﷽
Assamualaikum,
Saban tahun pasti datang kemeriahan hari guru. 16 Mei merupakan hari buat semua Warga Pendidik bukan sekadar guru-guru di sekolah, ustazah-ustazah, ustaz-ustaz tetapi Ibubapa dan Keluarga kita juga merupakan warga pendidik kepada kita semua sejak dari kandungan lagi dan Sahabat kita yang tak pernah leka membimbing kita kearah kebaikan dan berkongsi ilmu. Meraka semua adalah Guru kita
Guru,
engkau la pendidik,
engkau la pembimbing,
engkau la penyelamat.
Tanpamu,
aku tidak di sini,
aku tidak berjaya,
aku tidak kenal erti dunia,
Jasamu, Ilmumu,
tak bisa di bayar dengan wang ringgit,
tak bisa di bayar dengan ucapan,
tak bisa di bayar dengan senyuman,
Namun,
wang ringgit bukan pintamu
ucapan memadai buatmu,
senyuman cukup bermakna buatmu,
Keranamu,
aku kenal sang Pencipta
aku kenal Rasulullah SAW,
aku kenal islam.
Terima Kasih Guru..
Aku,
tak mampu memberikan mu segulung Ijazah,
tak mampu membina kerjaya yang baik,
tak mampu memberi mu hadiah
Namun aku hanya sedang berusaha menjadi MUSLIMAH yang sebenarnya atas didikan mu..
Kerana mu Guru,
Kerana dirimu sungguh berharga,
Tanpa mu siapa AKU.
Nukilan Unni Anje
Selamat hari guru buat semua guru di Malaysia..
ReplyDeletetanngal birthday MIL akak juga. senang ingt =)
ReplyDeleteselamat hari guru kepada semua pendidik
ReplyDeleteSelamat hari guru. Rindu zaman sklh dulu. Huhuhu
ReplyDeleteSelamat hari guru buat semua guru-guru di Malaysia. Jasa dan pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa sangat tinggi nilainya. Terima kasih wahai guru.
ReplyDelete