17 April 2017

Dapatkan Wuduk Yang Khusyuk Dengan Teknik Bayangan

﷽‎


Assalamualaikum,

Apa itu Wuduk ?? Wuduk atau wudhu ialah satu cara ialah salah satu cara untuk menyucikn diri daripada hadas kecil. Jika air tiada atau tidak mencukupi, maka wuduk boleh diganti dengan tayyammum.

Pengertian wudhuk pada syarak ialah membasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat.

Allah Berfirman dalam  Surah Al-maa'idah, ayat 6 :


 “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembayang ( padahal kamu berhadas kecil ) maka ( berwuduklah ) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian daripada kepala kamui dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali”.

Wudhuk yang sempurna adalah wudhu bukan sekadar pada zahirnya tapi pada batinnya, di mana kita membersihkan dosa-dosa kecil yang di lakukan oleh pancaindera dan anggota badan. 

Dalam Sabda Rasulullah :

Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwudhu’ maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwudhu’ ia bersih dari dosa-dosanya”.

 (Riwayat Muslim)

Wudhu dengan khusyuk dengan Teknik Bayangan!!

Bayangkan kita nak meeting dengan Allah dalam satu bilik ( lebih elok dapat solat dekat ruang yang tanpa ada gangguan, paling afdhal solat berjemaah dengan satu keluarga dalam satu rumah )

Bayangkan wudhu itu wudhu terakhir. Sepertinya kita membasuh anggota sendiri simbolik kepada membasuh JENAZAH sendiri.

Sertakan wuduk dengan doa-doa (perbualan) kita dengan Allah.

Membasuh tangan 3x: ( Sunnah )
"Ya Allah, ampunkan dosa tangan ini. Berikan tangan ini rezeki yang halal lagi berkat".

Berkumur 3x: ( Sunnah )
"Ya Allah, ampunkan dosa mulut dan lidah ini. Jadikan mulut ini rajin untuk membaca Quran, zikir 
dan bercakap yang baik-baik dan manfaat".

Membasuh hidung 3x: ( Sunnah )
"Ya Allah, berikan hidung ini mencium bau-bau syurga. Janganlah Kau beri hidung ini mencium busuk api neraka".

Membasuh muka 3x: ( wajib )
"Ya Allah, haramkan wajah ini dari disambar api neraka. Putihkan wajah ini di akhirat kelak seperti wajah-wajah para solehin. Jangan Kau hitamkan wajah ini seperi orang kafir dan munafik".
Note : Jangan lupakan niat wudhu semasa membasuh muka. Selepas tu baru tambah doa kita.

Membasuh tangan-siku: ( wajib )
"Ya Allah, berikan buku amalan aku pada tangan kanan ini dan hisablah dari arah depanku".

Menyapu kepala/sebahagian rambut 3x: ( wajib )
"Ya Allah, haramkan rambut ini dari diikat api neraka. Lindungkan kepala ini dengan teduhan redhaMu pada hari kebangkitan sepanjang berada di Masyar nanti".

Membasuh telinga 3x: ( Sunnah )
"Ya Allah, berikan telinga ini untuk  dengar panggilan ahli-ahli syurga. Telinga yang rajin mendengar ayat suci Quran, ilmu-ilmu, nasihat dan bukan telinga yang mendengar muzik-muzik  atau perkara lagha (melalaikan dari ingat Allah)''.

(Optional)
Membasuh tengkuk 3x: ( Sunnah )
"Ya Allah, haramkan leher dan tengkuk ini dari dijerut rantai besi api neraka yang membakar''.

Membasuh kaki 3x: ( wajib )
"Ya Allah, ampunkan dosa kaki ini. Mudahkan kaki ini untuk melintasi titian sirat. Berikan kaki ini pergi ke majlis ilmu, rumah-rumahMu dan tempat-tempat yang baik".

Lepas wudhu, bacalah doa dengan tenang. Biasanya akan dibaca syahadah dan diikuti dengan 

اَللَّهُـمَّ اجْعَلْنِـي مِنَ التَّـوَّابِينَ وَاجْعَـلْنِي مِنَ الْمُتَطَهِّـرِينَ
Allaahummaj'alnee minat-tawwaabeena waj'alnee minal-mutatahhireen
"Ya Allah jadikanlah aku daripada golongan orang yang bertaubat dan jadikanlah aku daripada golongan orang-orang yang bersih".

Waktu berjalan ke sejadah ( ruang solat ) boleh bayangkan titsan-titisan air wudhu dari anggota itu jatuh dan menitik berserta dengan dosa-dosa kecil kita. Allahumma barik lahu.

Walllahualam.

Moga bermanfaat

8 comments:

  1. Menarik info ini .memang selalu di cari apabila terlupa tatatertib dan hukumnya.Sertai segmen tonton ucing nak try irama melayu.(^_^).

    ReplyDelete
  2. Trima ksh prkongsiannya uni, sgt brmanfaat

    ReplyDelete
  3. MOGA KITA BERWUDUK DGN SEMPURNA

    ReplyDelete
  4. Besar sungguh fadilat wudhuk tu kan. Nampak remeh tp besar ganjarannya.

    ReplyDelete
  5. dik !! terima kasih untuk peringatan dan info nya.. walaupun hari2 buat tapi info ni buat kita lagi khusyuk.. kan..

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yang menarik dan bermanfaat ni unni.. thankz ya.. :)

    ReplyDelete
  7. Kdg2 hal yg kita nmpk biasa2 sebenarnya penting.... perkongsian yg bagus unni..

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^