10 March 2017

Lubang Arnab Bawa Kepada Rangkaian Gua Rahsia Knight Templar Yang Berusia 700 Tahun

Lubang Arnab Bawa Kepada Rangkaian Gua Rahsia Knight Templar Yang Berusia 700 Tahun


Assalamualaikum,

9 March 2017, Shropshire England - Telah di temukan sebuah Lubang Arnab Bawa Kepada Rangkaian Gua Rahsia Knight Templar Yang Berusia 700 Tahun. Subahanallah itulah antara kuasa Allah yang kita masih mampu nikmati.

Lubang Arnab Bawa Kepada Rangkaian Gua Rahsia Knight Templar Yang Berusia 700 Tahun
Ia hanya kelihatan seperti lubang arnab biasa, namun ramai tidak tahu akan kewujudan rangkaian ke Gua Rahsia Knight Tempar yang berusia 700 tahun di dalamnya. Lubang arnab ini digunakan oleh pengikut Knight Templar satu ketika dahulu.

Gua itu tersembunyi kurang satu meter dibawah sebuah ladang pertanian. Cara untuk masuk ke dalam adalah dengan merangkak masuk ke dalam lubang arnab tersebut.

Jurugambar, Michael Scott dari Birmigham, memulakan misi pencarian kawasan itu selepas melihat satu video di internet.

Lelaki berusia 33 tahun itu berkata: "Saya melalui satu perjalanan meletihkan untuk menjumpainya, tetapi jika anda tidak tahu ia ada dikawasan itu, mungkin anda tidak akan perasan.

"Mengambil kira berapa lama ia sudah wujud, ia masih dalam keadaan yang amat menakjubkan. Rasanya seperti kuil bawah tanah.

Michael juga menambah, keadaan gua itu agak sempit - jadi mereka yang berketinggian hampir enam kaki harus membongkok untuk masuk.

Katanya: "Saya terpaksa merangkak untuk kebawah dan apabila sudah masuk, keadaan menjadi sangat sunyi. Terdapat beberapa ekor labah-labah dalam tu. Jika hujan, terowong untuk masuk agak licin tetapi di dalam gua itu kering."

Lubang Arnab Bawa Kepada Rangkaian Gua Rahsia Knight Templar Yang Berusia 700 Tahun
Gua tersebut dibentuk dengan begitu baik.
Lubang Arnab Bawa Kepada Rangkaian Gua Rahsia Knight Templar Yang Berusia 700 Tahun
Reka bentuk unik
Lubang Arnab Bawa Kepada Rangkaian Gua Rahsia Knight Templar Yang Berusia 700 Tahun
Stuktur yang masih kelihatan kukuh
Lubang Arnab Bawa Kepada Rangkaian Gua Rahsia Knight Templar Yang Berusia 700 Tahun
Reka bentuk yang menarik
Lubang Arnab Bawa Kepada Rangkaian Gua Rahsia Knight Templar Yang Berusia 700 Tahun
Nice View
Sumber : Metro.co.uk

Coretan

5 comments:

  1. kenapa dorang susah payah buat kuil bawah tanah? hmm..

    ReplyDelete
  2. Persoalannya kenapa buat di bawah tanah..

    Apapun senibina yang sungguh unik dan cantik...

    ReplyDelete
  3. Senibina menarik dan unik. Dan mampu bertahan selepas 700 tahun!

    ReplyDelete
  4. senibina yg dibuat sngt teratur, halus, menarik

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^