30 May 2017

Resepi Peria Goreng Berlada Masakan Paling Mudah

Resepi Peria Goreng Berlada Masakan Paling Mudah | Resepi ini merupakan resepi yang paling mudah dan ringkas untuk disediakan. Resepi ini hanya menggunkan bahan-bahan yang sedia ada di rumah kamu. Selain meminati makanan asam seperti Kerabu Mangga unni juga meminati sayuran pahit seperti Peria , Hidangan Peria Goreng Berlada ini menjadi menu pilihan. Pedas dan pahit memang sedap.

Resepi Peria Goreng Berlada

Resepi Peria Goreng Berlada Masakan Paling Mudah
Peria Goreng Berlada


Bahan-bahan Peria Goreng Berlada

1. Peria 1 biji ( dihiris nipis dan di rendam dengan air garam selama 1 jam )
2. Ikan bilis 1 genggam.
3. Bawang putih 2 ulas ( di kisar )
4. Bawang merah - 3 ulas ( di kisar )
5. Cili api ikut suka ( di kisar )
6. Sos Tiram 2 sudu
7. Sedikit Garam
8. Secukup Rasa
9. Sedikit minyak

Cara Membuat Peria Goreng Berlada

1. Bawah merah, bawang putih dan cili api di kisar atau di tumbuk.
2. Masukkan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing kemudian ketepikan.
3. Gunakan minyak yang sama untuk menumis bahan-bahan yang di kisar sehingga naik bau.
4. Masukkan sos tiram.
5. Masukkan peria.
6. Masukkan perasa.
7. Bila peria masak masukkan ikan bilis yang telah di goreng tadi.
8. Siap untuk di hidang.

Resepi ini Unni ambil dari Blog Kak Suria Amanda. Sapa ak kenal beliau bog penuh masakan sedap!! Dan resepi ini memang sedap. Kami mendapatkan rasa yang terlalu pahit, peria hendaklah di rendam rendam selama 1 jam di dalam air garam. Cuma bezanya Unni gunakan peria biasa, orang selalu guna peria Katak. Kalau nak lagi menarik letak lada merah.

Bagi orang bujang macam unni ini. memang resepi ini sangat mudah dan sedap. Kalau unni masak suka bagi keringkan tanpa ada kuah sebab rasanya lagi sedap berbading ada kuah. Pastikan juga minyak tidak terlalu banyak. Ikan bilis pula unni sarankan kepala dan perutnya di buang, dan gunakan ikan bilis yang kecl-kecil. Kalau ada ikan bilis yang sedia tak ada kepala di jual baik guna yang itu.

Selamat Mencuba

8 comments:

  1. Sedapnya kerabu mangga..
    Kesukaan akak juga ni unie..

    Selamat berpuasa unie..

    ReplyDelete
  2. Cuba paprik pulak lps ni. Nnti kak ana share.

    ReplyDelete
  3. nampak sedap plk peria ni...pandai unni masak hihi

    ReplyDelete
  4. simple ja bhn2nya kan unnie..tp klu aq xsuka ikan bilis haha

    ReplyDelete
  5. Ringkas dan mudah...mesti sedap kan

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^