16 March 2017

Tips Nak Mula Bertudung Labuh

Tips Nak Mula Bertudung Labuh | Allamdulilah, masih diberi kesempatan untuk bernafas hari ini, hari ini Unni terdetik hati nak share tip-tip macam mana Unni mula bertudung labuh. Baca kat SINI kisah Aku dan Tudung Labuh. Moga Allah masih memberi kita hidaya untuk menutup aurat dengan sempuran.

Tips Nak Mula Bertudung Labuh

Nak bertudung labuh ni kena la slow-slow bukan senang tau nak berubah secara terus, hijarah itu perlu step by step!! Mulakan hijarahmu dengan Niat yang betul, kerana ALLAH SWT.

Tip Nak mula bertudung labuh


1. Niat dan minat. Bila kat hati kamu suka tengok orang bertudung labuh itu adalah salah satu hidayah yang Allah turunkan kat kamu. Maka kejar la hidayah itu.

2. Bila niat dan minat da kuat. Benda pertama nak buat adalah DELETE semua gambar-gambar yang mendedahkan aurat di laman sosial.

3. Mula labuhkan pakaian then tudung yang sedia ada tu ubah la fesyen dia jadi labuh sikit ( tutup bahagian dada ). So orang sekeliling pun tak da aneh tiba-tiba nampak kita berubah terus. Slow-slow.

4. Mula la sarungkan stoking dan pakaian handsock. Sebab kaki tu kan aurat.

5. Sambil-sambil tu mula la beli tudung labuh peringkat-peringkat. Bidang 50, 55, 60.

6. Paling penting adalah istiqmah yang berterusan tanpa putus asa. Abaikan orang nak cakap apa sebab kita nak cari redha Allah SWT bukan redha manusia. Kuat dan tabah. Sentiasa ingat akan azab Allah SWT.

7. Jangan pandang lagi tudung-tudung lama, sorokan sedekah orang buat la apa yang patut. Walaupun harga beratusan. Harga mahal tapi kalau tak ikut syariat kan rugi. Rugi duit dan rugi dosa.

8. Bila da slow-slow, kita sendiri dan orang akan terbiasa dengan perubahan kita, so tak da lah yang nk judge kita kan!!

Itu je senang kan.. Ini lah Unni buat time mula-mula nak mengunakan tudung labuh.. Hidayah Allah SWT tu mahal tau. Sebab tu kita perlu kejar bukan kita tunggu.

Allahamdulilah dalam bertudung labuh sekali gus akan mendidik akhlak kita menjadi lebih baik sebab apa? sebab pakaian yang kita guna, melambangkan suci nya agama kita. Takkan pakai tudung labuh nak maki-maki orang kan ( kalau ada pun, no komen ).

Perkongsian bersama ini la pic pertama Unni labuhkan tudung, Tudung sedia ada bidang 45 jadikan ia labuh macam ni.

Dalam surah An-Nur ayat 31 :

''Hendalah mereka ( perempuan ) melabuhkan kain tudung hingga menutui dada-dada mereka''

Sekian.

Moga Bermanfaat.

Coretan Hati

         

7 comments:

  1. BERTUDUNG LABUH MMG CANTIK BERGAYA

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. moga ada kesempatan nak kesana jugak

    ReplyDelete
  3. Kak Sue kan ada niat juga nak bertudung labuh nie.. semoga dipermudahkan urusan dan semoga Kak Sue istiqomah selalu..aamiin :)

    ReplyDelete
  4. sikit2 kita ubah kepada perkara yang lebih baik dan diredhai Allah s.w.t

    ReplyDelete
  5. Pelan-pelan kayuh, hihihi. Impian tu ada...

    ReplyDelete
  6. at last! ini lah yg sis tunggu2.. sis dah mula nekad untuk berubah, skrg sis dh sampai tahap pakai stokin. suami pun alhamdulillah suka dengan perubahan ni. cuma skrg ni tgh nak start pakai handsock dan inshaaAllah hajat hati nak terus berubah smpai pakai niqab. Sis harap sangat dpt info panduan dan semngat utk terus ke arah tu. ye lah kalau sorang ni takut kalau-kalau nanti kecundang tengah jalan :D

    DOAKAN SIS YA

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah. Sebenarnya atas niat kita. Cam cara kita berfesyen la jugak. Kan stengah org dia suka pkai jeans. So yg dia belek belek dlm google / magazine pun yg jeans.

    Tudung ni pun same. Yg penting niat kita. Pakai untuk ape. Pakai untuk ikut trend atau pkai sbb mmg kita minat mcm tu ❤️

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^