30 March 2017

Ketahui Apa Itu Sujud Sajaddah

﷽‎ 

Ketahui Apa Itu Sujud Sajadah

Assalamualaikum,

Allahamdulilah masih diberi nikmat untuk menulis. Tahukah anda akan tentang sebuah sujud, iaitu Sujud Sajaddah.

Apa Itu Sujud sajaddah??

Sujud Sajaddah dikenali sebagai Sujud Tilawah. Tilawah membawa maksud sujud bacaan iaitu sujud kerana membaca atau mendengar ''Ayat-ayat Sajaddah'' daripada Al-Quran. Ayat-ayat tersebut dikenali dengan tanda garis atau simbol dan tertulis perkataan sajaddah.

Contoh tanda garis/simbol dan perkataan sajaddah.

Ketahui Apa Itu Sujud Sajadah
Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206 - Quran Explorer (IndoPak Script)
Ketahui Apa Itu Sujud Sajadah
Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206 - Yusuf Ali Quran
Ketahui Apa Itu Sujud Sajadah
Namun dalam Al-Quran pada masa kini ayat-ayat sajjadah diakhiri dengan simbol ini 

Ayat-ayat Sajaddah

Di dalam Al-Quran terdapat 15 ayat-ayat sujud sajaddah iaitu: 

1. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206 
2. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 15 
3. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 50 
4. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 109 
5. Surah 19 (Maryam) Ayat 58 
6. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 18 
7. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77 
8. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 60 
9. Surah 27 (An Naml) Ayat 26 
10. Surah 32 (As-Sajdah) Ayat 15 
11. Surah 38 (Shaad) Ayat 24 
12. Surah 41 (Fushshilat) Ayat 38
13. Surah 53 (An-Najm) Ayat 62 
14. Surah 84 (Al-Insyiqaq) Ayat 21 
15. Surah 96 (Al-‘Alaq) Ayat 19

Baca di SINI untuk ketahui ayat-ayat Sajaddah

Nota: 

Perlu dinyatakan bahawa bacaan surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77 menurut madzhab Syafi’iyah dan Hanbaliyah dimasukkan sebagai ayat sajadah. Bacaan Surah 38 (Shaad) Ayat 24 pula menurut Syafi’iyah dan Hanbaliyah tidak termasuk ayat sajadah, tapi ayat yang disunatkan untuk ‘Sujud Syukur’.

Syarat Sah Sujud Sajaddah

1. Suci badan, pakaian dan tempat sujud. 
2. Menutup aurat. 
3. Menghadap kiblat. 
4. Sujud setelah selesai membaca Ayat Sajadah. 
5. Jika berjemaah wajib mengikut Iman.

Rukun Sujjud Sajaddah
1. Niat -  ''sahaja aku sujud sajaddah kerana Allah Taala''
2. Takbirayul Ihram.
3. Bacaan sujud
4. Memberi Salam 
                  
Bacaan sujud  

Sajada  wajHiya  lilladziy  kholaqohu  washawwaraHu  wasyaqo  sam‘aHu  wabashoroHu  bihaulihi  waquwwatiHi  fatabaarokaL  LaaHu  ahsanul  khooliqiyn
"Telah sujud wajahku kepada yang telah menciptanya, yang telah memberi rupa baginya dan telah memberi pendengaran dan penglihatan dengan kehendakNya dan dengan kekuatanNya, Tuhan yang penuh limpah keberkatanNya telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian."

Hukum Sujud Sajaddah adalah Sunat Mu'akad ( sunat yang digalakan ).

Sabda Rasulullah SAW:

Wahai manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud tilawah. Tetapi sesiapa bersujud, dia telah melakukan yang benar. Dan sesiapa yang tidak melakukannya, maka dia tidak mendapat dosa.” (HR Bukhari)

Moga ia menjadi penambah amalan kita dalam kehidupan.

Moga bermanfaat.


3 comments:

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^