Assalamualaikum,
Allahamdulilah dengan Izin Allah, 29 March 2017 bersamaan rabu masuk la kita 1 REJAB 1438H. Bulan Rejab merupakan penanda aras atau tanbih (ingatan) kepada umat Islam agar bersedia untuk menghadapi bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya terkandung 1001 rahmat dan maghfirah (keampunan) daripada Allah SWT.
اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَـعْبَانَ وَبَلِّـغْنَا رَمَضَانَ
“Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.”
Apa Maksud REJAB?? Rejab membawa maksud KEAGUNGAN, kerana bulan ini diagungkan oleh Allah s.w.t.
Bulan Rejab diagungkan kerana ia termasuk dalam 4 bulan suci dan mulia yang diharamkan berperang atau bersengketa dalam Islam. Bulan ini adalah bulan aman, damai dan selamat.
Seperti firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah ayat 36, bermaksud :
“Sesungguhnya, bilangan bulan di sisi Allah adalah 12 bulan, (sepertimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan suci tidak boleh berperang di dalamnya (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah ketetapan agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu…”
Pada bulan Rejab umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan berzikir, istighfar, berpuasa serta melakukan amal kebajikan dalam bulan Rejab.
Juga digalakkan untuk kita melazimkan doa berikut:
“Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.”
Di antara keistimewaan bulan ini, malam pertama bulan Rejab adalah Malam dikabulkan doa.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Lima malam doa tidak ditolak, iaitu malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jumaat, malam Hari Raya Eidulfitri, malam hari raya Eiduladha.”
Hadis Riwayat Al-Baihaqi.
Dalam surah Al-Baqarah ayat 194-271 dan Surah At-Taubah ayat 2,36-37 ada menyebut mengenai bulan Rejab secara tidak langsung.
Wallahua’lam.
Moga bermanfaat
Moga bermanfaat
tak sabar tunggu ramadan..anak2 pun sibuk sudah bila puasa
ReplyDeleteREJAB YG BERKAT RAMADAN DINANTI
ReplyDeleteNice sharing Unni, kadang-kadang kita tak perasan betapa banyaknya peristiwa yang berlaku di bulan Rejab... Allahu Rabbi, tak lama lagi dah nak sampai di bulan Ramadhan..
ReplyDeletePerkongsian yang bagus Unni..
ReplyDeletetak sabar nak ramadhan ^^
ReplyDeletethanks for the sharing ... piqa terlupa pulak doa tu
Unni ooo Unni.. dtg singgah sini..
ReplyDeletePerkongsian yg baik unni..
salam bulan rejab ..
ReplyDeleteHai, terima kasih atas penyertaan anda untuk Uyul Rosli 1st Giveaway. Tahniah kepada yang telah berjaya, dan kepada yang tidak berjaya, tidak mengapa. Jika di masa akan datang ada rezeki lebih, Uyul akan adakan lagi Giveaway/Segmen. InshaaAllah.
ReplyDelete****************************************
Sila semak senarai pemenang. >>>>>
Senarai Pemenang | Blonolog Blogger Picisan
****************************************
Alhamdulillah.
Terimakasih atas perkongsian..salam 1 Rejab...salam menjemput rezeki.moga kita semua berada dalam rahmat Allah senantiasa...aamiinn.
ReplyDeleteMohon share ya sis...terbaikklahh.
Hari ini dah 1 Rejab.
ReplyDeleteSaaban dan Ramadhan kian menghampiri
Thanks for info unnie :) Sape yg boleh puasa, ambik lah peluang ni. Sedekah tu kalau sebelum ni keberatan, boleh dh start ringan ringankn sedekah :) InsyaAllah semoga amalan kita diterima dan kekal milik kita untuk kegunaan akhirat :)
ReplyDeleteMoga orang orang yg membaca dapat manfaat dpd entri ini UA. Apatah lagi org yg berkongsi....
ReplyDeletebila muncul nya bulan rejab ndak lamai ramadhan akan tiba..yeahhh
ReplyDelete