Showing posts with label Tentang Islam. Show all posts
Showing posts with label Tentang Islam. Show all posts

06 October 2017

Jenis-jenis Puasa Sunnat

Jenis-jenis Puasa Sunnat | Puasa berasal dari kata “Assiyam” yang artinya “menahan diri”, menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar ( subuh ) sehinggah tergelamnya matahari ( magrib ). Hukum sunnat berpuasa merupakan satu perkara yang di lakukan akan mendapat pahala dan jika meninggalkannya tidak pula mendapat dosa.

Seperti yang kita ketahui puasa merupakan salah satu Rukun Islam iaitu Rukun Islam yang keempat Berpuasa di Bulan Ramadhan. Di mana pada bulan itu seluruh umat islam di wajibkan menunaikan ibadah puasa. Namun jika di lihat pada hukumnya berpuasa terdapat 4 hukum, iaitu Puasa Wajib, Puasa sunnat, Puasa makruh dan Puasa haram.

Terdapat beberapa jenis puasa sunnat dan keutamanya yang perlu kita ketahui dan amalkan.

Jenis-jenis Puasa Sunnat


Jenis-jenis Puasa Sunnat

1) Puasa Daud

Puasa Daud  adalah puasa yang selang seli, sehari berpuasa dan sehari tidak.

 Rasulullah SAW bersabda:

“Puasa yang paling disukai oleh Allah adalah puasa Nabi Daud. Solat yang paling disukai Allah adalah Solat Nabi Daud. Beliau biasa tidur separuh malam, dan bangun pada sepertiganya, dan tidur pada seperenamnya. Beliau biasa berbuka sehari dan berpuasa sehari.” HR. Bukhari dan Musli). 

2) Puasa 3 hari setiap bulan hijriyah

Bulan Hijriyah yang dikenali dengan ayyamul biid (hari putih) iaitu hari ke 13, 14, 15. Disebut Ayyamul bid kerana pada malam ke 13,14,15 malam itu bersinar putih di mana bulan purnama yang muncul pada saat itu.

Hal ini sesuai dengan hadis yang diriwayatkan oleh abu Dzar, bahwa Rasulullah SAW bersabda:

“Jika engkau ingin berpuasa tiga hari setiap bulannya, maka berpuasalah pada tanggal 13, 14, dan 15 (dari bulan Hijriyah).” HR. Tirmidzi.

Hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, ia berkata:

“Kekasihku (iaitu Rasulullah SAW) mewasiatkan padaku tiga nasehat yang aku tidak meninggalkannya hingga aku mati: (1) berpuasa tiga hari setiap bulannya, (2) mengerjakan shalat Dhuha, (3) mengerjakan shalat witir sebelum tidur.” HR. Bukhari .

3) Puasa isnin dan khamis

Puasa isnin dan khamis merupakan puasa  pada setiap hari isnin dan setiap hari khamis. 

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahwa Rasulullah SAW bersabda:

“Berbagai amalan dihadapkan (pada Allah) pada hari Senin dan Kamis, maka aku suka jika amalanku dihadapkan sedangkan aku sedang berpuasa.” HR. Tirmidzi

4) Puasa di bulan Sya’ban

Dsunnahkan berpuasa dibulan sya’ban satu bulan penuh jika mampu, tetapi jika tidak mampu maka boleh berpuasa sebahagiannya saja, karena ditakutkan tidak mampu lagi untuk berpuasa wajib dibulan ramadhan. 

Dari Aisyah RA ia berkata :

“Rasulullah SAW tidak biasa berpuasa pada satu bulan yang lebih banyak dari bulan Sya’ban. Rasulullah SAW biasa berpuasa pada bulan Sya’ban seluruhnya.” HR. Bukhari dan Muslim.

"Rasulullah SAW biasa berpuasa pada bulan Sya’ban seluruhnya. Namun beliau berpuasa hanya sedikit hari saja.” HR. Muslim

Dari hadis diatas Para ulama menyimpulkan bahwa Rasulullah SAW tidak menyempurnakan berpuasa sebulan penuh selain di bulan Ramadhan agar tidak disangka puasa selain Ramadhan adalah wajib.

5) Puasa 6 hari dibulan syawal

Disunatkan berpuasa 6 hari berturut-turut di bulan syawal, bermula 2 syawal hingga berakhirnya bulan syawal.

“Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun penuh.” HR. Muslim


6) Puasa 10 hari Dzulhijjah, Tarwiyah dan Arafah

Berpuasa 10 hari pertama bulan dzulhijjah. Termasuk didalamnya puasa tarwiyah dan arafah. Pada hari ke-8 zulhijjah disunnahkan berpuasa tarwiyah dan pada hari ke-9 dzulhijjah disunnahkan puasa arafah.  

Istilah tarwiyah berasal dari kata tarawwa yang bermaksud membawa bekal air. Dimana pada hari itu, para jamaah haji membawa banyak bekal air zam-zam untuk persiapan arafah dan menuju Mina. Mereka minum, memberi minum untanya, dan membawanya dalam wadah.

Sabda Rasulullah SAW

“Siapa yang puasa 10 hari, maka untuk setiap harinya seperti puasa sebulan. Dan untuk puasa pada hari tarwiyah seperti puasa setahun, sedangkan untuk puasa hari arafah, seperti puasa dua tahun.”


7) Puasa dibulan Muharram

Puasa sunnat yang di lakukakan pada 1 muharram.

Rasulullah SAW bersabda :

“Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah - Muharram. Sementara shalat yang paling utama setelah shalat wajib adalah shalat malam.” HR. Muslim

8) Puasa Tasu’a

Puasa Tasu’a adalah puasa pada hari ke-9 bulan muharram, Rasulullah SAW menyuruh ummatnya untuk berpuasa pada hari tasu’a karana untuk membezakan umat muslim dengan yahudi. Hal demikian kerana hari tasu’a adalah hari yang diagungkan oleh orang yahudi. 

Hal ini berdasarkan hadis Nabi SAW saat ditanya oleh sahabat beliau:

“Wahai Rasulullah, hari ini (hari ‘asyura) adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasrani.” Lantas beliau mengatakan,“Apabila tiba tahun depan Insya Allah kita akan berpuasa pula pada hari kesembilan (tasu’a).” Ibnu Abbas mengatakan, “Belum sampai tahun depan, Rasulullah SAW sudah meninggal dunia.” HR. Muslim

9) Puasa ‘Asyura

Puasa ‘Asyura adalah puasa pada hari ke-10 dari bulan Muharram. Rasulullah SAW memerintahkan umatnya untuk berpuasa pada hari ‘Asyura, dan mengiringinya dengan puasa 1 hari sebelum atau sesudahnya. Hal ini bertujuan untuk menyelisihi umat Yahudi dan Nasrani yang hanya berpuasa pada hari ke-10.

Rasulullah SAW bersabda:

 “Puasa ‘Asyura akan menghapus dosa (dosa kecil) setahun yang lalu.” HR. Muslim

Moga kita menjadi orang-orang yang terpilih dalam mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dan sama-sama kita berusaha untuk mengamalkannya.. In Sha Allah..

Moga bermanfaat.



30 June 2017

Hukum Membuat Kuih Dan Biskut Berbentuk Haiwan

Hukum Membuat Kuih Dan Biskut Berbentuk Haiwan | Assalamualaikum, Allahmdulilah seluruh umat islam telah berjaya menjalani Rukun Islam yang ketiga berpuasa di bulan Ramadhan dengan izin Allah dan tiba la syawal Bulan kemenangan selepas sebulan berpuasa. Dalam beraya sakan tetiba keluar cerita pasal kuih ulat bulu ni dan baru la dapat tahu Hukum Membuat Kuih Dan Biskut Berbentuk Haiwan.

Tahun ini Biskut raya Ulat Bulu telah menjadi viral kerana rupanya yang betul-betul nampak seperti real. Sebenarnya perancangan memang nak buat Biskuit Ulat Bulu untuk raya Tahun ini. Unni siap update kat laman sosial Facebook baca kat SINI. Namun keadaan kesihatan tak mengizinkan so terpaksa buat bisukut lain ( bahan semua da beli ). Rupanya ada hikmah di sebaliknya.

Kisah beraya rumah kawan telah memberi Unni satu ilmu yang unni agak ketinggalan, banyak lagi perlu belajar, sungguh rendah ilmu agama dalam diri ini. Di rumah sahabat dia hidangakan pelbagai jenis biskut raya termasuk Biskut Ulat Bulu namun bentuknya tidak la menyerupai ulat bulu warna je sama.

Hukum Membuat Kuih Dan Biskut Berbentuk Haiwan

Hukum Membuat Kuih Dan Biskut Berbentuk Haiwan

Unni ajukan soalan kepada sahabat '' Kenapa tak letak cips buat mata ulat bulu ini?''

Sorang Sahabat menjawab '' Kita tidak boleh buat makanan yang menyerupai bentuk binatang, sama ada buat atau pun membelinya.''

Namun ada pendapat yang berbeza dalam hukum membuat kuih dan biskut berbentuk haiwan ini.


Hukum Haram Taswir.

Tidak diperbolehkan membentuk kuih dan biskut  yang lainnya dalam bentuk gambar makhluk bernyawa. Berdasarkan Hadits, ia menunjukkan bahawa Hukumnya adalah “HARAM TASWIR ” (menggambar makhluk bernyawa).

Sabda Rasulullah SAW

“Setiap pembuat gambar tempatnya di neraka. Kelak Allah akan membuatkan untuknya gambar yang pernah ia buat (semasa di dunia) lalu gambar itu menyiksa dirinya di neraka Jahannam.” (HR. Muslim No. 2110)

Dari Abdullah bin Mas’ud RA beliau berkata, '' Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, ''

“Sesungguhnya manusia yang paling keras siksaannya disisi Allah kelak dihari kiamat adalah pembuat gambar.” (HR. Bukhari 5950 dan Muslim 2109)

“Yang menjadi haram taswir kerana TASWIR adalah menggambar makhluk yang memiliki nyawa seperti berupa patung, gambar di dinding, gambar yang dilukiskan di kain, kertas. Baik (diproduksi) secara massal pada pabrik tekstil atau dilukis dengan kuas, pulpen ataupun dengan bantuan peralatan modern. Termasuk larangan menggambar makhluk bernyawa sesuai dengan bentuk aslinya atau hanya hasil imajinasi semata, kecil ataupun besar, dibuat cantik atau dibuat jelek. Termasuk di dalam larangan, seseorang membuat garis-garis membentuk sebuah kerangka tulang. 

Kesimpulannya,

semua pengharaman ini kerana mengambarkan makluk yang memiliki nyawa seperti gambar-gambar imiginasi yang telah di anggap orang-orang yang hidup semasa zaman Fi'raun dan para pemimpin pasukan perang salib serta bala tenteranya. (Fatawa Al Lajnah Ad Daimah 1/696).

Para Ulama telah menegaskan bahawa haram membuat gambar makluk bernyawa termasukkan Kuih , biskut, kek dan sejenisnya. Dengan demikian diharamkan membuat kuih dengan bentuk menyerupai makhluk bernyawa dan dilarang memperjual belikannya.”


Hukum Dibolehkan

Namun ada pendapat yang mengatakan ia di bolehkan kerana bersifat tidak kekal. Jum layan pendapat Ulama pendakwah terkenal negara Malaysia iaitu Ustaz Azhar Idrus.


Hukum Syubhat

Hukum Syubat adalah ketidakjelasan atau kesamaran, sehingga tidak bisa diketahui halal haramnya sesuatu secara jelas. Syubhat terhadap sesuatu bisa muncul baik karena ketidakjelasan status hukumnya, atau ketidakjelasan sifat atau faktanya. Jika ada keraguan dan was-was tentangnya ia boleh jatuh kepada hukum Syubhat. 

Dari An Nu’man bin Basyir RA, berkata pernah mendengar  Rasulullah SAW bersabda

“Sesungguhnya yang halal itu jelas, sebagaimana yang haram pun jelas. Di antara keduanya terdapat perkara syubhat -yang masih samar- yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Barangsiapa yang menghindarkan diri dari perkara syubhat, maka ia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Barangsiapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka ia bisa terjatuh pada perkara haram. Sebagaimana ada pengembala yang menggembalakan ternaknya di sekitar tanah larangan yang hampir menjerumuskannya. Ketahuilah, setiap raja memiliki tanah larangan dan tanah larangan Allah di bumi ini adalah perkara-perkara yang diharamkan-Nya.” (HR. Bukhari no. 2051 dan Muslim no. 1599)

Secara kesimpulannya, Lebih baik di tinggalkan dan mengambil langkah selamat daripada terlibat dengan dosa larangan daripada Allah kerana ia nya samar-samar dan tidak jelas.

Moga bermanfaat

Wallahualam.

30 May 2017

Kisah disebalik Ramadhan

Kisah disebalik Ramadhan | Kisah ini mengisahkan tentang kisah-kisah yang berlaku di bulan Ramadhan. Terdapat banyak kisah di sebalik Ramadhan yang perlu kita hayati. Dengan peristiwa-peristiwa seperti inilah insyaAllah kita akan lebih berjaya menghayati Bulan Ramadhan.

Kisah disebalik Ramadhan


Kisah Di sebalik Ramadhan 1

Hari Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-2 Hijrah

Terjadinya perang pertama di dalam Islam iaitu Perang Badar. Perang ini ialah perang yang berjaya memisahkan antara yang benar dan yang bathil (tidak benar). Semasa perang ini jugalah terbunuhnya firaun ummah iaitu Abu Jahal, musuh utama Islam.

Hal ini telah diceritakan oleh Dr Said Ramadhan al Boutie dalam kitabnya Feqh al Sirah al Nabawiyyah pada halaman 158. Al Mubarakfourie juga ada menyatakannya di dalam al Rahiq al Makhtum pada halaman 249. Dr Wahbah al Zuhailie menyokong pendapat ini dan menyatakannya di dalam al Feqhul Islam wa adillatuh pada halaman 575.

Kisah Di sebalik Ramadhan 2

Hari Selasa, 17 Ramadhan, tahun ke-8 Hijrah.

Tarikh ini merupakan hari Fathu Makkah iaitu Hari Pembukaan Kota Mekah. Pembukaan kota Mekah ialah salah satu peristiwa yang terbesar dalam sejarah Islam. Peristiwa ini yang menyebabkan kekuatan islam dan penyebarannya mula melebar ke serata alam. Peristiwa ini dianggap satu kejayaan kepada Islam. Malah peristiwa ini merupakan tarikh keramat kepada kesempurnaan Islam. Seperti di dalam Surah Al Fath, ayat 1;

‘Sungguh, kami telah memberikan kepada kamu kemenangan yang nyata’

Rasulullah SAW dan umat Islam berpuasa ketika bertolak dari Madinah dan sampai di Kadid, di antara I’sfan dan Amaj, baginda berbuka puasa. Hal ini telah dinyatakan oleh Abdul Salam Harun di dalam kitab Tahzib Sirah Ibn Hisyam, pada halaman 198.


Kisah Di sebalik Ramadhan 3

Ramadhan, tahun ke-9 Hijrah.

Berlakunya peristiwa Perang Tabuk. Terdapat beberapa peperangan Tabuk pada bulan ramadhan tahun 9 hijrah. Rasulullah SAW keluar ke Tabuk pada bulan Rejab dan kembali ketika bulan Ramadhan. Peperangan ini memakan masa selama 50 hari. Secara tepatnya, peperangan di Tabuk memakan masa selama 20 hari sahaja. Manakala bakinya berlaku sepanjang perjalanan pergi dan balik. Peperangan Tabuk ialah peperangan yang terakhir yang diikuti oleh Rasulullah SAW. Peristiwa ini telah diberitahu kepada kita melalui kitab al rahiq al Makhtum, karangan al Mubarakfourie, pada halaman 517.

Kisah Di sebalik Ramadhan 4

21 Ramadhan tahun 610M

Hari Al- Quran diturunkan buat kita sebagai petunjuk dan peringatan. Peristiwa wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah SAW di Gua Hira’ berlaku pada waktu malam. Rasulullah SAW ketika itu berusia tepat 40 tahun 6 bulan 12 hari. Berlaku perselisihan dalam kalangan ulamak, peristiwa kenabian itu berlaku di bulan Ramadhan. Ada juga berpendapat ianya berlaku pada bulan rabi’ul awal. Ada juga yang mengatakan dalam bulan Rejab.Namun kesepakatan di nyatakan pada bulan Ramadhan. Seperti mana firman Allah SWT di dalam surah al Baqarah, ayat 185;

‘Bulan Ramadhan adalah bulan yang didalamnya diturunkan Al-Quran’

Allah juga berfirman di dalam Surah al Qadr, ayat 1

‘Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam Lailatul Qadar’

Dan seperti mana yang kita ketahui, malam lailatul qadar itu jatuhnya dalam bulan Ramadhan. Ia dikuatkan lagi dengan firman Allah di dalam surah al Dukhan, ayat 3:

‘Sesungguhnya kami menurunkannya (Al-Quran) pada malam yang diberkati. Sungguh, kamilah yang memberi peringatan’

Rasulullah SAW berada di gua Hira pada bulan Ramadhan, justeru peristiwa penurunan al Quran itu berlaku pada bulan Ramadhan juga seperti yang kita ketahui. Namun, pendapat 17 Ramadhan adalah tarikh awal penurunan wahyu adalah pendapat jumhur ulamak.

Kisah Di sebalik Ramadhan 5

Bulan Ramadhan

Peristiwa penghantaran batalion perang selepas Fathu Mekah yang bertujuan memusnahkan musuh. Kesemuanya itu berlaku dalam bulan Ramadhan. Penghantaran tersebut adalah seperti berikut :

i. Rasulullah SAW mengutuskan Khalid bin Al Walid ke a’za. Penghantaran tersebut berlaku 5 hari terakhir di dalam bulan Ramadhan dalam tahun 8 Hijrah.
ii. Di utus Amru bin al A’s ke Suwa’. Lebih kurang 3 km dari Mekah.
iii. Di utus Saad bin Zaid al ashhilie ke minat bersama 20 tentera berkuda.

Kisah Di sebalik Ramadhan 6

Ramadhan tahun 9 Hijrah.

Peristiwa ini dikenali sebagai peristiwa Pengislaman Rombongan Tsaqif. Selepas kepulangan Rasulullah SAW  ke Madinah dari Tabuk dalam bulan Ramadhan, baginda telah didatangi rombongan Tsaqif daripada Thoif yang ingin menganut Islam. Hal ini telah dinyatakan dalam Sirah Ibn Hisyam pada jilid 4, halaman 141-144.

Kisah Di sebalik Ramadhan 7


Hari Jumaat, 25 Ramadhan, tahun ke-479 Hijrah.

Pada subuh hari tersebut, telah berlaku Perang Al Zilaqah ( laut yang terletak berdekatan dengan Portugal sekarang ini). Peperangan ini telah dimenangi oleh tentera Portugis yang memiliki kekutan sebanyak 1000 tentera di bawah pimpinan Alfonso ke 6, raja Qisyhtallah. Peristiwa ini disebut di dalam al Feqhul Islam wa adillatuh, karangan Dr Wahbah al Zuhailie, jilid 2 halaman 572.

Di dalam kitab Tarikh al Islam, karangan asan Ibrahim Hasan, jilid 4 halaman 118 menyatakan, seandainya Yusuf bin Tashfin yang menerima seruan jihad tersebut dan mengetuai tentera muslimin dalam peperangan Al zilaqah dan menang dalam peperangan tersebut, nescaya eropah kini sudah menganut Islam. Lihat sahaja kesan tersebut, beberapa universiti di Moscow, Berlin, London dan Paris telah menyediakan ruang untuk menyelidik al Quran.

Kisah Di sebalik Ramadhan 8

Hari Jumaat, 15 Ramadhan, tahun ke-658 Hijrah.

Peperangan Ain Jalut ini berlaku di Ain Jalut ( perkampungan diantara bisan dan Nablus di Palestin ). Dalam peperangan tersebut, tentera Monggol telah kalah dengan tentera kerajaan Mamalik. Kekalahan tersebut adalah titik penting berhentinya penguasaan tentera Monggol terhadap asia barat. Malah peristiwa tersebut telah membawa kepada kemerdekaan Mesir dan penggabungan antara Mesir dan Syam. Peristiwa ini telah digarap dengan teliti di dalam kitab al Alam al Islami fil asr al Mughulie, pada halaman 48.

Kisah Di sebalik Ramadhan 9

28 Ramadhan, tahun ke-92 Hijrah.

Peristiwa pembukaan Andalus ini diketuai oleh Thoriq bin Ziyad selepas kekalahan tentera pimpinan Roderick dalam peperangan yang cukup getir iaitu peperangan al Buhairah. Peperangan tersebut berlaku selepas tentera muslimin menawan Jabal thoriq atau Jabraltar. Kemudian, berlakulah penawanan Cordova ( Qurtubah ),Granada ( gharnatah ) dan Thulaitolah di Andalus. Sejarah ini boleh dirujuk melalui kitab al Tarikh al Siyasie Liddaulah al Arabiah, karangan Dr Abdul Mun’im Majid, jilid 2 halaman 204.

Moga kisah-kisah ini kita terus hayati dan jadikan pengajaran. Siapa tahun mungkin merupakan Ramadhan terakhir kita. Mari la kita berlumba-lumba dalam mengejar amal kebaikkan. Kisah ini Unni simpan sejak setahun yang lalu ( Penulis asal tidak dapat di kesan ).

Sabda Rasulullah SAW : 

“Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya.” 

[ HR Bukhari dan Muslim ]

Wallahualaum

Moga bermanfaat 


29 May 2017

Perkara Sunat Di Bulan Ramadhan

Perkata Sunat Di Bulan Ramadhan | Amalan di bulan Ramadhan akan mendapat pahala yang berganda-ganda berbanding bulan-bulan yang lain. Terdapat banyak perkara sunnat di bulan Ramadhan ini yang boleh kita amalkan.

Dalam menyempurnakan ibadah puasa yang wajib marilah kita menambahnya dengan amalan-amalan sunnah. In shaa Allah moga amalan kita sentiasa di redhai oleh Allah SWT. Tambahan pula bulan Ramadhan ini hanya datang sekali dalam setahun.

Antara Perkata Sunat Di Bulan Ramadhan

1. Segerakan berbuka puasa setelah yakin masuk waktu ( Magrib )

Di galakan menyegerakan waktu berbuka puasa setelah di yakini matahari telah terbenam. Namun jika was-was di wajibkan melambatkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Sabda Rasulullah SAW
“ Manusia itu akan sentiasa berada dalam kebaikan selagi mana mereka menyegerakan waktu berbuka puasa”

[ HR Bukhairi dan Muslim ]
2. Berbuka dengan buah Kurma

Apabila di bulan Ramadhan, Rasulullah SAW akan berbuka dengar kurma basah, jika tiada kurma basah baginda akan berbuka dengan kurma kering ( tamar ) namun jika tiada kurma kering, Baginda akan berbuka dengan beberapa teguk air [ HR Abu Daud ]

Apabila kamu ingin berbuka, berbuka dengan kurma kering dan jika kamu tidak mendapatinya maka berbuka lah dengan air. [ HR Abu Daud ]

3.  Bersahur

Sabda Rasulullah SAW
“ Makanlah sahur, sesungguhnya pada waktu sahur itu terdapat keberkatan”
[ HR Bukhairi dan Muslim ]

“ Bersahurlah walaupu hanya seteguk air”
[ HR Ibn Habban ]
4. Melewatkan waktu sahur

Digalakan melambatkan waktu sahur tetapi tidak telalu lewat dan di sunat kan waktu imsak ( waktu berjaga-jaga ) menahan diri daripada memakan sesuatu sekitar tempoh bacaan 50 ayat ( lebih kuran 15 minit ) sebelum waktu fajar.

Sabda Rasulullah SAW
“ Umat ku terus berada dalam kebaikan selagi mana mereka menyegerakan waktu berbuka puasa dan melewatkan sahur”

[ HR Ahmad ]
5. Bedoa/Zikir ketika berbuka puasa

اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ. ذَهَبَ الظَمَأُ، وَابْتَلَّتْ العُرُوْقُ، وَثَبَتَ الْأجْرُ إِنْ شَاءَ اللهُ

الْحَمْدُ للهِ الَّذِي أَعَانَنِي فَصُمْتُ وَرَزَقَنِيْ فَأَفْطَرْتُ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَلِيْ

Kemudian, berdoa dengan apa sahaja yang dimahukan.


Ertinya : 

“Ya Allah! KeranaMu aku berpuasa. DenganMu aku beriman. Dengan rezekiMu aku berbuka. Hilanglah dahaga, basahlah tekak dan tetaplah ganjarannya jika dimahukan Allah. Segala puji bagi Allah yang membantuku hingga aku dapat berpuasa, yang memberiku rezeki hingga aku dapat berbuka. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu, dengan rahmatMu yang meliputi segala perkara, agar Engkau ampunkanlah aku”.

[ Doa ini diriwayatkan awalnya oleh Abu Daud dan akhirnya oleh Ibnus Sunni ]

6. Perbanyakkan sedekah

Memperbanyakkan amalan-amalan yang baik, seperti bersedekah. Rasulullah di tanya sedekah manakah yang paling afdal??

Lalu Rasululla SAW bersabda
“ Sedekah pada Bulan Ramadhan”
[ HR Al-Tirmizi ]

“ Rasulullah SAW adalah seorang yang pemurah dan lagi pemurah ketika bulan Ramadhan”
[ HR Bukhari ]
7. Solat Tarawih 

Lakukan solat tarawih secara berterusan sama ada di rumah atau di masjid sehingga akhir Ramadhan. Baca SINI untuk tahu Solat Tarawih Zaman Rasulullah SAW dan Cara Solat Tarawih Di rumah baca kat SINI.

Sabda Rasulullah SAW
“ Barangsiapa yang berqiam (mendirikan Solat Tarawih) di Bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan menghitung ganjaran, nescaya diampunkan baginya dosanya yang telah lalu”

[ HR Bukhairi dan Muslim ]
8. Memberi makan kepada orang yang berbuka puasa

Memberi makan kepada orang yang berbuka puasa mempunyai ganjaran pahala yang sangat besar.

Sabda Rasulullah SAW
“ Barangsiapa yang menjamu orang berbuka puasa, nescaya dia beroleh sama pahala seperti orang yang dijamu itu, tanpa berkurang sedikitpun pahala orang yang berpuasa itu”

[ HR Al-Tirmidzi ]
9. Membaca Al-Quran

Memperbanyakkan bacaan Al-Quran sambil bertadabbur (menghayati) maknanya. Ramadhan merupakan bulan Al-Quran kerana ayat-ayat pertama Al-Quran di turunkan pada bulan Ramadhan.

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 :
“ Ramadhan adalah ( bulan) diturunkannya Al Qur'an , sebagai panduan untuk umat manusia , juga tanda yang jelas untuk bimbingan dan penilaian ( Antara benar dan salah ) . Selanjutnya ,jika salah seorang dari kamu mencapai bulan itu,maka ia harus berpuasa”
10. Beri'tikaf di masjid atau Surau

Di sunatkan beri'tikaf di Masjid atau Surau pada 10 malam terakhir Ramadhan.

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 187
“ Dan janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri`tikaf dalam masjid”
Dari Abu Hurairah RA berkata
“ Rasulullah SAW biasa beri’tikaf pada bulan Ramadhan selama sepuluh hari. Namun pada tahun wafatnya, Baginda beri’tikaf selama dua puluh hari”

[ HR Bukhari ]
Dari Aisyah RA berkata:
“ Rasulullah SAW beri’tikaf pada sepuluh hari yang akhir dari Ramadhan sehingga Allah mengambil nyawanya, setelah kewafatan baginda menyuruh isteri-isteri baginda pun beri’tikaf ”

[ HR Bukhari dan Muslim ]
Mari lah kita mengambil kesempatan di bulan yang mulia ini untuk berbanyak ibadah kerana pahala yang diperolehi lebih banyak dari bulan-bulan islam yang lain..

Wallaualam

Moga bermanfaat


28 May 2017

Cara Solat Tarawih Di Rumah

Cara Solat Tarawih Di Rumah | Islam itu sangat mudah, solat tarawih bukanlah hanya perlu di lakukan di Surau atau masjid sahaja tetaapi boleh di lakukan sendirian di rumah seperti yang Rasulullah SAW pernah lakukan baca kat SINI. Dengan itu Unni akan kongsikan cara solat tarawih.

Seperti yang kita ketahui pengertian solat Tarawih yang mana solat dalam keadaan senang, hati yang lapang dan tidak tergesa-gesa. Tambahan pula wanita lebih di galakan untuk solat di rumahnya sahaja sama ada solat wajib atau sunat. Solat ini juga boleh di lakukan sepanjang malam selepas isyak dan sebelum subuh.


Islam sangat memudahkan umatnya, jadi tiada alasan dalam tidak menunaikan solat Sunat Tarawih ini. Ada anak kecil, masjid jauh, tak sempat la, ini semua bukanlah alasan untuk tidak melaksanakan. Tiada perkara yang susah melainkan diri kita sendiri.

Siapa yang boleh Solat Tarawih Di Rumah

Tiada golongan yang di khas untuk solat Tarawih dirumah, sesiapaa pun boleh terutama kaum wanita yang lebih baik solat di rumah sahaja. Namun kaum lelaki boleh juga solat tarawih dirumah tetapi lebih di galakkan solat berjemaah di masjid atau surau.


Cara Solat Tarawih Di Rumah

Pastikan ketika ingin solat tarawih di rumah keadaan adalah tenang, lapang , selesa dan tidak tergesa-gesa. Bagi yang mempunyai anak boleh la menidurkan anak terlebih dahulu bagi yang mempunyai kerja bolehlah menyiapkan kerja terlebih dahulu kerana waktu tarawih adalah panjang selepas solat isyak sehingga lewat malam.Apa yang penting ia dilakuka ssetelah kamu melaksankan solat fardu isyak.

1. Niat ( Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat kerana Allah Taala )
2. Tiada had bilangan rakaat. Buat la mana yang mampu. Paling ringkas dilakukan 11 rakaat dengan 3 witir, di mana setiap 2 rakaat 1 salam dan witir 2 rakaat 1 salam dan 1 rakaat 1 salam.
3. Cara adalah sama seperti menunaikan solat fardu subuh namun tak ada doa Qunut, di mana bacaan surah Al-Fatihah adalah wajib dan surah seterusnya adalah wajib ( baca mana yang kamu tahu )
4. Selepas solat, bacaan di luar daripada solat seperti selawat, zikir dan bedoa tidak termasuk dalam amalan solat tarawih. Namun setiap 4 rakaat yang telah di lakukan di galakan berdoa dan di galakan berhenti berrehat seketika ( zikir, selawat ) setiap kali salam.

Witir Solat Tarawih di Rumah

Solat witir adalah penutup solat-solat sunat. Solat witir merupakan solat sunat yang di tuntut ( Sunat Muakkad ). Solat Witir di lakukan Maximum 11 rakkat 6 salam namu sebaiknya di lakukan 3 rakaat 1 salam. Namun jika berniat ingin melakukan solat sunat Qiyamullai solat witir boleh di tangguhkan selepas solat Qiyamullai di laksanakan.

Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"
 
Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ

"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

Zikir Selepas Solat Witir

سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ  [x3 ]

Doa Solat Witir

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai''.

Mudahkan. Boleh lah kaum-kaum hawa mula melakukan solat sunat tarawih ini di rumah sahaja tanpa perlu ke masjid. Namun hal demikian bukanlah melarang kamu untuk pergi kemasjid solat berjemaah. Solat tarawih di rumah adalah lebih mudah dan selesa, kemungkinan juga kamu lebih khusyuk kerana hanya kamu dan Allah ketika itu tanpa sebarang gangguan.

Wallahualam.

Moga bermanfaat.





27 May 2017

Solat Sunat Tarawih Zaman Rasulullah SAW

Assalamualaikum, bila di tanya tentang Bulan Ramadhan, pasti mempunyai seribu satu nikmat. Salah satunya adalah Solat Sunat Tarawih. Namun tahukah kita akan Solat Sunat Tarawih Zaman Rasulullah SAW ? Sebelum itu mari kita ketahui dahulu tentang Solat Sunat Tarawih

Solat Sunat Tarawih Zaman Rasulullah SAW

Rasulullah bersabda

“Allah SWT. menetapkan kewajipan puasa kepada kamu dan disunatkan kepada kamu solat pada malam harinya. Sesiapa berpuasa pada siang hari dan melakukan solat pada malam harinya kerana iman dan mengharapkan keredaan-Nya maka ia kelak bersih dari dosa-dosanya seperti seorang bayi yang dilahirkan ibunya”.


 Apa itu Solat Sunat Tarawih?

Tarawih membawa maksud rehat-rehat manakala solat tarawih membawa maksud solat secara rehat-rehat. Di mana dalam melaksanankan solat Tarawih di sunnat berehat seketika ( duduk ) selepas memberi salam. Di galakan perbanyakkan berzikir selepas rakaat keempat dan dikerjakan dalam keadaan tenang, senang dan tidak tergesa-gesa.

Di lakukan 2 rakaat 1 salam. Tiada had rakaat dan di tutupi dengan solat witir 3 rakaat. Ibadah ini di lakukan selepas solat Fardu Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.

Solat Sunat Tarawih di Zaman Rasulullah SAW.

Pada Zaman Rasulullah SAW solat sunat Tarawih dikenali sebagai Qiam Ramadhan yang mana di lakukan oleh Rasulullah SAW bersama para sahabat di Masjid Nabawi. Menurut Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW hanya menunaikan solat Tarawih di masjid hanya beberapa malam sahaja ( selebinya di lakukan di rumah ) hadis riyaway Bukhari dan Muslim.

Bila di tanya para sahabat kenapa Rasulullah SAW kenapa tidak datang ke Masjid untuk berjemaah bersama para sahabat lalu baginda bersabda “Sesungguh aku melihat sambutan kamu, aku tidak hadir kerana takut solat itu diwajibkan keatas kamu’’.

Solat Sunat Tarawih pada zaman Rasulullah lebih banyak di lakukan secara solat sendirian berbanding berjemaah. Pada zaman Rasulullah SAW juga, Baginda solat 8 rakaat dan witir


Kenapa Qiam Ramadhan di tukar kepada Solat Sunat Tarawih ??

Pada zaman pemeritahan Kahlifah Umar Al-Khattab, beliau telah menukar Qiam Ramadhan di tukar kepada Solat Sunat Tarawih. Bukan setakad nama, waktu solat, rakaat juga turut di tukar oleh beliau. Yang mana pada asalnya Rasulullah SAW melakukan 8 rakaat dengan 3 witir, beliau menukarnya kepada 20 rakaat dan 3 witir. Pada zaman Rasulullah di lakukan pada waktu tengah malam, zaman Umar dilakukan selepas solat fardu isyak.

Hal ini demikian kerana pada zaman pemerintahan Umar semakin ramai umat islam melakukan solat sunnat Tarawih ini. Pada zaman pemerintahan Umar juga, beliau melihat ketidakseragaman dalam melakukan solat tarawih. Dimana beliau melihat umat islam solat secara berkelompak, lalu beliau telah pun mengubahnya dn menyuruh mereka solat secara jemaah yng diimankan oleh seorang iman yang mepunyai bacaan yang paling baik. Hal demikian agar dapat menyatukan umat islam supaya solat jemaah tarawih lebih bersatu.

Begitu juga dengan bilangan rakaat yang diubah disebabkan pada zaman pemerintahan Umar, umat islam kini lebih berilmu mana yang mana tahu bezakan mana wajib dan sunat.

Solat sunat tarawih ini juga telah di nyatankan oleh Umar bahawa ‘’ini termasuk dalam Bid’ah yang baik, tetapi orang yang tidur mendapat pahala lebih besar daripada mereka yang beramai-ramai bersolat tarawih itu’’.

Ayat tersebut membawa maksud bahawa solat di akhir waktu ( tidur dahulu seketika seperti yang dilakukan oelh Rasulullah SAW ) mendapat pahala yang lebih besar dari solat tarawih berjemaah di awal malam.

Bid’ah pula membawa maksud solat tarawih ini sama sahaja solat yang pernah di lakukan oleh Rasulullah SAW walaupun di ubah sedikit hanya untuk kebaikkan agar dalam menghimpunkan orang ramai untuk berjemaah.

Wallahualam.

Moga bermanfaat
kayu manis semanis hidupku

Keistimewaan Bulan Ramadhan


Assalamualaikum, Marhaban Ya Ramadhan Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan bulan Ramadhan Al-Mubarak merupakan bulan yang paling dinantikan oleh seluruh umat islam di dunia. Pelbagai keistimewaan  Bulan Ramadhan yang bakal dinikmati dan kedatangannya adalah amat di senangai manakala pemergiaan bulan Ramadhan adalah satu kesedihan bagi umat islam.

Ramadhan, bulan ke-9 dalam kalender Islam , adalah bulan yang paling penting dan suci bagi umat Islam. Para fuqoha mengatakan bahwa bulan Ramadhan adalah sebuah bulan yang berlimpah pahala dan mulia, di mana ramai umat islam yang menghargai dan menghabiskan waktu dengan ibadah , memperoleh pahala sebanyak pahala ibadah seperti 80 tahun .

Keistimewaan Bulan Ramadhan

Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalender islam dimana pada bulan ini Ayat pertama Al-Quran telah diturunkan. Allah SWT memerintahkan seluruh umat islam untuk menunaikan ibadah puasa selama sebulan di bulan ini.

Apa itu Bulan Ramadhan??

Ramadhan membawa maksud ''Penghulu Bulan'' kerana turun ayat-ayatr pertama dalam Al-Quran

Ramadhan membawa maksud '' Membakar '' dalam bahasa arab yang berasal dari kata ''Ramda'' yang membawa maksud panas yang terus menjadi panas atau tanag yang menjadi semakin panas. Maka Ramadhan di ertikan '' Membakar'' kerana ia membakar dosa- dosa.

Ramadhan membawa maksud ''Hujan'' dalam bahasa arab yang beasal dari kata dasar ''Ramadiyu" iaitu pada akhir musim panas , pada awal musim gugur dan membersihkan bumi dari debu . Seperti hujan  yang mencuci permukaan bumi , bulan Ramadhan mensucikan orang beriman dari dosa dan membersihkan hati mereka.

Ramadhan merupakan bulan puasa, di mana Umat Islam di Wajib berpuasa di siang hari dari terbit fajar ( subuh) sehingga tenggelam fajar ( magrib ) selama sebulan.

Keistimewaan Bulan Ramadhan

1. Turunnya ayat-ayat pertama dalam Al-Quran

Ayat-ayat pertama Al-Qur'an diturunkan pada bulan ini . Allah SWT ingin Muslim untuk menunaikan puasa pada bulan ini dan seperti yang dinyatakan dalam hadits ,Allah SWT memberikan lebih banyak pahala untuk ibadah dan rahmat di bulan ini .

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 :
“ Ramadhan adalah ( bulan) diturunkannya Al Qur'an , sebagai panduan untuk umat manusia , juga tanda yang jelas untuk bimbingan dan penilaian ( Antara benar dan salah ) . Selanjutnya ,jika salah seorang dari kamu mencapai bulan itu,maka ia harus berpuasa
2.  Bulan  ibadah, amal kebaikan  dan diampunkan Dosa

Rasulullah apabila memasuki 10 malam terakhir Ramadhan, Baginda akan menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan dan membangunkan kelurganya. Pada bulan Ramadhan juga Baginda merupakan orang yang paling murah hati dan lagi murah hati pada Ramadhan akan datang
“ Barangsiapa yang berdiri solat pada bulan Ramadhan dengan penuh iman dan mengharap pahala maka akan diampuni dosa – dosanya yang telah lalu”
HR Bukhairi dan Muslim
3.  Gandaan Pahala

Bila datang bulan Ramadhan, maka segala ibadah, amal kebaikkan akan di gandaakan segala pahala.

Sabda Rasulullah SAW
“ Pahala Umrah di bulan Ramadhan menyamai Pahala ibadah haji HR Bukhairi dan Muslim manakalah dalam [ HR muslim dinyatakan ] ...Ibadah haji bersamaku”
4.  Pintu langit dibuka dan pintu Negara ditutup

Maka terbuka la pintu-pintu langkit dan pintu neraka ditutup serapat-rapatnya yang hanya ada di bulan Ramadhan.

Rasulullah SAW bersabda :
“Apabila telah datang bulan Ramadhan, pintu – pintu langit dibuka, sedangkan pintu – pintu neraka akan ditutup, dan setan dibelenggu”
[ HR Bukhari dan Muslim ]
5.  Lailatur Qadar

Lailatur Qadar merupakan malam kemulian adalah satu malam dalam 10 hari terakhir bulan Ramadhan. Di mana pada malam itu lebih baik dari seribu bulan.

Rasulullah SAW bersabda
“ Sesungguhnya bulan (Ramadhan) telah datang kepada kalian, di dalamnya terdapat sebuah malam yang lebih baik dari seribu bulan, barang siapa yang tidak mendapatinya maka ia telah kehilangan banyak sekali kebaikan”
[ HR Ibnu Majah ]
 
5.  Sharul Al-Quran

Sahrul Al-Quran membawa maksud bulan Al-Quran seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 185 :
“ Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah

6.  Bulan penuh keberkatan, rahmat dan di makbulkan doa

 Di bulan yang mulai ini maka terbuka luaslah pintu keberkatan, rahmat dan pintu-pintu doa ( doa yang dimakbulkan )

Sabda Rasulullah SAW
“Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan penuh berkah”
[ HR An Nasai dan dishahihkan oleh Albani ]
“Apabila telah masuk bulan Ramadhan, maka dibukalah pintu-pintu rahmat, sedangkan pintu – pintu neraka jahannam ditutup, dan setanpun dibelenggu”
[ HR Bukhari dan Muslim ]
“Sesungguhnya setiap muslim pada tiap siang dan malam hari,pada bulan Ramadhan, memiliki doa yang mustajab”
[ HR Al Bazzar ]
7. I’tikaf di Masjid

I'tikaf di masjid di lakukan pada malam 10 terakhir Ramadhan, di mana perlu tinggal di masjid selama itu, jikalau dia keluar daripada masjid tersebut maka terbatal la niat i'tikaf tersebut.

 Dalam Surah  Al Baqarah ayat187

“ Di halalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamupun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi ma'af kepadamu.

“Adalah Rasulullah SAW telah beri’tikaf pada 10 hari terakhir dari bulan Ramadhan, sampai Bgainda wafar, kemudian isteri-isteri Baginda pun beri’tikaf setelahnya“ ( diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ) Anas RA berkata : Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan Makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri'tikaf dalam mAsjid. Itulah larangan Allah, Maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka bertakwa”
Maka sambutlah bulan yang penuh keberkatan ini dengan penuh keimanan. Jangan sesekali mengsia-siakan bulan yang hanya dating setahun sekali. Penuhi la ia dengan amal ibadat dan perbanyakkan la bertaubat dan berdoa agar kita sentiasa hidup dalam redhaNya.

Wallahualam,

Moga bermanfaat.



14 May 2017

Al-kisah Suka Solat Di Hujung Waktu

﷽

Al-kisah Suka Solat Di Hujung Waktu
‎  
Assalamualaikum,

Di Zaman Teknologi ini, zaman yang semakin canggih kini, ramai umat islam yang sering lalai dalam menunaikan Tanggungjawab sebagai muslim. Sering lewatkan solat dan suka solat dihujung waktu tanpa sebab yang muhasabah.

Tahukan kita akan akibat jika suka solat dihujung waktu?? Ketahui lah apa yang bakal terjadi kepada kita jika suka solat di hujung waktu.

Al-kisah Akibat Suka Solat Di Hujung Waktu

Para malaikat menyeretnya melalui orang ramai, menuju ke arah api neraka yang menjulang-julang. 

Dia menjerit sekuat hati dan tertanya-tanya jika ada mana2 orang yang mampu membantunya. 

Dia menjerit lagi sambil menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia sering membantu ibu bapanya. Bagaimana dia tidak pernah tinggal puasanya, tidak pernah tinggal solatnya, selalu bersedekah dan rajin membaca  al-Quran. 

Dia terus menjerit lagi, namun tiada seorang pun tampil membantunya. 

Para malaikat terus mengheret dia. Dan... mereka semakin hampir dengan kawah api neraka. 

Dia menoleh ke belakang dan ini rayuannya yg terakhir. Dia teringat... 

Tidak! Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa2 mereka." 

Dia menjerit lagi sekuat tenaga :

"Solat saya? Solat saya? Doa saya?" 

Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan terus mengheretnya ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang terasa menyambar mukanya. 

Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya. 

Salah satu malaikat menolak dia masuk ke kawah neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke dalam kawah api. 

Dia mandapati dirinya terus melayang dan akhirnya jatuh ke dalam kawah api neraka yg menjulang tinggi selama 70 tahun. 

Setelah 70 tahun sengsara dibakar api, tiba-tiba terasa tangannya diraih oleh satu lengan. 

Dia ditarik kembali ke atas. 

Apabila dia mengangkat kepalanya, dia melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang memegang tangannya.

Lelaki itu kelihatannya sangat daif. Sambil menyapu debu di tubuhnya

dia bertanya lelaki tua itu: "Siapakah anda?" 

Orang tua itu menjawab: "Aku lah solat anda" 

"Mengapa kamu begitu lewat bantu saya ? Wahai solatku, saya telah terjunam ke dalam neraka selama 70 tahun. Kenapa setelah tubuh saya hangus dan hampir berkecai baru kamu datang selamatkan saya? Kenapa?" 

Orang tua itu tersenyum sambil menggelengkan kepalanya, dan berkata:

"Adakah awak lupa? Selama hidup di dunia dulu awak sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir." 

"Setiap kali Maghrib awak beri tumpuan pada drama tv dulu.

"Zohor awak lewat. Awak utamakan kerja dari saya. Asar dan Subuh selalu di hujung waktu. 

"Awak ingatkah itu semua?"

Jerkahan lelaki tua itu mengejutkannya dari tidur.Dia terjaga dan seluruh badannya basah oleh peluh ketakutan. Allahuakbar.

Ketika itu juga dia mendengar laungan  azan subuh dikumandangkan. Dia bangun dengan cepat dan mengambil wudhuk lalu berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang Maha Benar. 

Wallahu a'lam...

Moga bermanfaat

10 May 2017

7 Jenis Pintu Neraka

﷽

‎
Assalamualaikum,

Kisah 7 Jenis pintu neraka. Dimana Rasulullah SAW menangis hingga pengsan ketika Jibril menyebutkan penghuni neraka yg ke-7. Allahu..

ALLAH berfirman dalam beberapa ayat berikut.
“ Apabila neraka itu melihat mereka dari tempat yg jauh, mereka akan mendengar kegeraman dan suara nyalanya ”
[ QS. Al-Furqan: 11 ]
“Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya, mereka mendengar suara neraka yg mengerikan, sedang neraka itu menggelegak, hampir-hampir (neraka) itu terpecah lantaran marah ”
[ QS. Al-Mulk: 7 ]
“ Air di jahannam adalah Hamim (air panas yg menggelegak), anginnya adalah Samum (angin yg amat panas), sedang naungannya adalah Yahmum (naungan berupa potongan-potongan asap hitam yg sangat panas)”
[ QS. Al-Waqi'ah: 41-44 ] 
Lalu Rasululullah SAW meminta Malaikat Jibril menjelaskan satu persatu mengenai Pintu-pintui Neraka Tersebut.

1. Pintu Hawiyah ( Jurang )
Pintu pertama yang diperuntukkan bagi kaum munafik.

2. Pintu Al Jahim 
Pintu kedua yang diperuntukkan bagi kaum musyrikin.

3. Pintu Sagar
Pintu ketiga yang  diperuntukkan bagi kaum shobiin atau penyembah api.

4. Pintu Ladha
Pintu keempat yang diperuntukkan bagi iblis dan para pengikutnya.

5. Pintu Huthomah ( menghancurkan hingga berkeping-keping )
Pintu kelima  yang diperuntukkan bagi kaum Yahudi.

6. Pintu Sa'ir ( api yg menyala-nyala )
Pintu keenama yang diperuntukkan bagi kaum kafir.

7. Pintu Jahannam
Pintu ketujuh diperuntukkan bagi umat Rasulullah SAW yang berdosa besar dan meninggal sebelum bertaubat.

Mendengar penjelasan itu,  Rasulullah SAW terkejut lalu  pengsan. Jibril lalu meletakkan kepala Rasulullah SAW di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar beliau bersabda: 

"Ya Jibril, sungguh besar kerisauan dan rasa sedihku, apakah ada seorang dari umat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" 

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari umatmu."

Rasulullah SAW menangis, lalu Jibril pun ikut menangis. Kemudian Rasulullah SAW langsung masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk solat.

Setelah kejadian itu, beliau tidak berbicara dengan siapa pun selama beberapa hari dan ketika solat beliau pun menangis dengan tangisan yg sgt memilukan.

Allahuakbar begitu cintanya Rasulullah terhadap umatnya. Moga kita sentiasa menjadi hamba-hamba dan umat Rasulullah SAW yang sentiasa bertaubat nasuha dan banyakkan selawat kepada  Nabi Muhammad SAW agar kita mendapatkan syafa'at beliau di akhirat nanti.

Wallahu'alam.

Moga bermanfaat

06 May 2017

Kau Yang Mana??

﷽

   ‎
Memang,
manusia tak boleh lari
daripada buat silap

setiap orang pasti
pernah melakukan
dosa

kecil atau besar
sengaja atau tidak
tertutup mahupun terbuka

soalanya sekarang antara
banyak-banyak golongan pendosa

KAU YANG MANA SATU??

ada golongan yang melakukan dosa
dalam keadaan dia sendiri sedar
itu adalah dosa

dia belajar hukum hakam halal haram
tapi ilmunya tiada amal

ibarat beli pinggan mangkuk
mahal-mahal hanya dipamerkan
didalam alamari kaca sahaja

ada golongan yang buat dosa
tapi disebabkan dia malas belajar,
dia jahil, dia tak tahu pun pun
benda itu adalah dosa

apabila orang ingin mengajar
dia menutup telinga

Alasanya...
Sorry aku tak ada masa

dan akhirnya,
nikmat dan istidraj sudah tidak
dapat dibezakan lagi

ada orang yang melakukan dosa
dan dia malu untuk dedahkan dosa
dia kepada orang lain

di depan orang ramai
dia lah ustaz
dia lah imam

tetapi dibelakang orang,
dialah adalah yang paling fasik sekali

itu belum masuk
dosa-dosa yang berpunca
dari penyakit hati

ujub, riak, hasad dan takabbur

sesetengah pula
tak tahu apakah
itu perasaan malu

depan belakang orang
sama sahaja baginya

bahkan ada yang berbangga
dan mempertahankan dosa mereka

''AT LEAST AKU TAK HIPOKRIT MACAM KAU!!''
 lagipun tak ada paksaan dalam agama

sehingga mengunakan
hujah-hujah agama
membela dosa masing-masing
menipu orang ramai dan diri sendiri

Ada juga golongan yang memilih-milih,
mana dia rasakan dosa besar dia
tinggalkan arak, khinzir.

Mana dia rasakan dosa kecil dia buat,
berpegang tangan dengan bukan muhrim,
berdua-dua dengan bukan muhrim

sehingga lupa bahawa
dosa ini ibarat titik-titik hitam

setiap kali berdosa,
titik-titik hitam ini akan muncul

sedikit demi sedikit menutup
segenap ruang dan dimensi hati

sehingga akhirnya hatinya akan buta

Dan sesungguhnya
kesemua dosa yang
dilakukan pastinya kan kembali

balasan dan azab akan menanti
buat mana-mana pendosa,

kecuali golongan..
yang melakukan dosa
mereka segera bertaubat
dengan taubat nasuha

dan sekali lagi aku ingin bertanya
antara banyak-banyak pendosa

KAU YANG MANA SATU??

AKU???

Karya : Abeben