﷽
Part 1 ~ Tempat- tempat Yang Menarik di Kundasang, Ranau
Assalamualaikum,
Selepas pendakian Gunung Kinabalu, baca kat SINI dan SINI, kami sempat melawat beberapa tempat-tempat yang menarik. Walaupun kaki tak mampu melangkah ku gagah kan jua demi sebuah KENANGAN
Chalet ~ Ceasar' Place
Ini merupakan pemandangan dari Chalet. Kami menghidap kat Chalet selama 2 malam 3 Hari.
Baca kat SINI.
Projek selfie pagi-pagi. Nampak tak muka baru bangun semua. Kecuali geng kak Ann. Hari ni kak Ann, kak Mainie dan Jef akan pulang terlebih dahulu disebabkan cuti tak panjang (esok da start keja). So dari sepuluh hanya kami bertujuh yang tinggal.
Poring ~ Hot Spring
Destinasi pertama kami hari ini Hot Spring, Poring. Hot Spring, Poring ini dikenali kerana air panas nya yang mempunyai galian sulfur yang boleh menyegarkan badan. kami datang untuk menyegarkan kembali kaki selepas penat mendaki, tempat ini akan menjadi tumpuhan para pendaki selepas mendaki, kerana ingin menyegarkan kembali badan mereka.
Baca kat SINI.
Baca kat SINI.
Rendam kaki jak mampu. Kalau mandi tu memang tak la, sebab kaki da sakit sangat sehingga nak melangkah pun macam tak mampu.
Tagal Kg.Luanti Baru
Selepas menyegarkan kaki, kami datang kesini. Tempat ni dikenali sebab ikan-ikan kat sini suka kat manusia. Tempat ini dikenali sebagai Spa Fish, Kg Tugal.
Baca kat SINI tentang Spa Fish Kg Tagal.
Bila Turun Sungai ni, Ikan-ikan akan mendekati anda then gigit kaki. Mula-mula tu memang rasa geli, lama-lama da ok. Ikan-ikan ni akan gigit kulit-kulit mati kat kaki.
Ladang Tea, Sabah
Destinasi terakhir hari ini. Ladang Tea, Sabah. Kami menhabiskan masa kat sini sehingga petang sambil merasai tea sabah original.
Sabah Tea Love Teapot. Tempat ini kususnya buat pasangan yang hangat bercinta, letakkan kunci mangga kat teapot tu, mangga yang berbentuk Love, konon biar sampai akhir hayat. Unie pun tak tau.
Nice view kan. Ini lah daun Tea.
Kat sini juga ada restoren dan shop. So kami lepak kat sini sampai petang sambil kopi-kopi tapi bukan minum kopi, kami minum tea.
Baca kat SINI full tentang Ladang Tea Sabah.
Oleh kerana keadaan kat sini tak mengizinan kita keluar malam sebab sejuk sangat then kabus tebal, so malam terakhir ni kami laksanakan projek BBQ. Kemudaan BBQ semua disediakan oleh pihak Chalet kita just beli bahan-bahan dan arang jak.
Chef masakan kami, iaitu Abg Nasa.
Baca kat SINI.
Malam terakhir bersama.. so abiskan masa bersama then esok habiskan masa lawat sebahagian lagi tempat di kundasang. Ok da settle cerita hari ini kita sambung part 2 plak.
Part 2 - Kundasang-Kota Kinabalu
Salam Sayang : Unni Anje
More :
seronoknya Unni dapat menghirup udara segar kat pergunungan tuu...cuma Sabah jer belum sempat dijejaki..huhu
ReplyDeleteOMG, KUNDASANG LIKE SERIOUSLYYYY??!! Ooppsss sorry tercapslock pulak, excited sangat. 😅💕
ReplyDeleteLasak juga Unni ni.
ReplyDeleteSpa fish tu la mai teringin sangat mau pegi, harap ada rezeki nanti, honeymoon ke..haha
Geramnya tenguk ikan2 tu
ReplyDeleteWah besnya, mahal x chalet tu
ReplyDelete