Pusat Sejadi Bukit Gemuk, Tawau | Pusat sejadi ini lebih di kenali dengan pangilan Bukit Gemuk, di mana kawasan ini merupakan hutan simpan negeri Sabah. Tempat ini juga merupakan tempat kegemaran para peminat hiking kerana mempunyai ketinggian yang agak mencabar dan keadaan hutan yang cantik dan terpelihari
Allahamdulilah misi 1 MONTH 1 HILL untuk april berjaya dilaksanakan. 21 April 2017 ( ahad ) Pusat Sejadi Bukit Gemok Tawau Sabah merupakan destinasi pilihan pertama kami semua. Allahmdulilah dengan penyertaan seramai 26 orang. Trip pertama ni kami gabungkan dengan aktiviti Usrah so sebelum berhiking kami berusrah gitu.
Pusat Sejadi Bukit Gemuk terletak 11.2KM dari Bandar Utama Tawau lebih kurang 17 minit perjalanan ( perjalanan ke Taman Bukit Tawau - TABLE ). mempunyai ketinggian 1170M telah diisytihar sebagai hutan simpan sejak tahun 1984 lagi..
Oleh kerana merupakan leader kepada semua ( leader yang tak berpegalaman ) so segala urusan dengan pihak pusat Unni settle kan.. Then cari tapak nak berusrah.
Tiket Masuk tapi RM2.00 ni harga lama sekarang da di naikan RM5.00 kat belakang tiket ada cop Harga tebaru. |
Pintu Utama dengan wajah-wajah yamg penuh semangat. |
Segalanya bermula di sini. |
Sekitar jam 9.30 Pagi kami memulakan usrah yang di sampaikan oleh Naqibah kami iaitu Kak Jiyah ( seorang Guru Sekolah Menengah ) Rujuk anak panah. Salah satu naqibah Fav Unni bila dia bagi penyampaian memang nusuk kalbu. Usrah hanya berlansung dalam 30 minit.
Starting Point 1170M
Bemula la perjalanan kami, perjalanan naik keatas memang mudah dan santai dan mempunyai 7 pondok perhentian untuk berehat.
Cabaran pertama menaiki tangga hampiri 200M
100M
Station NO.1 : Pondok perhentian pertama Kapur Paji. Semua semangat lagi.
Setelah lebih 5 minit rehat kami semua meneruskan perjalanan ke pondok perhentian seterusnya. Keadaan disini hanya dikelilingi dengan pokok-pokok besar. Hutan Simpan yang masih terpelihara kehijauannya. Cabaran kedua ni melalui kawasan yang agak licin sikit, sebab malam sebelum pendakian ni hujan lebat.
300M
Station NO.2 : Pondok Perhentian Kayu Malam
Pusat sejadi Bukit Gemuk merupakan Hutan Simpanan. Tempat yang terjaga, sepanjang perjalanan setiap pokok akan di label dengan spesias masing-masing. Ada pokok yang memang dikenali dan ada yang first time dengar dan nampak.
500M
Meniti anak tanga sekali lagi dalam 100M sebelum bertemu dengan station ketiga.
750M
Station NO.3 : Pondok Perhentian Seraya Timbau . Bersama dua adik kesayangan ku Umie dan ida. Maklum la leader gitu so Unni kena mejadi perserta paling belakang nak pastikan semua selamat sampai dan kembali. Dua muka ni yang mengiringi dan sorang lagi adik nana. Cia cia cia
Arr adik nana yang berniqab tu dan sorang lagi adik ain.
Station NO.4 : Perhentian Medang Tiga Urat
Hanya perlukan lebih kurang 5 Minit hanya untuk berehat then teruskan perjalanan.
Antara detik yang dinantikan adalah bertemu dengan sign about.. hahahahaha..1000M
Station NO.5 : Pondok Perhentian Keruing
Cabaran ketiga melalui kawasan jalan yang agak licin.
Station NO.6 : Pondok Perhentian Selangan Batu
Senyuman terukir ketika melihat nya.. Allahmdulilah langkah dicepatkan .. 100M akan bertemu dengan titian Silara ( Canopy Walk )
Cabaran empat dapat perjalanan menuju Canopy Walk kena menurui bukit selama 100M
Taraa da sampai 70M panjang Canopy Walk.
Canopy Walk atau Titian Silara merupakan Puncak Bagi Bukit Gemuk.. Mempunyai 4 perhentian dan jambatan gantung.
Maximum 5 Orang sekali dalam satu jambatan. Kat sini yang lain da bawa diri selfie masing-masing sebab jambatan ada had nya.
Kat depan sekali tu Juju member sekolah Unni dulu.. Pertemuan pertama kami setelah tamat SPM . 8 tahun baru jumpa balik.. Juju merupakan orang kuat time hiking ni dia merupakan Guide yang membawa kami semua. Dia depan sekali then Unni belakang sekali so kat puncak baru dapat selfie bersama.
View daripada Canopy keempat.. Subahanallah Indahnya ciptaanNya.. Memandangkan sini merupakan Hutan simpan so view sekeliling ditutup oleh pokok pokok besar. Yang ini pun da cukup lawa kan.
Station 7 : unkwon name.. Pondok selepas canopy walk. Berehat dalam 10 minit sebelum meneruskan perjalanan turun kebawa.
Sign about sebelum canopy walk dan station 7 sebab bersebelah jak.. Allahmdulilah seramai 26 orang semua berjalan sampai kepuncak dan turun dengan jayanya.. So misi pertama kami dalam 1 MONTH 1 HILL untuk April berjaya di realilasikan. So tunggu kami untuk Mei pulak.
Pusat sejadi Bukit Gemuk Ini juga dilengkapi dengan kemudahan surau, tandas dan gerai kecil so tak memang tak mejadi masalah bagi yang ingin solat sebelum pulang.
Sekian.
bestnye unni pergi hiking. teringinnya nak hiking juga.
ReplyDeleteBestnya unni! nak ikottt ! btw salam terjah dari https://www.facebook.com/groups/kamisukaterjahblog/
ReplyDeleteTerbaekklahh💪💪💪
ReplyDelete