23 May 2017

Doa Asmaul Husna : Allah Ya Adl


 Allah Ya Adl

Assalamualaikum,

Mari kita terus berjln diatas permaidani makrifatullah.

 Allahumma Ya AdlYa Adl,  Ya Adl

sesungguhnya Engkau maha Adil.

Mengadilil setiap hambaMu sehingga setiap zarah kebaikan Engkau hargai dan balasi dan setiap zarah kejahatan juga Engkau adili seadil-adilnya sehingga tiada siapa yang teraniaya dan dizalimi olehMu. 

Engkau ya Adl mengurniakan syurga abadi bagi hamba-hamba yang beriman yang menyibukkan diri dengan amal soleh di dunia ini. Bagi yang memilih kekufuran dan kesenangan dunia yang sementara ini, Engkau limpahkan sebyk2nya kurniaanMu di dunia ini sehingga mereka tidak dpt menuntut lg di akhirat dan disana mereka menemui neraka yang menyala-yala sebagai balasan atas kekufuran mereka. 

Engkau juga Ya Adl membalas dengan penuh keadilan bagi hamba yang Engkau uji dengan kesakitan, ujian dan musibah yang redha dan sabar, dgn ganjaran pahala yang melimpah ruah. KeadilanMu sentiasa dapat dilihat ketika Engkau memberikan rezekiMu yg mulia kepada hamba-hambaMu yang melalui pelbagai kepayahan dan keperitan hidup.

Golongan miskin di dunia ini Engkau izin memasuki akhirat terlebih dahulu dari golongan kaya kerana setiap sen kekayaanMu yang dipinjamkan kepada hambaMu akan diadili seadil-adilnya. Setiap ibubapa akan diadili setiap anak-anaknya, apakah didikan yang diberikan, setiap suami akan diadili akan tanggjwb memimpin keluarganya ke syurga, setiap majikan akan diadili tangungjawab terhadap pekerjanya dan setiap saat kehidupan ini akan disoal siasat dan diadili apakah yang ia lakukan di dunia ini.

Ya Allah ya Adl, selamatkan ku di hari keadilanMu nanti, dimana hakim yang akan mengadili kami adalah Engkau ya Hakam ya Adl, tiada siapa yang dapat menolong kami melainkanMu ya Ghaffar ya Ghaffur, ya Tawwab, ya Wahhab, ya Karim..

2 comments:

  1. Amin amin ya Rabbal'alamin.

    Counting for ramadhan :)

    ReplyDelete
  2. Amiinn...sesungguhnya Dia yang Maha Adil

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^