﷽
Assalamualaikum,
Mari kita merasa gerun kepada Allah dgn NamaNya Ya Jabbar, Bicaralah kepadaNya,
Allahumma Ya Jabbar, Ya Jabbar, Ya Jabbar,
sesungguhnya Engkau Maha Pemaksa.
Sekiranya daku tersasar dari jalan kebenaranMu, Engkau memaksaku kembali dengan sedikit ketegasanMu kerana kasihMu kepada dakuku, ketika daku bersantai-santai di dunia ini sedangkan mahligai syurga belum terbina dan jurang neraka sudah terbuka.
Engkau ya Jabbar menarikku untuk sujud kepadaMu dengan peristiwa-peristiwa yang memaksaku terpisah dengan dunia dan manusia, peristiwa kesakitan, bangkrup, perpisahan, kemiskinan dan pelbagai peristiwa yang Engkau ya Khaliq ya Baari' ya Musowwir ciptakan agar daku hampir kepadaMu ya Rahman ya Rahim.
Ketika mataku asyik menonton tv dan video yang melalaikan, Engkau ya Jabbar mengambil penglihatanku agar ianya tidak terkena kotoran dosa, ketika pendgran ini sering mendengar umpat keji dan perkara dosa dan syirik.
Engkau ya Jabbar mengambil pendgrnku agar ianya tidak dikotori, ketika kaki ini begitu malas ziarah menziarah tapi bermalasan, Engkau ya Jabbar mengambilnya agar daku ada masa berdamping denganMu, ketika hati ini kosong dari cintaMu ya wadud, Engkau ya jabbar memaksaku untuk mencintaiMu dengan perpisahan dan perceraian dengan makhluq, ketikaku lupa kematianku mungkin akan datag esok hari.
Engkau ya Jabbar memaksaku untukk membuat persiapan menghadapinya dengan pelbagai peristiwa penyucian bagi hatiku yang kotor ini, terima kasih ya Allah ya Jabbar kerana kasihMu ya Rahman ya Rahim ya Wadud, maafiku kerana tidak mampu memaksa nafsuku utk tunduk Kp Mu..
YA JABBAR YA RAHMAN YA RAHIM
ReplyDelete