Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

04 May 2017

Adab Bernikah Dalam Masjid

﷽

‎
Assalamualaikum,

Seperti yang kita lihat sekarang ramai yang memilih untuk bernikah di masjid, Allahamdulilah menjadikan masjid sebagai saksi menjadikan mereka pasangan yang halal. Namun kita harus faham dan tahu bahawa masjid itu rumah Allah.

Bukan sekolah, negara sahaja ada peraturan namun rumah Allah juga ada undang-undang dan adab tersendiri.

Adab benikah di masjid

1) Pengantin perempuan wajib lah tutup aurat dengan sempurna ( baju tak ketat, pakai stoking dan tudung melepasi dada ) kena rujuk cara menutup aurat yang sebenar.

2) Begitu juga kawan-kawan perempuan wajib menutup aurat dengan sempurna ( baju tak ketat, pakai stoking dan tudung melepasi dada ) Asingan lelaki dengan perempuan.

3) Dilarang berbuat bising takut menganggur orang lain. Kalau yang ambil juru camera tu biarlah beradab dan tatatertib ( kalau boleh ambil la jurucamera beragama islam sebab dia tahu adab-adab dalam masjid )

4 ) Bab sarungkan cincin ( proses batalkan air wuduk ) baik dilakukan dirumah sahaja, sebab rumah Allah, tempat beribadah dan lelaki perempuan dilarang bersentuan cukup sekadar serahan mas kahwin.

Namun hakikatnya??? kita semua tak nampak dan ambil remeh. Adab kita dengan Allah di rumahNya. Dahlah dibumi Allah kita tak jaga hak-Nya. Takkan sampai dirumah Allah jugak kita taknak jaga hak-Nya?? Kejam kan...

Rumah Allah kita jadikan macam rumah sendiri, ikut sunnat Rasullulah masuk masjid kena solat sunnat dua rakaat, tapi bila akad nikah?? memang jarang nak tengok orang solat sunat lagi-lagi para wanita ( maklumlah pakai mekap ).

Majoriti wanita yang datang bertudung tapi?? bukan lah cara pakaian seorang muslimah yang sebenar. Masjib kot takkan masih sombong dengan Allah, sampai kita sanggup berpakain sedemikian rupa ke rumah Allah ( stoking tak pakai, baju ketat, tudung atas dada )

Allahu....

Tak masuk lagi part ambil gambar, da macam tak ada batas lelaki dan perempaun bukan muhrim.. Rumah Allah orang dah tak hormat. Orang buat macam dewan.

Sedangkan dalam Mazhab, masih ada yang mengharamkan wanita berhadas besar ke rumah Allah, apatah lagi tidak menutup aurat kerumah Allah. Hadas besar ( tak berada dalam keadaan suci tapi tak berdosa ) manakalan tidak menutup aurat ( berdosa besar ).

Tepuk dada tanya Iman, banyak benda kita kena betulkan, kalau tak mampu nak adab dalam masjid baik nikah kat luar sahaja, mana-man pun boleh. Dulu selalu ingat pesan Naqibah kalau buat masjlis ada unsur kemaksiatan pasti tuan rumah yang menanggung dosa ( wallahualam ).

Tanpa kita sedar banyaknya nikmat Allah SWT yang kita dustakan.. Allahuakbar..

Sekadar perkongsian dan peringatan buat diri sendiri juga..

Moga Bermanfaat


18 April 2017

Tips Solat Yang Khusyuk

﷽‎ 



Assalamualaikum.

Sebagai manusia biasa dan juga hamba yang lemah amat sukarlah bagi kita untuk mendapatkan solat yang khusyuk, begitu juga dengan diri ini sendiri, Namun kita boleh mengamalkan beberapa tip agar mampu memiliki solat yang khusyuk.

Namun sebelum memiliki solat yang khusyuk maka haruslah kita memperbaiki air wuduk baca kat SINI

6 Point utama yang kita harus amalkan dalam mendapatkan solat yang khusyuk.

1. Hudurul Qolb
Hadirnya hati. hadirnya hati harus di latih terus-menerus, bila hati kemana-mana paksa untuk kembali lagi, Insya Allah , hati akan terbiasa hudhur.

2. Tafahhumul Ma’ani
Memahami arti atas apa yang kita katakan dan kita sedang lakukan.

3. Al ijlal watta’dzhim
Adanya rasa mengagungkan dan memulyakan kepada Allah SWT. Terkadang kita hadir hati, mengetahui arti, tapi tanpa pengagungan hal ini seperti seseorang yang memahami perkataan anak kecil yaitu tidak terlalu menghiraukannya.

4. Al ijlal watta’dzhim ma’al Haibah
Hendaknya rasa memulyakan dan pengagungan tadi di iringi dengan rasa haibah (kewibawaan). Haibah: Rasa takut yang timbul karena rasa mengagungkan. Takut sholat kita tidak di terima oleh Allah.

5. Ar-Roja’
Kuatnya harapan bahwa sholat kita di terima oleh Allah juga menjadi sebab dekatnya kita pada Allah serta mengharapkan mendapat balasan yang agung.

6. Haya’
Adanya rasa malu bahwasannya kita tidak menunaikan hak Allah dengan semestinya.

Andai keenam-enam ciri ini kita sematkan dalam amalan solat, In sha Allah dengan izin Allah kita mampu memperolehi solat yang khusyuk.

Wallahualam.

Moga bermanfaat.

17 April 2017

Dapatkan Wuduk Yang Khusyuk Dengan Teknik Bayangan

﷽‎


Assalamualaikum,

Apa itu Wuduk ?? Wuduk atau wudhu ialah satu cara ialah salah satu cara untuk menyucikn diri daripada hadas kecil. Jika air tiada atau tidak mencukupi, maka wuduk boleh diganti dengan tayyammum.

Pengertian wudhuk pada syarak ialah membasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat.

Allah Berfirman dalam  Surah Al-maa'idah, ayat 6 :


 “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembayang ( padahal kamu berhadas kecil ) maka ( berwuduklah ) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian daripada kepala kamui dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali”.

Wudhuk yang sempurna adalah wudhu bukan sekadar pada zahirnya tapi pada batinnya, di mana kita membersihkan dosa-dosa kecil yang di lakukan oleh pancaindera dan anggota badan. 

Dalam Sabda Rasulullah :

“Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwudhu’ maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwudhu’ ia bersih dari dosa-dosanya”.

 (Riwayat Muslim)

Wudhu dengan khusyuk dengan Teknik Bayangan!!

Bayangkan kita nak meeting dengan Allah dalam satu bilik ( lebih elok dapat solat dekat ruang yang tanpa ada gangguan, paling afdhal solat berjemaah dengan satu keluarga dalam satu rumah )

Bayangkan wudhu itu wudhu terakhir. Sepertinya kita membasuh anggota sendiri simbolik kepada membasuh JENAZAH sendiri.

Sertakan wuduk dengan doa-doa (perbualan) kita dengan Allah.

Membasuh tangan 3x: ( Sunnah )
"Ya Allah, ampunkan dosa tangan ini. Berikan tangan ini rezeki yang halal lagi berkat".

Berkumur 3x: ( Sunnah )
"Ya Allah, ampunkan dosa mulut dan lidah ini. Jadikan mulut ini rajin untuk membaca Quran, zikir 
dan bercakap yang baik-baik dan manfaat".

Membasuh hidung 3x: ( Sunnah )
"Ya Allah, berikan hidung ini mencium bau-bau syurga. Janganlah Kau beri hidung ini mencium busuk api neraka".

Membasuh muka 3x: ( wajib )
"Ya Allah, haramkan wajah ini dari disambar api neraka. Putihkan wajah ini di akhirat kelak seperti wajah-wajah para solehin. Jangan Kau hitamkan wajah ini seperi orang kafir dan munafik".
Note : Jangan lupakan niat wudhu semasa membasuh muka. Selepas tu baru tambah doa kita.

Membasuh tangan-siku: ( wajib )
"Ya Allah, berikan buku amalan aku pada tangan kanan ini dan hisablah dari arah depanku".

Menyapu kepala/sebahagian rambut 3x: ( wajib )
"Ya Allah, haramkan rambut ini dari diikat api neraka. Lindungkan kepala ini dengan teduhan redhaMu pada hari kebangkitan sepanjang berada di Masyar nanti".

Membasuh telinga 3x: ( Sunnah )
"Ya Allah, berikan telinga ini untuk  dengar panggilan ahli-ahli syurga. Telinga yang rajin mendengar ayat suci Quran, ilmu-ilmu, nasihat dan bukan telinga yang mendengar muzik-muzik  atau perkara lagha (melalaikan dari ingat Allah)''.

(Optional)
Membasuh tengkuk 3x: ( Sunnah )
"Ya Allah, haramkan leher dan tengkuk ini dari dijerut rantai besi api neraka yang membakar''.

Membasuh kaki 3x: ( wajib )
"Ya Allah, ampunkan dosa kaki ini. Mudahkan kaki ini untuk melintasi titian sirat. Berikan kaki ini pergi ke majlis ilmu, rumah-rumahMu dan tempat-tempat yang baik".

Lepas wudhu, bacalah doa dengan tenang. Biasanya akan dibaca syahadah dan diikuti dengan 

اَللَّهُـمَّ اجْعَلْنِـي مِنَ التَّـوَّابِينَ وَاجْعَـلْنِي مِنَ الْمُتَطَهِّـرِينَ
Allaahummaj'alnee minat-tawwaabeena waj'alnee minal-mutatahhireen
"Ya Allah jadikanlah aku daripada golongan orang yang bertaubat dan jadikanlah aku daripada golongan orang-orang yang bersih".

Waktu berjalan ke sejadah ( ruang solat ) boleh bayangkan titsan-titisan air wudhu dari anggota itu jatuh dan menitik berserta dengan dosa-dosa kecil kita. Allahumma barik lahu.

Walllahualam.

Moga bermanfaat

16 March 2017

Tips Nak Mula Bertudung Labuh

Tips Nak Mula Bertudung Labuh | Allamdulilah, masih diberi kesempatan untuk bernafas hari ini, hari ini Unni terdetik hati nak share tip-tip macam mana Unni mula bertudung labuh. Baca kat SINI kisah Aku dan Tudung Labuh. Moga Allah masih memberi kita hidaya untuk menutup aurat dengan sempuran.

Tips Nak Mula Bertudung Labuh

Nak bertudung labuh ni kena la slow-slow bukan senang tau nak berubah secara terus, hijarah itu perlu step by step!! Mulakan hijarahmu dengan Niat yang betul, kerana ALLAH SWT.

Tip Nak mula bertudung labuh


1. Niat dan minat. Bila kat hati kamu suka tengok orang bertudung labuh itu adalah salah satu hidayah yang Allah turunkan kat kamu. Maka kejar la hidayah itu.

2. Bila niat dan minat da kuat. Benda pertama nak buat adalah DELETE semua gambar-gambar yang mendedahkan aurat di laman sosial.

3. Mula labuhkan pakaian then tudung yang sedia ada tu ubah la fesyen dia jadi labuh sikit ( tutup bahagian dada ). So orang sekeliling pun tak da aneh tiba-tiba nampak kita berubah terus. Slow-slow.

4. Mula la sarungkan stoking dan pakaian handsock. Sebab kaki tu kan aurat.

5. Sambil-sambil tu mula la beli tudung labuh peringkat-peringkat. Bidang 50, 55, 60.

6. Paling penting adalah istiqmah yang berterusan tanpa putus asa. Abaikan orang nak cakap apa sebab kita nak cari redha Allah SWT bukan redha manusia. Kuat dan tabah. Sentiasa ingat akan azab Allah SWT.

7. Jangan pandang lagi tudung-tudung lama, sorokan sedekah orang buat la apa yang patut. Walaupun harga beratusan. Harga mahal tapi kalau tak ikut syariat kan rugi. Rugi duit dan rugi dosa.

8. Bila da slow-slow, kita sendiri dan orang akan terbiasa dengan perubahan kita, so tak da lah yang nk judge kita kan!!

Itu je senang kan.. Ini lah Unni buat time mula-mula nak mengunakan tudung labuh.. Hidayah Allah SWT tu mahal tau. Sebab tu kita perlu kejar bukan kita tunggu.

Allahamdulilah dalam bertudung labuh sekali gus akan mendidik akhlak kita menjadi lebih baik sebab apa? sebab pakaian yang kita guna, melambangkan suci nya agama kita. Takkan pakai tudung labuh nak maki-maki orang kan ( kalau ada pun, no komen ).

Perkongsian bersama ini la pic pertama Unni labuhkan tudung, Tudung sedia ada bidang 45 jadikan ia labuh macam ni.

Dalam surah An-Nur ayat 31 :

''Hendalah mereka ( perempuan ) melabuhkan kain tudung hingga menutui dada-dada mereka''

Sekian.

Moga Bermanfaat.

Coretan Hati

         

13 November 2016

Cabaran 30 Hari Blogging #13 Petua Orang Lama


Tak sedar kan da 13 hari bulan 11 beransur pergi, pejam celik da masuk bulan terakhir kat 2016 !! Fuhh sedih nya cepat betul masa berlalu. So hari ni da masuk cabaran #13. Ok petua orang lama.. Dekat 2 jam tadi perah otak nak ingat petua yang mak selalu bagitau. Alhmdulilah ada la juga ingat sikit-sikit yang boleh dikongsikan. 

Petua Orang lama

So Unni share 7 petua jak. Petua ni memang penah buat dulu-dulu la, tak ingt banyak yang ni jak yang otak mampu proses ingatkan kembali.




1. Kelihatan berseri

Basuh muka dengan bilasan air beras yang ketiga sambal selawat. Yang pasti suruh Yusuf ayat 4 memang kena amalkan.




2. Kalau batuk berkahak

Minum air daun peria.. Ini Unni tak boleh lupa, kalau sorang batuk kat rumah satu rumah kena minum.. Air daun peria tu, kamu tau la rasa apa kan!!




3. Kaki berbau

Bila kencing kencingkan kaki sendiri. Unni pun tak pasti kenapa, tapi time sekolah dulu kan rajin pakai kasut lepas tu kaki selalu berbau. Makcik Unni selalu suruh kecingkan kaki sendiri. Yes!! ia berkesan, kamu cuba la bagi yang ada masalah kaki berbau.



4. Mask muka

Guna putih telur. Paling baik telur ayam kampung.




5. Melunakkan suara

Minum air asam jawa. Jangan minum dengan ais. Dilarang minum air sejuk atau makan lada. Patut suara Unni tak sedap sebab suka sangat makan lada.




6. Legakan Stress

Rendam kaki guna air suam dan sedikit garam.. Yang ni memang melegakakn badan dan otak. ingt lagi time masih sekolah kalau otak serabut kena suruh rendam kaki guna air suam dan garam..Memang lega la.



7. Sakit Mata

Titis air susu ibu yang menyusukan anak. Sakit mata ni memang selalu kena time kecik-kecik. Kalau da kena mesti mak suruh pigi rumah orang yang meyusukan anak minta titiskan air susu. Fresh tau.


Tu jak la yang Unni tahu dan ingat yang lain, entah la.. Banyak sebenarnya petua orang-orang lama ni cuma otak tak mampu nak fikir. Hihihihi.. Moga bermanfaat.

Sekian

Salam Sayang : Unni Anje

Cabaran  #1 #2 #3 #4 #5 #6 #7 #8 #9 #10 #11 #12 #13 #14 #15 #16 #17 #18 #19 #20 #21 #22 #23 #24 #25 #26 #27 #28 #29 #30