Showing posts with label 1 Hari 1 Hadis. Show all posts
Showing posts with label 1 Hari 1 Hadis. Show all posts

25 August 2017

Bicara Pagi #51 ~ Jauhi Laknat Allah

﷽‎


Bicara Pagi #51 ~  Jauhi Laknat Allah

Assalamualaikum,

Jauhilah daripada mendapat kemurkaan Allah dengan menyembelih kerana Allah, tidak melindungi penjahat, sentiasa memuliakan kedua ibu bapa dan menjaga amanah harta.

Dari Abu At-Thufail dia berkata : saya berkata kepada Ali bin Abu Thalib, "Beritahulah kepadaku sesuatu yang pernah dirahsiakan Rasulullah SAW kepadamu!" Ali menjawab,

عَنْ أَبِي الطُّفَيْلِ قَالَ قُلْنَا لِعَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ أَخْبِرْنَا بِشَيْءٍ أَسَرَّهُ إِلَيْكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مَا أَسَرَّ إِلَيَّ شَيْئًا كَتَمَهُ النَّاسَ وَلَكِنِّي سَمِعْتُهُ يَقُولُ لَعَنَ اللَّهُ مَنْ ذَبَحَ لِغَيْرِ اللَّهِ وَلَعَنَ اللَّهُ مَنْ آوَى مُحْدِثًا وَلَعَنَ اللَّهُ مَنْ لَعَنَ وَالِدَيْهِ وَلَعَنَ اللَّهُ مَنْ غَيَّرَ الْمَنَارَ

"Baginda tidak pernah merahsiakan kepadaku sesuatu pun dari manusia, akan tetapi saya mendengar baginda bersabda: "Allah melaknat orang yang menyembelih untuk selain Allah, dan melaknat orang yang melindungi tindakan kejahatan (lindungi pejahat), melaknat orang yang mencaci kedua orang tuanya, dan melaknat orang yang memindahkan tanda batas tanah."

[ HR Muslim ]

Rasulullah SAW tidak pernah menyembunyikan sesuatu daripada sahabat apatah lagi yang berkaitan dengan urusan agama dan meninggalkan pesanan bahawa Allah melaknat 4 kategori manusia:

  1. Allah melaknat orang yang menyembelih bukan kerana Allah sama ada sembelihan biasa mahupun sembelihan korban. Sembelihan handaklah kerana Allah.
  2. Allah melaknat orang yang melindungi tindakan kejahatan (lindungi penjahat). Dilarang melindungi mereka yang memang jahat apatah lagi membela dan mempertahankan mereka.
  3.  Allah melaknat orang yang mencaci kedua orang tuanya
  4.  Allah melaknat orang yang memindahkan batu tanda sempadan tanah


Moga kita terpilih menjadi insan-insan yang sentiasa menjauhi perkara yang dilaknat Allah SWT. Istiqamah Hingga kemenangan.


17 May 2017

Bicara Pagi #50 ~ Akhlak Sesama Muslim

﷽‎

 
Assalmualaikum,

Takwa itu di dada (rasa taat dan patuh kepada Allah itu terletak di dalam hati) Seseorang Muslim dianggap berbuat jahat apabila ia menghina saudaranya sesama muslim. Penghinaan  boleh berlaku apabila seseorang meremeh dan merendahkan orang lain sama ada dengan perkataan atau perbuatan. Penghinaan ini adalah bentuk sifat sombong dan bangga diri serta menganggap dirinya lebih mulia dari orang lain.

Dari Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah SAW bersabda

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَنَاجَشُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يَخْذُلُهُ وَلَا يَحْقِرُهُ التَّقْوَى هَاهُنَا وَيُشِيرُ إِلَى صَدْرِهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ بِحَسْبِ امْرِئٍ مِنْ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ دَمُهُ وَمَالُهُ وَعِرْضُهُ 

Janganlah kalian saling mendengki, saling memfitnah, saling membenci, dan saling memusuhi. Janganlah ada seseorang di antara kalian yang berjual beli sesuatu yang masih dalam penawaran muslim lainnya dan jadilah kalian hamba-hamba Allah yang saling bersaudara. Muslim yang satu dengan muslim yang lainnya adalah bersaudara tidak boleh menyakiti, merendahkan, ataupun menghina. Takwa itu ada di sini (Rasulullah menunjuk dadanya), Baginda mengucapkannya sebanyak tiga kali. Seseorang telah dianggap berbuat jahat apabila ia menghina saudaranya sesama muslim. Muslim yang satu dengan yang Iainnya haram darahnya. hartanya, dan kehormatannya." 

[ HR Muslim ]

Islam melarang berakhlak buruk antaranya :

  1. saling mendengki
  2. saling memfitnah
  3. saling membenci
  4. saling memusuhi
  5. membeli sesuatu yang telah dibeli atau janjikan kepada orang lain

Setiap Muslim saling bersaudara. Muslim dilarang berbuat zalim dengan Muslim yang lain antaranya dengan:
  1. Menyakiti
  2. Merendahkan
  3. Menghina

Muslim sesama Muslim dilarang:
  1. Menumpahkan darah sesama Muslim
  2. Menzalimi hartanya
  3. Merendahkan kehormatannya

Marilah kita memelihara hak saudara Muslim kita dengan tidak berakhlak buruk terhadap mereka serta tidak menzaliminya.

Wallahualam.

Moga Bermanfaat

10 May 2017

Bicara Pagi #49 ~ Puasa Hari-Hari Puteh Bulan Hijrah (13, 14 & 15)



Assalamualaikum,

Antara amalan yang sering di amalkan oleh Rasulullah SAW adalah berpuasa sunnat. Rasulullah SAW paling banyak berpuasa  sunat pada bulan Syaaban. Ada kalanya sebulan penuh, ada juga sebahagian besar daripadanya kecuali beberapa hari.

Dari Abu Dzarr RA dia berkata:

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَصُومَ مِنْ الشَّهْرِ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ الْبِيضَ ثَلَاثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ 

"Rasulullah SAW memerintahkan kami agar berpuasa tiga hari Bidh (Puteh) dalam sebulan iaitu tiga belas, empat belas dan lima belas."

 [ HR Nasai ]

Antara hari yang digalakkan berpuasa pada setiap bulan hijrah ialah pada pertengahan bulan atau dipanggil puasa hari puteh (13, 14 dan 15 haribulan Hijrah)

Disepanjang bulan Syaaban ini kita digalakkan berpuasa sunat. Ada puasa sunat yang khusus antaranya puasa hari  isnin dan khamis juga puasa pada hari-hari puteh (13, 14 dan 15) yang akan jatuh pada hari Rabu 10hb Mei, Khamis 11hb Mei dan Jumaat 12hb Mei ini.

Berpuasa tiga hari sebulan menyamai ganjarannya sebulan penuh ( kerana kebaikan itu digandakan dengan sepuluh kali ganda ).

Hadis Rasulullah SAW:

مَنْ صَامَ الْأَبَدَ صَوْمُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ الشَّهْرِ صَوْمُ الشَّهْرِ كُلِّهِ Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam satu bulan, sama halnya dengan berpuasa sebulan penuh." [ HR Muslim ]

Marilah kita merebut peluang melaksanakan ibadah puasa sunat di bulan Syaaban ini.

Moga bermanfaat.

09 May 2017

Bicara Pagi #48 ~ Perbanyakkan Puasa Sunat Dibulan Syaaban


Perbanyakkan Puasa Sunat Dibulan Syaaban
 

Assalamualaikum,

Allahamdulilah kedatangan bulan Syaaban merupakan penanda Ramadhan bakal tiba. Moga kita akan bertemu Ramadhan dan marilah perbanyakkan Puasa Sunat Dibulan Syaaban.

Dari Abu Salamah ia berkata, saya pernah bertanya kepada Aisyah RA tentang puasa Rasulullah SAW, maka ia pun berkata;

عَنْ أَبِي سَلَمَةَ قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا عَنْ صِيَامِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ كَانَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ قَدْ صَامَ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ قَدْ أَفْطَرَ وَلَمْ أَرَهُ صَائِمًا مِنْ شَهْرٍ قَطُّ أَكْثَرَ مِنْ صِيَامِهِ مِنْ شَعْبَانَ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ إِلَّا قَلِيلًا 

Rasulullah SAW sering berpuasa hingga kami mengira bahawa baginda akan puasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka (tidak puasa) sehingga kami mengira baginda akan berbuka (tidak puasa) terus-menerus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali bulan Ramadan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda puasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban. Baginda berpuasa pada bulan Syaaban hingga sisa harinya tinggal sedikit." 

[ HR Muslim ]

Rasulullah SAW sentiasa memelihara ibadat puasa sunat setiap bulan dan berpuasa penuh sebulan pada bulan Ramadan. Rasulullah SAW juga membanyakkan puasa sunatnya pada bulan Syaaban kecuali beberapa hari dihujung Syaaban.

Kita telah berada di bulan Syaaban dan akan bertemu bulan Ramadan. Perbanyakkanlah puasa sunat kita sebagai persiapan menghadapi bulan Ramadan paling tidak puasa isnin khamis serta 13, 14 dan 15 Syaaban.

Marilah kita meningkatkan ibadat puasa sunat dibulan ini sebagai latihan dan persiapan menghadapi Ramadan.

Moga bermanfaat

01 May 2017

Bicara Pagi #47 ~ Doa Penyembuhan Pesakit



Assalamualaikum,

Dalam menziarahi pesakit, doa kita merupakan salah satu ubat penyembuhan kepada si pesakit.

Dari Ibnu Abbas dari Nabi SAW baginda berkata:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ عَادَ مَرِيضًا لَمْ يَحْضُرْ أَجَلُهُ فَقَالَ عِنْدَهُ سَبْعَ مِرَارٍ أَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ إِلَّا عَافَاهُ اللَّهُ مِنْ ذَلِكَ الْمَرَضِ

Barangsiapa yang mengunjungi orang sakit yang belum datang ajalnya kemudian ia membacakan (doa) di sebelahnya sebanyak tujuh kali:

AS ALULLAAHAL 'AZHIIM RABBAL 'ARSYIL 'AZHIIM AN YASYFIYAKA

( aku mohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan Arsy yang Agung semoga Dia menyembuhkanmu), maka Allah akan menyembuhkannya dari penyakit tersebut.

[ HR Abu Daud ]

Antara adab orang yang menziarahi pesakit ialah mendoakannya.

Barangsiapa membacakan doa ini sebanyak 7 kali kepada pesakit yang belum sampai ajalnya, nescaya Allah akan menyembuhkan penyakitnya:

أَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ

Marilah kita bersifat RAHMAH, menziarahi orang sakit dan  mendoakan dengan doa ini.

30 April 2017

Bicara Pagi #46 ~ Doa Menziarahi Pesakit


 

Assalamualaikum,

Adan ziara menziarahi amatlah di tuntu dalam islam terutama dalam menziarai orang-orang yang sedang ditimbah kesusah dan sakit.

Dari Aisyah RA bahawa apabila Nabi SAW mendoakan orang sakit, baginda membaca:

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ لِلْمَرِيضِ بِسْمِ اللَّهِ تُرْبَةُ أَرْضِنَا بِرِيقَةِ بَعْضِنَا يُشْفَى سَقِيمُنَا بِإِذْنِ رَبِّنَا

 BISMILLAHI TURBATU ARDHINA BI RIIQATI BA'DHINA YUSYFAA SAQIIMUNA BI IDZNI RABBINA

 '' Dengan nama Allah, debu tanah kami dengan ludah sebahagian kami semoga sembuh orang yang sakit dari kami dengan izin Rabb kami."

[ HR Bukhari ]

Menziarahi orang sakit bukan sahaja tanggungjawab Muslim namun merupakan sunnah Rasulullah. Menziarahi orang sakit dan mendoakan pesakit.

Antara doa yang boleh dibaca kepada pesakit:

بِسْمِ اللَّهِ تُرْبَةُ أَرْضِنَا بِرِيقَةِ بَعْضِنَا يُشْفَى سَقِيمُنَا بِإِذْنِ رَبِّنَا

Marilah kita bersifat Rahmah menziarahi pesakit dan bacakan doa ini untuk pesakit yang diziarahi.

Moga bermanfaat.

29 April 2017

Bicara Pagi #45 ~ Menunaikan Tanggungjawab Muslim

﷽‎

Menunaikan Tanggungjawab Muslim
   
Assalamualaikum,

Sebagai seorang muslim kita wajib lah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim, bukan hanya menjadi seorang muslim.. Islam adalah sebaik-baik agama.

Dari Al Barra` bin 'Azib RA dia berkata;

عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِسَبْعٍ بِعِيَادَةِ الْمَرِيضِ وَاتِّبَاعِ الْجَنَائِزِ وَتَشْمِيتِ الْعَاطِسِ وَنَصْرِ الضَّعِيفِ وَعَوْنِ الْمَظْلُومِ وَإِفْشَاءِ السَّلَامِ وَإِبْرَارِ الْمُقْسِمِ وَنَهَى عَنْ الشُّرْبِ فِي الْفِضَّةِ وَنَهَانَا عَنْ تَخَتُّمِ الذَّهَبِ وَعَنْ رُكُوبِ الْمَيَاثِرِ وَعَنْ لُبْسِ الْحَرِيرِ وَالدِّيبَاجِ وَالْقَسِّيِّ وَالْإِسْتَبْرَقِ

''Rasulullah SAW memerintahkan kami tujuh perkara yaitu; menjenguk orang yang sakit, mengiringi jenazah, mendoakan orang yang bersin, menolong yang lemah, menolong orang yang dizalimi, menyebarkan salam dan menunaikan sumpah, dan baginda juga melarang minum dari bekas yang dibuat dari perak, mengenakan cincin emas, menaiki sekedup yang ditutupi dengan kain sutera, mengenakan kain sutera, dibaj, Qasiy dan Istabraq (sejenis kain sutera)." 

[ HR Bukhari ]

Setiap Muslim ada tanggungjawab ke atas Muslim lain, antaranya:

1.  Menziarahi orang sakit
2.  Mengiringi jenazah
3.  Mendoakan orang yang bersin
4.  Menolong orang yang lemah
5.  Menolong orang yang dizalimi
6.  Menyebarkan salam
7.  Menunaikan sumpah atau janji

Setiap Lelaki Muslim dilarang;

1.  Minum dari bekas yang dibuat dari perak
2.  Mengenakan cincin emas
3.  Menaiki kenderaan yang ditutupi dengan kain sutera
4.  Memakai pakaian sutera
5.  Memakai Dibaj (sejenis sutera halus)
6.  Memakai Qasiy (campuran sutera dan tenunan)
7.  Memakai Istabraq (sejenisv kain sutera tebal)

Marilah kita menunaikan tanggungjawab sebagai Muslim ke atas orang lain.

Moga bermanfaat


23 April 2017

Bicara Pagi #44 ~ Penyakit Mengangkat Darjat dan Menghapus Dosa

﷽‎ 

Penyakit Mengangkat Darjat dan Menghapus Dosa

Assalamualaikum,

Allah mendatangkan ujian kepada seseorang dalam pelbagai bentuk antaranya kesakitan, untuk mengangkat darjat atau kedudukan seseorang di sisi Allah. Islam mengajar umatnya bersabar diatas setiap ujian yang dilaluinya.

Dari 'Aisyah dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: 

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ شَوْكَةٍ فَمَا فَوْقَهَا إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً أَوْ حَطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةً

"Tidak ada satupun musibah (cobaan) yang menimpa seorang muslim berupa duri atau yang semisalnya, melainkan dengannya Allah akan mengangkat darjatnya atau menghapus kesalahannya''.

[ HR Muslim ]

Allah mendatangkan musibah atau ujian dalam bentuk kesakitan juga bertujuan untuk menghapuskan dosa seseorang.

Orang yang ditimpa musibah seperti penyakit, akan digugurkan segala dosa seperti dedaun berguguran kecuali dosa besar seperti dosa syirik

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُصِيبُهُ أَذًى شَوْكَةٌ فَمَا فَوْقَهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا سَيِّئَاتِهِ كَمَا تَحُطُّ الشَّجَرَةُ وَرَقَهَا

'' Tidaklah seorang muslim yang tertimpa suatu musibah (penyakit) atau yang lain, melainkan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya sebagaimana pohon menggugurkan dedaunannya ". 

[ HR Bukhari ]

Moga kita bersabar dengan setiap ujian musibah mahupun penyakit


18 April 2017

Bicara Pagi #43 ~ Kesusahan, Keletihan, Kesedihan dan Kesakitan Menghapuskan Dosa

﷽‎

 
Assalamualaikum,

Setiap yang dihadapi oleh seseorang, sama ada berupa kesenangan mahupun kesusahan adalah ujian untuk melihat siapakah yang lebih baik amalannya di sisi Allah.

Dari Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan keletihan, kehawatiran dan kesedihan, dan tidak juga gangguan dan kesusahan bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya''.

[ HR Bukhari ]

Setiap muslim yang bersabar dan redha apabila diuji dengan penyakit dan keletihan, perasan bimbang dan kesedihan, gangguan mahupun  kesusahan, Allah akan menggantikan dengan keampunan terhadap dosa-dosanya.

Dosanya terampun walaupun kesakitan itu hanya akibat duri yang mencucuk atau melukakan anggota tubuh seseorang.

Marilah kita menghadapi kesusahan, kepayahan, kesedihan mahupun kesakitan dengan bersabar dan redha. Moga Allah menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Moga bermanfaat

15 April 2017

Bicara Pagi #42 ~ Muslim Dilarang Saling Membenci

﷽‎

Muslim Dilarang Saling Membenci
 
Assalamualaikum,

Allah menjadikan kita berbeza, dari pelbagai kaum dan bangsa untuk saling berkenal mesra bukan saling bermusuh dan berbeza.

Dari Anas Bin Malik, Nabi SAW bersabda, 

عَنِ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا وَلَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثِ لَيَالٍ يَلْتَقِيَانِ فَيَصُدُّ هَذَا وَيَصُدُّ هَذَا وَخَيْرُهُمَا الَّذِي يَبْدَأُ بِالسَّلَامِ

Janganlah kalian saling membenci, saling mendengki, saling memusuhi dan jadilah hamba Allah yang bersaudara. Dan tidak halal seorang muslim mendiamkan saudaranya lebih dari tiga malam. Jika keduanya bertemu, masing-masing menghindar. Yang terbaik adalah yang memulai salam

[ HR Ahmad ]

Janganlah kita saling membenci antara satu sama lain. Allah jadikan kita sebagai makhluk yang sama taraf. Yang membezakan kita di sisi Allah ialah taqwa

Janganlah kita saling mendengki antara satu sama lain dan saling memusuhi antara satu sama lain dengan sebab kita berbeza dan tidak bersetuju.

Jadilah kita hidup saling mengasihi antara sesama Muslim kerana kita dijadikan oleh Allah bersaudara dan janganlah kita tidak bertegur sapa sesama  muslim melebihi tiga malam.

Janganlah apabila bertemu sesama Muslim kita saling menghindar atau menjauhi atau tidak mahu bertegur sapa kerana muslim yang terbaik adalah yang memulakan ucapan salam apabila bertemu tanpa mengira siapa mereka.

Moga bermanfaat

14 April 2017

Bicara Pagi #41 ~ Sifat Lemah Lembut Menjemput Kebaikan


‎  

Assalamualaikum,

Lemah lembut adalah salah satu sifat terpuji, Orang yang dijauhkan dari sifat lemah lembut (kasih sayang), bererti ia dijauhkan dari kebaikan.

Dari Jarir dari Rasulullah SAW bersabda :

عَنْ جَرِيرٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ يُحْرَمْ الرِّفْقَ يُحْرَمْ الْخَيْرَ

''Barang siapa dijauhkan dari sifat lemah lembut (kasih sayang), bererti ia dijauhkan dari kebaikan''.

[ HR Muslim ]

Jadilah orang yang memiliki sifat lemah lembut dan kasih sayang, nescaya pelbagai kebaikan akan dianugerahkan Illahi seperti anugerah nikmat iman dan islam, nikmat kesihatan, nikmat rezeki dan dijauhkan musibah serta lain-lain.

Allah mengarahkan kita sentiasa bertingkah laku dengan lemah lembut bukan keras.

Firman Allah dalam surah Ali Imran Ayat 159 :

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ

Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.

Jangan sampai kita dijauhi daripada segala kebaikan dengan sebab tidak memiliki sifat lemah lembut (kasih sayang).

Moga Bermanfaat.

12 April 2017

Bicara Pagi #40 ~ Allah Mencintai Sifat Lemah Lembut

﷽‎ 

Allah Mencintai Sifat Lemah Lembut
 
Assalamualaikum,

Sifat lemah lembut merupakan satu sikap yang disukai semua orang terutama si lelaki bila mencari pasangan hidup, hampir kesemua pasti meminati sifat yang lemah lembut si wanita. Begitu juga la dengan sang Pencipta kita, Allah sangat mencintai Sifat lemah lembut

Dari 'Aisyah RA isteri Nabi SAW bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: 

عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَا عَائِشَةُ إِنَّ اللَّهَ رَفِيقٌ يُحِبُّ الرِّفْقَ وَيُعْطِي عَلَى الرِّفْقِ مَا لَا يُعْطِي عَلَى الْعُنْفِ وَمَا لَا يُعْطِي عَلَى مَا سِوَاهُ

"Wahai Aisyah, sesungguhnya Allah itu Maha Lembut. Dia mencintai sikap lemah lembut. Allah akan memberikan pada sikap lemah lembut sesuatu yang tidak Dia berikan pada sikap yang keras dan juga akan memberikan apa-apa yang tidak diberikan pada sikap lainnya."

[ HR Muslim ]

Allah Maha Lembut kepada hambanya. Allah mencintai orang yang memiliki sikap lemah lembut sama ada dalam pertuturan, penulisan juga perbuatan.

Sifat berlemah lembut dan bersantun akan melahirkan kasih sayang Allah tidak akan memberi sikap berlemah lembut kepada orang yang memiliki sikap keras.

Sikap keras dan kasar akan menyebabkan orang menjauh dari kebenaran. Dalam berdakwah, Allah tetap memerintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun agar menasihati Firaun dengan lemah lembut. 

Allah SWT telah  berfirman dalam surah Thaha, ayat 44 :

فَقُولا لَهُ قَوْلا لَيِّنًا

“Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut.” 

Moga kita sentiasa memiliki sifat berlemah lembut yang dicintai Allah. Berusaha menghindari sifat keras atau kasar dalam pertuturan mahupun penulisan.

Moga bermanfaat.

06 April 2017

Bicara Pagi #39 ~ Berkasih Sayang Didunia Mendapat Naungan Di Padang Mahsyar


 Berkasih Sayang Didunia Mendapat Naungan Di Padang Mahsyar


Assalamualaikum,

Setiap manusia akan dibangkitkan semula di padang masyar kelak, dengan melalui kesusahan dan kepayahan kecuali orang yang mendapat perlindungan dari Allah.

Dari Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَيْنَ الْمُتَحَابُّونَ بِجَلَالِي الْيَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِي ظِلِّي يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلِّي

"Sesungguhnya Allah SWT berfirman pada hari kiamat kelak: "Mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-Ku? Hari ini kunaungi mereka, di mana tidak ada naungan pada hari ini selain naungan-Ku." 

[ HR Muslim ]

Setiap kita akan bertemu Allah pada hari akhirat untuk menerima balasan di atas segala amal yang dilakukan semasa di dunia.

Antara orang yang akan mendapat naungan dan perlindungan di padang mahsyar ialah mereka yang saling mencintai sesama mereka semasa di dunia kerana Allah.

Semoga kita menjadi salah seorang yang mendapat naungan di hari kiamat kerana saling cinta mencintai sesama Muslim semata-mata kerana Allah semasa kita hidup di dunia ini.

Moga bermanfaat

31 March 2017

Bicara Pagi #38 ~ Berbohong Yang Dibolehkan

﷽‎ 

Berbohong Yang Dibolehkan

Assalamualaikum,

Berbohong dan berdusta adalah perbuatan yang dilarang namuin dalam islam ada beberapa aspek berbohong yang dibenarkan.

Ummu Kultsum bin 'Uqbah bin Abu Mu'aith dan ia termasuk perempuan yang turut hijrah dalam kelompok pertama yang berbaiah kepada Rasulullah SAW bahwasanya ia pernah mendengar 

Rasulullah SAW bersabda:

  أُمَّ كُلْثُومٍ بِنْتَ عُقْبَةَ بْنِ أَبِي مُعَيْطٍ وَكَانَتْ مِنْ الْمُهَاجِرَاتِ الْأُوَلِ اللَّاتِي بَايَعْنَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرَتْهُ أَنَّهَا سَمِعَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَقُولُ لَيْسَ الْكَذَّابُ الَّذِي يُصْلِحُ بَيْنَ النَّاسِ وَيَقُولُ خَيْرًا وَيَنْمِي خَيْرًا قَالَ ابْنُ شِهَابٍ وَلَمْ أَسْمَعْ يُرَخَّصُ فِي شَيْءٍ مِمَّا يَقُولُ النَّاسُ كَذِبٌ إِلَّا فِي ثَلَاثٍ الْحَرْبُ وَالْإِصْلَاحُ بَيْنَ النَّاسِ وَحَدِيثُ الرَّجُلِ امْرَأَتَهُ وَحَدِيثُ الْمَرْأَةِ زَوْجَهَا

"Orang yang mendamaikan pihak-pihak yang bertikai, orang yang berkata demi kebaikan, dan orang yang membangkitkan (mengingatkan) kebaikan bukanlah termasuk pendusta."

  [ HR Muslim ]

lbnu Syihab pula berkata:
 
'' Saya tidak pernah mendengar diperbolehkannya dusta yang diucapkan oleh manusia kecuali dalam tiga hal, yaitu; dusta dalam peperangan, dusta untuk mendamaikan pihak-pihak yang bertikai, dan dusta suami terhadap isteri atau isteri terhadap suami ( untuk meraih kebahagiaan atau menghindari keburukan )''.

 [ HR Muslim ]

Islam mengharuskan berbohong demi memelihara jiwa, harta dan harga diri dalam tiga hal:

1. Dalam strategi peperangan
2. Dalam usaha mendamaikan antara pihak yang sedang bergaduh
3. Dalam usaha mewujudkan kebahagiaan dan keharmonian pasangan suamu isteri

Perang itu adalah tipu daya dan strategi peperangan tidak boleh diketahui oleh musuh.

Bagi mengelakkan sesuatu yang boleh mendatang kemarahan dari dua pihak yang yang sedang berselisih melalu sebuah perkhabatab yang mendamaikan . Seperti contoh memberikan buah tangan untuknya dan menyatakan bahawa di Dia ( musuhnya ) seorang yang baik hati yang mengirimkan untuknya.

Dalam rumah tangga bagi memelihra kebahagian dan keharmonian dalam berumah tangga seperti contoh suami memuji masakan isterinya yang sedap walhal masak itu tidak sekali pun seperti yang digambarkan.

Moga bermanfaat
Berbohong Yang Dibolehkan


29 March 2017

Bicara Pagi #37 ~ Setiap Kebaikan Adalah Sedekah


Setiap Kebaikan Adalah Sedekah
Assalamualaikum,

Setiap amalan kebaikan yang dilakukan walau sekecil mana ia adalah sedekah dan mendatangkan pahala. Muslim amatlah dituntu dalam melakukan amal kebaikan sesama muslim.

Dari Jabir bin Abdullah berkata Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ مَعْرُوفٍ صَدَقَةٌ وَإِنَّ مِنْ الْمَعْرُوفِ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ وَأَنْ تُفْرِغَ مِنْ دَلْوِكَ فِي إِنَاءِ أَخِيكَ

"Setiap kebaikan adalah sedekah. Dan di antara bentuk kebaikan adalah kamu menjumpai saudaramu dengan wajah yang menyenangkan. Dan kamu menuangkan air dari baldimu ke dalam bejana milik saudaramu". 

[ HR Tirmizi ]

Sedekah menrangkumi aspek harta,  tenaga, usaha dan, tindakan yang tulus dan ikhlas dalam usaha manfaat buat diri, masyarakat dan makhluk alam yang lain.

Antara bentuk kebaikan yang setiap hari kita boleh amalkan apabila seseorang berwajah ceria dan memberikan senyuman kepada sahabat yang ditemui.

Menolong orang lain dengan menuangkan air dari bekas miliknya ke dalam bekas milik saudaranya, itu juga sedekah

Lakukanlah kebaikan semampu yang boleh. Moga ia menjadi pahala diakhirat.

Moga bermanfaat.

18 March 2017

Bicara Pagi #36 ~ 3 Perkara Yang Di Haramkan Dan Dibenci Oleh Allah SWT


 3 Perkara Yang Di Haramkan Dan Dibenci Oleh Allah SWT
Assalamualaikum,

Ada 3 perkara yang di haramkan, perkara yang telah di lakukan pada zaman jahiliyah dan 3 perkara yang amat di benci oleh Allah SWT.

Dari Mughirah bin Syu'bah berkata Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ حَرَّمَ عَلَيْكُمْ عُقُوقَ الْأُمَّهَاتِ وَوَأْدَ الْبَنَاتِ وَمَنْعًا وَهَاتِ وَكَرِهَ لَكُمْ ثَلَاثًا قِيلَ وَقَالَ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ وَإِضَاعَةَ الْمَالِ

"Sesungguhnya Allah SWT mengharamkan kalian menderhakai seorang ibu, mengubur anak perempuan hidup-hidup, dan tidak suka memberi dan suka meminta-minta. Dan membenci atasmu tiga perkara; mengatakan sesuatu yang tidak jelas sumbernya, banyak bertanya dan menyia-nyiakan harta."

[ HR Muslim ]

Seorang Muslim diharamkan melakukan tiga perkara:

1.  Derhaka kepada ibu
2.  Menanam anak perempuan hidup-hidup
3.  Tidak suka memberi (bakhil, sombong & tidak menunaikan hak harta seperti zakat, sedekah) dan suka meminta-minta

Allah benci tiga sifat jika dilakukan oleh seorang Muslim:

1.  Mengatakan sesuatu yang tidak jelas sumbernya (sekadar copy & paste) @ suka forward tanpa disahkan kebenarannya.
2.  Banyak bertanya (bertanya pada perkara yang tidak perlu dan mendatangkan kesukaran kepadanya).
3.  Menyia-nyiakan harta (boros dan membazir)

Jauhilah sifat buruk dan akhlak keji dalam hidup kita.


17 March 2017

Bicara Pagi #35 ~ Silaturahim Menjemput Rezeki Dan Umur Barakah

﷽‎ 

Silaturahim Menjemput Rezeki Dan Umur Barakah
Assalamualaikum,

Hubungan silaturahim adalah satu tuntutan dalam islam, barang sesiapa yang memutuskan silaturahim boleh menyebabkan doa tidak makbul dan sebaliknya, baca kat SINI.

Dari Anas berkata, Rasulullah SAW bersabda: 

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ عَلَيْهِ فِي رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

"Barang siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaknya ia menyambung kekerabatan (silaturrahim)."

[ HR Abu Daud ]

Antara kelebihan Muslim yang sentiasa menjaga hubungan silaturahim dengan ahli keluarga:

1.  Diluaskan rezeki (murah rezeki)
2.  Dipanjangkan umur (umur yang barakah dalam keadaan sihat dan beramal solleh).

Antara kebahagiaan seorang apabila hidup dalam suasana saling berkasih sayang dengan ahli keluarga dan berhubung mesra.

Marilah kita memelihara hubungan dan ikatan kekeluargaan dengan adik beradik dan ahli keluarga yang lain.

Moga bermanfaat.




16 March 2017

Bicara Pagi #34 ~ Amalan Masuk Syurga dan Terhindar Neraka

﷽‎ 

Amalan Masuk Syurga dan Terhindar Neraka

Assalamualaikum,

Apakah amalan yang mendekatkan kita dengan syurga dan menjauh kan kita dengan neraka?

Dari Abu Ayyub dia berkata, Seorang laki-laki telah mendatangi Rasulullah SAW dan  bertanya, 

''Tunjukkanlah kepadaku suatu amalan yang mendekatkan aku ke syurga dan menjauhkan aku dari neraka?'' 

Rasulullah SAW bersabda :

عَنْ أَبِي أَيُّوبَ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ أَعْمَلُهُ يُدْنِينِي مِنْ الْجَنَّةِ وَيُبَاعِدُنِي مِنْ النَّارِ قَالَ تَعْبُدُ اللَّهَ لَا تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا وَتُقِيمُ الصَّلَاةَ وَتُؤْتِي الزَّكَاةَ وَتَصِلُ ذَا رَحِمِكَ

''Kamu menyembah Allah, tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu apa pun, mendirikan solat, menunaikan zakat dan menyambung silaturrahim dengan keluarga."

[ HR Muslim ]

Amalan yang mendekatkan seseorang kesyurga dan menjauhkannya dari Neraka

1.  Beribadat kepada Allah dan tidak melakukan syirik
2.  Mendirikan solat fardhu
3.  Mengeluarkan zakat
4.  Menyambung silaturahim dengan ahli keluarga

Jangan kita menyembah selain Allah SWT atau menyekutukan Nya. Dirikan lah solat fardu dan di iringi dengan solat-solat sunnat muakad.

Kelurkan lah zakat jika berkemampuan walaupun hanya setitik air dirumahmu dan jangan lah kamu memutusakan tali silaturahim hendaklah kamu sentiasa menyambung silaturahim dengan ahli kelurga.

Moga kita dijauhkan dari api neraka dan masuk ke syurga, dengan Izin Allah bersama-sama kita mengejar redhaNya.

Moga Bemanfaat.

Coretan


15 March 2017

Bicara Pagi #33 ~ Dua Sebab Doa Tidak Makbul

﷽‎

Assalamualaikum,

Berdoa dituntut kepada setiap Muslim dan doa merupakan senjata orang mukmin, tiada senjata yang lebih hebat melainkan doa. Seperti perkongsian sebelum ini Tiga Golongan Mustajab Doa, baca di SINI. Namun ada dua sebab doa tidak di makbulkan.

Dari Jabir ia berkata, Rasulullah SAW bersabda :

عَنْ جَابِرٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ أَحَدٍ يَدْعُو بِدُعَاءٍ إِلَّا آتَاهُ اللَّهُ مَا سَأَلَ أَوْ كَفَّ عَنْهُ مِنْ السُّوءِ مِثْلَهُ مَا لَمْ يَدْعُ بِإِثْمٍ أَوْ قَطِيعَةِ رَحِمٍ

"Tidaklah seseorang berdoa dengan sebuah doa melainkan Allah memberikan kepadanya apa yang ia minta, atau menolak keburukan darinya yang semisalnya selama ia tidak berdoa untuk perbuatan dosa atau pemutusan hubungan kekerabatan." 

[ HR Tirmizi ]

Allah tidak akan memperkenankan doa seseorang yang:

1.  Melakukan dosa.
2.  Memutuskan hubungan silaturahim bersama kerabat.

Hindari la perbuatan yang boleh menyebabkan dosa dan mampu mematikan hati dan menyebabkan doa-doa kita tidak di dengar oleh Allah SWT. Walaupun lumrah manusia tidak lari daripada melakukan dosa, namun segera la bertaubat kepadaNya.

Sentiasa mengeratkan hubungan silaturahim dan persaudaraan. Jangan la kita memutuskan tali persaudaran sesama muslim.

Moga bermanfaat.

Coretan

14 March 2017

Bicara Pagi #32 ~ Dosa-dosa Besar


Assalamualaikum,

Tahukah kita antara dosa-dosa besar yang sangat di laknat oleh Allah SWT dan tidak akan mendapat redha dari Allah SWT selagi mana kita tidak bertaubat kepadaNya. Dosa besar ialah kesalahan yang dijanjikan azab yang besar jika  pelakunya  tidak melakukan taubat nasuhah  hingga diampunkan dosanya oleh Allah. Rasulullah telah ditanya tentang dosa-dosa besar.

Dari Anas radliallahu 'anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْكَبَائِرِ قَالَ الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ وَقَتْلُ النَّفْسِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ

"Menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua orang tua, membunuh orang dan bersumpah palsu". 

[ HR Bukhari ]

Antara dosa besar tersebut:

1.  Syirik kepada Allah
2.  Derhaka kepada kedua ibubapa
3.  Membunuh
4.  Bersumpah dengan sumpah palsu

Jangan kita menyekutukan Allah SWT kerana ia seolah-olah jatuh dari langit lalu di sambar oleh burung atau dierbangkan angin ke tempat yang jauh

'' Sesungguhnya orang yang mempersekutukan ( sesuatu dengan ) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penologpun''.

QS Al Maidah ayat 72

Setiap anak tidak boleh la menyakiti kedua ibu bapanya, baik dengan perkataan, tindakan mahupun perbuatan, baik secara langsung mahupun tidak langsung. Derhaka kepada ibu bapa merupakan dosa-dosa besar selepas perbuatan syirik.

Janganlah kamu membunuh sesama manusia kerana ia adalah perbuatan yang sangat terkutuk dan jangan la kamu bersumpah diatas sumpah yang palsu sehingga mengianiya orang lain.

Moga kita semua di jauhkan daripada dosa-dosa besar yang boleh menjauh kan jarak kita dengan Allah. Mari lah kita sama-sama mengejar Redha Allah.

Moga bermanfaat.

Coretan