07 May 2017

Doa Asmaul Husna : Allah Ya Mutakabbir

﷽‎ 

Allah Ya Mutakabbir

Assalamualaikum,

Marilah kita terus mengenali dan memuji Allah,

Allahumm Ya MutakabbirYa MutakabbirYa Mutakabbir,

  sesungguhnya Engkau maha memiliki kebesaran. 

Alam ini menceritakan kebesaranMu, Engkau mencipta makhluq, manusia dan peristiwa agar manusia membesar-besarkanMu. 

Engkau layak dibesar-besarkan kerana Engkaulah ya Khaliq ya Baari' ya Musowwir yang mencipta, mengatur dengan penuh kreatif seluruh alam dan isinya, hatta kenderaan dan telefon yang canggih ini adalah ciptaanMu bukan ciptaan jepun atau korea.

Engkau ya Alim ya Hakim ya Rashid yang memasukkan idea, ilmu dan kreativiti di dalam otak manusia, sesungguhnya otak manusia buntu tanpa ilmuMu. Dengan itu Engkau layak dibesar-besarkan. 

Ya Mutakabbir, daku insaf bahawa diri sangat kerdil, unttk membuka kelopak matapun tiada daya ku apatah lagi untuk menguruskan makhluq dan kehidupanku, maka bantulah daku hambaMu yang dhaif ini dalam kehidupan ini. 

Walau apapun yang Engkau kurniakan bagi diriku, itu semua milikMu, harta itu milikMu ya Ghoniy ya Mughni, jawatan serta gelaranku adalah kurniaanMu ya Kabir, ya Mutakabbir, ya Aliy, ya Mutaali, ya Adzim, suami/isteri/anak2 adalah milikMu ya malik, kecantikan itu milikMu ya Baadi' .

Seluruh anggota tubuh badanku milikMu ya Malik, daku hanya peminjam sementara, dengan itu Engkaulah yang layak dibesar-besarkan, daku hambaMu hanya ciptaanMu yang sangat kerdil..

2 comments:

  1. Alhamdulillah. Allah maha besar.. Nice sharing ^^ sy dtg nk jmput join giveaway ni :) http://akhalilah.blogspot.my/2017/05/giveaway-by-butik-julita-anje-saya-nak.html?m=1

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. perkongsian yang bagus

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^