﷽
Assalamualaikum,
Mari kita terus sujud kepada Allah sambil memujaNya.
Allahumma Ya Muiz Ya Muzill, Ya Muiz Ya Muzill, Ya Muiz Ya Muzill
sesungguhnya Engkau Maha Memuliakan dan Maha Menghinakan.
Setiap kemuliaan, pujian, anugerah adalah kurniaanMu ya Muiz sebg tanda Engkau memuliakan dan menghargai setiap pengorbanan hambaMu.
Engkau juga memuliakanku pada pandagan mata manusia agar dengan kemuliaan ini, daku mampu mengajak manusia kepada jalanMu, namun kadang-kadang kemuliaanMu itu membuatku lalai dan datangnya riak dan ujub dan kadang-kadang manusia mula mengkagumiku, maka Engkau ya Muzill mendtgkan peristiwa kehinaan, fitnah dan keaiban kepadaku agar daku menginsafi bahwa diriku ini dicipta dari tanah yang hina, tanpa kemuliaan kurniaanMu ya Muiz, daku akan hina dan dipandang hina.
Kehinaan yang Engkau kurniakan kepadaku juga akan mengelakkan manusia mengagungkan dan memujaku kerana yang hanya layak dipuja adalah Engkau saja Ya Hamid ya Dzal jalaali wal ikram yg maha terpuji dan pemilik seluruh kemuliaan dan keagongan di alam buana ini.
Ya Allah ya Muiz ya Muzill, kurniakanku rasa syukur dan redha atas setiap peristiwa yang memuliakanku maupun menghinakanku, daku tidak mengharapkan kemuliaan manusia, daku hanya mengharapkan kemuliaan disisiMu di akhirat nanti, kurniaku kekuatan ya Aziz ya Qowiy ya Matin dlm mengharungi kehidupan ini..
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^