15 April 2017

Husnuzon VS Suuzon

﷽‎

Husnuzon VS Suuzon

Assalamualaikum,

Apa yang kita tahu tentang Husnuzon dan Suuzon??  Tahukah kita apa yang dimaksudkan dengan Husnuzon dan Suuzon

Apa itu Husnuzon?

HUSNUZON adalah berbaik sangka ( Positif ). Husnuzon merupakan perbuatan yang sangat dituntut oleh Islam kerana hal ini bagi mengelakkan berlakukanya fitnah terhadap orang lain ( menuduh orang lain melakukan keburukan atau kejahatan).

Firman Allah SWT Dalam Surah Al-Isra’, 17:36 :

Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya.”

Apa itu Suuzon?

Suuzon atau Su'udzon adalah berprasangka tidak baik ( Negatif ). Menyanka buruk dan curiga terhadap sesorang tanpa bukti bahawa orang itu melakukan kesalahan. Perbuatan yang di larang dalam islam.

Orang yang bersangka buruk seolah memfitnah orang, kerana sangkaan buruknya itu tidak mempunyai bukti yang nyata dan kukuh. Ini dibimbangi terjadinya fitnah yang membawa kepada dosa besar, kerana Islam sangat melarang umatnya memfitnah orang lain. 

Firman Allah Surah Al-Hujurat, 49 : Ayat 12

Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka; Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani”.

Secara ringkasanya bahawa perbezaan Husnuzon dan Suuzon adalah satu sifat yang berlawanan. Husnuzon adalah bersangka baik manakalah Suuzon pula sebaliknya bersangka buruk.

Set kat minda, marilah kita sentiasa bersangaka baik terhadap sesorang dan elakkan la bersangka buruk, kerana sersangka buruk mampu mengelapkan hati sesorang.

Wallahualam.

Moga bermanfaat.



5 comments:

  1. thanks for sharing this, Unni :))

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum unni,apa khabar dinda?moga sihat selalu ya..betul tu husnuzon lah kita selalu sesama kita.InsyaALLAH tenang kehidupan

    ReplyDelete
  3. Nice sharing! I come from Kami Suka Terjah Blog in FB.

    AMERZING => http://ameridzuan.blogspot.my/

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^