18 March 2017

Bicara Pagi #36 ~ 3 Perkara Yang Di Haramkan Dan Dibenci Oleh Allah SWT


 3 Perkara Yang Di Haramkan Dan Dibenci Oleh Allah SWT
Assalamualaikum,

Ada 3 perkara yang di haramkan, perkara yang telah di lakukan pada zaman jahiliyah dan 3 perkara yang amat di benci oleh Allah SWT.

Dari Mughirah bin Syu'bah berkata Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ حَرَّمَ عَلَيْكُمْ عُقُوقَ الْأُمَّهَاتِ وَوَأْدَ الْبَنَاتِ وَمَنْعًا وَهَاتِ وَكَرِهَ لَكُمْ ثَلَاثًا قِيلَ وَقَالَ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ وَإِضَاعَةَ الْمَالِ

"Sesungguhnya Allah SWT mengharamkan kalian menderhakai seorang ibu, mengubur anak perempuan hidup-hidup, dan tidak suka memberi dan suka meminta-minta. Dan membenci atasmu tiga perkara; mengatakan sesuatu yang tidak jelas sumbernya, banyak bertanya dan menyia-nyiakan harta."

[ HR Muslim ]

Seorang Muslim diharamkan melakukan tiga perkara:

1.  Derhaka kepada ibu
2.  Menanam anak perempuan hidup-hidup
3.  Tidak suka memberi (bakhil, sombong & tidak menunaikan hak harta seperti zakat, sedekah) dan suka meminta-minta

Allah benci tiga sifat jika dilakukan oleh seorang Muslim:

1.  Mengatakan sesuatu yang tidak jelas sumbernya (sekadar copy & paste) @ suka forward tanpa disahkan kebenarannya.
2.  Banyak bertanya (bertanya pada perkara yang tidak perlu dan mendatangkan kesukaran kepadanya).
3.  Menyia-nyiakan harta (boros dan membazir)

Jauhilah sifat buruk dan akhlak keji dalam hidup kita.


11 comments:

  1. paling tak suka bila ramai sngt duk copy paste yg berkaitan agama di whatsapp, bukan sebab agama, tapi sebab tak tahu sahih ke tak. kadang2 rmai je yg jadi ustaz/ustazah media ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. terutamanya mesej berantai... share tnpa tahu akan kebenaran.. kdg2 buat org y mmbaca confius dgn apa y di sampaikan

      Delete
  2. Ya, byk sgt cp skrg tanpa siasat dulu sumber tu sahih atau tidak. Kadang jadi pd akk sendiri, yelah kita kesian kalo tengok berita pasal ank yatim, pusat jagaan org tua yg meminta sumbangan, Kita pun forwad dgn niat nk tolong, tetiba benda tu palsu da.

    ReplyDelete
  3. point no 1 tu yang pasal mesej berantai tu ragu ragu nak send pi semua orang

    ReplyDelete
  4. InshaALLAH.... cuba yg terbaik untuk menjauhkan diri..
    Amin, amin

    ReplyDelete
  5. Huuu nice sharing unni .
    Semoga bermanfaat untuk diri ini dan juga orang lain

    ReplyDelete
  6. Terima kasih perkongsian. Sama-samalah kita menghindari semua itu.

    ReplyDelete
  7. yang no.1 tu ramai yang buat huhu

    ReplyDelete
  8. Mintak jauh dr semua tu. Tapi kadang ade jugak buat mummy marah. Tapi dengan niat nk mnegur 😞 Bukan saje nk marah

    ReplyDelete
  9. Datang singgah sini. Jemput join Giveaway by Lyana Ishak & Eyja Masliza

    http://www.blogeyja.com/2017/03/giveaway-by-lyana-ishak-eyja-masliza.html

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^