﷽
Assalamualaikum,
Kisah 7 Jenis pintu neraka. Dimana Rasulullah SAW menangis hingga pengsan ketika Jibril menyebutkan penghuni neraka yg ke-7. Allahu..
ALLAH berfirman dalam beberapa ayat berikut.
“ Apabila neraka itu melihat mereka dari tempat yg jauh, mereka akan mendengar kegeraman dan suara nyalanya ”
[ QS. Al-Furqan: 11 ]
“Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya, mereka mendengar suara neraka yg mengerikan, sedang neraka itu menggelegak, hampir-hampir (neraka) itu terpecah lantaran marah ”
[ QS. Al-Mulk: 7 ]
“ Air di jahannam adalah Hamim (air panas yg menggelegak), anginnya adalah Samum (angin yg amat panas), sedang naungannya adalah Yahmum (naungan berupa potongan-potongan asap hitam yg sangat panas)”
[ QS. Al-Waqi'ah: 41-44 ]
Lalu Rasululullah SAW meminta Malaikat Jibril menjelaskan satu persatu mengenai Pintu-pintui Neraka Tersebut.
1. Pintu Hawiyah ( Jurang )
Pintu pertama yang diperuntukkan bagi kaum munafik.
2. Pintu Al Jahim
Pintu kedua yang diperuntukkan bagi kaum musyrikin.
3. Pintu Sagar
Pintu ketiga yang diperuntukkan bagi kaum shobiin atau penyembah api.
4. Pintu Ladha
Pintu keempat yang diperuntukkan bagi iblis dan para pengikutnya.
5. Pintu Huthomah ( menghancurkan hingga berkeping-keping )
Pintu kelima yang diperuntukkan bagi kaum Yahudi.
6. Pintu Sa'ir ( api yg menyala-nyala )
Pintu keenama yang diperuntukkan bagi kaum kafir.
7. Pintu Jahannam
Pintu ketujuh diperuntukkan bagi umat Rasulullah SAW yang berdosa besar dan meninggal sebelum bertaubat.
Mendengar penjelasan itu, Rasulullah SAW terkejut lalu pengsan. Jibril lalu meletakkan kepala Rasulullah SAW di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar beliau bersabda:
"Ya Jibril, sungguh besar kerisauan dan rasa sedihku, apakah ada seorang dari umat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"
Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari umatmu."
Rasulullah SAW menangis, lalu Jibril pun ikut menangis. Kemudian Rasulullah SAW langsung masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk solat.
Setelah kejadian itu, beliau tidak berbicara dengan siapa pun selama beberapa hari dan ketika solat beliau pun menangis dengan tangisan yg sgt memilukan.
Allahuakbar begitu cintanya Rasulullah terhadap umatnya. Moga kita sentiasa menjadi hamba-hamba dan umat Rasulullah SAW yang sentiasa bertaubat nasuha dan banyakkan selawat kepada Nabi Muhammad SAW agar kita mendapatkan syafa'at beliau di akhirat nanti.
Allahuakbar begitu cintanya Rasulullah terhadap umatnya. Moga kita sentiasa menjadi hamba-hamba dan umat Rasulullah SAW yang sentiasa bertaubat nasuha dan banyakkan selawat kepada Nabi Muhammad SAW agar kita mendapatkan syafa'at beliau di akhirat nanti.
Wallahu'alam.
Moga bermanfaat
Moga bermanfaat
ASTAGHFIRULLAH AMPUNI HAMBA-MU YA ALLAH
ReplyDeleteTakutnya..Ya Allah ampuni kami ya Allah...
ReplyDelete