25 April 2017

Penginapan Awesome Di Impiana Resort Cherating



Assalamualaikum,

Kamu merancang percutian ke Pahang?? datang ke Pahang wajiblah singgah di Cherating.. Kenapa Unni kata wajib, sebab memamng rugi kalau alang-alang datang bercuti kat Pahang tapi tak singgah. Subahanallah Cherating merupakan sebuah pantai yang sangah indah..Seperti yang kamu ketahui pantai adalah salah satu tempat yang rasa boleh hilangkan segala masalah. Dengan keadaan pantainya bersih dan masih terpelihara dan tidak tercemar. So bolehlah kamu lepak  tepi pantai dan nikmati pemandangan Pantai Cherating ini.

Lepak Pantai Cherating ni da macam kena terapi minda, rasa tenang sangat. Allahamdulilah satu lagi Nikmat Allah yang masih diberikan kepada hamba-hambaNya. Pantai Cherating ini juga merrupakan Pantai yang di lindungi di Bukit Cherting. Aktiviti luncur air merupakan aktiviti pilihan dan semestinya pantai ini merupakan salah satu tempat yang disukai dan digilai oleh peluncur- peluncur dunia. Untung kalau kamu datang jumpa plak peluncur- peluncur taraf dunia.

Pantai Cherating terletak di Pahang, lokasi bersebelahan dengan Daerah Kemaman, Terangganu. lebih kurang 45 KM dari Bandaraya Kuantan (30 minit masa memandu) dan 17KM dari Bandar Chukai, Kemaman (lebih kurang 10 minit masa memandu). Bagi yang datang dari Kuala Lumpur datang melalui  Lebuhraya Pantai Timur.Masa perjalanan lebih kurang 2 jam 30 minit.

Kalau datang Cherating ni, tak perlulah risau pasal penginapan tau!!! Unni suggest you all tempat yang paling the best..

Banyak tempat penginapan di sekitar Cherating yang menawarkan pelbagai jenis kemudahan. Last year pergi Cherating, Penginapan Impiana Resort Cherating menjadi pilihan. Nak dapatkan harga menarik boleh je Google Amazing deal on Impiana Resort Cherating. Banyak laman web yang menawarkan harga yang menarik.

Bilik
Ruang Menunggu
Resort ini menampilkan konsep tradisional. Dari segi reka bentuk bangunan sampailah persekitarannya. Resort dan perabot yang digunakan semuanya daripada kayu.  Semestinnya tempat ini mejadi pilihan, terasa classic gitu!!

Salah lagi yang paling best persekitaran yang bersih. Review kat Google, kebanyakan pengunjung memang puji tahap kebersihan  dan persekitaran resort ini. Pekerja dia pun memang ramah dan mesra. Servis memang tip top la..Memang bagi full star 😍😍

Selain itu, ada kolam renang  yang besar dan terbuka di luar resort. Yang nak pergi bermain pantai boleh jalan kaki je dari resort ni. Tapi anda hanya boleh mandi sekiranya air surut sahaja. Buat pengetahuan kamu, Impiana Resort Cherating telah ditutup buat sementara bagi proses renovation. Bertahun juga masa untuk renovate tak silap sebab keseluruhan kawasan di resort ni terlibat. Wah, tak sabar nak tengok pembaharuan yang dibuat oleh pihak resort.. Mesti gempak kan!

Kemudahan seperti gelanggang tenis, tempat memancing, Biliard, ping pong, permainan dart dan berbasikal turut  disediakan oleh pihak resort.

Oleh kerana Cheting ni sebelah jak dengan Kemaman so sambil-sambil tu boleh lah ke Pantai Teluk Kak Nik juga dikenali sebagai Monica Bay. Pantai ini pun cantik dan terdapat banyak pokok rhu. Ambil gambar di bawah pohon rhu memang cantik! Make sure pigi waktu siang jak sebab malam Pantai ni ditutup. 

Kawasan ni lokasi penyu bertelur. So malam, pantai ini ditutup. Kamu boleh lah lawati pusat santuari penyu. Boleh dedahkan kepada anak- anak tentang hidupan laut yang jarang dilihat iaitu penyu. Pergilah ke Pusat penerangan dan konservasi penyu. Paling best kalau dapat tengok aktiviti melepaskan anak- anak penyu di pantai. Mesti rasa ndak mo balik.. Selain tu ada juga pameran pemuliharaan penyu. Masuk free kot.

Kalau nak aktiviti yang lagi best, pigi tengok kelip-kelip waktu malam kat sungai Cherating. Naik bot pada waktu malam then tengok kelip-kelip sambil menikmati udara yang nyama.. Serius nak datang lagi lepas ni. Mana yang kita tahu Chearating ni sebelah jak dengan kemaman, Terengganu, so boleh lah pigi tengok kelip-kelip  di Sungai Yak Yah Kemaman atau di Sungai Ibok, Chukai Kemaman.

Part makanan ni paling fav!! Jom tengok tempat makan yang menarik pula di Cherating ni. Banyak sangat tempat makan yang sedap di Cherating. 

Otak-otak dan Satar
Keropok Lekor
Antara makanan tradisional ialah otak-otak, sata dan keropok lekor. Bagi yang mencari sata dan otak-otak sedap boleh cuba di Warung Aziz Satar atau Che Wan Kuala Kemaman.

Nasi Dagang
Gulai Kawah
Selain itu, bolehlah nikmati makanan lain seperti gulai kawah, nasi dagang, ikan bakar dan makanan laut yang segar. Antara tempat yang famous di sekitar Cherating ni ialah Warung Awang Ikan Bakar, Warung RC2 berdekatan RNR Chenor. Tempat ni popular dengan masakan nasi kerabu, ayam bakar dan nasi minyak pelbagai lauk. 

So kalau nak cari ketenangan minda dan ingin lari dari kesibukakn kota.. Unni suggest datang la Cherating.. Kenalah rasai sendiri suasana dan pengalaman di sana. Barulah tahu best ke tak kan Cherating ni. Tak gitu? Aduh Mood Holiday ON la plak....

Sekian..


10 comments:

  1. cantiknya view dia.. dah lama tak g jalan pantai

    ReplyDelete
  2. Best tu...
    Sedapnya sata tu. Dah lama akak tak ke east coast. Rasa nak pi cherating la camni :)

    ReplyDelete
  3. Akk pernah stay sini dulu masa program induksi tmpt kerja. Memang cantik view dia. Dah renovate ni lagi la cantik.

    ReplyDelete
  4. wah cantiknya resort ni Unni. tergoda pula kak ana tgk. hehe

    ReplyDelete
  5. seronoknya holiday...lama x gi holiday

    ReplyDelete
  6. Lamanya tak singgah di Cherating walaupun time balik kampung memang lalu di situ.. :)

    ReplyDelete
  7. Holiday list: Cherating (check /)
    Tunggu la nanti cuti sem!!!

    New chapter of Being Me : http://ameridzuan.blogspot.my/2017/04/being-youngest-son.html

    ReplyDelete
  8. Walaupun asal pahang dan membesar di sini tapi sayangnya tak pernah sampai ke Cherating! haha inshaAllah one fine day.

    ReplyDelete
  9. Last time pergi pun dah nak masuk 10 tahun. padahal kampung belah ibu, kat pekan pahang je. teringin nya nak pergiiiiii

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^