26 February 2017

Aku Dan Tudung Labuh


Part 1 : Kisah Tentang Aku

Aku Dan Tudung Labuh



Dulu,
Sebelum bertudung labuh,
aku juga seperti kamu,
yang dulunya hanya gadis tak hiraukan aurat.

Dimana,
tudung SINGKAT menjadi pilihan,
memperlihatkan lengan tanpa rasa malu,
auratku tak penah ku hiraukan,
maruah wanita ku tolak ketepi.

Sampai satu saat,
Allah mengujiku kerana,
Allah cinta padaku,
Allah rindu padaku.

Menghadirkan sebuah cinta dunia,
aku hanyut dengan cinta manusia,
aku leka dengan dunia,
aku lupa akan kehadiran Allah.

Sampai satu saat,
Allah menarik cinta itu,
Allah perlihatkan kekuasaaNya.

Ya Allah,
sungguh aku takut,
sungguh aku lemah,
sungguh aku hina.

Kerana,
cinta akan pujian manusia,
cinta akan dunia sementara,
cinta akan benda yang tak pasti.

Aku berfikir,
Allah sayang padaku,
Rasulullah berjuang demi wanita,
senhingga wanita di jadikan perhiasan dunia,
menjadika wanita bidadari di syurga.

Tapi,
apa balasan yang ku balas pada sang Pencipta?
apa tanda aku berterima kasih pada Rasulullah?
sedangkan syurga yang ku dambakan.

Allahu .. KEJAM nya aku Ya Allah!!

Disitulah bermulanya HIJRAHku,
tudung labuh menjadi pilihan ku,
handsock dan stoking ku sarungkan,
majlis ilmu ku dekati,
bukan pengukur kehebatan diriku.

Aku cuma,
ingin melindungi auratku dari mata sang ajnabi,
ingin menjaga maruah aku dan keluarga,
ingin menjalakan kewajiban agama yang ku cintai.

Aku tak mahu,
ayah dan abangku menjadi mangsa bahan api neraka,
hanya kerana AURATku.

Ya Allah,
betapa peritnya hidup tanpa Mu Ya Allah,
betapa peritnya melupakan kebodohan dahulu,
betapa peritnya ingin menutup aib sendiri.

Namun keperitan itu,
mengajar aku erti ISLAM sebenar,
mengajar aku menjadi wanita muslimah,
mengajar aku menjadi wanita hiasan dunia,
mengajar aku menjadi bidadari di syurga

Wahai wanita akhir zaman,
cukuplah menjadi pujaan lelaki,
sedangkan akhirnya dimiliki oleh sang SUAMI.

Wahai wanita hiasan dunia,
tidakkah kau sedar dirimu sungguh berharga?
dipandang ajnabi kau terlihat indah,
jagalah auratmu agar terpelihara,
mencerminkan dirimu wanita muslimah.

Wahai wanita bidadari syurga,
tidakkah kau tahu maruahmu itu cermin agama?
janganlah kau murah sehingga tergadai segala maruah,
nanti kau sendri yang merana tak sudah.

Pelihara maruahmu untuk diberi pada yang layak,
yang akan memimpinmu ke syurga Alllah.

Part :  | 1 | 2 | 3 | 5 | 6 | 7 |

Kisah Tentang Aku


15 comments:

  1. Semoga kita semua sentiada dalam keadaan baik dan sejahtera. InsyaAllah. Aamin. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Semoga kita sentiasa istiqomah..aminnn

    ReplyDelete
  3. Salam dear,
    Thanks for sharing this,
    Semoga kita sentiasa ingat mengingati...

    ReplyDelete
  4. Amin.. Thanks unnie :) Smoga kita semua dpt istiqamah :)

    ReplyDelete
  5. Hijrah ke arah kebaikan.
    Semuga sentiasa mendapat rahmatNya.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas peringatan ini, Sis

    ReplyDelete
  7. Akk baru nak baca dari part 1 ni.

    ReplyDelete
  8. Akk baru nak baca dari part 1 ni.

    ReplyDelete
  9. Allahuakbar.. semoga akak juga akan seperti unni suatu hari nanti..

    ReplyDelete
  10. aida dtg membaca utk knowing u more, Unni :)

    ReplyDelete
  11. thanks for sharing this =) doakan Yana 1 fine day ..

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^