Showing posts with label 1 Hari 1 Nama. Show all posts
Showing posts with label 1 Hari 1 Nama. Show all posts

24 May 2017

Doa Asmaul Husna : Allah Ya Latif


 Allah Ya Latif

Assalamualaikum,

Mari kita terus berjln diatas permaidani makrifatullah. 

Allahumma Ya LatifYa LatifYa Latif

sesungguhnya Engkau yang  maha lembut, 

Dia sangat lembut layananNya kepada hambaNya.  Ketika hambaNya tersilap buat kejahatan kerana terlalai dan terlupa, Dia ya Latif mendetikkan hati hamba itu untuk memohon keampunanNya agar dibersihkan dari dosa-dosa

Ketika seorg hamba dilahirkan, Dia ya Latif melayan dengan penuh kelembutan dan menatang seperti menatang minyak yang penuh melalui insan-insan yang dimasukkan kelembutan ya latif. Ya Latif juga berlembut dgn manusia, walau mulut  manusia sentiasa mengumpat, Dia tetap menyuapkan mulut hambaNya dgn rezekiNya.

Ketika Ya Quddus menyucikan dosa2 hambaNya melalui kesakitan, Dia ya Latif menghantar doktor dan jururawat membawa penyembuhanNya dengan penuh kelembutan.

Begitulah kelembutan ya Latif melayan hambaNya setiap masa, oleh itu lembutkan lah lidah dan hatimu untuk memujiNya, Dia ya Hamid layak dipuji diatas kelembutanNya kp hamba2Nya..

23 May 2017

Doa Asmaul Husna : Allah Ya Adl


 Allah Ya Adl

Assalamualaikum,

Mari kita terus berjln diatas permaidani makrifatullah.

 Allahumma Ya AdlYa Adl,  Ya Adl

sesungguhnya Engkau maha Adil.

Mengadilil setiap hambaMu sehingga setiap zarah kebaikan Engkau hargai dan balasi dan setiap zarah kejahatan juga Engkau adili seadil-adilnya sehingga tiada siapa yang teraniaya dan dizalimi olehMu. 

Engkau ya Adl mengurniakan syurga abadi bagi hamba-hamba yang beriman yang menyibukkan diri dengan amal soleh di dunia ini. Bagi yang memilih kekufuran dan kesenangan dunia yang sementara ini, Engkau limpahkan sebyk2nya kurniaanMu di dunia ini sehingga mereka tidak dpt menuntut lg di akhirat dan disana mereka menemui neraka yang menyala-yala sebagai balasan atas kekufuran mereka. 

Engkau juga Ya Adl membalas dengan penuh keadilan bagi hamba yang Engkau uji dengan kesakitan, ujian dan musibah yang redha dan sabar, dgn ganjaran pahala yang melimpah ruah. KeadilanMu sentiasa dapat dilihat ketika Engkau memberikan rezekiMu yg mulia kepada hamba-hambaMu yang melalui pelbagai kepayahan dan keperitan hidup.

Golongan miskin di dunia ini Engkau izin memasuki akhirat terlebih dahulu dari golongan kaya kerana setiap sen kekayaanMu yang dipinjamkan kepada hambaMu akan diadili seadil-adilnya. Setiap ibubapa akan diadili setiap anak-anaknya, apakah didikan yang diberikan, setiap suami akan diadili akan tanggjwb memimpin keluarganya ke syurga, setiap majikan akan diadili tangungjawab terhadap pekerjanya dan setiap saat kehidupan ini akan disoal siasat dan diadili apakah yang ia lakukan di dunia ini.

Ya Allah ya Adl, selamatkan ku di hari keadilanMu nanti, dimana hakim yang akan mengadili kami adalah Engkau ya Hakam ya Adl, tiada siapa yang dapat menolong kami melainkanMu ya Ghaffar ya Ghaffur, ya Tawwab, ya Wahhab, ya Karim..

22 May 2017

Doa Asmaul Husna : Allah Ya Hakam

﷽‎ 

 
Assalamualaikum,

Mari kita terus menikmati kelazatan makrifatullah.

Allahumma Ya HakamYa HakamYa Hakam,

sesungguhnya  Maha Menetapkan Peraturan dan menetapkan Hukuman. 

Engkau menetapkan peraturan dan landasan 3I (iman, islam dan ihsan) sebagai peraturan hidup hambaMu. Sekiranya hidup mengikut peraturan lain, maka hukuman akan dikenakan. 

Sekiranya hati tidak beriman dan tidak yakin Allah ya Rozzaq telah menjamin rezeki dunia, dan terus mengejar dan bermati-mati dan bersungguh-sungguh mengejar kerana tidak beriman kepada Ya Rozzaq, lebih yakin kepada ikhtiar sendiri, maka hukuman ya Hakam adalah kekecewaan dunia dan akhirat.

Sekiranya hati tidak beriman kepada Rasulullah saw iaitu meninggalkan cara dan peraturan hidup sederhana yg ditunjuki oleh Baginda, hukuman ya Hakam ialah kesibukan dunia yang memenatkan dan tiada kesempatan utk ibadah kepada Allah, terjebak dalam riak dan ujub yang hukuman ya Hakam ialah muflis iaitu amalan menjadi debu yang berterbangan..

Allahumma Ya Hakam yang menetapkan peraturan 3I, iman, islam dan ihsan untuk hidupku sebagai abdi dan khalifahMu, tundukkan kami kepada peraturanMu ya Qohhar, pimpin kami atas landasan 3I. 

Allahumma Ya Haadi, perhatikan kami dan awasi kami dan cegahlah kami agar kami tidak tergelincir dari landasan 3I.

Allahumma Ya Bashir, Ya Khobir, Ya Raqib. Sekiranya daku tersasar dan Engkau Ya Hakam ya Latif ya Halim menghukumku di dunia ini dengan hukuman yang penuh kelembutan dan kesantunan, daku redha ya Allah, asalkan saja daku terselamat dari hukuman nerakaMu ya Muntaqim..


21 May 2017

Doa Asmaul Husna : Allah Ya Bashir



Assalamualaikum,

Mari kita terus berjalan diatas permaidani makrifatullah.

Allahumma Ya BashirYa BashirYa Bashir,

sesungguhnya engkau yang Maha Melihat.

Engkau melihat hambaMu setiap saat, apa yang daku perlukan dlm hidup ini, Engkau Ya Rahman, ya Rahim, ya Wahhab, ya Karim terus memberi seringkali tanpa perlu daku meminta2 kepadaMu, Engkau melihat segala ibadahku kpMu, segala akhlaqku zahir dan bathin, Engkau melihat segala perbuatan kebaikanku dan Engkau ya Muhshi, Ya Hasib terus mencatit dan menghisab untuk diganjari dengan ganjaran berlipatganda di syurga nanti. 

Engkau juga ya Bashir sentiasa melihatku, ketika daku nyaris terjebak dengan dosa dan kejahatan, Engkau terus mewaspadakan ku ya Khobir dan sentiasa mengawasiku ya Roqib dari tipudaya syaitan dan nafsu.

Ya Bashir, Engkau sentiasa ada disisiku ketika daku kesunyian dan keseorangan dan kesakitan, sudi menemaniku setiap saat, ya Aziz ya Qowiy ya Matin, Engkau sentiasa memberiku kekuatan ketika Engkau melihat daku lemah, Engkau ya Salam memberiku ketenangan ketika Engkau melihat daku kerisauan, Engkau ya Fattah memberiku jalan keluar ketika Engkau melihat daku kebuntuan. 

Ya Allah ya Baaqi, ya Bashir, kekalkan penglihatanMu terhadap diriku yang lemah lg hina ini, ketika daku tersasar, bimbinglah daku Ya Nuur ya Haadi Ya Haq..


20 May 2017

Doa Asmaul Husna : Allah Ya Sami'



Assalamualaikum,

Kita sambung lagi pelajaran mengenal Allah.

Allahumma Ya Sami'Ya Sami'Ya Sami'

sesungguhnya Engkau yang maha Mendengar, 

Engkau mendengar setiap bicara hati, rintihan, tangisan, rayuan, permintaan, harapan, cita-cita dan apa saja doa hambaNya yg merintih kpNya.

Ya Sami', Engkau tidak pernah membezakan antara hamba-hambaMu yg miskin atau kaya, yang sihat atau sakit, yang muda atau tua, semuanya Engkau memberi layanan yang sama, Ya Rahman Ya Rahim. 

Ya Sami', dengarilah rintihan hambaMu ini di pagi yang mulia ini ya Karim, sesungguhnya daku ingin hidup sebagai abdi dan khadamMu yang sejati yang Engkau redhai, setiap saat daku ingin dalam ketaatan, tak mahu dalam dosa dan kemurkaanMu. 

Ya Sami' ya Mujib, dengarlah rayuan hambaMu ini, tunjuki ku jalan yang lurus, ya Nuur ya Haadi ya Haq, kurniakanku ilmu mengenalMu ya Alim ya Hakim ya Rashid, agar daku dapat mengasihiMu, kagum kepadaMu dan gerun kepadaMu. 

Ya Sami', walau tiada siapa yang mendengar rintihanku, Engkau tetap sudi mendengarnya. Ya Sami', lepaskan daku dari tali perhambaan kepada nafsu, manusia dan makhluq, dan ikatkan daku dengan tali perhambaan hanya kepadaMu ya Ahad, ya Wahid ya Somad, dan kukuhkan tali ini ya Aziz ya Qowiy ya Matin, dan kekalkan ikatan yang kuat ini ya Baaqi....

19 May 2017

Doa Asmaul Husna : Allah Ya Muiz Ya Muzill


 
Assalamualaikum,

Mari kita terus sujud kepada Allah sambil memujaNya.

Allahumma Ya Muiz Ya MuzillYa Muiz Ya MuzillYa Muiz Ya Muzill

sesungguhnya Engkau Maha Memuliakan dan Maha Menghinakan. 

Setiap kemuliaan, pujian, anugerah adalah kurniaanMu ya Muiz sebg tanda Engkau memuliakan dan menghargai setiap pengorbanan hambaMu.

Engkau juga memuliakanku pada pandagan mata manusia agar dengan kemuliaan ini, daku mampu mengajak manusia kepada jalanMu, namun kadang-kadang kemuliaanMu itu membuatku lalai dan datangnya riak dan ujub dan kadang-kadang manusia mula mengkagumiku, maka Engkau ya Muzill mendtgkan peristiwa kehinaan, fitnah dan keaiban kepadaku agar daku menginsafi bahwa diriku ini dicipta dari tanah yang hina, tanpa kemuliaan kurniaanMu ya Muiz, daku akan hina dan dipandang hina. 

Kehinaan yang Engkau kurniakan kepadaku juga akan mengelakkan manusia mengagungkan dan memujaku kerana yang hanya layak dipuja adalah Engkau saja Ya Hamid ya Dzal jalaali wal ikram yg maha terpuji dan pemilik seluruh kemuliaan dan keagongan di alam buana ini. 

Ya Allah ya Muiz ya Muzill, kurniakanku rasa syukur dan redha atas setiap peristiwa yang memuliakanku maupun menghinakanku, daku tidak mengharapkan kemuliaan manusia, daku hanya mengharapkan kemuliaan disisiMu di akhirat nanti, kurniaku kekuatan ya Aziz ya Qowiy ya Matin dlm mengharungi kehidupan ini..

18 May 2017

Doa Asmaul Husna : Allah Ya Khofidh Ya Roofi'


 
Assalamualaikum,

Mari kita mengenali Allah melalui AsmaulhusnaNya.

Allahumma Ya Khofidh Ya Roofi'Ya Khofidh Ya Roofi'Ya Khofidh Ya Roofi',

sesungguhnya Engkau Maha menjatuhkan dan maha menaikkan. 

Setiap kejatuhan samaada jatuh jawatan, jatuh bisnes, jatuh status dan sebagainya, semuanya itu perbuatanMu Allah ya Khofidh. Engkau menjatuh daku kerana kasihMu Ya Rahman ya Rahim kepadaku kerana ketika berada diatas daku sering lalai kepadaMu, sombong, riak dan ujub, dan kejatuhan itu membuatku insaf diriku yang dhaif dan lemah serta hina ini Ya Allah. 

Kejatuhan itu juga merupakan kerehatan dari tangjawab yg berat yang mana Engkau mengetahui betapa penatnya diriku selama ini, kejatuhan itu memberiku peluang mendekatkan diri kepadaMu untuk mencari secebis cintaMu ya Wadud. 

Disebalik setiap kejatuhan disisi manusia merupakan kenaikan olehMu ya Roofi' disisiMu, masukkan rasa redha dan syukur ya Qodir ya Muqtadir ya Syakur dlm jiwaku atas setiap peristiwa kejatuhan yang Engkau ya Khofidh dtgkan dalam hidupku..

17 May 2017

Doa Asmaul Husna : Allah Ya Qobidh Ya Basith

﷽‎


 
Assalamualaikum.

Mari kita terus mengenali Allah dgn AsmaulhusnaNya.

Allahumma Ya Qobidh Ya BasithYa Qobidh Ya BasithYa QobidhYa Basith.

sesungguhnya Engkau Maha Menyempitkan dan Maha Melapangkan

Engkau menyempitkanku kerana kasih kepada ku agar daku sentiasa ingat kepadaMu dan ketika daku datang merintih kepadaMu, Engkau melapangkan ku ya Basith.

Daku insaf ya Allah Ya Qobidh, nafsu ini seringkali tersasar daripada jalan kebenaranMu, hanya dengan sedikit kesempitan, ia akan tunduk dan kembali kepadaMu memohon ampun dan taubat, ya Affuw ya Ghaffar ya Tawwab. 

Ketika daku sihat, tetapi kesihatan itu melupakan daku kepadaMu dan akhirat, Engkau ya Qobidh menyempitkan daku sedikit dengan kesakitan, maka sakit itu tanda Engkau akan melapangkan akhirat bagiku. Ketika wang ringgit membuatku lalai dan membazir, Engkau ya Qobidh menyekat wang ringgit  seketika agar daku memuhasabah dan insaf diri agar wang ringgit itu tidak dikalongkan menjadi kalongan api neraka nanti.

 Ya Allah ya Qobidh, ketika Engkau menyempitkanku, kurniakan ku kesabaran Ya Sobur, kekuatan ya Aziz ya Qowiy ya Matin, cahaya petunjukMu ya Nuur ya Haadi ya Haq dan kelapangan ya Basith. 

Ketika daku dilapangkan olehMu ya Basith, jadikan daku hamba yang bersyukur ya Syakur dan menggunakan segala kurniaanMu di jalan kebenaran dan kebajikan

16 May 2017

Doa Asmaul Husna : Allah Ya Aliim


 
Assalamualaikum,

Jangan pernah merasa lelah dalam menyebut Asmaul Husna.. Terus dan terus mengenali nama-namaNya.

Allahumma Ya Aliim,  Ya AliimYa Aliim,

 sesungguhnya Engkaulah yang Maha berilmu dan Maha Mengetahui. 

Seluruh ilmu pengetahuan di alam buana ini dan yang ada dalam otak manusia adalah ilmuMu, tiada satulah ilmu manusia. Kami hanya hambaMu yang jahil, tanpa ilmuMu, kami akan terus jahil. 

Engkau memberi ilmuMu keadap sesiapa yang Engkau kehendaki. IlmuMu Engkau datangkan melalui pelbagai cara, melalui Al Quran, Hadis NabiMu, melalui ulama' Mu, ilham dalam hati manusia, melalui pengalaman kehidupan, melalui guru-guru yang Engkau alirkan ilmuMu, melalui pemerhatian disebalik makhluq dan alam. 

IlmuMu meliputi alam ghaib dan alam zohir. Engkau ya Aliim memberi ilmu dan mengambil kembali ilmuMu dari otak manusia mengikut kehendakMu. Ya Aliim, kurniakan ilmu mengenalMu agar daku dapat mengasihiMu, mengkagumiMu dan gerun kepadaMu, oleh itu dapatku hidup dalam redhaMu sentiasa..

15 May 2017

Doa Asmaul Husna : Allah Ya Fattah

﷽‎ 


Assalamualaikum,

Allahamudulillah masih diberi syafat untuk terus menyebut nama-namaNya

Allahumma Ya FattahYa FattahYa Fattah,

sesungguhnya Engkau yang maha membuka, Engkau yang membuka langit yang terbuka luas, 7 lapisan langit yang mempunyai rahsia keagunganMu ya Adzim yg hanya Engkau yang mengetahui ya Alim.

Engkau juga ya Fattah membuka pintu syurga kepada hamba-hamba yang Engkau ya Rahman ya Rahim redhai dan membuka pintu neraka bagi hamba yang engkar kpMu yang Engkau murkai.

Engkau lah ya Fattah yang membuka laluan yang luas diatas titian sirat kepada para Nabi dan Rasul serta pengikutnya yang taat, Engkau juga membuka laluan yang sempit lebih nipis dari rambut dibelah tujuh dan lbh tajam dari mata pedang yg paling tajam.

YA Allah ya Fattah ya Haq, buka lah jalan kebenaran bagi kami di dunia ini, Ya Fattah ya Mukmin, bukalah jln keimanan kepada kami, Ya Fattah ya Barr, bukalah jalan kebaikan kepada kami, Ya Fatah Ya Rahman ya Rahim, bukalah jalan kasih sayang Mu kepada kami.

Ya Fattah, bukalah hijab yang menghijab antara kami denganMu selama ini. Ya Fattah, buka lah minda kami seluas langit dan bumi utk menerima ilmuMu ya Alim ya Hakim ya Rashid sederas thunami. Ya Fattah, buka lah pintu hati suami/anak2 kami untuk bangun di pagi-pagi hari sujud rukuk kepadaMu sebagaimana Engkau buka pintu hati kami. 

Ya Fattah ya Wadud, buka lah jln kekasih dan pencintaMu kepada kami agar kami dapat mencintai dan merinduiMu ya Allah..


14 May 2017

Doa Asmaul Husna : Allah Ya Rozzaq

﷽‎

 
Assalamualaikum,

Marilah kita terus membasahi lidah dengan meyebut nama-namaNya.

Allahumma Ya RozzaqYa RozzaqYa Rozzaq,

sesungguhnya Engkau maha memberi rezeki. 

Engkau memberi rezekiMu kp ku dalam pelbagai bentuk, ilmu-ilmu yang bermanafaat dan berkat, kesihatan yang bermanafaat dan berkat, hartabenda yang bermanafaat dan berkat, wang ringgit yang bermanafaat dan berkat, pangkat, gelaran dan kemasyuran yang bermanafaat dan berkat, keluarga yang baik, Daku bersyukur atas kurniaan rezekiMu ya Waasi' yg sangat luas dan tidak bertepi dan tidak terhitung. 

Ya Syakur, yang maha menghargai, Jadikan daku hamba yang sering mensyukuri nikmatMu. Maafiku ya Affuw kerana seringkali meminta-minta kepadaMu, tetapi nikmat rezeki yang melimpah ruah yang sedang ku nikmati ini seringkali daku lupa mengungkapkan terima kasih dan syukur.

Ya Allah ya Zohir, nampakkan sentiasa rezekiMu yg mengalir pada diriku agar daku mampu memujiMu ya Hamid dan mensyukuriMu ya Syakur, membesar-besarkanMu ya Kabir dan mengagungkanMu ya Adzim..


13 May 2017

Doa Asmaul Husna : Allah Ya Wahhab



Assalamualaikum,

Mari kita terus mengenali Allah.

Allahumma Ya WahhabYa WahhabYa Wahhab,

yang maha Menolong, sesungguhnya yang menolong diriku, Engkau ya Wahhab menolongku dengan memberiku roh yang dihiasi dgn sifat-sifat mulia rabbaniah.

Engkau ya Wahhab memberiku makan kepadaku ketika daku dalam rahim ibuku, Engkau menolong mendegupkan jantungku sejak daku di dalamm rahim ibuku sehingga kesaat ini, Engkau menolongku dengan mengajarku menghisap susu, makan, merangkak, berdiri, berjalan sehingga berlari, menolongku membuang najis dalam tubuhku, membunuh kuman yang menjangkitiku, mengeluarkan karbon dioksid dalamm tubuhku dan memasukkan oksigen dalam tubuhku.

Ya Wahhab, Engkau juga menolongku untuk daku melangkah ke sekolah, Engkau menolongku waktu daku kepayahan di sekolah, di kolej dan universiti. Engkau juga menolongku mendapatkan pekerjaan dan rezekiMu dalam bentuk wang ringgit dan harta benda, pakaian, makanan, rumah dan kenderaan. 

Allahumma ya Wahhab, sebegitu banyak dan tidak terbilang....

12 May 2017

Doa Asmaul Husna : Allah Ya Qohhar

﷽‎ 

 Allah Ya Qohhar

Assalamualaikum,

Jangan pernah jemu dalam menyebut nama-namaNya
  
Allahumma Ya QohharYa QohharYa Qohhar,

sesungguhnya Engkau Maha menundukkan.

Engkaulah yang menundukkan matahari kepadaMu dan memancarkan cahayaMu ke bumi, Engkau menundukkan planet-planet sehingga ia beredar diatas orbitnya dengan patuh sekali, bulan dan matahari silih berganti menjalankan tugasnya malam dan siang tanpa terlambat sesaatpun, Engkau ya Qohhar menundukkan para malaikatMu, ada yang sujud kpMu selama2nya, Engkau ya Qohhar juga mampu menundukkan manusia untuk rukuk dan sujud kepadaMu, Engkau menundukkan ego, kesombongan, ketakburan manusia, sesungguhnya tiada sesuatupun yang tak boleh ditundukkan olehMu ya Qohhar. 

Ya Qohhar, tundukkan nafsu makanku yg seringkali berlebih-lebihan, nafsu tidurku yan seringkali melebihi had, nafsu membeli belah yang seringkali membazir, nafsu berborak yang seringkali tersasar, nafsu bermewah yang seringkali mendatangkan kemarahanMu. 

Tundukkan diri ini kepadaMu di pagi hari kerana mungkin esok daku terbaring dalamm keranda tanpa boleh rukuk dan sujud lagi kepadaMu..

11 May 2017

Doa Asmaul Husna : Allah Ya Ghaffar

﷽‎

Allah Ya Ghaffar
 
Assalamualaikum,

Mari kita mengenali Allah yang maha pengampun

Allahumma Ya Ghaffar, ya Ghaffar, ya Ghaffar, 

sesungguhnya Engkau yang maha pengampun, ampunkan dosa-dosaku.

Sesungguhnya Engkau mengampun dosa hambaMu walau seluas buih di lautan dan sebanyak pasir di pantai. Walau ku bawa dosa setinggi gunung, tinggi lagi keampunanMu ya Ghaffar ya Ghoffur ya Aliy, walau dosaku seluas langit dan bumi, luas lagi keampunanMu ya Ghaffar ya Ghaffur ya Waasi'.

Sesungguhnya Engkau sentiasa menunggu daku datag kepadaMu di pagi-pagi hari menangis di hadapanMu, daku datang dalam sujud dan rukukku dan airmataku menangis dan merintih kepadaMu ya Ghaffar, ya Sami', ya Mujib memohon keampunanMu atas atas dosa-dosaku yang banyak yang tidak disengajakan maupun yg disengajakan. 

Ya Rahman ya Rahim, kasihaniku, tiada erti hidup ini, kekayaan ini dan harta benda ini tanpa keampunan da redhaMu ya Ghaffar ya Ghaffur ya Rahman ya Rahim..

10 May 2017

Doa Asmaul Husna : Allah Ya Musowwir

﷽‎ 

Allah Ya Musowwir

Assalamualaikum,

Marilah kita terus menerus menyebut nama-namaNya tanpa lelah.

Allahumma Ya MusowwirYa MusowwirYa Musowwir,

sesungguhnya Engkau yang Maha Kreatif. 

Engkau mencipta berbagai jenis planet, pelbagai jenis awan, pelbagai jenis cuaca, pelbagai jenis binatang, tumbuhan dan berbagai bangsa manusia, kaum, warna, budaya dan bahasa, juga pelbagai penyakit, kuman dan peristiwa-peristiwa hidup manusia. 

Seluruh ciptaan di alam ini memaparkan kreativitiMu ya Musowwir. Kurniakan daku kreativiti utntuk mencipta pelbagai pendekatan, teknik, formula, produk, perkhidmatan, teknologi bagi membawa manusia mengenalMu dan mendekatkan diri kepadaMu dan mengingatMu sentiasa serta memujiMu setiap saat hidupnya..

09 May 2017

Doa Asmaul Husna : Allah Ya Baari'

﷽‎ 

Allah Ya Baari'

Assalamualaikum,

Mari kita berkenalan dengan Allah Ya Baari'

Allahumma Ya Baari'Ya Baari'Ya Baari',

Sesungguhnya yang maha mengatur, alam buana ini bergerak dengan aturanMu, Engkau mengatur pergerakan bulan, bintang dan matahari, planet bergerak diatas orbitnya dengan aturanMu, Engkau juga mengatur perjalanan hidup manusia, dari kelahiran hingga kepada kematian.

Setiap peristiwa yg datang dalam hidupku semuanya diatur olehMu satu persatu, samaada kesenangan maupun kesempitan, kejayaan maupun kegagalan,  kesihatan maupun kesakitan, kenaikan maupun kejatuhan, kemuliaan maupun kehinaan, semuanya itu diatur olehMu. 

Engkau juga mengatur perjalanan hidup ku di mahsyar, di hari perhitungan,  hari hisab, mahkamah Mu di akhirat dan ketika melalui titian sirat. ya Allah, daku mohon agar Engkau aturkan perjalanan yg baik dan yang Engkau redhai dalam setiap saat hidupku di dunia ini dan di akhirat nanti.

Ya Allah janganlah Engkau biarkan daku mengatur sendiri hidupku mengikut nafsuku untuk kepentingan diri sendiri, tetapi aturlah ya Baari' hidupku seperti kehidupan Rasulullah SAW, yang mana setiap saat hidup baginda, memberi kasihkasayang kepada orang sekeliling, memberi ilmu dan bimbingan menuju syurgaMu, agar di akhirat nanti dalam perjalanan di akhurat dapat ku menumpang kenderaan baginda yang lajunya lebih laju dari cahayaMu..

08 May 2017

Doa Asmaul Husna : Allah Ya Khaaliq

﷽‎ 

Allah Ya Khaaliq
 
Assalamualaikum,

Mari kita terus memuji Allah dgn AsmaulhusnaNya,

Allahumma Ya KholiqYa KholiqYa Kholiq,

sesungguhnya Engkau maha Pencipta,  Engkau mencipta seluruh alam dan isinya kerana cinta kepada manusia, bulan, bintang, matahari dan planet-planet adalah ciptaanMu.

Engkau mencipta semua ini agar manusia mengkaji kebesaran dan keagongan serta kebijaksanaanMu dan memuji memujaMu ya Allah ya Hamid ya Kholiq ya Baari' ya Musowwir, ya Kholiq, Engkau mencipta manusia, seluruh anggota tubuh manusia dan sistem tubuh manusia dengan penuh kasih dan cintaMu ya Rahman ya Rahim ya Wadud.

Engkau juga pencipta peristiwa2 hidup manusia agar manusia mengenalMu dan merasa kasih kpMu ya Rahman ya Rahim, merasa kagum kepadaMu ya Alim ya Hakim ya Rashid, merasa berharap denganMu Ya Qobidh, Ya Khofidh, Ya Muzill, merasa gerun kepadaMu ya Muntaqim, ya Dharru, ya Hakam.

Oleh itu Ya Allah, seluruh ciptaanMu ini Engkau ciptakan agar daku mengingatMu, merasa dekat dgnMu dan mencintaiMu, oleh itu ciptakanlah rasa kasih dan cinta kpMu dlm hatiku, ciptakanlah rasa rindu dlm hati ini kpMu, ciptakanlah peristiwa2 yg membawa daku menghampirkan diri kepadaMu walau daku terpaksa melalui sedikit kesempitan, kejatuhan, kehinaan didunia ini, daku redha asalkan daku dapat berada disisiMu memuji memujaMu setiap saat hidupku...

07 May 2017

Doa Asmaul Husna : Allah Ya Mutakabbir

﷽‎ 

Allah Ya Mutakabbir

Assalamualaikum,

Marilah kita terus mengenali dan memuji Allah,

Allahumm Ya MutakabbirYa MutakabbirYa Mutakabbir,

  sesungguhnya Engkau maha memiliki kebesaran. 

Alam ini menceritakan kebesaranMu, Engkau mencipta makhluq, manusia dan peristiwa agar manusia membesar-besarkanMu. 

Engkau layak dibesar-besarkan kerana Engkaulah ya Khaliq ya Baari' ya Musowwir yang mencipta, mengatur dengan penuh kreatif seluruh alam dan isinya, hatta kenderaan dan telefon yang canggih ini adalah ciptaanMu bukan ciptaan jepun atau korea.

Engkau ya Alim ya Hakim ya Rashid yang memasukkan idea, ilmu dan kreativiti di dalam otak manusia, sesungguhnya otak manusia buntu tanpa ilmuMu. Dengan itu Engkau layak dibesar-besarkan. 

Ya Mutakabbir, daku insaf bahawa diri sangat kerdil, unttk membuka kelopak matapun tiada daya ku apatah lagi untuk menguruskan makhluq dan kehidupanku, maka bantulah daku hambaMu yang dhaif ini dalam kehidupan ini. 

Walau apapun yang Engkau kurniakan bagi diriku, itu semua milikMu, harta itu milikMu ya Ghoniy ya Mughni, jawatan serta gelaranku adalah kurniaanMu ya Kabir, ya Mutakabbir, ya Aliy, ya Mutaali, ya Adzim, suami/isteri/anak2 adalah milikMu ya malik, kecantikan itu milikMu ya Baadi' .

Seluruh anggota tubuh badanku milikMu ya Malik, daku hanya peminjam sementara, dengan itu Engkaulah yang layak dibesar-besarkan, daku hambaMu hanya ciptaanMu yang sangat kerdil..

06 May 2017

Doa Asmaul Husna : Allah Ya Jabbar

﷽‎


Assalamualaikum,

Mari kita merasa gerun kepada Allah dgn NamaNya Ya Jabbar, Bicaralah kepadaNya,

Allahumma Ya JabbarYa JabbarYa Jabbar

sesungguhnya Engkau Maha Pemaksa.

Sekiranya daku tersasar dari jalan kebenaranMu, Engkau memaksaku kembali dengan sedikit ketegasanMu kerana kasihMu kepada dakuku, ketika daku bersantai-santai di dunia ini sedangkan mahligai syurga belum terbina dan jurang neraka sudah terbuka.

Engkau ya Jabbar menarikku untuk sujud kepadaMu dengan peristiwa-peristiwa yang memaksaku terpisah dengan dunia dan manusia, peristiwa kesakitan, bangkrup, perpisahan, kemiskinan dan pelbagai peristiwa yang Engkau ya Khaliq ya Baari' ya Musowwir ciptakan agar daku hampir kepadaMu ya Rahman ya Rahim.

Ketika mataku asyik menonton tv dan video yang melalaikan, Engkau ya Jabbar mengambil penglihatanku agar ianya tidak terkena kotoran dosa, ketika pendgran ini sering mendengar umpat keji dan perkara dosa dan syirik.

Engkau ya Jabbar mengambil pendgrnku agar ianya tidak dikotori, ketika kaki ini begitu malas ziarah menziarah tapi bermalasan, Engkau ya Jabbar mengambilnya agar daku ada masa berdamping denganMu, ketika hati ini kosong dari cintaMu ya wadud, Engkau ya jabbar memaksaku untuk mencintaiMu dengan perpisahan dan perceraian dengan makhluq, ketikaku lupa kematianku mungkin akan datag esok hari.

Engkau ya Jabbar memaksaku untukk membuat persiapan menghadapinya dengan pelbagai peristiwa penyucian bagi hatiku yang kotor ini, terima kasih ya Allah ya Jabbar kerana kasihMu ya Rahman ya Rahim ya Wadud, maafiku kerana tidak mampu memaksa nafsuku utk tunduk Kp Mu..
  

05 May 2017

Doa Asmaul Husna : Allah Ya Aziz

﷽‎ 


Assalamualaikum,

Mari kita terus memuji Allah dgn Nama-namaNya.

Allahumma Ya AzizYa AzizYa Aziz,

sesungguhnya seluruh keperkasaan dan kekuatan di alam buana ini adalah milikMu, tiada makhluq yang perkasa, berputarnya alam dan isinya dgn daya keperkasaanMu, bergeraknya planet-planet di atas orbit, memancar matahari, tegaknya langit, terhamparnya bumi, bergeraknya awan, semuanya dengan daya keperkasaan dan kekuatanMu ya Aziz, seketika Engkau mencabut kekuasaan ini, lemah dan hancurlah alam ini.

Sebagaimana perkasanya alam ini, ya Aziz, perkasakan jiwa kami yang lemah ini, seringkali kami lemah ketika gagal dan kecewa dalam hidup ini, kami lemah dgn kata-kata dan cemuhan manusia, seringkali lemah ketika diberi tugasan dan agendaMu, lemahnya jiwa kami untuk rukuk sujud kepadaMu khususnya di pagi2 hari, lemahnya kami dalam mengawal nafsu shopping, nafsu berborak, menonton tv, whatsapp, mengejar kekayaan dunia yang hina ini, maka Allahumma ya Aziz, perkasa dan kuatkan iman kami kepadaMu, pergantungan kami kepadaMu, keyakinan kami kepadaMu agar kami hidup dgn pergantungan yang kukuh kepadaMu dan ya Baaqi ya Mukmin ya aziz, kekalkan kekuatan iman kami sehingga akhir hayat kami..