﷽
Assalamualaikum,
Mari kita terus berjalan diatas permaidani makrifatullah.
Allahumma Ya Bashir, Ya Bashir, Ya Bashir,
sesungguhnya engkau yang Maha Melihat.
Engkau melihat hambaMu setiap saat, apa yang daku perlukan dlm hidup ini, Engkau Ya Rahman, ya Rahim, ya Wahhab, ya Karim terus memberi seringkali tanpa perlu daku meminta2 kepadaMu, Engkau melihat segala ibadahku kpMu, segala akhlaqku zahir dan bathin, Engkau melihat segala perbuatan kebaikanku dan Engkau ya Muhshi, Ya Hasib terus mencatit dan menghisab untuk diganjari dengan ganjaran berlipatganda di syurga nanti.
Engkau juga ya Bashir sentiasa melihatku, ketika daku nyaris terjebak dengan dosa dan kejahatan, Engkau terus mewaspadakan ku ya Khobir dan sentiasa mengawasiku ya Roqib dari tipudaya syaitan dan nafsu.
Ya Bashir, Engkau sentiasa ada disisiku ketika daku kesunyian dan keseorangan dan kesakitan, sudi menemaniku setiap saat, ya Aziz ya Qowiy ya Matin, Engkau sentiasa memberiku kekuatan ketika Engkau melihat daku lemah, Engkau ya Salam memberiku ketenangan ketika Engkau melihat daku kerisauan, Engkau ya Fattah memberiku jalan keluar ketika Engkau melihat daku kebuntuan.
Ya Allah ya Baaqi, ya Bashir, kekalkan penglihatanMu terhadap diriku yang lemah lg hina ini, ketika daku tersasar, bimbinglah daku Ya Nuur ya Haadi Ya Haq..
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^