﷽
Assalamualaikum.
Mari kita terus mengenali Allah dgn AsmaulhusnaNya.
Allahumma Ya Qobidh Ya Basith, Ya Qobidh Ya Basith, Ya QobidhYa Basith.
sesungguhnya Engkau Maha Menyempitkan dan Maha Melapangkan
Engkau menyempitkanku kerana kasih kepada ku agar daku sentiasa ingat kepadaMu dan ketika daku datang merintih kepadaMu, Engkau melapangkan ku ya Basith.
Daku insaf ya Allah Ya Qobidh, nafsu ini seringkali tersasar daripada jalan kebenaranMu, hanya dengan sedikit kesempitan, ia akan tunduk dan kembali kepadaMu memohon ampun dan taubat, ya Affuw ya Ghaffar ya Tawwab.
Ketika daku sihat, tetapi kesihatan itu melupakan daku kepadaMu dan akhirat, Engkau ya Qobidh menyempitkan daku sedikit dengan kesakitan, maka sakit itu tanda Engkau akan melapangkan akhirat bagiku. Ketika wang ringgit membuatku lalai dan membazir, Engkau ya Qobidh menyekat wang ringgit seketika agar daku memuhasabah dan insaf diri agar wang ringgit itu tidak dikalongkan menjadi kalongan api neraka nanti.
Ya Allah ya Qobidh, ketika Engkau menyempitkanku, kurniakan ku kesabaran Ya Sobur, kekuatan ya Aziz ya Qowiy ya Matin, cahaya petunjukMu ya Nuur ya Haadi ya Haq dan kelapangan ya Basith.
Ketika daku dilapangkan olehMu ya Basith, jadikan daku hamba yang bersyukur ya Syakur dan menggunakan segala kurniaanMu di jalan kebenaran dan kebajikan
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^