2014. Allahamdulilah pembelian hasil dunia review gitu. Seriouly Unni sangat-sangat teruja bila ada domain sendiri ni. Lain macam aura blogging yang hadir.

Hasil hasutan kuat dan pembakar semangat dari KomunitI Sabahan Blogger dan AFBdotcom akhirnya Unni pun cair dan terus melamar domain www.unnianje.com. Thanks semua kamu memang the best.

Ramai tanya Unni mana wujudnya nama Unni ni??

Dengan Slogan KAYU MANIS SEMANIS HIDUPKU boleh baca biodata Full Unni Anje kat SINI

Nama Unni ni wujud time Unni dok kat Hostel time form 4 & 5 then hingga la hari ini nama Unni sebagai gelaran. Kalau kamu-kamu penah duk hostel mesti tau kan, yang tua kena panggil kakak !! right ?? but me?? ohh TIDAK !!!!! bukan tak mengaku tua tapi Unni lebih selesa dengan pangilan nama sebab da angkap rakan seperjuagan di Hostel.

Oleh kerana zaman sekolah dulu minat gila-gila dengan movie korea, so Unni suruh dorang tukar panggilan kakak kepada Unni ... Unni dalam Bahasa korea bermaksud kakak, kalau kamu peminat korea mesti tau kan.. Hahahahaha so sampai la warden panggil Unni !! just orang-orang kampang dn family dekat jak panggil fitri. Lagipun Unni tak guna nama Fitri sebab ramai kata nama lelaki, kadang orang ingat lelaki tu yang sedih !!

Anje?? mana pulak wujudnya nama Anje ni kan!! Hahahahaha.. ni bukan gelaran dari orang tersayang ke apa ke. Nama Anje ni pun Unni juga.. Nama kat alam maya , tapi x maya sangat sebab da ramai sangat panggil kalau lepak dengan geng-geng alam maya dii kat luar nama ni jadi gelaran!!



Unni ada bermain satu aplikasi Webcam live iaitu CAMFROG dan singkatannya CF. CF ni mcm YM , platalk just versi Camfrog. Mesti kamu tau kan apa tu YM. Id pertama Unni main CF ni Babyanje !! hahaha so tu lekat nama Anje. Sebab orang hanya akan pangil kita dengan id pertama kita,.. Ada kesempatan Unni akan share pasal Camfrog ni.

Hahahahaha.. itu la kisahnya nama Unni Anje jadi pilihan hingga hari ini.. nak cari Unni kat mana aplikasi, fb ke wechat ke ig ke, just klik Unni Anje .. Just tu je Unni guna..

kamu-kamu pulak macam mana?? meh share link al-kisah nama kamu semua, Unni pun nak baca.


11 April 2017

Aku Bukan Ustazah

﷽‎

Part 4 : Kisah Tentang Aku

Jangan kau sangka,
labunhnya tudung ini,
tanda alimnya aku.

Jangan kau sangka,
tetutupnya muka ini,
tanda sucinya aku.

Jangan kau sangka,
indahnya bicara ini,
tanda baiknya aku.

Aku bukan insan sempurna
bukan sebaik yang disangka,
bukan semulia bagai ulama,
bukan tak pernah bercinta,
bukan jua ingin ke neraka.

Aku juga sepertimu,
masih tercari-cari,
segenap cahaya untuk
menerangi sepanjang perjalananku.

Aku bukan ustazah

walaupun,
aku tutup aurat dengan sempurna,
aku jaga batas pergaulan,
aku ikut sunnah Rasulullah,
aku jalankan kewajipan muslimah,
aku jaga iman di dada.

Namun,
aku malu dengan tasbihnya langit yang luas,
aku malu dengan zikirnya laut,
aku malu dengan ketaatan fajar.

Kerana,
tasbihku, zikirku dan ketaatanku
pada Allah yang Maha Esa
hanya setitis air yang penuh dengan dosa

Andai aku melakukan kesalahan,
bantuhlah aku, tegurlah aku,
tapi jangan hina aku,
kerana aku bukanlah ustazah.

Aku sedang berusaha,
bukan berusaha menjadi
lebih baik dari org lain,
tetapi berusaha menjadi
lebih baik dari diriku yang dahulu.

Aku bukan ustazah,
bukan jua ingin menjadi ustazah,
aku hanya seorang pendosa,
pendosa tanpa noktah
yang ingin mencari redha Allah.

Part :  | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |

Kisah Tentang Aku






23 March 2017

Aku Menjadi Niqabis

﷽‎ 

Part 3 : Kisah Tentang Aku

Dulu,
aku hanya seorang gadis,
aku hanya seorang wanita,
aku hanya seorang perempuan.

Seorang gadis,
yang hanyut dengan
dunia sementara.

Seorang wanita,
yang leka dengan
cinta manusia.

Seorang perempuan,
yang lupa dengan
kewujudan Allah.

Namun,
hati ini kosong,
hati ini sedih,
hati ini kecewa,
kerana hidup tanpa Allah.

kini,
aku mencari Allah,
aku ingin menjadi muslimah,
muslimah yang patut akan syariat Allah.

Tudung labuh,
aku  melabuhkan tudung,
tanda aku seorang muslimah,
tanda aku takut akan azab Allah.

Namun,
aku masih lemah,
lemah dengan dunia,
lemah dengan godaan,
lemah dengan nafsu.

Menjadi niqabis,
aku memilih berniqab,
tanda aku tak ingin menjadi lemah,
tanda aku ingin mendidik akhlak.

Menjadi niqabis,
agar aku tahu erti kesabaran,
agar aku tahu erti ketabahan,
agar aku tahu erti pejuangan.

Menjadi niqabis,
mengajar aku erti malu,
mengajar aku erti tawaduk,
mengajar aku erti riak,
mengajar aku erti hebatnya seorang muslimah.

Aku seorang niqabis,
yang ingin menghidupkan Sunnah,
yang ingin menjadi muslimah sejati,
yang ingin menjadi bidadari di Syurga Allah.

Dengan Izin Allah,
Istiqamah hingga kemenangan..

Part :  | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |

Kisah Tentang Aku




20 March 2017

Terima kasih Wahai Kekasih

﷽‎

Part 2 : Kisah Tentang Aku


Dulu,
kaulah orang pertama dalam hidupku,
kaulah orang pertama yang lebih ku jaga daripada diriku,
kaulah orang pertama yang selalu ku hubungi melebihi ibuku,

Dulu,
kaulah orang yang selalu memberi perhatian kepadaku,
kaulah orang yang selalu menjagaku,
kaulah selalu memberi senyuman kepadaku,
kaulah orang yang menemami setiap jalanku,

Itu dulu,
ku mengharap kasih darimu,
ku mengharap cinta darimu,
ku mengharap rindu darimu,

Sekarang tiada lagi,
ku lepaskan kau pergi
ku perbaiki masa depanku,

Sekarang,
Lihatlah wanita ini,
wanita yang dulu kau khianati,
wanita yang dulu kau berikan kata-kata indah,

Kini,
kerana kaulah aku belajar bagaimana ikhlas melepaskan,
kerana kaulah aku belajar bagaimana sabar menerima pengkhianatan.
kerana kaulah aku belajar erti kecewa,

Kini,
sayang tidak lagi bererti,
berharap tidak akan lagi,
kecewa cukup sekali,
dan jodoh hanya urusan Sang Ilahi,
menanti dan perbaiki diri itu jauh lebih bererti,
lelaki yang baik buat masa depan nanti tetap akan datang dengan cara yang diredhai.

Terima kasih,
atas pertemuan itu,
atas pengkhiatan itu,
kerana itu yang membuat siapa aku hari ini.

Terima Kasih Atas Pertemuan itu Wahai Insan Allah

Part :  | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |

Kisah Tentang Aku




13 March 2017

Andai Aku Jatuh Cinta

 ﷽‎

Part 6 : Kisah Tentang Aku


Ya Allah, 
andai aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada
seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin,
andai aku jatuh cinta, jagalah cintaku
padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Rahman,
andai aku jatuh cinta, izinkanlah aku
menyentuh hati seseorang yang hatinya terpaut pada-Mu,
agar aku tidak jatuh dalam jurang cinta manusia.

Ya Rabbana,
andai aku jatuh cinta, jagalah hatiku
padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati,
andai aku rindu, rindukanlah aku pada
seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Rahim,
andai aku rindu, jagalah rinduku padanya agar
tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Quddus,
andai aku menikmati cinta hamba-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Qahhaar,
andai aku jatuh cinta pada hamba-Mu,
jangan biarkan aku hanyut dan terjatuh
dalam godaan syaitan.

Ya Kabiir,
andai Engkau halalkan aku merindui hamba-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Aliim,
Engkau mengetahui bahwa hati ini telah
berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah sentiasa taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.

Ya Hafizh,
Kukuhkanla ikatan bersama-Mu.
Kekalkanlah cinta kepada-Mu.
Tunjukkan jalan-jalannya kebenaran-Mu.

Ya Karim,
Penuhilah hati ini
dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar,
lapangkanlah dada ini
dengan limpahan keimanan kepada-Mu
dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.

Ya Syahiid,
andai aku jatuh cinta,
berikanlah Redha-Mu kepadaku,
agar aku bisa membawa cinta ini
sampai ke syurga-Mu.

Amin Amin Ya Rabbal..

Part :  | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
Kisah Tentang Aku

26 February 2017

Aku Dan Tudung Labuh

﷽‎

Part 1 : Kisah Tentang Aku

Aku Dan Tudung Labuh



Dulu,
Sebelum bertudung labuh,
aku juga seperti kamu,
yang dulunya hanya gadis tak hiraukan aurat.

Dimana,
tudung SINGKAT menjadi pilihan,
memperlihatkan lengan tanpa rasa malu,
auratku tak penah ku hiraukan,
maruah wanita ku tolak ketepi.

Sampai satu saat,
Allah mengujiku kerana,
Allah cinta padaku,
Allah rindu padaku.

Menghadirkan sebuah cinta dunia,
aku hanyut dengan cinta manusia,
aku leka dengan dunia,
aku lupa akan kehadiran Allah.

Sampai satu saat,
Allah menarik cinta itu,
Allah perlihatkan kekuasaaNya.

Ya Allah,
sungguh aku takut,
sungguh aku lemah,
sungguh aku hina.

Kerana,
cinta akan pujian manusia,
cinta akan dunia sementara,
cinta akan benda yang tak pasti.

Aku berfikir,
Allah sayang padaku,
Rasulullah berjuang demi wanita,
senhingga wanita di jadikan perhiasan dunia,
menjadika wanita bidadari di syurga.

Tapi,
apa balasan yang ku balas pada sang Pencipta?
apa tanda aku berterima kasih pada Rasulullah?
sedangkan syurga yang ku dambakan.

Allahu .. KEJAM nya aku Ya Allah!!

Disitulah bermulanya HIJRAHku,
tudung labuh menjadi pilihan ku,
handsock dan stoking ku sarungkan,
majlis ilmu ku dekati,
bukan pengukur kehebatan diriku.

Aku cuma,
ingin melindungi auratku dari mata sang ajnabi,
ingin menjaga maruah aku dan keluarga,
ingin menjalakan kewajiban agama yang ku cintai.

Aku tak mahu,
ayah dan abangku menjadi mangsa bahan api neraka,
hanya kerana AURATku.

Ya Allah,
betapa peritnya hidup tanpa Mu Ya Allah,
betapa peritnya melupakan kebodohan dahulu,
betapa peritnya ingin menutup aib sendiri.

Namun keperitan itu,
mengajar aku erti ISLAM sebenar,
mengajar aku menjadi wanita muslimah,
mengajar aku menjadi wanita hiasan dunia,
mengajar aku menjadi bidadari di syurga

Wahai wanita akhir zaman,
cukuplah menjadi pujaan lelaki,
sedangkan akhirnya dimiliki oleh sang SUAMI.

Wahai wanita hiasan dunia,
tidakkah kau sedar dirimu sungguh berharga?
dipandang ajnabi kau terlihat indah,
jagalah auratmu agar terpelihara,
mencerminkan dirimu wanita muslimah.

Wahai wanita bidadari syurga,
tidakkah kau tahu maruahmu itu cermin agama?
janganlah kau murah sehingga tergadai segala maruah,
nanti kau sendri yang merana tak sudah.

Pelihara maruahmu untuk diberi pada yang layak,
yang akan memimpinmu ke syurga Alllah.

Part :  | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |

Kisah Tentang Aku


31 July 2014

Biodata Penuh Unni Anje


Biodata Penuh Unni Anje

Assalamualaikum. My name Unni Anje. I am Niqabis but i love world of hikers. Enjoy and sharing to all. But the kitchen is my sweetheart. I love Cooking and share about ISLAMIC !! I am muslimah blogger From Sabahan Land below the wind. ALLAH has a bigger plan for me that I have for myself.

Nama sebenar Fitriyani Binti Fendi.. Panggilan Unni je Kelahiran bintang Gemini pada 7 Zul Hijjah, 1411H bersamaan Hari Khamis ( 19 jun 1991 ), dilahirkan di Hospital Lama Keningau. Asal kelahiran Keningau, Sabah dan kini menetap di Tawau Sabah. Anak ke-4 dari 7 adik beradik. 3 abg, 2 adik lelaki dan sorang adik perempuan. Pencinta warna Merah Jambu.

Mendapat pendidikan awal di sekolah kebangsaan Bulu Silou, Keningau ( 1999-2004 ).  Meneruskan pendidikan menengah Rendah Di Smk Gunsanad, Keningau ( 2005-2006 ). Namun pada tahun 2005 terpaksa berpindah sekolah kerana Family berpindah tempat tinggal di Tawau. Smk Kalabakan, Tawau ( 2006-2007 ). Dan pada tahun 2008 ( tingkatan 4 ) berpindah ke sekolah berasrama, SMK Umas-umas Tawau ( 2008-2009 ). Seterusnya menyambung Pengajian Tinggi ke salah satu Kolej di Sabah. Kolej Ptpl Kota Kinabalu dan mengambil Kos Diploma Teknologi Makmal Perubatan ( 2010-2013 ).

Seorang yang sangat cintakan dunia HIKERS kesana kemari menikmati keindahan bumi cipataan Allah dan berkongsi kepada semua orang.  Perwatakan agak kurang Sabar, suka membebel, pemalas sudah semestinya.. tetapi unni bukannya jenis pendendam.
Impian agar Unie Mampu menjadi ''AINUL MARDHIA'' ( Amin Ya Rabbal )

Kenapa slogan ''KAYU MANIS SEMANIS HIDUPKU'' ? Unne merupakan anak kelahiran Keningau, Sabah yang membawa maksud kayu manis ( koningau nama asal ). So Unni simpulkan hidup ni seperti kayu manis, namanya manis namun rasanya pahit sedikit.. hidup ni kelihatan indah namun hanya hati tahu kepahitan hidup yang di lalui.. Namun jika ia digunakan dengan baik dan betul ia merupakan PELENGKAP.. macam kayu manis la.. jika diletakan dengan betul dalam makanan ia menyempurnakan rasa masakan.. hidup ni jika kita atur denagan baik.. Insya Allah kesempurana hidup akan di nikmati.

Email :
Cik.Unnianje@gmail.com

Facebook :
Fitri Al-Fayydha

Instagram
Unni_Anje

Twitter
Unni_Anje

Sabahan Blogger '' Dibawah Bayu kami bersatu ''

Kayu Manis Semanis Hidupku By Unni Anje
Islamic | Cooking | #MuslimahHikrs | Lifestyle | Review