Assalamualaikum,
Gerakan Tanpa Gambar ( GTG ) merupakan satu pertubuhan kecil ( tidak berdaftar dengan NGO ) yang menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti usrah kepada Kaum Muslimat ( wanita ). Pertubuahan ini hasil usaha kami semua dalam memberi kesedaran kepada kaum hawa bertapa berharga dan bernilainya diri seorang wanita.
Tarikh Penubuhan : 26 Oktober 2015
Tujuan penubuhan :
Menyedarkan kaum hawa bahawa diri mereka adalah berharga, tidak sepatutnya mereka memperlihatkan diri mereka di media sosial ( terutama niqabis ) tanpa sebab yang munasabah dan menyedarkan mereka tentang erti MALU yang sebenar dan erti MENUTUP AURAT yang sebenar.
Seperti mana yang kita ketahui, hari ini macam sudah jadi fenomena alam maya di mana pengguna Niqab kini hanya mengunakan niqab sebagai Trend.
Dengan Slogan Kata Kami '' USAH JADI PERHIASAN DI MEDIA SOSIAL UKTHY ''
Pertubuhan ini bukanlah melarang atau mengecam para hawa meng-upload gambar-gambar mereka di media sosial tapi menyedarkan tentang berharganya sorang wanita yang tidak sepatutnya menjadikan diri mereka tatapan kaum Adam di media sosial dengan gambar-gambar yang tidak bermanfaat ( tak tutup aurat, buat muka comel dan aksi-aksi yang tidak sepatutnya ).
'' Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita soleha''. Kerana dunia ini adalah persingahan mencari bekalan di Akhirat. Dunia tempat mati bukannya tempat Tinggal.
Video ini Sahabat Unni yang buat sendiri, simple tau sangat-sangat reality...
Dengan Harapan kami dapat membantu dan menyedarkan kaum-kaum hawa tentang ISTIMEWA nya sorang wanita. Sama-sama mengejar Redha ALLAH..
'' Sesungguhnya Hidayah itu perlu di kejar bukan di tunggu''.
Hati-hati Menyorok tapi Terdedah!!
Ayat gambar perempuan.. Walaupun simple, tapi mendalam..
ReplyDeleteSemoga urusan unni dan kawan-kawan menyebarkan perkara baik ini dipermudahkan. Rindu sama unni!
ReplyDeletemacam pernah tau pasal ni
ReplyDeletesalam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :)
ReplyDeletedah lama malas nak bersosial di media sosial..hihi
ReplyDeleteAlhamdulillah...bagus usaha yang dilakukan, semoga dipermudahkan urusan oleh Allah ya unni
ReplyDeleteSocial media dh jarang sangat bukak. Tapi aktif dekat blog. Tapi btol la, wlau di mana sekali pon, kalau lelaki tgk akn brtmbh dosa. Thanks unnie
ReplyDeletesemoga dipermudahkan unni. salam kenal
ReplyDeleteSama2lah kita berpesan2 kepada kebaikan.
ReplyDeleteyang sy x paham kan..ada orang yg da berhijrah bertudung ni bole pulak upload gambar tak bertudung dengan caption #throwback
ReplyDeletex paham..x paham
btw nice sharing.. semoga dipermudahkan
Aduhhhh....terasa pulak hakak ni UA hihi....
ReplyDeleteTak pe benda baik elok dikongsikan...
Alhamdulillah, semoga usaha unni dan teman² dipermudahkan
ReplyDelete