30 April 2017

Pusat Sejadi Bukit Gemuk, Tawau

Pusat Sejadi Bukit Gemuk, Tawau | Pusat sejadi ini lebih di kenali dengan pangilan Bukit Gemuk, di mana kawasan ini merupakan hutan simpan negeri Sabah. Tempat ini juga merupakan tempat kegemaran para peminat hiking kerana mempunyai ketinggian yang agak mencabar dan keadaan hutan yang cantik dan terpelihari

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau

Allahamdulilah misi 1 MONTH 1 HILL untuk april berjaya dilaksanakan. 21 April 2017 ( ahad ) Pusat Sejadi Bukit Gemok Tawau Sabah merupakan destinasi pilihan pertama kami semua. Allahmdulilah dengan penyertaan seramai 26 orang. Trip pertama ni kami gabungkan dengan aktiviti Usrah so sebelum berhiking kami berusrah gitu.

Pusat Sejadi Bukit Gemuk terletak 11.2KM dari Bandar Utama Tawau lebih kurang 17 minit perjalanan ( perjalanan ke Taman Bukit Tawau - TABLE ). mempunyai ketinggian 1170M telah diisytihar sebagai hutan simpan sejak tahun 1984 lagi..

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Oleh kerana merupakan leader kepada semua ( leader yang tak berpegalaman ) so segala urusan dengan pihak pusat Unni settle kan.. Then cari tapak nak berusrah.

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Tiket Masuk tapi RM2.00 ni harga lama sekarang da di naikan RM5.00 kat belakang tiket ada cop Harga tebaru.
Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Pintu Utama dengan wajah-wajah yamg penuh semangat.
Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Segalanya bermula di sini.
Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Sekitar jam 9.30 Pagi kami memulakan usrah yang di sampaikan oleh Naqibah kami iaitu Kak Jiyah ( seorang Guru Sekolah Menengah ) Rujuk anak panah. Salah satu naqibah Fav Unni bila dia bagi penyampaian memang nusuk kalbu. Usrah hanya berlansung dalam 30 minit.

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Starting Point 1170M

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Bemula la perjalanan kami, perjalanan naik keatas memang mudah dan santai dan mempunyai 7 pondok perhentian untuk berehat. 

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Cabaran pertama menaiki tangga hampiri 200M

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
100M 

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Station NO.1 : Pondok perhentian pertama Kapur Paji. Semua semangat lagi.

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Setelah lebih 5 minit rehat kami semua meneruskan perjalanan ke pondok perhentian seterusnya. Keadaan disini hanya dikelilingi dengan pokok-pokok besar. Hutan Simpan yang masih terpelihara kehijauannya. Cabaran kedua ni melalui kawasan yang agak licin sikit, sebab malam sebelum pendakian ni hujan lebat.

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
300M

Station NO.2 : Pondok Perhentian Kayu Malam


Pusat sejadi Bukit Gemuk merupakan Hutan Simpanan. Tempat yang terjaga, sepanjang perjalanan setiap pokok akan di label dengan spesias masing-masing. Ada pokok yang memang dikenali dan ada yang first time dengar dan nampak.

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
500M

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Meniti anak tanga sekali lagi dalam 100M sebelum bertemu dengan station ketiga.

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
750M

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Station NO.3 : Pondok Perhentian Seraya Timbau . Bersama dua adik kesayangan ku Umie dan ida. Maklum la leader gitu so Unni kena mejadi perserta paling belakang nak pastikan semua selamat sampai dan kembali. Dua muka ni yang mengiringi dan sorang lagi adik nana. Cia cia cia

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Arr adik nana yang berniqab tu dan sorang lagi adik ain.

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Station NO.4 : Perhentian Medang Tiga Urat

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Hanya perlukan lebih kurang 5 Minit hanya untuk berehat then teruskan perjalanan.

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Antara detik yang dinantikan adalah bertemu dengan sign about.. hahahahaha..1000M 

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Station NO.5 : Pondok Perhentian Keruing

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Cabaran ketiga melalui kawasan jalan yang agak licin.

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Station NO.6 : Pondok Perhentian Selangan Batu

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Senyuman terukir ketika melihat nya.. Allahmdulilah langkah dicepatkan .. 100M akan bertemu dengan titian Silara ( Canopy Walk )

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Cabaran empat dapat perjalanan menuju Canopy Walk kena menurui bukit selama 100M

Taraa da sampai 70M panjang Canopy Walk.

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Canopy Walk atau Titian Silara merupakan Puncak Bagi Bukit Gemuk.. Mempunyai 4 perhentian dan jambatan gantung.

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Maximum 5 Orang sekali dalam satu jambatan. Kat sini yang lain da bawa diri selfie masing-masing sebab jambatan ada had nya.

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Kat depan sekali tu Juju member sekolah Unni dulu.. Pertemuan pertama kami setelah tamat SPM . 8 tahun baru jumpa balik.. Juju merupakan orang kuat time hiking ni dia merupakan Guide yang membawa kami semua. Dia depan sekali then Unni belakang sekali so kat puncak baru dapat selfie bersama.

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
View daripada Canopy keempat.. Subahanallah Indahnya ciptaanNya.. Memandangkan sini merupakan Hutan simpan so view sekeliling ditutup oleh pokok pokok besar. Yang ini pun da cukup lawa kan.

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Station 7 : unkwon name.. Pondok selepas canopy walk. Berehat dalam 10 minit sebelum meneruskan perjalanan turun kebawa.

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Sign about sebelum canopy walk dan station 7 sebab bersebelah jak.. Allahmdulilah seramai 26 orang semua berjalan sampai kepuncak dan turun dengan jayanya.. So misi pertama kami dalam 1 MONTH 1 HILL untuk April berjaya di realilasikan. So tunggu kami untuk Mei pulak.

Pusat sejadi Bukit Gemuk Ini juga dilengkapi dengan kemudahan surau, tandas dan gerai kecil so tak memang tak mejadi masalah bagi yang ingin solat sebelum pulang.

Sekian.



Bicara Pagi #46 ~ Doa Menziarahi Pesakit


 

Assalamualaikum,

Adan ziara menziarahi amatlah di tuntu dalam islam terutama dalam menziarai orang-orang yang sedang ditimbah kesusah dan sakit.

Dari Aisyah RA bahawa apabila Nabi SAW mendoakan orang sakit, baginda membaca:

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ لِلْمَرِيضِ بِسْمِ اللَّهِ تُرْبَةُ أَرْضِنَا بِرِيقَةِ بَعْضِنَا يُشْفَى سَقِيمُنَا بِإِذْنِ رَبِّنَا

 BISMILLAHI TURBATU ARDHINA BI RIIQATI BA'DHINA YUSYFAA SAQIIMUNA BI IDZNI RABBINA

 '' Dengan nama Allah, debu tanah kami dengan ludah sebahagian kami semoga sembuh orang yang sakit dari kami dengan izin Rabb kami."

[ HR Bukhari ]

Menziarahi orang sakit bukan sahaja tanggungjawab Muslim namun merupakan sunnah Rasulullah. Menziarahi orang sakit dan mendoakan pesakit.

Antara doa yang boleh dibaca kepada pesakit:

بِسْمِ اللَّهِ تُرْبَةُ أَرْضِنَا بِرِيقَةِ بَعْضِنَا يُشْفَى سَقِيمُنَا بِإِذْنِ رَبِّنَا

Marilah kita bersifat Rahmah menziarahi pesakit dan bacakan doa ini untuk pesakit yang diziarahi.

Moga bermanfaat.

Doa Asmaul Husna : Allah Ya Malik

﷽‎

Assalamualaikum,

Mari kita terus memuji Allah..

Allahumma Ya Malik, Ya Malik, Ya Malik

sesungguhnya Engkau yang Maha Memiliki dan Berkuasa diatas segalanya.. 

Daku ini milikMu, jantung ku milikMu, Engkaulah ya Muhyi yg mendegupkannya dan Engkau juga mampu menghentikannya, otakku dan ilmu dlm otak ini milikmu ya malik ya Alim ya Hakim ya Rashid, Engkau yang memasukkan nya dan Engkau juga mampu mengeluarkan kannya, wang ringgit yang ada padaku milikMu, Engkau memberi dan Engkau mampu mengambil nya kembali, suamiku, isteriku, anak2ku, ibubapaku, kawan2ku milikMu, Engkau memberi pinjam dan Engkau mampu mengambil mereka, segalanya milikMu ya Malik. 

Matahari, bulan, bintang dan planet2 di angkasaraya semuanya milikMu ya Malik, Engkau Ya Baari' mengatur perjalanan nya dan Engkau juga akan memberhentikan dan memusnahkannya nanti. 

Alam dan isinya ini seluruhnya milikMu, Engkaulah ya Malik, Ya Waliy Ya Wakil Ya Baari', pemilik mutlak yg mengurus dgn sendiri tanpa bantuan sesiapa. 

Daku hamba yang fakir tiada memiliki apa pun, semuanya meminjam dariMu dan pinjaman itu adalah amanahMu yg akan dipersoalkan setiap satunya nanti di hati perhitungan, hari hisab dan di Mahkamah Mu nanti, oleh itu Ya Allah ya Nuur ya Haadi ya Haq, bimbinglah daku dgn cahaya petunjuk dan cahaya makrifatMu agar daku dpt menggunakan segala milikMu ini di atas jln redhaMu ya Rahman ya Rahim...


29 April 2017

Misi Hiking : 1 Month 1 Hill



 
Assalamualaikum,

Allahamdulilah pejam Celik pejam celik kita da menhampiri Ramadhan.. Hari ini da masuk 2 Sya'ban 1483H.. Nampak je kan Blog Unni aktif .. Sebenarnya itu adalah kuasa SCHEDULE enrty tu da lama buat just bagi date dia post automatik.

Ok back to basic.. Unni dan geng usrah yang lain telah mencabar diri untuk menawan Bukit-Bukit yang ada berdekatan misi yang dinamakan '' 1 MONTH 1 HILL ''. Macam gempak jak kan.. Allahamdulilah mulanya Unni just open group hiking, tak sangka sambutan sampai lebih 30 orang 😍😍.

Bila buat cadangan 1 MONTH 1 HILL semua setuju dan on!! So misi kami bermula April 2017.. In Shaa Allah dengan izin Allah..

Mei : Bukit Lim Man kui Tawau
Jun : Bukit Singa ( akan di buat pada bulan mei juga sebab jun puasa sudah )
Julai : Bukit Galas Tawau
Ogos : Bukit Akar
September : Bukit Panchang Tawau
Oktober :  Bukit Lipan  Tawau 
November : Bukit Cinta Tawau
Disember : ( Dalam pencarian )

Tara.. Doa kan misi kami berjaya yer, dalam menikmati ciptaNya. BTW dalam sekali hiking Unni just open 17 penyertaan sebab bas Mini pada dasarnya muat 14 orang penumpang disebabkan keistimewaan kami ni yang kecil-kecil molek so sumbat jak la 17 orang.. Pun boleh.. Hihihihi

Sekian.

Bicara Pagi #45 ~ Menunaikan Tanggungjawab Muslim

﷽‎

Menunaikan Tanggungjawab Muslim
   
Assalamualaikum,

Sebagai seorang muslim kita wajib lah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim, bukan hanya menjadi seorang muslim.. Islam adalah sebaik-baik agama.

Dari Al Barra` bin 'Azib RA dia berkata;

عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِسَبْعٍ بِعِيَادَةِ الْمَرِيضِ وَاتِّبَاعِ الْجَنَائِزِ وَتَشْمِيتِ الْعَاطِسِ وَنَصْرِ الضَّعِيفِ وَعَوْنِ الْمَظْلُومِ وَإِفْشَاءِ السَّلَامِ وَإِبْرَارِ الْمُقْسِمِ وَنَهَى عَنْ الشُّرْبِ فِي الْفِضَّةِ وَنَهَانَا عَنْ تَخَتُّمِ الذَّهَبِ وَعَنْ رُكُوبِ الْمَيَاثِرِ وَعَنْ لُبْسِ الْحَرِيرِ وَالدِّيبَاجِ وَالْقَسِّيِّ وَالْإِسْتَبْرَقِ

''Rasulullah SAW memerintahkan kami tujuh perkara yaitu; menjenguk orang yang sakit, mengiringi jenazah, mendoakan orang yang bersin, menolong yang lemah, menolong orang yang dizalimi, menyebarkan salam dan menunaikan sumpah, dan baginda juga melarang minum dari bekas yang dibuat dari perak, mengenakan cincin emas, menaiki sekedup yang ditutupi dengan kain sutera, mengenakan kain sutera, dibaj, Qasiy dan Istabraq (sejenis kain sutera)." 

[ HR Bukhari ]

Setiap Muslim ada tanggungjawab ke atas Muslim lain, antaranya:

1.  Menziarahi orang sakit
2.  Mengiringi jenazah
3.  Mendoakan orang yang bersin
4.  Menolong orang yang lemah
5.  Menolong orang yang dizalimi
6.  Menyebarkan salam
7.  Menunaikan sumpah atau janji

Setiap Lelaki Muslim dilarang;

1.  Minum dari bekas yang dibuat dari perak
2.  Mengenakan cincin emas
3.  Menaiki kenderaan yang ditutupi dengan kain sutera
4.  Memakai pakaian sutera
5.  Memakai Dibaj (sejenis sutera halus)
6.  Memakai Qasiy (campuran sutera dan tenunan)
7.  Memakai Istabraq (sejenisv kain sutera tebal)

Marilah kita menunaikan tanggungjawab sebagai Muslim ke atas orang lain.

Moga bermanfaat


Doa Asmaul Husna : Allah Ya Rahim

﷽‎


Assalamualaikum,

Mari lah kita terus memujiNya tanpa rasa jemu dan lelah, marilah kita menyayangi nama-nama Allah kerana sesungguhnya Allah itu Ya Rahman.

Allahumma Ya Rahim, Ya Rahim, Ya Rahim,

Sesungguhnya Engkau Maha Penyayang,Engkau sentiasa memimpinku di atas jalan kebenaran dan keredhaanMu, walau daku terus terusan tersasar, malas, bertangguh dlm ibadahku kpMu, tetapi Engkau terus terus membimbingku kembali ke jln yg benar agar daku dapat menjejak kaki ke syurgaMu nanti.

SayangMu kepadaku tiada lafaz yg sepadan nak ku lafazkan, walau bagaimanapun diriku ini, Engkau tetap memberi daya kpku utk sujud dan rukuk kpMu, lidah ini masih lg Engkau aturkan menyebut2 namaMu dan membaca kalamMu, kaki ini masih lg Engkau kurniakan daya utk melangkah berbakti kp ummah dan jln kebaikan dan kebaktian masih terus Engkau buka kpku walau seringkali daku mengelengkan kepala tidak mahu melakukan, seringkali ketika lalai, Engkau mengejutku dgn peristiwa2 ujian dan musibah agar daku sedar dari kelalaian dan kembali mengingatMu dan mendampingiMu, terima kasih ya Rahim kerana masih sayang kp ku, dan masukkan rasa kasih dan sayang kepadaMu dlm jiwa yg kering ini agar daku sentiasa ingin memujiMu dan mentaatiMu.

Jadikan daku ini juga hamba yg suka membimbing org2 keliling kami di atas jln kebaikan dan kebenaran dgn sedikit sifat Ar RahmanMu yg Engkau alirkan dlm jiwaku..

28 April 2017

Keistimewaan Bulan Sya'ban

﷽‎

 
Assalamualaikum,

Bulan Sya'ban merupakan bulan selepas Bulan Rejab ( bulan keagungan ) dan sebelum Ramadha ( bulan Puasa ). Namun Bulan Sya'ban juga salah satu bulan yang diagungkan dalam islam selepas Ramadhan dan Rejab dan penuh keberkatan.

Apa Itu Sya'ban??

Sya'ban membawa maksud berpecah-pecah. Ada yang berpendapat, ini kerana pada ketika itu, bangsa Quraisy terpaksa berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari air di padang pasir. Ada pula yang berpendapat ia membawa maksud pemisah kerana Sya'ban  adalah pemisah antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?”

Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” 

Rasulullah SAW menjawab, “ Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.”

 (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).


Antara Keistimewaan Bulan Syaa'ban 

1. Adanya malam Nifsu Syaa'ban

Rasulullah SAW pernah bersabda, 
Jika terjadi malam nisfu Sya'ban, maka shalatlah kamu sekalian pada malam harinya, dan puasalah kamu sekalian pada siang harinya. Karena sesungguhnya Allah Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi turun pada malam tersebut ke langit dunia mulai dari terbenam matahari dan berfirman, 

"Apakah tidak ada orang yang meminta ampun, sehingga Aku mengampuninya?
Apakah tidak ada orang yang meminta rezeki, sehingga Aku memberinya rezeki? 
Apakah tidak ada orang yang terkena bala, sehingga Aku dapat menyelamatkannya? 
Apakah tidak demikian, apakah tidak demikian, sehingga terbit fajar."
2. Puasa Sunnat

dari Aisyah RA berkata :
dari Aisyah RA berkata : Tidak Pernah Rasullulah SAW berpuasa lebih banyak melainkan dalam bulan sya'ban ( selain bulan ramadhan ). Sesungguhnya Baginda SAW telah berpuasa Penuh
 [ HR Bukhairi dan Muslim ]
3. Bulan keberkatan ( segala amalan diangkat )

Sabda Rasulullah SAW : 

“ Itulah bulab ( sya'ban ) dimana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadhan. Ini adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik seklian alam. Oleh itu aku ( Rasulullah ) amat suka kiranya amalan aku diangkat ketika aku sedang  berpuasa [ HR Iman Ahmad dan An-Nasai ]


 4. Bulan yang diampunkan dosa-dosa

Saiditina Aisyah RA berkata , Rasulullah SAW bersabda :
“ Sesungguhnya, Allah SAW turun pada malam pertengahan (nisfu) Syaaban ke langit dunia dan mengampunkan dosa-dosa orang yang lebih banyak dari bilangan bulu-bulu kambing Bani Kalb 
 [ HR at-Tirmizi dan Ibnu Majah ]
5. Bulan yang di kasihi Rasulullah SAW

Rasulullah bersabda :
Sucikan diri kamu dalam Syaaban dan perbaiki niat kamu untuknya. Sesungguhnya kelebihan Syaaban daripada bulan  hlain seperti kelebihanku daripada kamu [ HR Abu Umamah ] 
6. Bulan Allah SAW membuka pintu Rahmat 

Khalifah Umar Abdul Aziz telah memberitahu wakilnya di Basrah
Hendaklah kamu memerhatikan empat malam dalam satu tahun, kerana sesungguhnya Allah SWT membukakan pintu rahmat-Nya dengan seluas-luasnya iaitu pada malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Eidulfitri dan malam Eiduladha 
7. Bulan menambah amalan ( amalan menjadi istimewa )

Rasulullah SAW bersabda lagi :
“ Apabila tiba malam nisfu Syaaban, maka pada malam tersebut berjagalah kamu dengan mendirikan solat, beribadat dan berpuasa pada siangnya. Allah SWT berfirman; ‘Sesiapa yang meminta ampun, maka Aku mengampunkannya, mereka yang ditimpa bala bencana Aku lepaskannya, mereka yang meminta rezeki Aku berikan rezekinya 
Pergunakanlah Bulan keberkatan ini dengan amalan-amalan yang mendapat redhaNya. Dan perbanyakkan la beribadah kepadaNya.. Jadikan Bulan Sya'ban sebagai permaidani untu ke bulan Ramadhan. In Shaa Allah.

Walla'ualam

Moga bermanfaat

Doa Asmaul Husna: Allah Ya Rahman

﷽‎

Satu Hari Satu Nama : Allah Ya Rahman

Assalamualaikum,

Sahabatku, sesungguhnya Allah menunggumu di hari ini, ingin mendengar pujianmu, mari kita memujiNya..

Allahumma Ya Rahman, Ya Rahman,Ya Rahman,

Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah, Engkau memberiku kurniaanMu
tanpa pernah berkira, tidak berhenti2, jantungku terus 
Engkau degungkan walau ku balasMu dengan dosa, udara terus 
Engkau masukkan dalam tubuhku walau anggota tubuh ini terus terusan melakukan perkara yg sia-sia, penglihatanku masih Engkau kurniakan walau daku terus terusan melihat perkara yg Engkau murkai..

Engkau terus menerus memberiku pendengaran walau sentiasa daku perpaling dan tidak menyahut panggilanMu, sesungguhnya tiada lafaz syukur yg sepadan dgn sifat maha pemurahMu, dan jadikanku hamba yg bersyukur yg sentiasa menggunakan anggota tubuh, wang ringgit, hartabenda, jawatan dan segala kurniaanMu di atas jln keredhaanMu.

Jadikanku juga hamba yg pemurah dgn org2 sekelilingku dgn sedikit sifat ar Rahman yg Engkau alirkan dlm jiwaku..