01 April 2017

Aprilfool Day Bukan Milik Islam

﷽‎

Aprilfool Day Bukan Milik Islam


Assalamualaikum,

Dulu zaman kanak-kanak Unni suka celebration Aprilfool  ni, tanpa sedar dan tidak tahu bahawa amalan ini bukalah milik orang islam. Aprilfool biasanya akan disambut oleh orang-orang kafir.

Setiap tahun pada 1 April, mereka ( orang-orang kafir ) akan menyambut perayaan ini dengan perbuatan menipu atau gurauan dalam mengenakan orang lain yang dikenali dengan Aprilfool. Ada pendapat mengatakan bahawa perayaan ini merupakan perayaan sambutan iblis dan syaitan kerana menghalalkan apa yang haram.

Seperti mana yang kita tahu bahawa perbuatan menipu amatlah di larang ( haram ) dalam islam dengan sengaja dalam apa bentu sekalipun samaada gurauan atau tidak, namun beberapa penipuan yang dibenarkan, baca kat SINI. 

Rasulullah bersabda :

Orang munafik mempunyai 3 ciri : dia menipu,tidak menepati janji dan tidak menunaikan amanah.
[ Hr Al-Bukhari dan Muslim ]

Rasullulah SAW juga penah memberi amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia, dengan bersabda :

Kecelakan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia. kecelakan keatasnya, kecelakan keatasnya
[ Hr Abu Daud, At Tarmizi dan An-Nasai'e ]

Dan Rasulullah SAW bersabda lagi :

Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang muslim.
[ Hr Abu Daud ]

Oleh yang demikian, Hukum menyambut Aprilfool adalah HARAM disisi islam kerana ia jelas dan mampu merosakkan aqidah.

Namun apa yang kita lihat masih ada la masyarakat Islam yang tidak sedar dan masih meraihkannya walaupun ia hanya sekadar main-main atau gurauan.
Wallahualam.

Moga bermanfaat.


9 comments:

  1. betul...bagus pi blogwalking lagi basu daripada sambut april fool..huhu..

    ReplyDelete
  2. Memg haram ni, x elok nak kenakan org

    ReplyDelete
  3. betul2 lagipunn apa yang best nya april fool hihihi

    ReplyDelete
  4. Nak 'disekolahkan' semula to those yang masih sambut April Fool dan dah tau cerita sbnr perayaan ne

    ReplyDelete
  5. Dulu masa sekolah selalu kena dan kenakan orang. Biasala budak2 apa tau kan

    ReplyDelete
  6. kalau dulu kita mudah terikut2 tp sekarang kita dah tahu benda tak elok jadi berhentilah dari meraikannya dan meng'fool'kan kekawan kan..

    ReplyDelete
  7. dulu kecik2 time skola rendah selalu wish april fool dengan kawan2 tanpa tahu maksud sebenar, masuk skola menengah pernah terkena april fool oleh kawan. memang marah jugalah time tu. tapi kawan cakap, april fool x boleh marah2. aduhhh

    ReplyDelete
  8. Yes, shaf sangat-sangat-sangat anti org yg gurau lebih terlampau ni.
    Nice entri unni sebab ramai tak tahu benda ni. :)

    ReplyDelete
  9. setiap kali 1 april ju smbut juga tp sambut birthday bonda ju =D

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^